Jump to ratings and reviews
Rate this book

SUNYI

Rate this book
Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh.

Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. 

Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. 

Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya. 

360 pages, Paperback

Published April 28, 2017

9 people are currently reading
67 people want to read

About the author

Nuril Basri

11 books87 followers
Nuril is an Indonesian writer. He writes tragicomedy in form of autofiction, bildungsroman, and offbeat stories. His characters range from being very lonely, to queer and subtly eccentric. His works have been translated into English, French, and Malay.

Nuril was awarded a grant by the National Book Committee of Indonesia to complete a residency in the U.K. in 2017, then received a grant from Robert Bosch Foundation and The Literarisches Colloquium Berlin to conduct research for a novel in Germany. He is also the scholarship recipient to the AIR Litteratur program held by the Vastra Gotaland region to write his novel in Sweden in 2022

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (23%)
4 stars
34 (38%)
3 stars
23 (26%)
2 stars
6 (6%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 26, 2017
3.90* untuk Sunyi!

Seawal penceritaan- dari muka surat awal sehingga hampir muka surat 50 lebih, aku hampir letak buku ini ke tepi sebab menyampah dengan sikap dan perwatakan Herwin. Tapi aku tahu, hasil tangan Nuril, pasti ada sesuatu dan aku harus teruskan pembacaan. Ternyata benar. Semakin lama aku ikut menggembara bersama Herwin, aku makin terhibur dengan sikap annoying Herwin. Sampaikan bila dah habis baca buku ini, masih terngiang-ngiang pertuturan, gaya dan seolah-olah Herwin sedang berlari-lari anak di dalam kepala otak aku. Dia adalah koloni bulan, perisik, serigala dan macam-macam lagi. Tapi kekadang, aku rasa kasihan dengan Herwin.

Aku suka dengan Aloysius. Perwatakannya agak misteri. Aku nak jumpa dia dan bawa lepak dan sembang kat mamak! Aloysius nampak cool!

Aku setuju dengan Heril yang buku ini bukan buku terbaik Nuril. Tapi aku tetap menyukai Sunyi. Unsur persahabatan di dalam Sunyi sangat kuat dan di hari ke 45, jalan ceritanya buat aku syahdu. Bergenang gak air mata. Aku sedih bila mereka duduk di atas bukit tu dan Herwin meluahkan segalanya. Keluarga tak semestinya yang sedarah sedaging dengan kita, sesiapa pun boleh saja jadi keluarga kita. Cuma, aku tak tahu bab akhir itu, adakah masa lampau Herwin, ataupun itu realiti hidupnya dan semua cerita yang berada di hadapan itu hanya imaginasinya semata-mata? Maaf, saya pembaca amatur~

Kesemua cerita buku Nuril, berbeza-beza. Tidak dinafikan, Nuril sangat hebat dalam memperincikan perwatakan watak-watak di dalam karyanya. Aku mula terhibur, bila Lady Bazooka dimunculkan. Aku dapat bayangkan bagaimana buruknya mekap Lady dengan badannya yang besar dan memakai high heels. *gelak*

Apa-apa pun, moga mas Nuril terus sukses! Aku tunggu buku dia yang seterusnya!

Kalian cubalah. Manatahu kalian akan menyukai Sunyi?

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 28, 2017
nuril, satu nama yang bagi aku begitu menyerlah berbanding semua penulis2 fixi lain kerana kelainan olahan, tema dan penceritaannya dalam setiap buku. bermula dengan dosa, diikuti romantis dan enak, semuanya memaparkan konflik berbeza dan menlangkaui expectation aku sebagai pembaca. Namun, secara peribadi aku masih menyukai dosa.

berbalik kepada #sunyi, ketika membaca blurb di belakang buku, aku tertanya2 apa kaitan tajuk dengan kisah menuju hari kiamat ini. seperti romantis, aku hampir2 meletakkan buku ini selepas membaca blurbnya. kedengaran klise dan mungkin boleh diagak. Namun apabila membacanya, anda akan mendapati jauh meleset daripada apa yang dibayangkan.

sunyi mengisahkan mengenai herwin, seorang pemuda yang kehilangan ingatannya, bekerja di sebuah kedai serbaneka bertekad untuk merantau mencari masa lalunya da keluarganya semula. ketika itu, dikhabarkan sebuat meteor akan melanggar bumi dalam masa 45 hari. bersama teman2 yang dijumpai sepanjang perjalanan, mereke bersam-sama mengharungi pelbagai dugaan. seperti menonton filem journey to the centre of the earth+zombie/walkingdead+prison break+hunger game pun ada gak.

olahan penulis bersahaja, dengan watak2 yang mempunyai karekter masing2 tapi masih menyokong antara satu sama lain. herwin yang bermulut lepas, banyak dialog2 kelakar yang menghiburkan sepanjang perjalanan mereka. aloysius yang pendiam dan lady bazooka yang penyayang walaupun tampak garang.

ending yang tidak dijangka seperti kebanyakkan buku fixi yang lain, namun masih boleh diterima. sekurang2nya, endingnya dapat menyimpulkan kembali kepada tajuk asal novel ini, iaitu #sunyi.

satu lagi persembahan cemerlang daripada nuril!

tahniah nuril!

ps - aku lebih senang menganggap penamatannya di atas bukit itu saja....
Profile Image for Lina Ali.
16 reviews1 follower
November 8, 2022
Cerita ni agak slow tapi buat kita rasa macam nak baca lagi dan lagi sebab nak tahu endingnya. Apa yang bakal terjadi pada hari ke-45? Adakah Herwin bakal menemui keluarganya? Adakah asteroid itu akan menghentam bumi? Adakah bumi bakal kiamat pada hari ke-45 tu? Pelbagai persoalan timbul sepanjang pembacaan cerita ini. Endingnya tidak seperti yang saya harapkan tapi okay lahhh.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 21, 2017
SUNYI. Karya pertama yg aku baca dari Nuril Basri. Sebenarnya dah lama aku cari Sunyi di kedai2 buku berhampiran tempat tinggal aku, malangnya setiap kali aku pergi setiap kali itulah takde stok.

Semalam, 20102017 - akhirnya! Ada jugak jodoh aku dgn buku ni! Hahaha...

Pertamanya aku nk ckp, yg aku suka sgt cover Sunyi. Mungkin bg org lain biasa jerlah gmbr mata tu, kan? Tp bg aku yg suka merenung jauh dlm mata org ni(yes, this is my habit), aku suka sgt! Lebih2 lg kalau org tu bermata redup, lagilah syok aku duk tenung!

Ok, sambung.

Sepanjang pembacaan, aku sgt2 terhibur dgn perangai Herwin yg aku x thulah nk ckp dia tu seperti apa. Kdang2 nampak mcm dia tu giler, kdang2 annoying, kdang2 dungu semacam, kdang2 naif sgt. Dan kdang2 aku rasa sgt kasihan pd dia.

Kesian. Kesian sgt.

Tp Herwin tu bertuah sbb dikelilingi kwn2 yg baik, terutamanya Aloysius.

Oh Aloysius... seorg yg sgt pendiam, misteri dan cool, weh!

Aloysius ni nampak sgtlah dia tu prihatin dan syg kat Herwin. Dia boleh jer tinggalkan Herwin kalau dia nak, tp dia tetap juga pilih utk teman Herwin yg selalu tertidur x kira tempat tu. Kalau Herwin tertidur, si Aloysius nilah yg tukang gendongnya.

Setiap kali Herwin mengejek Lady Bazooka, nak saja aku sekeh kepala Herwin sbb ckp main lepas jer. Mcm2 gelaran Lady Bazooka dpt masa mula2 mereka kenal - monster, syaitan, pondan dan diplodocus. Aku memang gelak sungguh2lah kalau mereka berdua ni saling berlawan mulut. Lawak. Sungguh lawak.

Dari segi jalan cerita, menarik sekali. Dgn wujudnya watak2 yg menghiburkan, bacaan aku x terasa bosan langsung. Malah semakin hampir ke muka surat akhir, aku jadi semakin nervous nak habiskan. Aku sebenarnya takut kalau2 endingnya mampu buat aku menangis. Membaca bab hari yg ke-45 pun sudah buat hati aku tersentuh. Sedih rasanya.

Apabila bacaan aku tamat...

Mujur, aku x menangis.

Tp aku bingung.

Bingung, dan lama2 barulah aku fhm.

Dan aku rasa kesunyian itu sgtlah membunuh seorg budak berumur 12 thn.
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
May 31, 2017
Di awal pembacaan, tak pasti sangat apa yang dibaca. Saya agak blur dengan kisah pengembaraan dan adventur si Herwin-- tentang gigantic asteroid, kejadian-kejadian aneh, huru-hara, without any point.

Herwin itu satu contoh karakter yang agak memualkan-- dengan perangai jelek dan kebudak-budakannya, ignorant dan sering menyusahkan. Point of the story sepertinya Herwin mahu mencari keluarga dan ingatannya yang hilang, namun sehingga hampir separuh pembacaan, saya masih belum nampak hala tuju cerita. Cycle hidup Herwin itu senang saja-- makan, jatuh dan tertidur (kata Donna, dia ada narkolepsi), being ignorant and annoying, makan, jatuh dan tertidur, dan ulang lagi hal yang sama. Barangkali saya masih tekun membaca kerana Aloysius-- yang tidak banyak cakap, the trusted one, peneman setia, dan agak misterius.

Sehingga mereka menginap di berek rahsia menempuh adventur dan usaha menyelamatkan diri, baru saya sedikit tersedar dengan metafora dan maksud tersirat kisah Herwin. Jujurnya saya teringat dengan novel Hard-Boiled Wonderland and the End of the World karya Murakami. Satu hal yang menarik hati saya, tentang sahabat-sahabat yang Herwin temui sepanjang 'pengembaraan'nya (yang kemudian buat saya sedikit sedih bila membaca bahagian terakhir tentang hal sebenar berkaitan mereka). Ia kadang lucu (dengan mulut celupar si Herwin) and too imaginary.

Hari ke-45 dan perbualan dalam cahaya putih terang, barulah saya tahu kenapa perangai Herwin jadi begitu. Herwin (bukan nama sebenar) tak perlu berlindung di dalam imaginasinya lagi.

Novel yang agak berlainan daripada karya penulis sebelum ini. Quite okay except the first few part dan sesetengah yang agak meleret, bagi saya. Nice try, anyway.

Rest well, penghuni bulan!
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
January 25, 2019
Cerita ni sedih, okey! Dua bab terakhir (atau dua hari terakhir, kalau ikut novel ini) adalah bab yang memilukan.

Aku memang menyampah dengan watak Herwin yang mengada-ada dan menjengkelkan tu pada mulanya. Namun, pada akhirnya watak itulah yang paling terkesan sekali. Bab-bab awal cerita agak aneh, tapi akhirnya semuanya masuk akal apabila kau membaca bab akhir.

Dalam kekecohan tentang dunia yang hendak kiamat, ia sebenarnya sebuah kisah yang sunyi dan pilu.

Macam biasa, karya penulis yang tak mengecewakan.
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews56 followers
February 25, 2021
Jika novel ini sebuah filem, ia sebuah filem independen yang dibuat dengan belanja rendah dan ditayangkan di pawagam yang selalunya menayangkan filem-filem indie dan art berat-- filem yang sebenarnya mempunyai makna yang dalam, tetapi berlapis-lapis, hanya sahaja kau harus bersabar untuk memahaminya.

Dan saya terpaku di tengah-tengah pawagam yang gelap itu. Otak saya asyik memikirkan cerita apakah yang saya sedang tonton ini? Walaupun filem ini sudah saya tonton separuh, saya masih tidak tahu hala tujunya. Watak utamanya berperangai kebudak-budakan dan sungguh menjengkelkan. Dia mengalami narkolepsi dan selalu mereka-reka cerita. Saya tidak sukakannya. Namun begitu saya didorong rasa ingin tahu yang amat sangat-- apa akan berlaku apabila asteroid itu akhirnya menghentam bumi? Benarkah kiamat akan berlaku kerana itu? Siapa Herwin yang sebenarnya dan adakah dia berjaya mendapatkan memori dan kembali ke pangkuan keluarganya? Saya ingin tahu itu jadi saya harus terus menontonnya. Jika ini ialah sebuah filem yang saya muat turun secara haram yang saya tonton di rumah sudah pasti saya akan terus menekan butang fast forward. Tetapi saya berada di pawagam, justeru itu saya harus bersabar.

Jika ini sebuah filem, seusai sahaja ianya berakhir saya akan ke aplikasi IMDb dan memberi markah kepada filem ini. Saya akan berikan 6/10 bintang kerana saya rasa ceritanya yang banyak meleret-- hanya jadi menarik apabila kembara Herwin sampai ke pulau rahsia. Saya juga rasa cerita ni hanya boleh ditonton sekali sahaja dan saya tidak mampu menontonnya lagi lain kali kerana saya merasakan masa terlalu lambat berlalu semasa menontonnya. Walaupun pengakhirannya membongkar segalanya, ia tidak cukup menggembirakan saya yang telah kelelahan.

Tapi ini sebuah novel. Jadi saya beri 3/5 bintang untuk naskhah ini.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
September 29, 2017
Ada vibe Life of Pi. Aloysius watak kegemaran aku dalam cerita ni. Misteri sungguh.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
Read
September 6, 2017
Berjaya juga habiskannya doanggg.
saya beri 3.6855 bintang untuk buku ini. Suka gaya tulisan yang humor dan watak2 yang kalerful, cuma mungkin sebab tema dia aku tak in sangat ?
Profile Image for Mohamad Fais.
18 reviews2 followers
June 16, 2017
Akhirnya kita tahu yang berpura-pura juga adalah salah satu bentuk eskapisme untuk melarikan diri dari realiti yang sakit. Permulaan awal cerita dibuka dengan pengembaraan yang panjang oleh Herwin dan kawan-kawannya dan di bab akhir cerita pengembaraan itu dipendekkan dalam satu bab serta penjawapan kepada persoalan di dalam pengembaraan yang panjang di awal cerita.

Sangat suka dengan Herwin yang polos dan Aloysius yang pendiam(?).

Kita juga tahu yang manusia punya pelbagai cara untuk meraikan hari-hari terakhir sebelum kiamat (lebih tepat lagi mati).

Tahniah Nuril. <3
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
May 12, 2017
SUNYI
TERBITAN FIXI sempena PBAKL
GENRE: Kemanusiaan
PENULIS: Nuril Basri
TERJEMAHAN: Julie Ann

Merupakan novel ke 4 penulis asal Tenggerang Indonesia bersama fixi Malaysia setelah novel Enak. Sunyi akan membawa pembaca menilai sifat sifat manusia melalui watak utama yang konyol, lucu, bersahaja dan mengejutkan di hujung cerita. Ini adalah karya TERBAIK penulis yang dilancarkan sewaktu PBAKL 2017.

Penulis ketika duduk semeja di pesta buku secara literal merendah diri mengatakan dia tidak suka pada jalan cerita Sunyi. Entah mengapa ianya terpilih?

Nuril Basri mempunyai stail tersendiri apabila bercerita. Tidak begitu serius tetapi bait bait kata yang dipilih membuatkan kamu tertawa sendirian. Watak utama Herwin akan memperkenalkan pembaca pada watak watak lain yang menawan dan istimewa. Aloysious, Lady Bazooka, Dona Maddona dan beberapa watak sampingan yang berhubung dengannya sepanjang adventure Herwin yang kamu sendiri tidak pasti apakah ianya mimpi atau reality, kerana Herwin adalah pengidap Narkolepsi. (penyakit cepat tidur bila terkejut atau kaget)

Dihubungkaitkan tentang dunia yang hampir tamat/kiamat penuh yakin, kesukaran mereka menjelajahi lokasi lokasi aneh sedia ada dan dirungkaikan secara oral tentang lokasi lokasi tersebut. Menarik sekali, kerana pembaca seolah olah dapat membayangkan lokasi secara detail sewaktu menikmati kisah. Bayangan tentang flat yang sempit, perjalanan ke gunung, menaiki belon udara, memiliki pulau sampah akan menjadikan pembaca teruja.

Dialog dialog bersahaja yang lucu antara Herwin dan Lady Bazooka sangat memikat hati. Deskripsi tentang showgirl tersebut bertambah lucu. Harus dibaca sendiri. Ada ketikanya novel ini membawa unsur unsur saifai yang mendebarkan. Diselitkan juga babak babak watak tambahan yang lucu dan penting di hujung cerita.

Meskipun lucu dan konyol sifat si Herwin apabila menghadapi dunia yang akan kiamat, pembaca mungkin akan menangis di hujung cerita.
Sebagai pembaca saya sangat terpikat pada penceritaan dan resah sepanjang menikmati nukilan indah ini. Ianya sangat cantik.
Nota: Harus ada dalam simpanan jadi koleksi sekiranya kamu sudah membaca Dosa, Romantis dan Enak.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
January 28, 2021
"Keluarga bukanlah sesuatu yang lahir dari pertalian darah, tetapi orang yang kau temui dalam sesuatu perjalanan yang akan terus berusaha bersamamu di sepanjang perjalanan itu." - Sunyi, Nuril Basri

Lepas baca buku ni, saya terfikir macam mana satu hari nanti, atau dalam masa terdekat ni dunia kita betul-betul akan kiamat. Wang akan diperlakukan seperti kertas biasa yang tiada nilai, tiada lagi yang namanya nilai kemanusiaan, manusia mula mengikuti ajaran sesat yang kononnya dapat selamatkan mereka daripada bahaya apa sekalipun. Atau mungkin kita akan alami perkara yang kita tak pernah pun alami sebelum ni, perkara yang kita sendiri tak pernah terfikir pun nak buat, like doing sex or killing people. Buku ni more kepada penceritaan gelagat-gelagat manusia sebelum hari kiamat. I just wonder, kita sebagai manusia biasa pun tak tahu bila hari kiamat. Tapi kita dah lihat, dengar semua benda ni berlaku sekarang. Macam kita tak risau yang mungkin kiamat tu semakin dekat dengan kita.

Dalam buku ni, saya sangat suka dengan karakter Herwin padahal pada awal-awal bab saya sangat benci karakter ni😂 Dia ni jenis yang banyak cakap and at the same time, sangat annoying. But I really loves him. Dia ni tengah cari keluarga dia and dia harap sangat dapat cari keluarga dia sebelum hari kiamat. And guess what? Keluarga dia tu adalah orang yang ada disekeliling dia, orang yang selalu ada saat susah senang dia. Dia mungkin tak dapat jumpa keluarga dia tapi dia sangat bersyukur dengan orang yang selalu ada disamping dia.

It's a good book. Worth reading. Thumbs up, Nuril Basri🖒❤
Profile Image for Natasya Wiah.
200 reviews48 followers
August 24, 2020
At first.. I though this book was really a messed up but still fun to read.. but the ending was blowing up my mind.. now I know why its storyline like that.. I think that was brilliant and what a twist! Anyway I like Herwin character so much.. and this fixi book deserves get 4.5 star.
Profile Image for Jimy Lim.
1 review
May 26, 2017
i was at first, felt tired following the story, due to the main character - Herwin - has behavior that act like a child, he doesn't think much about the risk and the outcome of what he did, he just did what he liked, most of the time. but because of i wanna know the ending of the story, i keep reading it, with some breaks - usually i finish the author's book in one or two shots - until one part that keep me interested. the one which tell us the end is coming and so close.

when the 4 people gather eventually, the story came with more and more tragedies, but they still stick to each other. the plot twist made me scream in silence. and this masterpiece is just as brilliant as the author's previous books. highly recommended for those who like an adventurous storyline
Profile Image for Wan SC.
26 reviews
December 25, 2017
Buku ni aku dapatkan di PBAKL tempoh hari. Siapa nak beli boleh cari kat kedai-kedai buku berhampiran korang atau MPH atau beli online kat web Fixi. Kat Popular takde.

Novel ni mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Herwin, seorang yang gila-gila dan periang dan ada masalah Narcolepsy iaitu mudah tertidur tak kira masa, tak kira di mana. Dan cerita bermula apabila ketika dia 'tertidur' tu, dia bermimpi tentang dunia yang bakal kiamat dalam masa 45 hari dan memang betul, berita melaporkan ada asteroid sedang menuju ke bumi dan bakal menghentam Bumi dalam masa 45 hari.

Novel setebal 362 muka surat ni akan menceritakan pengembaraan Herwin dalam menempuh 45 hari tersebut untuk mencari keluarganya yang di sendiri sudah lupa, siapakah ahli keluarganya. Di sepanjang perjalanan yang bermacam-macam dugaan mencabar, lucu dan menyeramkan itu, dia berjumpa dengan tiga orang yang sentiasa menemani dia sepanjang pengembaraan tu. Aloysius yang pendiam dan serius, Lady Bazooka yang kuat melenting dan Dona yang misterius.

Novel ni menarik sebab bertemakan pengembaraan. Bermula dengan bandar (maybe Jakarta) yang kosong disebabkan semua penduduk bandar pulang ke kampung. Imagine macam mana gilanya Herwin dan Aloysius masuk keluar kedai dekat bandar tu ambik apa yang diorang nak ikut suka nak pakai apa, makan apa. Kemudian macam mana diorang gamble bawak kereta naik highway, minyak habis, jumpa penari kaberet bernama Lady Bazooka yang nak panjat gunung untuk bermeditasi. Kemudian, diorang terbang naik belon udara panas dengan Dona, dikejar oleh seorang sniper, belon bocor, dan mereka terdampar di tengah lautan, kemudian jumpa pulau sampah sarap yang terkumpul di tengah laut terlalu banyak sampai boleh jadi pulau sampah yang terapung. Kemudian, mereka sampai di sebuah pulau yang sudah tiada keperimanusiaan. Bunuh, rogol, rompak jadi perkara normal di tepi-tepi jalan disebabkan pemikiran mereka yang menganggap, hari sudah nak kiamat, buat apa nak buat baik lagi. Masing-masing pentingkan diri sendiri.

Plot demi plot memang menarik, mendebarkan dan semestinya akan diselitkan perkara-perkara yang seram dan menerujakan. Kadang kala rasa macam filem Alice In Wonderland, Oz the Great and Powerful atau Life of Pi.

Di penghujung, plot twist seperti biasa. Kalau takde plot twist, bukan buku Fixi lah namanya. hahahaha.
Keseluruhan, aku bagi 4.0/5.0
Profile Image for Rey.
2 reviews
October 2, 2020
Saya memang dari awal amat menghayati perwatakan Herwin, sebab saya ada expectation yg tetap bahawa semua perwatakan ada tujuannya. Itulah penulisan berkualiti pada pandangan saya. Pada bab terakhir lagipun ada dinyatakan yg dia tu 12 tahun, jdi membuat saya faham kenapa cerita dituliskan dengan unsur dongeng (narwhal/unicorn laut, duyung,...) dan kenapa perwatakan Herwin ditulis sebegitu.

Bagi saya, watak Herwin yg kebudak-budakan, periang, selamba, santai tu memainkan peranan kontra kepada mood cerita yg suram (sbb dunia hampir kiamat). Saya juga selalu tersentuh dengan pertalian Herwin dengan Aloysius, terutamanya bila mereka saling memanggil nama samaran. Buat saya terkejut sbb Aloysius jenis pendiam, tak sangka dia boleh serapat mcm tu dengan Herwin. Saya juga tersentuh selalu bila dia jaga Herwin sepanjang narkolepsinya. Hubungan yg amat dihargai.

Sepanjang bab terakhir, saya menangis teresak-esak sbb saya sedar unsur yg penting dalam cerita ni ialah mimpi. Tujuan narkolepsi/aegri somnia(?) Herwin dalam cerita merupakan ramalan masa hadapan, atau lebih tepat(?) hakikat yg dia tak nak terima. Mimpinya juga boleh ditafsirkan sebagai cara dia mengubati hatinya yg penuh dengan trauma (sebagai coping mechanism). Memang memilukan. Tambahan lagi dia masih semuda 12 tahun.

Ini adalah buku pertama karya beliau yg saya baca. Saya memang menghargai kualitinya. Buku ni buat saya nak membaca karya beliau yg lain kalau bertuah dapat jumpa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
November 12, 2018
Buku paling bosan yang aku baca tahun ni. Hambar teruk macam Liverpool. Tak macam karya sebelum ni, Romantis yang best. 2 bintang.
Profile Image for Hafeji A.D.
256 reviews1 follower
December 22, 2023
Berbanding Romantis, Sunyi mempunyai laras bahasa yang lebih santai dan tidak terlalu puitis. Watak utamanya pelik dan menjengkelkan sekali untuk dibaca. Awalnya begitu menarik perhatian aku saat asteroid diberitakan untuk menghentam bumi dalam masa 45 hari. Namun, perhatian aku mulai kendur pabila cerita ini bergerak masuk ke pengembaraan Herwin dan yang lain. Bosan. Setelah tiba di hari yang mereka keluar dari pulau tu barulah aku boleh baca dengan laju.

Endingnya aku boleh puji. Bukan seperti yang aku sangkakan.

2 reviews4 followers
February 24, 2019
Seperti yang dijangkakan, nuril tidak akan pernah mengecewakan pembacanya. Plot awal , pembaca harus tabah menghadapi watak utama nya si Herwin yg bersikap tidak masuk akal. Hahaha. Namun setelah watak2 lain muncul, terutamanya Lady Bazooka, kisah adventure nya semakin memuncak. Terhanyut aku dengan plot2 adventure nya (mungkin kerana imaginasi aku juga kuat). Sampai pada akhirnya... ternyata semuanya memang benar2 imaginasi. Epilogue karya nya mengubah semua persepsi dari awal. Ternyata kepura-puraan dan khayalan bisa melarikan diri dari kenyataan yang menyakitkan. Unexpected. Bravo Nuril.
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
November 25, 2018
My review:

1. Novel ni citer pasal apa?
Dia pasal watak utama dia (Herwin) dalam satu pengembaraan nak cari asal usul keluarga dia, mak ayah dia. Herwin ada penyakit lupa & senang tertidur. Dalam masa yg sama, ada tahi bintang nak hempas bumi, masing2 cuba selamatkan diri, cari tempat perlindungan.

2. Apa yg best?
- citer dia buat pembaca tertanya-tanya siapa Herwin ni sebenarnya? Dia bawa kita mengembara dari awal sampai la bab yg terakhir sekali baru la segala-galanya dirungkaikan.
- kelakar - Ada beberapa pick up line yg bole buat orang ketawa atau at least tersenyum.

3. Apa yg kurang...?
- Citer dia ada bab-bab yg meleret-leret sikit. Kadang2 tak perlu & tak ada bab tu pun tak apa. Maybe nak panjangkan huraian pengembaraan citer tu.

4. Bape Bintang nak bagi?
3.2 out of 5

5. Novel ni sy recommend kepada siapa?
Kepada pembaca yg minat citer pengembaraan, kekeluargaan, friendship, komedi sikit2, saya suggest utk baca. Dia buat pembaca terasa penderitaan si Herwin ni terus menusuk ke hati & termenung sekejap.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
May 21, 2018
Berjaya habiskan buku ini sekali gus kerana banyak masa lapang kebelakangan ini (cuti undi kan)...

Dari awal cerita sampai penghujung marilah ikuti perjalanan hidup Herwin dari penyakit tidurnya yang pelik, dan ketika dapat tahu bahawa dunia akan kiamat, hinggalah perjumpaan dengan manusia yang pelbagai ragam dalam perjalanan mereka dalam mengahadapi saat-saat akhir dunia. Bahagian yang menggerunkan sekali sudah pasti di dalam pulau yang terlindung itu apabila manusia diburu seperti haiwan.

Tapi yang tak terduga sama sekali, bab terakhirnya itu. Tidak terlintas dalam fikiran sekali (buat certia ini) bahawa segalanya hanya imaginasi dan eskapisme daripada insiden yang traumatik.

Great job mas Nuril!
Profile Image for Abul M. Salleh.
22 reviews
July 11, 2017
Seratus muka surat saya baca, masih rasa bosan. Tidak dengan cerita tetapi kesemua watak. Herwin dengan kelakar yang terlalu mencuba menjadikan ia jengkel. Aloysius dengan diamnya yang membosankan. Ahhh, hampir saya letakkan di rak dan tidak mahu membacanya lagi tapi saya punya penyakit. Rasa bersalah setelah membeli tetapi tidak dihabiskan. Ia sia-sia. Atas dasar itu dan menghargai lelah penulis saya habiskan dan tetap ia tidak memikat saya. Maaf.
Profile Image for Nurul Adibah.
33 reviews1 follower
January 16, 2018
Plot agak draggy dan macam taktahu arah tuju. Even dah page 300+ pun aku masih clueless apa sebenarnya yang penulis cuba sampaikan but page 346 to 362 blew me up wow tak sangka ending dia macamni haha. Nais nais ✨
14 reviews
July 26, 2018
ceritanya merepek tapi ntah knapa aku terus membacanya hingga ke muka surat terakhir..haha merepek ini aku suka! thumbs up to the writer utk imaginasi ini.
Profile Image for Min.
6 reviews1 follower
November 5, 2018
An enjoyable read. Nuril Basri never disappoints his readers!
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
August 3, 2021
Why I'm interested in this book at the first place
First book picked for #10tahunFixi, with full list via Buku Fixi's IG post:
https://www.instagram.com/p/CLJSYt9hS...

The ebook was provided for free, I read it via Google Play (Book) app.

What do I think of this book... now that I've done reading it
It's a very strange read. Here I was thinking,
is this an acid trip on purpose?

(From here, I will use movies/other event as reference.)

The main character is Herwin, has an unusual "illness" - he will no longer remember anything*, right after he woke up from his daylight slumber.

(There's a famous true-crime case similar to this - Hannah Upp)

There's one time, he predicts on one asteroid crash and the supposed apocalypse will happen in the next 45 days.

(The Author used Armageddon as reference.)

The asteroid crash is the McGuffin itself; you as the reader, wondering what happens next. To know the answer, you'll need to follow him on his "journey".

(Reminds me of Bird Box)

* Ironically, in earlier chapters, he does remembers his name and managed to find his way home after he wakes up.

The last chapter was an unexpected revelation. And,ends with one open-ended ending. 😶

(Instantly, this part reminds me of Shutter Island.)

+


-


Get this
1. If you want to experience acid trip in a book.
2. If you've seen the movies mentioned above.
3. If you're familiar with the famous disappearance case of Hannah Upp.
Profile Image for Rizqan Sulaiman.
34 reviews
August 12, 2025
Untuk sebuah buku yang bertajuk “Sunyi”, watak utama dalam cerita ini tak sunyi langsung. Sometimes annoyed juga dengan telatah watak utama but I guess that’s the authors intention.

Secara jujur aku agak dua hati tentang ending dia. Kalau takde the epilog pun i think it is a great novel. But I know apa niat penulis untuk tulis ending macamtu, so that it is plot twist-y in a way that still makes sense. But kalau ia berakhir dengan kiamat pun rasanya okay, barulah ngam dengan tajuk buku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Adrujha.
13 reviews
December 14, 2022
Pengembaraan Herwin dalam mencari keluarganya. Satu demi satu kisah kembara Herwin diketengahkan. Ada vibes cerita Don’t Look Up tentang kiamat yang akan berlaku selepas 45 hari. Di hujung cerita baru kita akan tahu apakah sebenarnya kiamat itu dan siapakah keluarga yang Herwin cari. Herwin karakter yang agak sengal ubi tapi rupanya itu adalah untuk menutup luka dalam dirinya sendiri.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 4, 2019
Tak banyak yang aku boleh komen tentang novel ni. Ada bahagian yang aku suka, ada yang tak. Pengembaraan Herwin mencari keluarganya bersama Aloysius, Lady Bazooka dan Dona dalam tempoh 45 hari sebelum dunia berakhir. Terbitan

@BukuFixi
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.