Jump to ratings and reviews
Rate this book

Akhawat Pakai Hoodies

Rate this book
Selepas IKHWAH PAKAI JEANS, #CHENTA dan BIAR TAK GLAMOR DI DUNIA, ASAL POPULAR DI LANGIT SANA, Inche Gabbana kembali menghantui hidup anda dengan penulisannya yang terbaharu ini, AKHWAT PAKAI HOODIES menghimpunkan 23 artikel terpilih tulisan Inche Gabbana yang menjadikan perempuan sebagai temanya yang utama.

Meskipun buku ini memfokuskan kepada perempuan, namun mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan dalam buku ini relevan untuk sesiapa sahaja yang membacanya. Bersedialah untuk tertawa terkekek-kekek dengan lawak sempoi Inche Gabbana; pada masa yang sama menghabiskan sekotak tisu mengelap air mata.

Selain sesuai menjadi bahan bacaan anda tatkala di dalam tren atau sebelum tidur, ia juga sesuai dijadikan hadiah kepada guru kelas atau bakal mak mertua anda! Eh.

320 pages, Paperback

First published April 1, 2017

5 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Inche gabbana

8 books66 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (32%)
4 stars
23 (57%)
3 stars
3 (7%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
September 25, 2017
Basically a compilation of Inche Gabbana's blog posts relating to the female gender. It was really good. I recommend it to everyone, regardless male or female.

However there was this one chapter in which Inche Gabbana talked abt how yang slalu main masak2 is perempuan and yang slalu panjat pokok, masuk longkang is lelaki therefore perempuan lagi sesuai jadi ibu and besarkan anak-anak. I remembered that Inche Gabbana said that some people 'attacked'him by saying that that is because of how the children are brought up, hence that's why they became that way.

Inche Gabbana later responded that 'kalau nak explain pasal benda ni akan jadi panjang sampai tak boleh nak discuss bende2 yang lain.' lalu dia pon tak explain.

saya agak kecewa dengan statement tu sebab saya 100% percaya yang perempuan suka bercantik-cantik dan lelaki suka berganas-ganas dan kuat mencarut adalah disebabkan cara mereka dibesarkan. Saya 100% percaya sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak lelaki mereka untuk belajar memasak serta bersikap sopan-santun maka dia akan jadi sedemikian apabila dewasa.

I mean, lihatlah sendiri kaum perempuan pada zaman kini. Walaupun seperti yang di stated, which is perempuan nalurinya adalah untuk jadi housewife serta dilindungi, kita boleh lihat sendiri pada zaman kini bahawa kaum perempuan sudah pun pandai berdikari, mencari nafkah sendiri, melindungi diri sendiri malah melindungi wanita2 lain. Kenapa? Kerana didikan ibubapa serta guru-guru yang sentiasa menekankan agar perempuan belajar bersungguh-sungguh supaya mampu berdikari serta mengelakkan diri dari dizalimi oleh bakal suami.

Jadi sekiranya Inche Gabbana ada statement yang mampu untuk menghuraikan mengapa apa yang saya percaya ini adalah salah, saya ingin sangat2 untuk tahu. Jadi saya amat kecewa apabila Inche Gabbana tidak mahu menhuraikan tentang mengapa dia tidak setuju dengan statement bahawa the way their parents raise their children takkan ubah 'fitrah' perempuan dan lelaki which is perempuan untuk membesarkan anak, etc dan lelaki untuk betulkan lampu, betulkan kereta, cari nafkah, etc.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
June 17, 2017
First time aku tengok buku ni aku terus cakap "Cool gileh cover dia" Haha. Cool apa, perempuan pakai hoodies? Ke tak? Okay okay kalau tak, takpe je. Tak yah buat muka.Tapi bagi aku cover dia yang simple tapi lek lek ini la yang buat kan aku teruja nak beli dan nak tahu isi dalam dia.

Aku baca artikel- artikel dalam APH ini, nak juga tahu pandangan seorang lelaki terhadap 'perempuan'. ya artikel artikel dalam APH ini fokus untuk perempuan tapi pengajaran dia relevan untuk semua. heh dan setiap artikel yang ditulis, ada yang aku setuju, ada yang tak. tapi kelebihan penulis ini menyampaikan ilmu dengan cara paling lepak dengan bahasa yang santai, buat aku rasa nak terus baca.

bila baca APH ini satu benda yang terlintas dekat otak aku masa itu, APH:Sejenis peringatan mesra untuk perempuan. Sebab once aku baca, ada artikel yang buat aku kagum, buat aku senyum, buat aku rasa kena perli rapat, buat aku terkesan, buat aku rasa malu, buat aku rasa nak fight untuk kejar cita-cita aku dan macam-macam lagi la yang aku rasa.

baca APH ini macam kita duduk atas kertas graf, ada satu titik, yang bila kita rasa hapy dengan apa yang penulis tulis kita naikkan titik itu, kalau kita rasa down dengan apa yang disentuh oleh penulis, kita turunkan titik tu ke bawah.

dan sampai akhir, kertas graf itu, ada naik turun naik. 💬

Dalam APH ini juga ada 23 artikel, semuanya menarik untuk dibaca tapi yang paling best ialah:

💓 Nama saya mak cik Hidayah
💓 Menjadi Mizz Nina
💓Banyak Habuk Masuk Mata
💓Menjadi Maryam
💓 Here come The Baldis!
💓 Perempuan will always be perempuan

dan paling penting, aku jumpa apa yang aku cari selama ini. selama ini aku selalu tanya. kenapa sesuatu penghijrahan itu tidak kekal lama. tak kira la penghijarahan itu kecik ke besar ke yang aku nak tahu sangat, kenapa susah nak kekal? Serius, benda ini aku cari dah lama, atau mungkin ada yang dah jelaskan tapi aku yang terlepas pandang, tapi bila baca APH ni, alhamdulillah aku jumpa key-word dia.

aku just nak cakap, tak rugi la kalau korang beli APH ini. Buat hadiah untuk diri sendiri ke, jadikan motivasi ke. ah tak kesah la. janji APH ini best. haha
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
May 31, 2017
selain buku Chenta, buku Akhwat Pakai Hoodies ni lebih santai. Apa yg menarik, satu ja dalam jalan dakwah ni muslimah tangannya mampu menghayun buaian, menggoncang dunia. Buku ini membuka dimensi baru tentang muslimat, yakni seorang muslimat yg berani kehadapan, bergerak laju dan sistematik, memandu kereta ferrari kuasa lima bahkan, tegas berbicara, tetapi pada masa yg sama masih mengekalkan ciri semula jadi seorang hawa.


you know, saya ketawa baca buku ni, kerana penulis sendiri mengakui kehebatan muslimat dalam gerabak dakwah ini. Benar, hebat macam mana kaum hawa, tetap perlu dipimpin kaum Adam! selamat membaca monolog penulis Inche Gabana.
Profile Image for Norhasiah Akhir.
32 reviews
September 19, 2021
Buku ini bercorak Indie dakwah. Maksud Indie sendiri datang dari perkataan Independent - means merdeka, sendiri, bebas, easy to be listened to and cool. Jadi memang sesuai sangat dengan cara penyampaian Inche Gabbana dalam naskah ini. Jadi janganlah kita persoalkan mengenai bahasa yang digunakan oleh Inche Gabbana ye. Kadang-kadang saya baca sekali lagi ayat tersebut, sebab nak faham. Saya dah nak masuk usia 40-an. Jadi kadangkala bahasa anak-anak remaja moden Gen Z ni lambat sikit nak pick up.

Tetapi tidak menjadi soal. Yang penting setiap nasihat, peringatan dan penceritaan Inche bukan kosong semata-mata. Ianya disertai dengan petikan ayat-ayat Al-Quran, hadith yang menyokong setiap pernyataan. Sebab itulah ianya dipanggil Indie Dakwah.

Bila lihat tajuk, sememangnya isi kandungan buku ini Inche lontarkan khusu buat kaum hawa, golongan wanita. Memberikan peringatan, tips, sebab musabab mengapa kaum wanita perlu menjaga keperibadian diri, memelihara maruah dan menjadi wanita yang mulia. Buku ini pasangannya ialah Ikhwat Pakai Jeans - boleh cari, khas untuk bacaan kaum adam pula.

Kadangkala terdapat juga penggunaan bahasa atau wording yang sukar untuk saya nak fahamkan. Saya assume bila Inche menyebut tentang bulatan gembira, maknanya Halaqah dan usrah lah kan? Ini mengingatkan saya kepada kenangan saya semasa di universiti dahulu. Saya turut mengikuti usrah ketika belajar di sana. Ada naqibah dan kami saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Serasa saya, keseluruhan isi ini, maybe 80% lebih sesuai untuk golongan remaja wanita, yang masih muda, usia lingkungan 20-an. Bukanlah maksud saya mengatakan ianya tidak sesuai untuk saya, lewat 30-an. Cuma membacanya membuatkan saya berkeluh-kesah dalam diri. Kalau laa pembacaan ini ada pada waktu usia saya 20-an, agaknya mungkin berlainan corak hidup saya sekarang? Kehidupan yang lebih baik, perhaps? Mungkin juga saya tidak melakukan kesilapan, kesalahan dengan membuat keputusan yang tidak tepat. Ye, saya tidak boleh menyalahkan takdir. Sebaliknya saya berpegang setiap perkara ada hikmah dariNya. Tugas kita sebagai manusia hanyalah perlu SABAR SABAR SABAR dan berdoa....

Dan dalam banyak-banyak bab (ada 24 bab, lebih kurang 300 mukasurat), ada beberapa bahagian yang menarik minat saya, mampu 'menasihatkan' saya menjadi lebih baik. Antaranya ialah apabila penulis menceritakan mengenai Misz Nina. Bagaiman dia berhijrah menjadi lebih baik. Terpesona sebentar saya mengikuti penbacaan kali ini.

Saya harap bahan bacaan seperti ini mampu dimanfaatkan sebaiknya untuk semua golongan, bukan utk golongan wanita sahaja ya. Jadikanlah segala peringatan dalam buku ini, segala nasihat, sindiran, adalah sebagai "rayuan" dan nasihat berguna dari penulis kepada kita.
Profile Image for Aina Nadia.
16 reviews2 followers
September 19, 2020
Book meant for 👩🏻👱🏻‍♀️👷🏻‍♀️👩🏻‍⚕️👩🏻‍🌾👩🏻‍🍳👩🏻‍🎓👩🏻‍🏫👩🏻‍🔬👩🏻‍💼👩🏻‍⚖️👸🏻women, akhawat, muslimah, ya betul lah tu, awak awak yang baca ni pun, wanita wanita yang lemah lembut, baik hati ya awak lah, buku untuk awak lah ni 🙋🏻☝🏻

Honestly, byk sentap ⚡️lah buku ni sbb gaya bahasa dia ni memang santai, padu dan straight forward. Pecah otak lah, meletup💥mindalah, muntah 🌈 pelangi, muntah hijau, tersedak, terjun gaung, dan byk lagi lah.

But fret not, the book tells you how 🎈amazing 🎈you are to be a woman. How we should be proud to be one. I couldn't write down all the words i love bcs trust me, i will not write just quotes but probably a whole lot of stories bcs the author give you situations to make you think and feel proud and grateful that we were born as women 👭.

Leisure read je ni relaks relaks je boleh baca sambil tunggu adik, sambil makan keropok, sbb setiap bab membawa cerita yang berbeza jadi kalau tinggal pun taklah tertinggal sgt ceritanya.

"women complete men, not to compete with them"

"Bukankah erti hidup itu pada memberi dan berkongsi?"

"Bagaimana caranya kita boleh berkongsi chenta? Dengan tidak menyembunyikan perasaan kita itu dan jujur dengannya." <3

Last chapter are the best one. Couldnt take out only parts of it bcs THE WHOLE 12 PAGES OF THE LAST CHAPTER ARE MEANINGFUL.

Last but not least, kerana 🙆🏻perempuan will always be perempuan 💁🏻.

Senyum :)
12 reviews
February 16, 2019
Never read any of his writing (ie; blog or books. This is his first book that i read).

His elaboration for each topic is very straight forward. The thing that I like is for every opinion, he will relate them with seerah nabi or verse from Quran.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.