Jump to ratings and reviews
Rate this book

Natalia

Rate this book
Alif Akbar dibesarkan tanpa ayah. Dia cuma ada seorang ibu yang mahu menjadikannya lelaki Muslim sejati. Lalu apabila dia jatuh cinta dengan Natalia Chong, ibunya tidak merestui.

Terpisah, gadis itu hilang secara misteri. Alif patah hati lalu berkahwin dengan Mazurah, gadis MLM pilihan ibu. Namun dia tidak bahagia, walaupun dikurniakan seorang cahaya mata.

"Alif, kau jangan ikut dia. Ikut orang tak ada agama, apa nak jadi, kau nak masuk neraka?"

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ibunya saat Natalia mula hilang daripada hidupnya. Lalu, jika Natalia kembali, mahukah Alif berpaling tadah?

233 pages, Paperback

First published April 1, 2017

11 people want to read

About the author

Nami Cob Nobbler

29 books135 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (12%)
4 stars
8 (20%)
3 stars
13 (33%)
2 stars
5 (12%)
1 star
8 (20%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 11, 2017
Kisah di dalam ni adalah panjangan dari kisah Dendang Perantau dari Tandori Nan Sekeping terbitan Moka Mocha Ink. Sebenarnya Nami dah confess waktu aku beli buku ni dia tulis pasal apa.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
165 reviews2 followers
March 15, 2022
Lain daripada yang lain. Karya Nami kali ini kureng sikit lah. Mungkin idea mesin masa tu telah melupakan siapa Nami yang aku baca sebelum ini.

Tak boleh nak ulas banyak sebab aku baca time takde mood dan juga kena covid. Hahaha.

Okay lah untuk percubaan Nami untuk si-fi. Idea ada, jalan cerita dan perwatakan ada. Cuma emosi saja tiada untuk karya ini.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 27, 2022
⏳Tertarik dengan buku ini sebab suka blurb bukunya berkait dengan agama. Seorang lelaki Muslim yang jatuh hati dengan gadis kacukan Cina Punjabi, bernama Natalia Chong. Seorang Atheis. Ibu Alif ini dikira kuat agama memang tegas mendidik Alif kiranya cinta mereka tak direstui. Dan Natalia menghilang. Alif walau dah berkeluarga dengan orang lain tapi masih terkenangkan cinta pertamanya.Pengulangan hilang di awal² cerita tu buat aku tertanya. Hilangnya yang bagaimana maksudnya? Adakah kerna perkataan Time Travel yang disebut oleh Natalia yang bijak Sains & Matematik?

⏳Latar masa ada beberapa zaman antaranya zaman kini 2015 dan selang-seli,Imbas kembali Tahun 2000 sebelum Natalia hilang. Aku tertarik juga,dengan perbualan² Natalia dan Alif. Soal² kepercayaan Aliff tentang Allah dan Natalia dengan pertanyaan² yang meragui setiap Tuhan. Ia membuka kotak fikir aku juga.Sekiranya dilontarkan soalan² Natalia itu. Apa kita akan jawab?Tanpa ilmu kita tak mampu nak sedarkan orang tentang Islam.

⏳Dipertengahan cerita, kita bakal diperkenalkan dengan Prof. Mohan&Tanty. Alif dibawa ke tahun 2057 atas sebab tertentu😅. Di sini, kita nampak rupa dunia sains fiksyen digambarkan penulis. Boleh tahan detail diceritakan tentang dunia futuristik itu. Boleh tahan penceritaannya, bila Alif dibawa melihat sendiri sebab² dirinya dibawa ke ke tahun tersebut. Seronok betul berimaginasi part ini.🤣

⏳Setiap kali baca buku ideanya Time Travel. Mesti otak jadi keliru. Tambah lagi, buku ini banyak lompat masanya. Rencah rasa pada plot twist itu tak sempat untuk aku rasa terkejut sebenarnya sebab agak celaru😅 Maybe orang lain lebih bijak tangkap untuk faham? Bukan hanya sehala undur atau kedepan. Ia seperti, ke sana ke sini untuk betulkan keadaan🙈 Ke mana Natalia? ia bakal terjawab dalam era² dibawa bersama mesin masa.

⏳Kali pertama aku fikir bila habis kisah lompat masa ini. Ada baiknya kita tak ketahui masa depan kita😅 Atau tak perlu ubah apa². Fokuslah apa yang sedang di hadap dan tentukan sebaiknya sekarang sesuai edaran zaman sendiri.
Profile Image for Benz.
Author 21 books105 followers
May 10, 2018
mungkin sains fiksyen agaknya.. jadi bukan peminat yang baik untuk genre ini..
apapun latar pembukaan, tentang kisah seorang anak dengan maknya agak syahdu..
dan novel ini tidak berkaitan dengan novel-novel berkaitan Awek Chuck Taylor.. dan aku membaca versi terbitan Cukong, yang namanya adalah Diari Seorang Diktator. kata Nami nama Diktator tak lepas untuk keluar diterbitkan. jadi dinamakan namanya Natalia -sempena nama awek dalam novel ini selaku watak utama -
penceritaan Nami tentang latar (atau feel) bagi aku dalam novel ini tak cukup kuat. mungkin disebabkan novel dihasilkan secara tergesa-gesa untuk Cukong Press suatu masa dulu. ada juga yang semacam 'trademark' Nami, iaitu pengulangan perenggan yang dah pernah ada. aku kesan dalam buku-buku Nami yang lain juga.
bagaimanapun, agak detail tentang imaginasi Nami tentang dunia futuristiknya. dan kisah seorang anak dengan maknya itu memang mengesankan.
Profile Image for Rehan Abd Jamil.
657 reviews33 followers
May 12, 2017
Harapan biarlah buku ni lain daripada yg lain..but..always a but..intro nice, rasa misteri bila natalia missing..then masuk bab sci-fi..agaknye I'm not a sci-fi fan so..ending rasanya boleh diperbaiki kut..the main part of this story is about this girl tapi ending didn't involved her at all..hmm..better luck next time..but a good attempt though..
Profile Image for Ridzuan Ridzuan.
3 reviews
September 17, 2018
Aku di muka surat 128. Suka novel-novel Nami sebelumnya. Tapi novel ni, terasa seperti imaginasi kanak-kanak. Yang ditulis orang dewasa.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews