Sekumpulan pelajar nakal di sebuah asrama berhasrat untuk ponteng sekolah untuk menonton konsert The National. Dengan liciknya Razaq, Azman, GM dan Haji berjaya mengumpulkan wang yang diperlukan untuk ke sana. Namun suatu petang ketika Haji masuk ke dalam bilik untuk memberitahu Razaq bahawa wang mereka telah dicuri, segalanya berubah dalam sekelip mata. Rancangan asal untuk ke konsert kemudian bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Mereka berempat langsung tidak menyangka perjalanan mereka akan turut membabitkan pihak lain – termasuk pengawas, guru, Pejabat Pendidikan dan polis – lalu turut membongkar rahsia-rahsia gelap sekolah itu yang sudah lama terpendam.
Seperti Lari, saya akui mengambil masa sedikit untuk menghadam buku ini sebelum terus 'masuk' dan tenggelam bersama-sama Razaq aka Chief, Azman, Haji dan GM. Mengisahkan 4 sekawan yang bersekolah di sebuah asrama penuh, di label sebagai group pembawa masalah dan sering melanggar peraturan sekolah, namun masih ada moral value yang tidak pernah diakui oleh guru-guru (orang dewasa).
Menjadi budak sekolah, masalah utama adalah meraih kepercayaan orang dewasa (dilema remaja). Dan, itulah yang cuba penulis paparkan dalam buku ini, di samping watak2 Cikgu Dust dan Ustaz BABI yang menyalahgunakan kuasa dan bertindak menghukum melebihi yang sepatutnya, atas dasar pengajaran. Begitu juga dengan Badan Pengawas, yang tidak lenih bertindak seperti anjing kepada warden saja, tapi berlagak di hadapan para pelajar.
Kisah ini, tidak dapat banyak, pasti menggamit kenangan persekolahan, dan betapa utuhnya persahabatan ketika itu. Biarpun banyak kesalahan yang dilakukan, masih tetap diharungi bersama. Suka dengan semangat setia kawan antara mereka, begitu tulus dan polos.
Tidak dinafikan, watak2 Cikgu Dust, Ustaz BABI dan ahli Badan Pengawas mengundang kebencian dan meluat yang bukan sedikit (banyak skip part diorang), namun hakikatnya itulah realiti. Orang2 sebegitu sentiasa ada di sekeliling kita, sama ada kita tau atau pun tidak saja.
Tertarik dengan tajuk PONTENG dan bila baca blurb di belakang buku, dalam hati terus teruja nak baca.
Kisah kehidupan di asrama, empat sekawan, Razaq, Azman, Haji, dan GM yg penuh dengan pelbagai keletah. Rasa seronok baca sebab persekitarannya di asrama yg ramai tahu budak-budak asrama memang geliga dalam mencari hiburan lantaran 24jam hanya terkurung di kawasan sekolah.
Mula-mula jalan cerita memang santai, dan bila sampai part Razaq and the gang kena cekup dek Cikgu Dustbin dengan Ustaz Babi (nama cikgu tak leh blaah tu) di hotel bajet, keterujaan dalam membaca terus rancak. Geram jugak dengan perangai cikgu2 dlm buku ni. Tapi at the end, puas hati gile. Padan muka Cikgu Dustbin dengan Ustaz Babi tu. hahaha...
Ini cerita tentang 4 sekawan yg nak fly dari sekolah diorang sebab nak pi satu konsert ni. Tapi dalam usaha diorang nak pi tu, satu sisi gelap sekolah diorang terbongkar. Arghh korang baca dia punya sinopsis sendiri.
Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi sebagai bekas budak sekolah asrama, cerita ni berjaya triggered aku punya memori. Banyak benda dalam buku ni yg aku pernah buat, thoughts dalam ni pun aku pernah terfikir. Perasaan memberontak dalam ni pun aku pernah rasa.
Dan nak feel lagi? Cerita ni tunjuk macam mana diorang ni benci gila dekat pengawas dan macam mana pengawas salah guna kuasa. Well.... Waktu sekolah dulu aku prefect jugak weii hahahah tapi takde la teruk macam ni. Prefect sekolah aku takde imuniti, aku pun pernah kena gantung sekolah waktu jadi prefect uhuks.
Buku ni ada ja benda-benda yg kurang. Aku rasa dari segi konsistensi ayat takde sangat. Sekejap rasa macam skema, sekejap ada feel marhaen, sekejap macam cringe. Tapi takdelah membantutkan sangat pembacaan.
Kalau nak yg bantutkan pembacaan pun, dia punya flashback macam pening sikit. Flashback dalam ni digunakan utk create backstory utk main characters tapi dia punya transition dari flashback ke masa kini (and vice versa) macam tak seberapa jelas.
Buku ni serius sesuai utk mereka-mereka yg pernah belajar di sekolah berasrama. Banyak benda yg relatable gila.
Ouhh btw, kan dalam ni ada isu nak gulingkan cikgu (spoiler sikit), well sebenarnya waktu aku form 5 dulu, batch kami berjaya menggulingkan pengetua sekolah kami dengan cara hantar petition dekat pegawai ppd/sbp waktu datang melawat sekolah. Sampaikan pengetua tu tak boleh jadi pengetua sbp dah. Allahu bila dah besar ni rasa lawak + bersalah bila kenangkan benda tu.
Cerita zaman sekolah dulu-dulu. Geng budak asrama (Chief aka Razaq, Azman, GM dan Haji) yang cuba 'fly' untuk tengok konsert The National. Walaupun duit yang mereka gigih kumpul tu hilang, tapi tidak mematahkan semangat mereka untuk ponteng asrama. .
Walaupun cerita ni tajuknya ponteng, tapi ada isu yang lebih besar yang diketengahkan. Di sekolah tersebut, geng pengawas gila kuasa, diketuai Sharin Zulkifli. Sharin ni memang sentiasa 'aim' geng berempat ni, sebabnya mereka ni ada potensi untuk menggulingkan barisan pengawas. Lagipun geng pengawas ni la yang sentiasa coverline bila student buat maksiat dalam kelas. Gila betul. .
Dan, geng pengawas ni di 'back up' oleh barisan cikgu yang bongok jugak. Antaranya Cikgu Dustbin aka Srott (sebab hingusnya sentiasa meleleh) dan Ustaz BABI yang memang berperangai macam setan jugak. Masa Azman tengah bercerita tentang Diana yang diekorinya di kawasan sekolah, yang tetiba hilang, aku dah cuak dah. Ni cerita hantu ke? Lepas tu, Azman tengok pintu bengkel SEPI yang sudah lama terbiar, itu terbuka. Patutlah bengkel tu dimomokkan dengan cerita hantu bagai, rupanya itu port maksiat. Dan kantoi yang Cikgu Srott tu tengah meraba-raba Diana. Uishhh geli nya. Dan bukan Srott je yang berperangai macam ni, si Ustaz tu pun sama. Bangang betullah. .
Dan hampir ke penghujung cerita, ku duk berdebar bila geng berempat ni hantar surat ke PPD untuk membuat siasatan ke atas guru-guru atas tuduhan membuli pelajar. Padahal mereka ada misi yang lebih besar. Untuk mendedahkan kes cabul pelajar. Dan ku lega bila geng guru tu berjaya dikantoikan. Walaupun rasa sedih la jugak sebab mereka berempat ni akhirnya dibuang sekolah atas pelbagai tuduhan. .
Aku suka buku ni sebab buku ni ‘bersih’ la dalam kategori buku Fixi. Lagi, aku suka sebab isu persahabatan antara mereka berempat. Dan juga isu Depression yang dialami oleh abang Razaq sehingga abangnya mati bunuh diri.Abangnya, student Medic di oversea. Bila dia kata dia stress, parents nya hanya menganggap tu normal dan abaikan je. Hurm, aku tak cakap orang lain. Sebabnya kadang-kadang parents aku pun macam ni. Sebab dorang tak faham. Dan sampai satu tahap, aku pun malas dah nak explain. Hahaha
Ah... Perjuangan anak muda zaman sekolah menengah. Kawan kawan, peraturan, langgar peraturan, perpisahan, pertemuan, cinta dan kebencian yang mendalam terhadap beberapa cikgu. Aku rasa semua orang pernah rasa benda macam tu. Cuma dalam buku ni, entah kenapa aku tak boleh bayang yang ia terjadi di dunia nyata. Atau mungkin memang generasi kita dah jadi makin lembu dari yang sebelumnya?
Pergh, abis jgk baca novel ni. Sebuah novel dengan plot yg rabel dan penuh adventure. Mengisahkan tentang 4 pelajar nakal (tapi masih ada moral value) yg belajar di sekolah berasrama penuh; Razaq (Chief), Azman, GM, dan Haji. Part pertama novel ni mengisahkan tentang adventure mereka keluar fly malam semata2 utk tengok konsert. Part kedua pula mengisahkan strategi mereka untuk membongkar salah laku beberapa orang guru (yang diketuai Ustaz BABI dan Cikgu Dust) dan badan pengawas.
Gaya penulisan novel ni sempoi jer, jadi tak bosan dibaca. Plotnya pun teratur, enjoyable, dan ada nostalgic value...
weh i baca sehari je … best gila 😭😭😭😭☝️☝️☝️ ending dia sangat memuaskan hati saya 🥹🥹🥹 seronoknya ada geng macam azman, chief, gm dengan haji 😩😩😩😭😭 walaupun ada benda kelakar tapi sarat dengan pengajaran !! highly recommended!!
“Kadang-kadang kita tidak boleh menyangka kenapa seseorang membuat keputusan itu - ia sesuatu yang sangat bersifat peribadi.” - Ponteng, Mim Jamil
Aku tak tahu kenapa masa aku baca buku ni, aku teringatkan buku Gantung, Nadia Khan. Bukan sebab jalan cerita yang sama, tapi mungkin kedua-dua buku ni menceritakan tentang perjalanan susah-senang empat orang rakan karib semasa zaman persekolahan diorang.
Ponteng ni mengisahkan tentang empat orang rakan karib iaitu Razaq@Chief, Azman, GM dan Haji. Dorang semua ni merupakan pelajar tingkatan lima dekat sebuah sekolah berasrama penuh. Sistem sekolah dorang ni boleh dikatakan agak strict jugalah. Pelajar-pelajar yang bersekolah kat situ tak boleh keluar atau bermalam sesuka hati kalau takda sebab yang kukuh. Korang juga akan perasan yang terdapat jurang yang sangat ketara antara guru-guru, para pengawas, dan juga para pelajar. Masa aku baca sinopsis buku ni, aku tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya dekat sekolah tu? Sampailah part yang Azman ternampak “something happened” dekat Bengkel Sepi blok akademik sekolah dorang. Sejak dari situlah dorang berempat nekad nak bongkarkan semua rahsia yang ada dekat sekolah tu. Rahsia yang aku rasa semua pelajar kat sekolah tu dah tahu, tapi tak seorang pun yang berani bertindak.
Aku suka buku ni sebab penulis ada campurkan banyak elemen dalam penulisan buku ni. Ada pasal persahabatan, penindasan, dan semangat yang tinggi antara kawan baik. Emosi aku bercampur bila baca buku ni. Happy, sedih, marah, kecewa, dan part aku paling suka ialah banyak part lucu yang buatkan aku tak stop ketawa😂😂
Buku ni mengisahkan tentang Razaq yang ada 3 orang member sekepala dengan dia kat sekolah. Razaq terlalu minat dekat sebuah band music dari oversea ni, di mana band tersebut bakal membuat tour mereka ke Malaysia. Disebabkan nak pergi sangat konsert tu, Razaq dan 3 kawan kamcing dia ni kumpul duit dengan pelbagai cara utk 'tabung konsert' diorang. Diorang plan nak ponteng sekolah utk pergi konsert tu.
Jalan cerita best bila ada konflik antara Razaq dan ketua pengawas yg sentiasa syak gerak-geri diorang berempat. Banyak juga plot-plot dan dialog yang lucu. Nama-nama panggilan yang kelakar. Ada juga bahagian yg buat aku berdebar-debar bila ada plan-plan diorang yg kantoi.
Tapi. Tu bukan isu yg besar sangat pun. Sebenarnya, ada isu yang lebih besar tanpa sengaja terbongkar depan mata Razaq. Sekolah tu menyimpan satu sisi gelap yang selama ni tak ada orang pun yg tahu. Apa benda sisi gelap tu, kena la baca.
Btw, aku bagi 3.5 bintang je sebab cerita dia just nice. Sisi gelap yg cuba diangkat dalam cerita ni pun aku rasa macam isu yg common dah zaman sekarang ni.
Setelah Lari, kemudian Kamera (antara buku Fixi kegemaran aku) dan kini Mim datang lagi dengan Ponteng yang memfokuskan perihal budak2 asrama. Dan, ya, memandangkan aku seorang yang pernah duduk di asrama, banyak jugak benda2 yang terjadi dalamni yang relatable.
Watak Ustaz BABI dan Cikgu Dust, tidak dapat tidak, membuatkan aku membayangkan certain cikgu sekolah aku yang berperangai seperti mereka (minus the srott and the scandal) dan watak dua orang cikgu nilah yang paling aku geram sekali. Banyak kali jugak aku rasa nak campak je buku ni sebab dua orang watak ni lah. Aku memang geram betullah. Hish. Scene berkumpul di padang kawad jam empat pagi membuatkan aku berada dalam momen deja-vu sekejap. Haha.
Persahabatan empat sekawan (Razaq, Haji, Azman dan GM) dalam buku ni nampak jujur dan tak dibuat-buat. Watak-wataknya juga likeable, terutamanya Razaq. Dan bab 9 antara bab kegemaran aku yang penuh dengan emosi.
Boleh aku kata, this is the best local YA book that I've read so far.
Tahniah dan terima kasih Mim atas buku ini dan jangan berhenti menulis!
"Nanti kalau mereka suruh saya jadi imam sembahyang, macam mana?" soal Encik Ong.
"Kamu cakap yang kamu tengah datang bulan", balas Encik Salleh
Antara dialog yang buat aku tergelak jup.
Komen aku, rasa macam tengah tengok drama juvana yang ditayangkan di TV3 di mana sekumpulan para pelajar yang cuba membongkarkan sisi gelap sekolah mereka.
Aku tak sangka sebegitu berat sekali apa yang dihadapi oleh pelajar² di sekolah tersebut. And yes ending dia menggembirakan hati yang membaca apabila di ekspresikan dengan baik oleh penulis, emosi mereka ber-4 ketika itu.
Kisah asrama, ponteng kelas, prep, perangai member², kes buli, memang mengimbau kembali kenangan pada mereka yang pernah bersekolah asrama. Oh aku cuma berharap takde dah cerita-cerita macam ni berlaku dalam institusi pendidikan negara kita. Kalau adapun, aku harap, mereka jadi berani macam budak ber-4 tu. Ataupun boleh try bagi depa baca buku ni dulu ka kan.
Ponteng diceritakan melalui POV 1. Segalanya dari sudut pandang Razaq, seorang pelajar yang start belajar tentang ponteng dari sekolah rendah.
Bila masuk sekolah menengah, dia dan kawan-kawan merancang untuk ponteng semata-mata nak hadiri konsert The National.
Ponteng bukan hanya fokus pada situasi ponteng sahaja tetapi juga tentang sisi gelap mereka yang bergelar pendidik. Termasuk juga kuasa dalam pegangan orang yang salah, maka salah jugalah cara didikannya.
Mungkin ada yang akan triggered dengan apa yang berlaku di sekolah Razaq ni. Tak juga bermaksud benda tu tak pernah berlaku di sekolah realiti. Ada dan sisi gelapnya pasti sudah ditutup rapi.
A good book that made me rewind back all these school stuffs. It start when a gang of boys wanted to watch THE NATIONAL's concert at KL but end up badly been caught by these two sucks teachers, named Ustaz BABI and Cikgu Dust. This book really taught us about the friendships, the school system and also, a little bit of music lyrics. It was a nice book btw to recap back all the stuffs that happened during our school days.
This is one of the books that actually made me finish it in one sitting. So it’s actually a really interesting book. The main reason why I picked up this book was because I love books that have themes about friendship. And high school (a bit). I can never relate with the life as a boarding school student but the fact that the characters are around my age made me want to read more and eventually finishing it. Needless to say, it’s a good read.
Dah dua bulan aku tersampuk reading slump. Jadi aku pick up buku ni secara random dan siotlah boleh pulak ter-enjoy cerita ni! Penulisan yang kemas, plot on point, karektor cukup rasa dan penuh debaran. Aku rasa macam tengah baca scene-scene dalam series netfix pun ada. Padahal nak ponteng sekolah je.
Bagi aku la, buku ni best beb. Mula2 aku ingat kisah budak2 sekolah biasa2 je. Tp ini bukan biasa2 ni. Di sebalik setiap watak budak sekolah tu ada kesukaran hidup yg dia lalui, dan banyak pengajaran yg kita boleh ambil dari situ. Sekian.
Persahabatan antara Razaq, Azman, GM Haji memang terbaik. Aku emosi masa endingnya. Yang mana nak belajar ponteng, boleh study buku ni. #Lari ke #Kamera, penulis ni mmg gemar betul dengan tema penjelajahan. Carpe Diem. Terbitan
Buku ke tiga habis dibaca untuk tahun 2019. Buku ini sedap dibaca, cuma permulaannya sedikit perlahan, berhenti baca, sambung semula terus sampai habis. Aku tak ada pengalaman duduk asrama, tapi siapa yang pernah, naskah ini menarik untuk dibaca. Kisah sisi gelap pengawas, pelajar biasa, dan cikgu so called ustaz diceritakan dengan gila tapi ada unsur penerangan fakta yang membosankan sikit. Takpe bab tu boleh skip baca, dan teruskan baca sambil rasa geram nak belasah geng pengawas. Budak budak fly sekolah sebab nak pergi konsert, atau sekadar lepak bandar dengan surat kebenaran palsu, atau BBNU nak berdating tanpa gangguan dengan merasuah pengawas. Kau rasa seronok tak membaca sambil mengimbas memori? Kalau ye jemputlah beli dan baca buku ni jugak.
Mula-mula tertarik sebab cover yang cantik, nampak unik. Sinopsis belakang pun very intriguing.
Plot yang santai tapi masih menyentuh sedikit topik berat berkaitan buli & gangguan seksual. Tema persahabatan 'brotherhood' diangkat kukuh sepanjang penceritaan.
Beberapa watak yang sangat relatable yang perwatakan mereka amat dikenali di dunia nyata. Ustaz 'BABI', Cikgu 'BaGus' dan beberapa lagi watak. Sekaligus mewujudkan feel realism dan sangat bermain dengan emosi.
Yang penting, buku ini meninggalkan satu kepuasan sebagai seorang pembaca.
Penulisan yang menghiburkan sehinggakan saya tergelak seorang diri di waktu malam. Buku ni bagi saya sangat seronok untuk dibaca kerana saya pelajar di asrama penuh ( walaupun sejantina sahaja ) . Disebabkan mereka lelaki, tu yang buat saya terhibur kerana cara mereka tinggal di asrama berbeza dengan cara perempuan di asrama.
Chief, Azman, GM, dan Haji, saya terharu dengan persahabatan mereka. Buatkan saya sedar, tak semua yang rebel ni jahat. Ada certain yang rebel ni kerana mahu kebebasan diri, bukan semata mencari masalah.
Kisah peribadi masing-masing terutama Haji buat saya turut mengalirkan air mata. Terbayang pelajar lelaki tingkatan 5 menangis kerana keluarga, itu menunjukkan mereka betul menyayangi keluarganya.
Pasal cikgu-cikgu dia, takyah cakaplah. Ustaz BABI dengan Cikgu Dust, dua-dua tak guna.
Overall, saya terhibur dan saya amik masa semalaman sahaja untuk habis. Sangat mengujakan dan Chief, tak sia-sia kau buta bahasa penjajah waktu kau form 1.
Saya recommend kepada para pelajar (terutama berasrama) untuk baca, dan compare cara kehidupan. Kemudian belajar hargai erti persahabatan, erti kebebasan seorang remaja dan jangan takut mencuba perkara baru. Thumbs up.