Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kenching

Rate this book
Kenching mengisahkan seorang remaja miskin, Amirul yang telah memilih jalan yang salah selepas tinggal berjauhan daripada keluarga kerana melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di selatan tanah air. Akibat desakan hidup serta tunduk kepada pujukan rakan sebaya, Amirul sanggup menipu emaknya untuk mendapatkan duit bagi dijadikan modal perniagaan. Biarpun pada mulanya perniagaan berjaya, beberapa peristiwa telah menjauhkan Amirul daripada sifat-sifat terpuji seorang anak kepada keluarga terutamanya emaknya. Sifat tamak dan hanyut dalam dunia penuh noda membuatkan ingatan terhadap keluarga semakin terhakis. Keluarga dibuang bagi mengejar nikmat dunia. Hingga sampai pada ketikanya, dia terduduk kerana tersilap langkah akibat mempercayai seseorang yang telah menggelapkan masa depannya. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali kembali kepada yang maha Esa serta menagih keampunan dengan keluarga yang pernah dilupakan.

Paperback

First published April 12, 2017

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Azwar Kamaruzaman

14 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (7%)
4 stars
2 (14%)
3 stars
7 (50%)
2 stars
4 (28%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
April 28, 2024


"Sesusah mana pun hidup kita, jangan pernah kecewa sama tuhan, bro!

Kisah tentang culture shock, mahasiswa dari kampung hijrah ke bandar. Kisah ringkas dan plot yang tak terlalu kompleks.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
June 28, 2024
Boleh lah. Bosan juga sebenarnya. Konfliknya biasa. Ceritanya biasa. Wataknya biasa. Bahasanya biasa. Dialog pun biasa dan kadang agak meleret. Bacaan ringan bolehlah.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
October 10, 2020
Novel yang menarik dengan adegan yang biasa kita nampak berlaku di dunia pelajar universiti.. Amirul merupakan anak kampung yang menjadi harapan keluarga dan kebanggaan kampung.. Namun hanyut bila berada di Universiti akibat tersalah pilih kawan.. Walaupun mempunyai sahabat bilik yang baik namun Amirul tetap mekilih untuk hanyyt dan berseronok sampailah akhirnya Amirul ditipu dan dimalukan.. Namun Adam terus setia membantu dan menarik Amirul kembali ke jalan yang lurus..
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
May 3, 2017
Pengajaran paling padu, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Jalan cerita baik walaupun ada ketikanya rasa sedikit membosankan. Tak seperti seru membaca BABI, Nasi Kangkang dan SAKA. Mungkin momentum penulisannya sedikit perlahan dan berbeza.

Soal watak, Azwar memang pandai bawa watak ibu. Peranan ibu dalam cerita ini kukuh. Cuma ada sedikit yang perlu dititik beratkan iaitu, ibunya kasar. Kasar di sini membawa maksud kasar yang kita sendiri tahu bahawa itu bukan sikap seorang ibu yang natural. Sikap yang dibuat-buat untuk menampakkan kemarahan. Mungkin ada cara lain yang boleh digarap supaya ianya terlihat seperti ibu yang benar-benar bersifar keibuan membesarkan anaknya dalam susah senang hidup.

Watak Amirul memang jahil dan bodoh yang tak boleh diajar. Adam pula mungkin wujud 1 di antara sejuta yang mana saya rasakan kurang logik kemalaikatannya. Ending cerita yang sudah biasa dilihat. Tiada seru cuma biasa-biasa sahaja. Mungkin boleh digarap lebih baik dari ini.

Cerita soal MLM/direct selling memang baik untuk dijadikan contoh "kenching". Bukan hanya mengencing orang lain, malahan yang mengencing juga turut terkencing.

Syabas dan sekalung tahniah kepada Azwar. Semoga terus maju jaya berkarya.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.