Jump to ratings and reviews
Rate this book

Balachi

Rate this book
Tuan Badrul, seorang ahli perniagaan yang bercita-cita menjadi Mantri Perdana (MP) telah mengarahkan si pencerita untuk menyiasat anak dalam kandungan seorang reporter, Monalisa.

Pada masa yang sama, si pencerita juga mula terlibat secara paksa dengan sebuah perkumpulan rahsia yang sedang merancang untuk memarakkan api revolusi negara melalui buku puisi tulisan Mokhtar.

Mokhtar, bekas sahabat si pencerita, ialah seorang penulis puisi, anarkis, membenci kapitalis dan merancang untuk meletupkan bangunan KLBC milik Tuan Badrul. Dia telah memutuskan tali persahabatan dengan si pencerita, lalu menghilangkan diri selepas menuduh si pencerita merampas kekasihnya, Sheila. Dan melalui Sheila, si pencerita mula kenal siapa Mokhtar sebenarnya.

Novel ini mungkin sebuah satira politik. Di dalamnya terkandung elemen persahabatan, cinta, puisi dan orang-orang gila.

262 pages, Paperback

First published April 1, 2017

16 people want to read

About the author

Sahidzan Salleh

14 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (21%)
4 stars
7 (25%)
3 stars
14 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 2, 2017
(3.3 bintang)

"Emosional. Mokhtar seorang lelaki yang emosional."

Jika ada buku yang pernah membuat hamba jatuh cinta pandang pertama, hamba akan mengatakan Balachi adalah bukunya. Hanya kerana ayat terakhir pada bahagian intro yang tidak sampai satu muka surat itu, hamba jatuh cinta. Aneh, tidak masuk akal dan hamba sendiri tidak tahu hendak menjelaskan tetapi kerana ayat tersebut, hamba seperti teryakinkan bahawa hamba akan menyukai buku ini sehingga ke akhirnya tidak kira apapun 'kemengarutan' yang melanda. Eh...? Haha.

Namun, ya, tidak semua kisah cinta pandang pertama akan berlangsung lancar dan berakhir dengan bahagia memancar-mancar.

Balachi bermula dengan potensi yang baik. Hamba menyukai permulaannya apabila 'saya' diberi tugas untuk menyiasat tentang Monalisa. Diselang-selikan juga dengan kisah bekas kawannya yang emosional bernama Mokhtar. Juga kemunculan bekas kekasih Mokhtar iaitu Sheila Majid (bukan bapaknya bernama Boestamankah?) dan sebuah Proton Saga Kelabu (automatik nak menyanyi setiap kali kereta ni disebut - orang Sabah atau berdekatan akan faham).

Namun semakin jauh, cerita ini menjadi semakin meleret. Kisah Kumpulan Pemuisi Bawah Tanah dan idea revolusi mereka telah menganggu fokus hamba yang celaru dengan tanda-tanya yang sediada iaitu tentang siapa sebenarnya Mokhtar dan keberadaannya. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan penulis pula bagai tiada berpenghujung dan itu melelahkan sekali.

Walaubagaimanapun, jika ada penulis di Malaysia ini yang boleh menyuap pembaca dengan bebelan tak berkaitan yang mungkin cuma untuk mencukupi jumlah patah perkataan dan secara misterinya dapat pula diterima pembaca sebagai relevan, Sahidzan Salleh adalah orangnya. Kelicikan penulis menyelitkan idea-idea sampingan ke dalam bukunya dengan spontan dan lancar, menjadikan bukunya tidak membosankan.

Dan, hamba lebih menyukai Delirium berbanding Balachi meski Delirium menyentuh isu yang tidak menyenangkan dan hamba memberi buku itu kurang bintang berbanding buku ini. Pelik kan? Tetapi perasaan hamba sememangnya aneh-aneh belaka sejak kebelakangan ini. Sindrom nak dekat siri tiga agaknya. Haha.


p.s Hamba suka puisi-puisi dalam buku ini :) dan babak di cybercafe itu masih membuat hamba ingin ketawa sehingga kini :P. Tetapi ya, mungkin hamba perlu menunggu lagi untuk buku Sahidzan Salleh yang boleh hamba sukai seperti kali terakhir melalui Pada Waktu Waktu Yang Terhapus.

suatu hal yang harus aku sedar
kau bukanlah perempuan
si peminum kopi yang berhati culas
pada bicara yang keras
yang bisa kupujuk dengan ludah-ludah api
kau perempuan
yang bisa menolak pelukan
walau air mata kekasihmu bercucuran
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
September 26, 2017
Balachi mengisahkan tentang 'saya', seorang yang monotonik (wah ada ke perkataan monotonik) dan tidak berwarna. Watak yang mengingatkan saya kepada kebanyakan narator dalam buku-buku Murakami & sebenarnya 'saya' juga sepertinya melambangkan kebanyakan orang orang kita, yang kebanyakannya menjalankan kehidupan mengikut rutin & tidak mahu keluar dari kepompong keselesaan.

Buku ini aku rasa lebih serius dari buku buku Sahidzan yang lain yang pernah aku baca (Sepuloh Nama dan Pada Waktu Waktu Yang Terhapus). Kurang aksi, banyak buah fikiran dan dialog yang berpusing di sekitar politik, hal hal sosial dan sastera, walaupun hanya di permukaan saja. Tapi tetap menarik dan aku rasa siapa yang mahu berjinak-jinak dengan isu isu yang aku nyatakan tadi tapi dalam bentuk fiksyen, aku rasa buku ini amat sesuai. Dan yang aku paling suka, dialognya tidak janggal (seperti PWWYT), malah menghiburkan dan kadang kadang tak masuk akal. Cuma di bahagian bahagian akhir, aku tak boleh nak tangkap lagi apa signifikan kemunculan Asmidar, Kadir dan Osman. Dan perempuan yang bernama Sheila Majid ini kenapa sebenarnya? Ahahah.

Menghiburkan, saspens dan bila aku habiskan malam tadi, aku termenung panjang.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
June 2, 2017
Permulaan cerita agak memberangsangkan and I was hopeful that this would be Sahidzan's comeback after the disappointing Delirium. Malangnya novel ini tidak mampu menjadi sehebat Sepuloh Nama dan Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus.

Yang kita tahu, Sahidzan suka mengerakkan cerita menggunakan seorang watak perempuan yang asing. Tapi kesalahan yang Sahidzan lakukan di dalam Delirium dan novel ini adalah meletakkan harapan kepada watak perempuan yang sama untuk membantu pembaca menyelesaikan teka-teki. Dan sadly I did not manage to solve it and I did not understand the ending.

Novel ini masih menghiburkan dari segi satira dan permainan kata. Sahidzan kenal aspek seseorang manusia. He's one of the most brilliant writers of our generation and I know he would come back to us one day.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
May 26, 2017
Aduh, sakit kepala lepas baca buku ni.
Profile Image for Mohamad Fais.
18 reviews2 followers
June 17, 2018
Sahidzan menipu kita semua, menipu penerbitnya sekali. Disebalik cerita keras sindiran politik yang ditulis, dia menyelitkan puisi-puisi cinta (yang sedap). Sahidzan sepatutnya terbitkan kumpulan puisi (yang sedap) untuk masa akan datang. Dan saya akan menunggu 😎
Profile Image for Firdaus Mfd.
6 reviews
July 13, 2018
(Spoiler Alert : *ini bukan review movie, ini bedah novel)
First of all, tulisan Sahidzan Salleh seperti biasa... Aku syak dia letak dadah dalam setiap karya dia, termasuk Balachi.

Balachi mengisahkan mengenai seorang lelaki (si pencerita) yang tak dimention nama dia merupakan seorang balachi bos dia, Tuan Badrul (beza umur dia dengan si pencerita tak jauh - fakta ini sangat penting). Tuan Badrul ni orang kaya yang ada KLBC dan kira berpengaruh. Kisahnya bermula bila si pencerita (watak utama) ditugaskan oleh Tuan Badrul untuk menyiasat siapa bapa anak kandungan Monalisa, reporter dan bekas pekerja KLBC di bawah Tuan Badrul juga. Tugas yang mudah. Siasat siapa bapa anak dalam kandungan Monalisa. Tapi, bro Sahidzan Salleh gunakan kepakaran dia dengan unknown dadah untuk mengolah cerita ini dengan baik dan teliti.
Dalam pada dia menyiasat, muncul watak2 sekeliling dia menghiasi plotline Balachi. Mokthar - bekas kawan si pencerita yang menurut si pencerita melalui imbas kembali dia telah dituduh merampas awek kawan dia. Dia juga dituduh mencuri kereta saga lama milik Mokhtar. Pada masa yang sama muncul pula Sheila, ex-gf kawan si pencerita, Mokhtar. Perkenalan dan pertemuan dengan Sheila menyebabkan banyak benda mengenai Mokhtar terbongkar terutama sekali mengenai Mokthar seorang pemuisi.

Pada masa yang sama juga, si pencerita ditemukan dengan sekumpulan kelompok pemberontak kerajaan yang bernama geng Pemuisi Bawah Tanah. Geng Pemuisi bawah tanah yang mengangungkan karya2 puisi Mokhtar seolah2 Mokhtar itu tuhan. Geng Pemuisi bawah tanah ini kalau kau fokus kat storyline, dia adalah geng kucing yang telah merompak satu kedai fast food di KL. Fakta mengenai geng kucing ini juga penting. Pasal kenapa geng kucing merompak sebuah restoren fast food. Kumpulan ini adalah simbolik "pemberontakan rakyat" dan ketidakpuasan hati puak2 di negeri Seludang yang. Kira macam S4S yang nak keluar dari Malaysia sebab tak puas hati dengan pemerintahan kerajaan persekutuan.

Benda2 ini akan mengiringi cerita si pencerita sepanjang pbacaan anda. Pasal kenapa sheila nak rapat dengan si pencerita. Pasal Mokhtar yang penuh tanda tanya. Pasal rahsia pemuisi bawah tanah yang agung2kan puisi tulisan Mokhtar. Pasal politik dan isu2 politik. Pasal kemerepekan (merepek) yang menjadi salah satu kekuatan cerita ini.

Tapi mostly cerita ni pasal politik. Bagi aku, apa yang penting kau perlu fokus! Fokus! Dan fokus pada setiap scene dan setiap dialog. Sebab every scene is not benda yang buang masa, walaupun kadang2 merepek tapi ada kunci di dalam scene2 tertentu. Contohnya pasal hujan toksik yang dipercayai kalau terkena hujan itu akan menyebabkan kita jadi ikan. Relevan persoalan kebenaran mengenai perkara ini dijawab dengan baik oleh tuan penulis di hujung cerita.

Dan persoalan mengenai Mokthar itu siapa dijawab dengan ringkas di akhir cerita. So perlu fokus.
Aku suka garapan cerita ini. Aku suka persoalan yang timbul dalam cerita ini. Aku suka falsafah cerita ini. Banyak teori2 timbulbmasa aku baca novel no. Dan aku akui ini heavy novel.
Tapi satu aku nak pesan. It is better if kau tengok movie berjudul Fight Club lakonan brad pitt supaya kau ada bayangan mudah untuk hadam cerita ini.

Aku suka Balachi.
Jadi aku bagi 4 🌟 daripada 5 bintang.

Tahniah buat penulis dan semoga terus menghasilkam karya2 sperti ini (delirium, balachi, sepuloh nama) i am admire your works your karya ❤
Sekian ulasan yang panjang lebar ini.
Fadzileo 📚📑📒📖📝

http://safelinku.net/ulasanNovelBalachi
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
May 9, 2017
Bagaimana hidup boleh berubah dalam sekelip mata. Totally a mess, but a nice plotting one. I somehow love it. Misterius dan absurd.

Saya kasihan sungguh dengan 'saya', but the word 'balachi' sangat sesuai dengan jalan cerita 'saya'. Cuma sampai satu tahap saya rasa ceritanya sedikit meleret dan entah ke mana perginya sampai saya tak boleh agak apa akan jadi nanti. Mokhtar! Bak kata 'saya', ini semua salah Mokhtar!

'Saya'-- karakter yang unik. Ini semacam sarcasm tentang manusia-manusia yang jenis ikut saja telunjuk orang. Buat apa orang suruh, risau kemudian. Sampai hidup 'saya' jadi penat macam itu. Dan yang paling menarik bila saya asyik fikir tentang 'saya' ini, kemungkinan 'who is he actually' itu buat saya tak sabar nak habis baca. Sangat curious and puzzling much.

Anyway, suka sisipan-sisipan puisi yang ada dalam ni. "Puisi hanya bawa erti, bila pengarangnya sudah mati."
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 30, 2022
Ini bacaan paling pening dan gila aku pernah baca. Disulami dengan puisi-puisi cinta, salah faham dan juga misi gila. Aku yang baca pun sama keliru dengan si pencerita. Watak-wataknya muncul dan hilang begitu sahaja. Bacaan yang membayangi tingkah politik kotor semasa. Buku ini hampir mampu terbang tika membaca pengakhirannya.
Profile Image for Nabilah.
9 reviews
September 8, 2018
aku sangka buku ni sedikit bosan kerana berunsurkan politik. aku pun takda high expectation pasal buku ni sebab ini adalah karya pertama daripada penulis yg aku baca. tak sangka ada beberapa page & scene yg buatkan aku nak tergelak. my next read would be Kolonial Mimpi. harap2 best.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
August 29, 2019
I kind of enjoy reading this book. Ada humor yang bikin ketawa, ada juga beberapa topik yang dibincangkan dalam ni yang buat saya berfikir. Dan paling saya suka adalah puisi-puisi yang dihidangkan. Rasanya Sahidzan patut tulis buku puisi lah. Sahidzan is becoming one of my favorite writer now.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.