Saiful Hawiz seorang veteran perang Malaysia yang hidup ketika tamadun manusia yang telah hancur. Ketika itu juga, zaman ais melanda dan wabak menular di mana manusia menjadi pemakan daging segar. Manusia zaman itu tinggal di sebalik tembok batu yang dibina oleh rejim yang memerintah Malaysia sebelum diktator Shafrizal Azmi berkuasa.
Bukan senang untuk hidup ketika era apokalips, tambahan pula terpaksa membesarkan kedua-dua anak perempuan yang masih lagi berstatus gadis. Kehidupan aman Saiful Hawiz terganggu apabila salah seorang anak perempuannya ditangkap oleh Shafrizal Azmi dan ditempatkan di dalam sebuah penjara bawah tanah sedalam tujuh tingkat.
Saiful Hawiz yang berusia 40-an terpaksa mengembara bersama anak gadis sulungnya, seorang saintis narsisistik dan seorang anak muda yang mempunyai dendam peribadi terhadap Shafrizal Azmi meredah Malaysia yang sudah hancur demi menyelamatkan anak gadisnya!
Mampukah salji yang menggigit sehingga ke tulang atau makhluk penghaus darah manusia menghentikan tekad seorang ayah demi menyelamatkan anak gadisnya? Apakah kedalaman tujuh tingkat penjara Shafrizal mampu menggegarkan kasih sayangnya? Apakah nasib akan menyebelahi Saiful Hawiz atau nasibnya seperti kebanyakan hamba ALLAH bernama manusia ketika selepas apokalips?
“Ayah nak anak ayah rasa kehidupan sebagai seorang puteri. Tapi, keadaan dunia kita memaksa ayah untuk besarkan Farhani sebagai seorang srikandi.”-Saiful Hawiz.
Saya membeli novel solo ke-4 HE dengan harapan yang karya ni akan menepati penanda aras yang ditetapkan oleh Dari Alam Lain. Namun, ternyata saya dihidangkan satu naskah yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih baik daripada Dari Alam Lain. Di bawah ialah review saya untuk KLIMAKS aka SELEPAS APOKALIPS.
1. Hubungan Kekeluargaan
Berbeza dengan DAL, Klimaks membawa anda dimensi lain dalam hubungan kekeluargaan. Anda tak akan jumpa babak sweet-comel kembar Bad dan Citra, sebaliknya hubungan yang banyak berkisarkan pengorbanan seorang ayah kepada dua anak gadisnya. Saiful Hawiz, watak yang diambil dari The Lost World kali ini berjaya ditampilkan sebagai seorang ayah yang satu-satunya sumber kekuatan di zaman post-apokalips dalam novel ini ialah anak gadisnya.
Anda tidak akan jumpa SH dalam TLW. Tiada lelaki gagah yang berjaya menewaskan setiap dinosaur, yang sentiasa jadi hero. Anda akan jumpa seorang lelaki tua, menggunakan sisa kudratnya menyelamatkan dua orang anak gadisnya yang jadi mangsa keadaan. SH dalam ini ialah a very-very broken men.
Hubungan Farhani dan Zurialis pula ialah dimensi hubungan adik beradik yang diwarnai rival dan jealously untuk mendapatkan perhatian seorang ayah. Farhani seorang yang rebel, manakala Zurialis seorang yang loyal. Wow! Tiga watak utama KLIMAKS sangat berwarna-warni, memberi kita kesedaran realiti dunia di luar sana.
2. Novel HE Paling Gelap
HE, novel awak kali ni sangat-sangat dark dan mendalam. Lebih dark daripada mana-mana novel awal. Saya dibawa mengembara mengenali pelbagai sisi gelap sebuah tamadun saat kehancurannya. Awak bawak saya mengenali dan mendalami bagaimana kultus ajaran sesat mendapat sambutan manusia yang lupa tuhan. Dialog Fuad dan Hiji benar-benar menggamit minda saya. Tentang iman manusia akhir zaman, yang tiada beza dengan Bani Israel. Awak tunjuk pada saya betapa apabila saat genting, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Puak kannibal yang sanggup memakan daging sama spesis. Tentang bagaimana kerana dendam juga, manusia akan berubah watak demi melampiaskan nafsu dendamnya.
Dan tentunya, watak villain terbaik dalam novel awak, walau awak selitkan cameo Sang Penguasa, tetapi karakter dan sisi karisma pada Shafrizal Azmi menandingi segala villain dalam novel awak. Falsafah dan perinsip yang diwujudkan disebalik antagonis utama Klimaks mengajar saya bahawa dunia yang awak paparkan dalam Klimaks, bukan lagi tentang baik vs buruk. Tetapi tentang bad vs greater bad atau good vs greater good. Hujah-hujah Shafrizal Azmi di hadapan Kill bagi saya hujah paling kukuh pernah dilontarkan watak antagonis untuk menjustifikasikan perbuatannya.
Tiba-tiba rasa macam nak joind the bad side... nak jadi pengganut fasism yang tegar macam Shafrizal pulak. Hahaha...
Ini ialah novel terbaik yang pernah saya baca. Tak keterlaluan novel ini boleh duduk sebaris dgn novel2 Ram. Plot twist dihujungnya, gambaran Msia waktu kehancuran, watak antagonis yang sangat-sangat hidup, anti-hero dan heronya, mesej dan falsafah yang tersimpan, serius ini ialah salah satu daripada germ dalam koleksi genre Thriller BP!
Klimaks oleh Helmi Effendy menyingkap kisah Malaysia pada zaman ais. Suka tema yang diangkat oleh penulis. Apokalips. Bagaimana rakyat Malaysia yang masih hidup pada zaman tu meneruskan kelangsungan mereka. Plot yang menarik. Hubungan kekeluargaan dan karakter Saiful Hawiz itu sendiri menambah rencah untuk kita suka dengan Klimaks. Cuma,kurang gemar, nama-nama watak yang disebut penuh dari awal hingga akhir. Kebanyakan nama watak mempunyai dua suku kata. Contoh, Syafrizal Azmi, Hazrul Hiji. Kedua, suara watak. Ada ketika keliru mana satu suara Saiful, mana satu Hiji. Begitu juga dengan Zurialis dan Farhani. Kemunculan banyak watak villain. Penat juga pembaca nak 'berlawan'. Macam main game tapi tak rehat. Habis satu stage, ada lagi. Ada lagi dan ada lagi. LOL Latar cerita juga. Lelah. Penerangan penulis tentang perbezaan Wangsa Walk sekarang dengan zaman ais hampir tak kelihatan. Mungkin juga atas kesilapan sendiri sebab tak membaca Epidemik T dan The Lost World. Sedikit lost di dalam Klimaks ☺ Dah ada The Lost World. InsyaAllah, akan baca. Untuk fahamkan lagi keadaan dunia Klimaks. Apapun, terima kasih penulis kerana menambah variasi cerita di Malaysia. [update: 15092017]
klimaks boleh dijadikan salah satu koleksi favourite atas rak buku..kisah bagaimana cinta,pengorbanan,kasih sayang seorang ayah sanggup buat apa sahaja asal anak-anak sentiasa dalam keadaan selamat dari tamdun yang sudah hancur...buku ini membuktikan bahawa tak perlu kisah cinta sweet-muit antara lelaki dan perempuan untuk tarik hati pembaca..
Saya beli novel ini atas alasan saya merupakan peminat utama genre post-appocalypse. Ini karya Msia prtama bergenre post-appocalypse yang saya beli. Tbh, mungkin karya ni bolehjadi benchmark pd mana-mana karya kat luar sn yg nak gunakan genre yang sama. Kita nmpk gbambaran yg jujur dan penuh realiti dlm novel ini.
Kisah yang sangat ohsem.. Perjuangan meneruskan hidup menghadapi dunia yang hancur dengan perangai manusia yang melupakan Allah.. Serius.. Novel ini berjaya membuat Sha meremang ketakutan dan penuh keinsafan.. Tak selamanya kita akan menongkat dunia.. #klimaks #helmieffendy #bukuprima #thriller #aksi #novelaksi #novelthriller #actionnovel #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Kali ini Helmi Efendi akan membawa kita kepada dunia Selepas Apokalips dimana Saiful Hajwiz yang kini berumah tangga terpaksa membesar anaknya seorang diri di dalam dunia yang penuh salji.
Cool
Bukan cerita zombie Walaupun Klimaks berkisahkan di zaman zombie apokalips namun jalan cerita tidak tertumpu pada serangan zombie sebaliknya lebih fokus kepada peperangan idealodi sesama manusia.
Peperangan Idealogi Setiap karekter mempunyai idealogi dan prinsip mereka sendiri, misalnya Saiful Hajwiz yang meletak anaknya lebih penting dari mana-mana nyawa di dunia ini. Ahmad Naim yang merasakan bertanggungjawab akan kesilapan lama. Kill yang berpegang pada dunia ini layak memiliki pemimpin yang lebih baik.
Alpha sememangnya menarik minat aku. Masalkan tidak, zombie pantang dicabar ini sebenarnya mampunyai karekterlistik seperti manusia. Seolah ratu untuk koloni semuat Alpha adalah ketua untuk zombie di sesebuah sarang.
Tema yang berat mungkin ini adalah buku Helmi Efendi yang mempunyai tema paling berat yang pernah aku baca. Apabila tuhan telah tiada dan bagimana Iman bukan lagi satu kekuatan di dalam sebuah dunia yang sedang nazak.
Cold
Tajuk asal iaitu Selepas Apokalips adalah jauh lebih baik dari tajuk akhir iaitu Klimaks. Selepas Apokalips mempunyai lebih sentimental value dan kena dengan tema utama novel ini iaitu kehidupan selepas berlakunya apokalips.
Banyak karekter dimatikan berbanding buku sebelum ini seperti Lost World dimana watak penting dimatikan aku masih ada rasa ketidakpuasan hati dan berharap watak tersebut akan kembali atau bagaimana satu kejutan karekter di dalam Istana dimana karekter yang nampak memainkan peranan penting rupanya hanyalah korban untuk langsuir atau Permainan Maut selepas menjalani pembedahan hanya untuk dibakar hidup-hidup. Namun terlalu banyak karekter dimatikan membuat aku seperti tidak lagi peduli.
Terlalu nipis atas faktor kos, buku ini telah disingkatkan dari yang asal. Menjadikan karya ini agar singkat untuk satu terma yang sangat berat.
Kesimpulan
Satu lagi karya yang hebat , dengan tema yang begitu berat dan plot yang menarik. Namun tajuk Klimaks kurang sesuai untuk sebuah karya epilogue kepada siri revolusi .
Assalamualaikum Bro Helmi.. Saya sudah baca buku KLIMAKS tulisan kamu~ Alhamdulillah,, sangat menarik ceritanya.. mendebarkan bila membacanya~ Saya kagum dengan hasil penceritaannya.. Bagi saya, ia agak sukar untuk hasilkan dengan melihat jalan ceritanya yang agak rumit.. namun kamu berjaya menambat hati si pembaca~ Moga Allah permudahkan kamu dalam menghasilkan karya berkualiti ^_^
Klimaks, kemuncak yang belum ada peleraian Klimaks karya Helmi Effendy ini merupakan sebuah novel bergenre survival thriller berlatar belakangkan post-apocalypse dan juga merupakan kesinambungan daripada novel-novel beliau sebelum ini seperti Dari Alam Lain dan The Lost World. Dua novel ini sangat berkait rapat dengan Klimaks serta watak-watak yang ada dalam dua novel sebelum ini juga ada di dalam Klimaks. Seeloknya, kalau korang nak baca Klimaks ni patutnya bacalah DAL dan TLW dulu. Aku rasa menyesal tak baca DAL dan TLW dulu disebabkan tak jumpa kat mana nak cari physical copy novel ni.
Back to the story, sinopsis pendek Klimaks menceritakan tentang Saiful Hawiz, veteran perang Malaysia yang dalam misi menyelamatkan anak gadisnya yang diculik seorang diktator bernama Shafrizal Azmi.
Sepanjang perjalanan penceritaan, aku sangat gemar dengan suasana latar belakang Malaysia diambang kiamat dan dilanda salji. Beberapa mercu tanda yang disebutkan dalam novel ini seperti Wangsa Walk, Kenanga Wholesale City, Lebuhraya Utara-selatan, Highland Tower dan banyak lagi membuatkan kita terbayang apa yang mampu terjadi di lokasi-lokasi tersebut setelah keadaan Malaysia yang lumpuh total dan ditinggalkan berpuluh tahun.
Apa lagi yang lebih menarik dengan Klimaks ini ialah R-Rated yang ada dalam novel ni. Kalau novel ni dijadikan filem, aku yakin tak semua orang mampu tengok sampai habis. Tahap gore dia kalau kau bayangkan, bagi aku sangat disturbing. Kalau kau minat pada satu-satu watak tambahan di pertengahan cerita, cuma letakkan harapan anda supaya riwayat watak tersebut tidak tamat. Sebenarnya (SPOILER ALERT), watak-watak tambahan cerita ini antara watak utama yang ada dalam novel sebelum ini.
Plot twist, banyak. Banyak yang menarik dan aku tak jangka berlaku. Plot twist macam ni membuatkan story dia tak straight to the point. Rintangan halangan mencabar onak duri semua ada. Zombi-zombi dalam novel ni mengingat aku pada game Left 4 Dead. Berlainan spesis dan berbeza kelebihan.
Watak yang paling aku suka sebenarnya ialah Shafrizal Azmi walaupun dia hanya muncul pada 1/3 terakhir cerita. Seorang villain yang berkarisma tetapi egonya setinggi Menara Babel sehingga mencabar Tuhan.
Ada juga point yang aku kurang gemar antaranya ending agak rushing. [SPOILER] Seperti ketika Shafrizal Azmi tiba-tiba dapat memusnahkan kawasan Alpha Ahad tanpa diceritakan bagaimana ia berlaku. Sekiranya ada satu bab yang menceritakan tentang itu, akan lebih menarik.
Overall, aku bagi rating 9/10 untuk novel ni. Dan kalau korang nak baca, better baca terlebih dahulu DAL dan TLW supaya korang lebih tahu siapa watak-watak yang ada dalam Klimaks ni. Aku akan baca semula Klimaks ni selepas aku dapat DAL dan TLW. Sekain review saya.
Damak 22/7/22
This entire review has been hidden because of spoilers.
Awal pembacaan sudah mengikat. Sewaktu membeli buku ini, malah mula membacanya, saya tidak tahu langsung ia tentang apa. Walaupun ada blurb, saya tak baca. Hanya setelah terbaca tentang Kepong yang dipenuhi salji, barulah saya sedar yang ia bukan kisah hidup biasa. Saya berhenti membaca, lalu menyemak blurb.
Oh, ia sebuah kisah apokalips. Zaman di mana tamadun manusia telah runtuh. Kepercayaan tentang kewujudan Tuhan juga terhakis. Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain di Malaysia menjadi kawasan litupan ais. Haiwan di kawasan sejuk menjadi sebahagian hidupan, malah menjadi haiwan peliharaan yang setia.
Manusia diserang virus sehingga muncul puak zombie. Ada pelbagai jenis zombie yang perlu didepani. Malah, wujud zombie Alpha yang bijak merancang, mengetuai kumpulan, malah boleh berkata-kata seperti manusia. Yang membezakannya hanyalah mereka bermatlamatkan daging manusia!
Kumpulan lain adalah kumpulan manusia kanibal - manusia pemakan manusia demi kesinambungan hidup. Manusia berakal tapi tak ada iman. Kepercayaan pada kewujudan Tuhan telah lama hilang.
Ada juga kumpulan manusia yang masih punya kepercayaan, tapi kepercayaannya menyimpang. Puak ajaran sesat juga menjadi ancaman. Watak Hani, anak Saiful Hawiz yang sulung hampir menjadi korban ketua puak yang mengamalkan sihir menipu pandangan. Menganggap dirinya tuhan yang mampu menghidang segala makanan enak di zaman yang serba mendesak.
Zaman ais ini juga zaman di mana semua makhluk hidup sebagai pemburu. Masing-masing berbunuhan demi memelihara keluarga dan orang tersayang. Nyawa orang lain tidak ada kepentingan apabila yang tersayang sedang diancam.
Mementingkan diri sendiri, dan hilang rasa simpati itu biasa pada setiap watak. Jika di awal, mereka rasional, kuat pendirian, di tengah-tengah perjuangan, mereka goyah. Mereka jadi lemah.
Itu yang berlaku kepada Saiful Hawiz ketika isterinya mati dibunuh zombie. Amanah tinggalan isteri (dua anak gadis yang dewasa) pula, diancam musuh. Dia berusaha menyelamatkan 'amanah-amanah' teesebut.
Watak ini yang pada blurb tampak hebat, tetapi menelusuri ceritanya, dia tak hebat mana. Kerap hilang 'harga diri' dan pendirian setiap kali memerlukan bantuan orang lain dalam menyelamatkan anaknya. Sehingga ke akhir cerita, kehebatannya diragui.
Hazrul Hizi - watak pemuda yang penuh falsafah, keberanian, logik, licik dan pencinta setia anak sulung Saiful Hawiz. Kagum dengan pembinaan watak ini yang bicaranya padu. Perlakuannya sebagai pemuda nakal, tapi genius ilmu agama dan taktikal serangan, begitu meyakinkan. Tetapi, dia juga gagal dalam pertimbangan kemanusiaan apabila menemui mayat ayahnya yang dibakar. Dendam membuatkan dia hilang.
Plot cerita pada awalnya, mengujakan. Konflik demi konflik amat mendebarkan. Kemunculan watak-watak baru membuatkan plotnya segar. Tetapi, paten kemunculan watak-watak sisipan ini sama seperti kemunculannya. Tiba-tiba ada seperti beragenda menggerak cerita. Selepas itu dibunuh apabila tidak diperlukan.
Watak-watak utama meneruskan cerita. Dan, apabila ada kegagalan, muncul watak baru menyelamat keadaan. Selepas itu, watak baru itu sekali lagi dihilangkan.
Watak Zurialis, anak kedua Saiful Hawiz dicipta sebagai watak yang menjadi punca cerita ini bergerak hebat.
Penculikan Zurialis yang berusia 15 tahun selepas tubuhnya dirawat daripada gigitan zombie, menjadi agenda cerita. Gadis ini yang dijangka akan berhadapan dengan bencana, terjadi sebaliknya.
Plot twist!
Benar. Dia disiksa teruk dalam tahanan, di penjara tujuh lapis bawah tanah, tetapi hanya seketika. Selepas itu... sangat tak disangka.
Apapun, cerita ini menarik dengan perkaitan kisah akhir zaman dan peringatan Tuhan sebagaimana dalam al-Quran.
Ia membawa kita kepada matlamat akhirat dan keimanan pada akhir-akhir zaman. Sesuatu yang menakutkan, tetapi menginsafkan.
Saya tak suka endingnya sebab kegagalan watak utama, berulang. Musuh selalu berada di hadapan dan sering berjaya menggoyah kekuatan watak-watak utama yag dicerita hebat-hebat belaka. Hatta, watak Naim, prof. genius pun kalah dengan perasaan. Sehingga sanggup mengkhianati rakan. Tapi, pengkhianatannya pun sekadar meninggi ego musuh yang hanya ingin mencalar perasaan watak bernama Kill.
Kalau Naim tak khianat pun, Shahrizal tu masih boleh menang.
Dan, kekalahannya melalui doa yang di akhir, baru datang. Dan, watak jahat ni hilang. Tak mati. Tapi hilang. Watak penguasa yang muncul di akhir cerita, entah siapa. Hilang bersama watak jahat, Shafrizal.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya, tak tau nak komen mcm mana. Nak kata tak best, jln ceritanya menarik. Tapi ada part part yg membuatkan rasa mcm tak kena dgn cerita ni.
Jenis jenis zombie memang boleh bayangkan ngeri dia tu. Sbb tak semua zombie sama. Ada zombie biasa, pemburu, dan alpha paling menakutkan sbb berkebolehan lebih dari manusia.
Jln cerita adalah untk menyelamatkan anaknya. Dlm perjlnan tu memang ada mcm mcm cabaran. Hero dan anti hero memang banyak watak yang berperanan.
Dan yang tak kenanya ialah, kenapa bazooka ada kat Malaysia pada zaman apokalips? Cerita ni adalah pada masa hadapan yang dah musnah. Dah tentu banyak bekalan dan senjata yg susah nak dapat. Bazooka pulak boleh dikatakan senjata lapok dan memang dah tak digunakan lagi. Malaysia pernah pakai ke?
Kedua, kuasa Fuad yg dikatakan mukjizat tu mcm tetiba. Apa ada ilmu hitam ke.
Ketiga, alpha adalah zombie paling kuat. Ada pendengaran yg tajam, mampu lompat dgn jauh bahkan tatapan mata dia ramai yg tak berani pandang. Boleh kawal zombie pulak tu. Dgn semua kebolehan tu, how tf Shahfrizal mampu kalahkan aplha. Aku mcm... Hah! Apa? Sekurang kurangnya bagitau cara dia kalahkan alpha. Tapi tak, tetiba je si Shahfrizal ni ada kat sarang alpha dan dah penggal Zombie paling kuat ni? Serius, tak tau nk ckp apa.
Dan terakhir, penamat yg sgt tak memuaskan. Siapa penguasa? Syaitan ke? Adakah sbb itu Shahfrizal dpt kalahkan alpha, sbb dia ada buat perjanjian dgn penguasa ke? Dari segi penamatnya, betul kuasa Allah adalah segalanya, mampu buat apa saja jika Dia berkehendak. Tapi adakah penulis kehabisan idea? Mungkin? Sbb tamatnya serangan adalah kerna ribut yg dimakbulkan daripada doa Saiful. Agak kecewa kerana aku mengharapkan adanya aksi perlawanan antara Saiful dan Shahfrizal. Berharap Saiful tonjolkan aksi memandangkan, dia adalah seorang yg hebat dlm ilmu silat dan pertahanan diri. Tapi mcm tulah. Kecewa. Si Shahfrizal tu entah mati ke apa sbb hilang mcm tu aje.
Atau ada buku sambungan untuk Klimaks ni? Atau ada buku kisah seblum apokalips?
Apa apa pun. Aku suka watak Saiful Hawiz ni. Nama pun sedap. 💪
I applaud the author for breaking the norm of stereotypical Malay novels. His writing push the boundaries and challenge the conservative mindset. His depiction of good and evil is commendable, the author brilliantly express that good and evil is never black or white like so we thought but it is relative/subjective. He gave readers the chance question morality in a post-apocalyptic fiction.
I hope this style of writing will be adopted by other authors as well and other genres.
🧟♂️ Tema buku ni menarik kerana berlatarbelakangkan 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐬 yang melanda Malaysia selepas kehancuran tamadun manusia, ditambah pula dengan 𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐳𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞. Bayangkan, kau perlu tahu guna senjata api dan ilmu survival untuk terus hidup dalam keadaan macam tu. Itulah yang Saiful Hawiz impikan dalam saki-baki hidupnya bersama dua orang anak, Zurialis dan Farhani. Mereka hanya mahu hidup tenang dan aman.
Namun, segalanya berubah apabila Zurialis terkena gigitan zombie. Perjuangan untuk menyelamatkan Zurialis inilah yang membawa kepada pembongkaran kisah silam dan pengkhianatan yang tak disangka-sangka.
🧟♂️ Agak ganas jugak jalan cerita buku ni, sebab watak sampingan yang dirasakan penting dengan watak utama tu dimatikan tskk...🥲 Sadis pulak, yela tapi itu lah realiti zaman kehancuran yang terpaksa kita terima.
🧟♂️ Menariknya, Klimaks tidak hanya menghidangkan aksi dan ketegangan. Ia juga menyentuh persoalan akidah dan tauhid dengan mendalam. Yelah, bila dunia sudah hancur sehancurnya, kemudian kau diuji dengan kehilangan orang tersayang, kelaparan, dan kesunyian, pasti akan tertanya-tanya… 𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘢𝘥𝘢? Berat persoalan ini, tapi ada mesej penting yang penulis cuba sampaikan.
🧟♂️ Cuma, ada rasa sedikit annoyed bila penulis menggunakan nama penuh watak dari mula hingga habis -otak rasa macam tongue twist setiap kali membaca. 😅
🧟♂️ Siapa yang suka bacaan bertemakan 𝗮𝗽𝗼𝗸𝗮𝗹𝗶𝗽𝘀, 𝘁𝗵𝗿𝗶𝗹𝗹𝗲𝗿, 𝘇𝗼𝗺𝗯𝗶𝗲, dan 𝗸𝗼𝗻𝗳𝗹𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸, boleh pertimbangkan untuk baca buku Klimaks ini.
🧟♂️ Ini merupakan karya pertama Helmi Effendy yang saya baca. Selepas mengetahui ilham penulis datang daripada ‘universe’ ciptaannya sendiri, saya rasa tertarik untuk membaca karya-karya lain beliau -supaya lebih kenal dengan watak dalam Klimaks ini.
Krisis perubahan bentuk muka bumi menyebabkan perubahan ekstrem terhadap persekitaran. Malaysia yang dahulunya tropika kini diselaputi salji — suasana pasca-apokalips yang penuh bahaya. Manusia hidup dalam ketakutan, berlindung di kawasan berpagar tinggi dengan dawai berduri untuk mengelak serangan zombie.
Bagi pembaca The Lost World, anda akan menemui semula beberapa watak dari kisah itu, namun kali ini tumpuan diberikan kepada Saiful, yang kini sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Tragedi menimpa apabila isterinya mati akibat gigitan zombie, dan misi hidupnya berubah: menyelamatkan anaknya yang ditangkap oleh tentera kerajaan.
Saiful terpaksa bergabung dengan kumpulan pemberontak — dan di sinilah konflik moral bermula. Dalam perjuangan menyelamatkan keluarganya, dia menyaksikan bahawa dalam setiap kumpulan, sama ada kerajaan atau pemberontak, tetap ada kepincangan dan pengkhianatan.
Babak-babak akhir sangat menyentuh perasaan — memperlihatkan bagaimana manusia akhirnya lebih mementingkan diri sendiri ketika berdepan kehancuran.
Cerita ini sarat dengan emosi, aksi, elemen gore dan thriller. Ia bukan sekadar kisah perjuangan melawan zombie, tetapi juga tentang nilai kemanusiaan, kasih sayang, dan keinginan untuk terus hidup walau dunia sudah runtuh.
Aku still support tindakan Watak Ahmad Naim. Dia juga telah banyak berkorban, tindakan akhir dia adalah sangat wajar. I'm with U Naim, walau dunia lupa tentang pengorbananmu.
Kesimpulan: Klimaks menggambarkan perjuangan manusia di ambang kehancuran dunia — di mana kekuatan sebenar bukan pada senjata, tetapi pada hati yang masih mahu bertahan dan melindungi insan tersayang.
Sebuah penceritaan yang suspen. Banyak peristiwa mendebarkan termasuklah di hujung cerita.(Macam roller coaster).
Bilangan watak juga ramai dalam menggerakkan plot malah ada juga watak yang mati.
Watak utama dalam buku ni ialah Saiful Hawiz. Di sebalik sikap Saiful Hawiz yang tegas, dia sebenarnya seorang bapa yang penyayang. Bukan mudah sebenarnya Saiful Hawiz ingin melindungi dua anak perempuannya iaitu Farhani dan Zurialis lebih-lebih lagi menghadapi keadaan genting untuk terus hidup. (Sehingga mempertaruhkan nyawa).
Dalam cerita ni digambarkan watak Farhani seorang yang cantik sehingga disukai beberapa orang lelaki. Kalau diikutkan macam kurang sesuai pula lagi-lagi dalam keadaan survival seperti itu.
Apa-apa pun tahniah buat penulis berjaya menghasilkan kisah menarik sehingga membuatkan saya dapat membaca buku ini sehingga habis.
Klimaks adalah kisah Saiful Hawiz seorang veteran negara membesarkan anaknya Farhanis dan Zurialis di zaman ais dipenuhi dengan zombie. Walaupun Saiful Hawiz berkebolehan mengetuai kumpulan besar mementang anjing Shafrizal, tetapi Saiful Hawiz memilih untuk mengasingkan diri dari politik dan peperangan. Apabila anaknya Zurialis dipenjarakan oleh Shafrizal, Saiful Hawiz merantau dengan si genius Ahmad Naim, anaknya Farhanis dan bakal menantu Hazrul Hiji dan berbaik dengan musuh-musuh untuk menentang Shafrizal. Cuma pengakhiran novel agak lopong dan tergesa-gesa ditamatkan berbanding plot awal dan pertengahan yang sarat dengan aksi dan saspens.
Apa yang saya belajar dari novel ini kena pandai mengadaptasikan diri dengan peredaran zaman, kena belajar ilmu pertahanan dan bijak memilih kawan.
Klimaks novel Helmi Effendy yang paling terbaik setakat ini. Saya memang peminat genre apokalips, dan setakat ni hanya Helmi Effendy yang mampu garapkan novel sebegini. Looking forward for his future novels.