“Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha.” – Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).
Sifat dan latar belakang Ray Salihan mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Masih dalam stail yang moden bersahaja. Memikat sebenarnya perjalanan nota 3. Sesekali penulis bermain dengan bait bait kata yang mendalam. Pembahagian cerita dalam bentuk nota, cerita dan ulang semula yang tidak mengelirukan. Tahniah pada cara susunan dan editan yang baik dan bijak apabila penulis menggambarkan sensitiviti, lupa, props dan elemen elemen kunci cerita.
Perjalanan ke New Delhi lengkap dengan sindiran sinis dan sifat prejudis watak utama. Pertemuan dengan Rekha Gupta yang seharusnya klise tidak terjadi bila ia berada di tangan Shaz Johar, segalanya digambarkan dengan lancar sekali. Seperti yang dijangkakan watak Amri diperbanyakkan sehinggalah ia tiba pada titik penting dalam kecelaruan kisah. Kamu terpana? Kira jawapannya Ya, naskah ini harus kamu baca dengan tenang tanpa melangkau mana mana halaman.
Penulis berjaya membuatkan kamu membayangkan suasana pusat rawatan RUSM1N dengan berkesan, watak watak sampingan hadir secara tidak lebih dan tidak berkurangan. Kehadiran semula Dina dan teman teman yang sudah diceritakan dalam epilog dan bual kata bersama Ray Salihin di saat saat hampir tamat naskah ini sangatlah meruntun hati. Resah keliru Ray melibatkan jiwa jiwa yang ada disekelilingnya termasuk Mama dan Lisa. Ada waktunya kamu seolah olah mahu percaya bahawa setiap mereka ada keterlibatan dengan apa yang sedang diharungi oleh Ray. Pemilihan tajuk yang tepat untuk trilogi NOTA jelas digambarkan sehingga ke hujung cerita. Sebagai pembaca saya merasa tidak RUGI langsung. Ini adalah trilogi yang membuatkan pembaca merasa tidak berat mahu menamatkan.
Trilogi Nota sudahpun merakam hal hal generasi baru apabila watak watak berhubung dalam penceritaan dalam suasana, gadjet dan gerak hidup mereka.
Secara menyeluruh Trilogi ini saya berikan 5 bintang besar untuk penulis. Sekali lagi tahniah untuk penulis, penerbit dan editor yang berani menampilkan sastera moden selaras masa.
A book that excites you is definitely something worth to waste time for.... (a must read)
Penulisan Shaz Johar tak perlu dipertikai. Getting better and better with each book. One of the best 'indie' writer for me.
Cumanya I just get easily bored with the twisted storyline. And since it is En. Writer punya trademark, I read with caution. Couldn't believe anyone or anything yang diceritakan. And keep second guessing the story. Sangat memenatkan. Sometimes, less is more is better.
In the end, I thought to myself. What did I spent my time reading?
Plot kali ini boleh buat kau keliru betul. Kena baca dengan cermat. Aku suka cara penulis 'bermain' dengan watak Ray. Rasa janggal dan pelik tetapi addictive. Nota kali ini agak lain berbanding dua buku sebelum ini, jadi naratifnya lebih segar bagi aku. Jauh juga Ray bawa aku ke Delhi dan Agra. Ingatan Ray yang asyik datang dan pergi juga kisah Amri dengan helaian nota bunuh. Babak nota-nota kiriman rahsia kepada Amri antara bahagian yang aku suka. Kondisi sebenar Ray boleh diagak, banyak juga 'hint' yang penulis bagi sebelum naratif beritahu kisah sebenar (walaupun samar), awalnya ia nampak 'bersatu' dengan segala cerita tetapi hampir ke akhir kemas saja penulis tukar arus plot dan bawa kita ke dunia lain Ray Salihin. Susah nak percayakan mana-mana watak kali ini, semuanya ada agenda masing-masing-- sama ada yang ilusi atau wujud.
Perjalanan plot dan isinya buat aku sentiasa mahu terus baca. Ada satu 'force' yang bagi aku rasa tak sabar untuk tahu penamat kepada Ray. Gemar dengan olahan ayat dan bahasa daripada penulis, ia cantik dan kemas. Suka sekali dengan cara penulis bawa aku ke penghujung cerita. Segala adventur seorang Ray Salihin serta satu bab penamat yang bagus untuk sebuah trilogi. Penulis betul-betul buat aku berfikir tentang hujung kisah NOTA ini, dan aku suka bila ia kekal 'misteri'.
Sepatutnya buku ke-3 dalam trilogy perlu memberi konklusi terhadap the whole series tapi bila aku baca Nota 3, makin pening aku dengan series ni. Aku tak tahu samada aku yg gila atau karakter dalam ni yg gila.
Cerita kalini agak kompleks dan komplikated. Aku rasa aku macam Ray, selalu hilang ingatan. Aku respek SJ boleh buat otak hg serabut dengan karakter Ray ni. Bila hg baca, hg macam akan meragui dengan kredibiliti Ray sebab SJ berjaya buatkan watak Ray tu 'sakit'.
Dan ending dia? Haish bagi otak aku jadi lagi serabut (which is a good thing)
Buku kegemaran aku dalam trilogi Nota ini kerana gaya penceritaannya yang berbeza, dan memberikan nafas segar kepada plot cerita.
*POTENTIAL SPOILER* Masuk pertengahan cerita aku hidu macam ada bau-bau aura filem psikologi, SAM (2012) lakonan Shaheizy Sam gitu, namun akhirnya di hujung-hujung Shaz Johar membuat kona yang berbeza dari tanggapan aku. Mengujakan! Looking forward to buy Shaz's other books!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Damn!!! Ending membuatkan saya tertanya-tanya, adakah dari awal lagi semuanya hanya mirage.
In your head, In your head they're still fightin' With their tanks and their bombs And their bombs and their guns In your head, in your head they are dyin' *The Cranberries - Zombies*
Macam sesuai sangat lirik tu untuk Nota:3 ni.
Watak Ray ni jatuh kategori atas pagar. Ada part dia okey, ada part unlikable. Tapi dari Nota 1 lagi yang buat saya suka pada watak ni ialah cintanya pada Lisa yang tak pernah pudar.
Penulisan SJ lepas Nota:3 ni rasanya tak perlu dipertikai lagi. Untuk saya, memang dah best sangat dah.
Selesai baca naskhah ini dan aku tak mahu buat apa-apa. Kenapa penulis buat aku begini?
Secara keseluruhannya, naskhah yang terakhir ini memang lain dari yang lain, berada dalam kelas yang tersendiri dan aku berani katakan yang ia boleh berdiri sendiri sebagai sebuah naskhah stand alone. Kita boleh lihat sendiri kemajuan gaya penulisan Shaz Johar yang semakin baik dari Nota sehingga Nota:3 ini. Dengan penulisan yang kemas, plot dan jalan cerita yang berselirat dalam naskhah ini mampu digarap dengan baik. Suka bagaimana karakter Ray, emosinya; memorinya; dan kekeliruannya dikupas secara berhati-hati dengan tetap mengekalkan momentum misteri dan saspens tentang apa sebenarnya yang terjadi pada beliau dan kejadian yang berlaku di sekeliling beliau. Walaupun, aku dah boleh jangka siapa sebenarnya dalang di sebalik semua ini, tetap ada rasa terkejut dan sedikit sedih atas segala yang terjadi.
Dan ia buat aku berfikir-fikir, apakah puncanya - obsesi dengan penulisankah, penyesalan dan kemarahankah, rasa berseorangankah atau cinta?
Shaz Johar, salah seorang penulis FIXI yang sangat pandai bercerita.
Dah lama baca Nota dan Nota 2. 2019 baru terdetik balik nak tamatkan pembacaan trilogi ni. Pada awalnya, aku rasa mungkin aku dah kurang berminat, terutamanya sejak Nota 2. Tak ingat pula bagaimana pengalaman membaca Nota 2 but I remember it sebagai sekuel yang tak berapa nak best. Bagi akulah.
Nota 3 tak terasa seperti sebuah buku yang sum-up Nota 2 dan Nota. Sebaliknya, buku ini merupakan stand-alone yang sangat menarik dan memuaskan, namun bukanlah penutup trilogi yang aku harapkan. Boleh macam tu? Aku suka gaya penulisan Shaz Johar yang lembut, almost like mendayu-dayu pun ada, tapi tetap istimewa. Elemen misteri dan suspense juga berjaya mengubati kekecewaan terhadap Nota 2 which feels a bit 'lopong?' imho. Setiap watak memainkan peranan masing2. Shaz Johar juga pandai bermain kata-kata, meletakkan pembaca pada sudut pandang watak utama, menyebabkan pembaca turut keliru dalam memproses maklumat dan mengagak hala tuju serta how much that we know is true. Itu yang paling menarik.
Tak banyak yang boleh komen. Mungkin sebab aku sedikit bias dengan tuan penulis kerana sentiasa sukakan cara dia mengatur ayat dalam mengekspresikan watak dan menyampaikan kisah. One of the best from him. Nota 3 is the best and can be read on its own, Nota is good and Nota 2 just didn't work for me.
I would say that it is a good book to read for leisure. The storyline wasn’t so much impressive but since it’s part of the sequel, the book made a good conclusion. I like the scene in the cell where my brain had conflicts with a few chapters earlier. It twisted and mocked me up when I realized that I was fooled by the lead characters. Overall, my excitement towards this book decreased a little bit and it could have been better if it concluded at Nota 2. But hey, SJ is still my best favorite author!
Honestly aku rasa simpati dgn Ray sampai jd mcm tu skali. Kalo dia x kenal dgn Intan mesti hidup dia x jd mcm tu. Ape nasib Intan agaknya lepas dia gi Nepal. Buku ke-3 langsung xde cerita mengenainya. Dr awal citer dh leh agak yg nota2 tu Ray yg wat hehe. Cuma tertanya2 nape Vin jd mcm tu. Sape yg buat dia jd mcm tu? Mmg org penjara tu ke yg jdkn dia sebegitu. For me citer Nota 3 ok cuma kalo ad selit psl Intan ok skit kot. Lgpun Nota 3 bertumpu cerita kpd hidup Ray. What happened to Rekha actually. Mana pun leh tahan jgk x suka dgn Amar. X memasal Ray yg kena masuk hospital gila. Last skali tu sbnrnya Ray dlm kubur ke? Sbb penulis menceritakan tmpt yg sempit. Ak rasa kubur hehee. Dlm Nota 3 tu rasa geram skit dgn Ray sbb memanjang x igt semua bende lg satu terlalu bnyk kemunculan Dina. Tp it's ok sbb org gitu dia akn nmpk benda yg bukan2. That is reality. Anyway good job to Shaz Johar dpt simpulkan pengakhiran Nota. 👌👍👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Maka, tamatlah trilogi Nota. Trilogi yang aku suka untuk recommend korang baca, dengan syarat, korang ialah pembaca matang. 😅 .
Mula-mula kan, aku suka bila Ray membawa kita semua ke India. Dekat sana, dia jumpa Rekha. Wait, bukan Rekha dah mati ke? Okay, so, twist kat sini. Dan kalau aku jadi Ray pun, aku akan rasa paranoid. .
Then, bagi aku, semuanya smooth je. Watak Mama dan Lisa pun semakin berkembang dan dorang ni la yang selalu memberi kekuatan kepada Ray yang asyik-asyik lupa ni. Kesian sebenarnya kat Ray ni. .
Then, watak Amri masuk. Bukan masuk saja-saja, dia siap minta tolong Ray selesaikan nota yang dia dapat. Hurm, sape pulak la yang nak bunuh Amri ni? Logiknya, ramai je sebab Amri ni annoying giler. .
Dan lama-kelamaan, DANG! Ada twist weh! Kematian Amri merungkai siapa sebenarnya Ray. Seriously, aku speechless. Dan ada je beberapa part yang menunjukkan seseorang cuba mengeksploitasikan Ray yang hilang ingatan ni. Hurm, unbelievable. Dan akhirnya, Ray masuk dalam hospital mental. Wehhhh... Kesian Ray. .
Lepas je habis buku ni, ku duk termenung, memikirkan nasib Ray. (Macamlah watak dorang ni real). Kesiannya. Dan aku jadi geram ngan penulis sebab buat Ray macam ni. .
Dan jawapan kepada persoalan aku sebelum ni, tak berbaloi weh kau gigih buat semua ni untuk hasilkan karya yang mindfuck, sebab akhirnya kau jadi macam ni. .
P/s: gonna re-read this book later. Sebab ku nak cari kat mana yang penulis twist otak aku ni
Satu konsep baru bagi aku. Lain dari yang lain. Apa yang lain? Hmm nak cerita takut jadi spoiler.
Bila baca buku ni kau akan faham kenapa orang yang 'sakit' ni ada yang perangai dia macam ni. ada yang macam tu. in real life pun kalau kita tengok diorang ni depan mata mesti rasa pelik jugak kan.
So aku tabik pada writer ni yang memahami orang2 'sakit' ni dan create satu orang 'sakit' dengan kehidupan dan fikiran yang 'sakit' yang hanya orang 'sakit' je boleh merasa sampai aku pun kadang2 terasa 'sakit' jugak. haa mesti tak faham ayat ni kan 😏
Tapi kan. dia betul2 memahami ni. adakah dia betul2 menjiwai orang 'sakit' ni atau saje2 create entah betul ke tak orang 'sakit' ni macam ni atau dia yang sebenarnya 'sakit'? 😓
Sebab buku ni sangat 'sakit' untuk dibaca tanpa adik beradik dia yang lain (NOTA & NOTA 2). 👍😁✌
OK. Satu persoalan yang aku tak jumpa jawapannya. Dimanakah kepala Rumi/Ismeth?
For those yg follow Nota dan Nota 2 mmg confirm xsabar nak tunggu Nota 3 ni dan semestinya xkan menyesal. Plot cerita yg disusun dengan baik.. Rasanya sepanjang aku baca Nota 3 ni, hati sentiasa tak tenang.. Byk persoalan yg bermain dlm fikiran.. Apa yg berlaku pasa Ray sebenarnya? Adakah Dina masih hidup? Btol kah rekha masih hidup? Adakah Dina itu Rekha? Atau Rekha itu Dina? Siapa sebenarnya yg ganggu Amri? Semua benda tu buatkan aku rasa xsabar nak habiskan buku ni. Namun bila hampir ke penghujung satu persatu persoalan dirungkai which is buat aku fikirkan semula apa yg berlaku sebelum ni. Tp di akhir cerita aku rasa penulis pulak buat aku jadi gila..hahaha adakah mama terlibat? Apa sebenarnya terjadi pada Ray? Mmg sesak nafas baca buku ni.. 👍🏻👍🏻👍🏻
Penamat untuk 2017 dan penutup untuk Goodread reading challenge tahun ini yihhhh. less than i expected from shazjohar tp okay je. tp mmg kena balik ek nota dulu dulu kalau tak ,kau blurr gila.sape entah iskandar,rumi,vin tu.
Ok sebab buku ni bersambung, dan aku baca back to back. Jujur susah nak buat reviu, sebab aku akan senang lupa the EXACT sequence, aku akan ingat lebih kurang je. Tapi aku suka sebab buku ni membuka mata tentang sakit mental, dan Syaz Johar memang suka buka topik sensitif macam ni. Ni memang makanan dia. Sebelum ni topik gay, bomoh sanctuaria dan ajaran sesat.
Kali ni disebabkan buku ni trilogi, aku jadi agak excited sebab dalam NOTA 1, cerita dimulakan dengan watak Ray Salihin yang mencari ilham kes pedo untuk dijadikan tema utama novel terbarunya, dan Ray mula menerima nota dari seorang pesakit mental di Rusmim, Rumah Sakit Mental 1 Malaysia. Katanya itu cerita benar tentang apa yang jadi pada hidup Intan, pesakit yang menghuni di Rusmim tu dan anaknya. Sikit sikit nota tu akan diberi dalam setiap pertemuan mereka. Dan akhirnya buku novel terbaru oleh Ray Salihin, bertajuk NOTA, berjaya disiapkan. Tapi dalam nak siapkan novel ni, macam macam yang jadi, ada watak Dina dan Rekha yang akhirnya bawa petaka pada Ray. Dan Intan juga licik ye sebab plot twist di akhir buku pertama tu agak mengejutkan.
Dalam buku kedua iaitu Nota 2, Intan menawarkan satu lagi himpunan nota nota untuk Ray tulis lagi untuk buku barunya. Tapi Ray taknak sebab dia rasa tertipu dan tak suka buat sequel, tapi muncul Rumi, sipeminat tegar Ray yang mula mendorong Ray untuk mula menulis sequel tu. Dina yang mental muncul lagi, dan mula lah petaka dalam hidup Ray. Buku kedua ni agak berat sebab Ray mula kenal satu persatu wajah sebenar kenalannya, sampai dia mula keliru, nak percaya yang mana satu. Cuma yang Ray tahu, dia ada Lisa dan mama sebagai orang paling setia menjaga Ray yang sakit disebabkan perbuatan orang yang ada rencana jahatnya sendiri.
Dibuku ketiga, NOTA 3, Ray dah mula selalu lupa, dia jadi susah nak kenalpasti apa yang betul apa yang salah, seolah dia tak dapat kawal otak dan minda dia sendiri. Masa ni, Ray dah mula rapat dengan Amri, rakan penulis yang sama sama naik. Amri terima ugutan bunuh dan mula mengadu dengan rasa takut pada Ray, Lisa pula sibuk dilamun cinta dengan seseorang yang Ray ingat dan dendam dalam diam. Dekat sini, Ray dah makin pening dengan Dina dan Rekha yang kejap kejap muncul dalam bentuk bayangan yang paksa Ray buat itu ini. Lepastu ada plot twist, macam biasa, mana mana penulis memang suka part ni kan. Dan akhirnya, Ray Salihin di tuduh sebagai pembunuh, dan juga di diagnos sebagai pesakit mental, bagi dia tiada beza diantara masa depan dan masa silam, tiada beza di antara benar dan salah.
Trilogi ni buatkan aku terfikir macammana resahnya Ray menjadi orang yang mula merapat dengan situasi mental bercelaru, macam mana kau tak dapat kawal minda dan kawarasan kau, macam mana kau rasa tak dapat nak ingat apa yang baru orang sebutkan pada kau, macam mana otak kau boleh dimanipulasi oleh orang lain sebab kau sendiri tak dapat beza mana benar mana salah. Dia macam semuanya bersambung, berselerak, berselirat, sampai kau rasa jem otak dan bila aku baca buku ni, aku rasa takut kalau aku kena rasa macam tu jugak, dan aku rasa bersyukur yang aku masih belum ke tahap itu.
5 ⭐ untuk NOTA 1 4 ⭐ untuk NOTA 2 5 ⭐ untuk NOTA 3
Ending buat i tertanya2, sebenarnya semua yang berlaku tu hanya ilusi & imaginasi Ray atau tak? Watak Intan Sofia, Rekha, Dina, Vin, Amri, Rumi, Iskandar, Penerbit kesayangan memang betul2 wujud atau tak? Atau semua tu watak yang Ray cipta sendiri dalam dunia dia sendiri? Tapi I guess memang semua tu betul2 wujud since part ending tu Lisa and Mama still mention nama2 watak tu, maksudnya memang real la kan?
Part ending jugak, Ray ada bagi gambaran seperti dia dah mati dan sekarang di bawah tanah. Persoalannya, dia betul2 ada di dalam kubur atau sebenarnya mayat dia tak dijumpai pon (mungkin mati dibunuh oleh siapa2 & ditanam macam Iskandar)? Sebab dia ada cakap dia dengar ramai orang yang memanggil2 dan mencari2 dia dari atas, tapi dia tak mampu menyahut, kemudian dia ada cakap yang esok hari pasti diorang akan mencari lagi...
Anyway, apa yang I boleh conclude Nota 3 > Nota 1 > Nota 2.
I was crying. The part when I started to realized what Ray experienced was something that impossible to cure. It is sad. I wonder kalau ade orang lain yang nangis jugak even if the author didn't intend it to be that sad. I usually put myself in beloved Ray's shoes, our protagonist and I found that one day, if this world didn't trust you anymore it'll be hard. What Ray feels when he pleads and keeps on forgetting, I can't help it but to cry. I don't want to give someone up if I love them and I love Mama for that but- yeah. I just want to hug Ray and tell him that he will be fine but it didn't. Even at the end 😭😭😭😭 I'm super emo right now ahh man this is going to be hard to move on
Applause to you Mr Author because I never feel life is this effed up. There's few question tho like where's Intan? Where's Ismeth's head. What happen to Rekha actually did he actually meet her or did his sickness already begin when he's there?
This is nothing like your casual midnight read. Kepala saya sakit dah haha
This entire review has been hidden because of spoilers.
First time baca trilogi. Aku mmg dah jatuh cinta dgn cara penulisan Shaz Johar. Jujurnya kepala otak mmg penat time baca Nota. dari Nota 1 sampai 3.. betul lah org kata.. mindfuck.. hahahha.. Trilogi Nota ni segala2nya cukup, storyline, dia punya plot twist, suspense semua cukup. Sedih mengenangkan perjalanan hidup Ray. Susah jugak jadi penulis ni kan.. Aku mmg suka novel2 jenis mcm ni, mencabar, buat aku tak senang duduk, muka berkerut2 time baca.
I've been following this Nota series (or trilogy?). Danggg, I'd have to say mindfuck siaaa buku kali ni. It confuses me like hell, rasa macam tak boleh follow pun ya but berjaya habiskan! Pening jugak la nak faham condition Ray. Dia ni sihat ke sakit ke apa ke hahaha. Ending memang unexpectd gila lahh sampai aku pun rasa aku dah gila hahaha.
"Manusia memang mudah percaya yang dirinya berdosa apabila ditegur orang lain walaupun dia sendiri tidak melakukan dosa itu. Lebih2 lagi manusia itu memang trauma dengan kesilapan lampaunya."
Ray salihin. Rizal. Yang tidak mempunyai sesiapa. 😭
NOTA #3 mengubat rasa kecewa DENGAN NOTA #2. Kalau kalian berfikir bahawa ini sambungan kisah sebelumnya, ya, tetapi tidak sepenuhnya. NOTA #3 membawa kisah Ray Salihin sebagai paksi dan menonjolkan karakter Amri, yang dalam dua volum sebelum ni tidak terlalu banyak memainkan peranan untuk menggerakkan cerita.
Dalam penutup trilogi ini, perincian personaliti dan fizikal setiap watak jauh lebih baik berbanding dua volum sebelumnya. Aku boleh bayangkan Ray, Amri, Rekha dan Dina sebagai satu sosok yang hidup. Kalau baca ulasan aku tentang NOTA #1, kau akan perasan aku ada mengkritik perincian wataknya yang terlalu ringkas sampai kau tak dapat bayangkan setiap karakter itu orangnya bagaimana.
Selain itu, pencirian latar juga boleh dikira mengagumkan. Aku dapat membayangkan satu per satu suasana di New Delhi dan semua perkara yang dilakukan oleh watak di tempat tersebut.
Seperti biasa, penulis tidak pernah gagal menghadirkan unsur-unsur saspen dalam karyanya. Banyak perkara yang kita fikir lain, rupanya lain. Berbeza dengan NOTA #2, unsur saspennya tidak keterlaluan dan jalan ceritanya masih dapat difahami dengan baik.
Walaubagaimanapun satu bintang yang hilang kerana dua perkara. Pertama, ada satu persoalan major yang tidak dinoktahkan; yakni siapa dan kenapa. Aku tidak memberikan spesifik, kerana tidak mahu memberi spoiler. Mungkin ini karakter penulis yang diterjemahkan dalam dialog Ray, "Aku lebih suka membiarkan pembaca mempunyai persepsi sendiri ...", namun ia juga menghampakan pembaca yang gigih cari buku dia untuk dapatkan jawapan pada persoalan yang dia buka.
Kedua, buku ini mengisahkan tentang banyak kemungkaran tanpa mengakhirkan mereka dengan balasan, keinsafan dan sebagainya. Kalau dalam NOTA #1 kemunculan bahagian ini agak minimum, dan agak bertapis, #2 dan #3 semakin kurang tapisannya. Kalau aku tidak tahu tentang Islam aku boleh jadi akan fikir tak salah pegang tangan lain jantina, teguk arak dan sebagainya. Bukan apa, aku percaya unsur nahi mungkar tidak boleh mudah-mudah ditinggalkan dalam sebarang karya.
Aku rasa ni buku terbaik dalam trilogi ni. Dia punya twist, cenggini 👍 bos. Tapi bila fikir balik, kebanyakan trilogi memang akan lebih diminati di buku terakhirnya atau mungkin sekurang kurangnya untuk aku. Sebab untuk tau yang semuanya sudah berakhir untuk watak itu buatkan aku rasa puas. Tapi bergantung juga ceritanya, tapi trilogi apa yang ceritanya tidak bagus sehingga sanggup dijadikan trilogi?
Untuk naskhah ini, lebih kepada buku yang boleh dibaca secara berasingan dan tidak terlalu banyak berkaitan dengan buku buku sebelumnya walau masih ada fakta fakta dan maklumat yang tidak berapa menjejaskan kefahaman tentang jalan cerita keseluruhannya.
Aku tak tau aku dah pernah mention atau belum untuk review buku buku sebelum yang akhir ini, tapi berdasarkan apa yang aku baca, aku dapat rasa yang Shaz Johar banyak bercerita melalui diri dia sendiri, macam kalau nak tengok buku dia, Salafi, tentang operator talipon (dia), dan segala bebelan dan cara watak hidup daripada cerita ini dan apa yang aku perhatikan di insta dia, aku rasa yang dia cerita tentang gaya hidup dia.
Apa pun, buku yang syok dan boleh habis dalam masa yang cukup singkat untuk ketebalan ini.
Lagi kalut cerita sequel ke-3 ini... adakah ini sequel yang terakhir? Haha...
Walaupun tak berapa faham lagi apa yg tengah berlaku tapi nampaknya watak utama kami, Ray Salihin, ada spilt personality. Inilah yang dapat jelaskan kenapa dia tak ingat apa yang berlaku... dan Mama juga tahu Ray ada penyakit... and then Lisa dengan Amir tu tiba2 like ehh? Dina dan Rekha tu pulak siapa? Tolonggg
Baca ruangan komen untuk buku ini baru rasakan setiap orang ada interpretasi sendiri... we need to have a book club to discuss about this lah!
Anyway saya memang suka akan cara penulis mendeskripsikan keadaan kat India tu... bunyinya benar, walaupun tak pernah saya jejaki kaki di India... teringin sangat nak ambil gambar kat Taj Mahal suatu hari nanti!