ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar.
Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya.
Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk.
Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri.
“Bukan main gatal kau nak kahwin, kan? Belum habis sekolah lagi dah fikir nak kahwin…” – Zayn
“Pompuan sekarang ni semuanya tak berkualiti. Macam kaulah. Kalau kau berkualiti, sepupu kau tu mesti nak kat kau!” – Zayn
Tiada yang manis dalam bicara Zayn. Semuanya sinis belaka. Azzahra yang serik akibat sering ditolak oleh Farouk dulu, tidak meletakkan sebarang harapan pada perkahwinannya. Maka hatinya dijaga rapi. Tiada usaha untuk merapatkan hubungannya dengan Zayn. Dan ketika bekas kekasih Zayn datang menagih simpati, Azzahra terkedu sendiri.
Mengapakah begitu mudah Zayn menerima lamaran Azzahra? Apa motifnya? Dan tatkala Zayn seakan berubah hati, perlukah Azzahra angkat kaki?
permulaan cerita dah menarik, sampai buatkan aku jd susah nak berhenti baca. tp masuk jer part Zayn buat perangai acuh tak acuh dia kat Ara tu terus aku letak buku ni kat tepi. patutnya boleh habiskan dlm masa 2 hr, sudahnya jd meleret sampai 9 hr. hmm...
dlm cerita ni, perkara utama sekali yg aku tak suka ialah konfliknya. bg aku, konfliknya tiada beza dgn buku2 lain yg dah aku baca. disbbkan org ketiga, watak hero dan heroin jd bermasalah dan ada selisih fhm. dahlah hero dan heroin spesies suka main pendam2 perasaan dlm hati, masing2 ego nk luahkan. so bila jd mcm tu, aku tak hairan kalau kepercayaan Ara terhadap Zayn hilang. kalau dlm kebykan buku2 lain, aku tak suka dgn perempuan mcm Ara ni sbb mudah percayakan ckp org tanpa minta penjelasan. tp dlm kes Ara, aku tak slhkan dia 100%. sbb apa? sbb Ara dah CUBA minta penjelasan drp Zayn, tp Zayn sendiri yg buat perangai tak nak dgr semua pertanyaan Ara.
yes, mula2 aku mrh, benci dan menyampah giler dgn Zayn sbb dia abaikan Ara secara tiba2 mcm tu. bila Ara call dia jer, duk bg alasan sibuk jer memanjang pastu terus letak fon. hey, siapa aje tak menyampah dgn lelaki mcm ni?
tp bila hal sebenar dah terbongkar, rupa2nya dia buat perangai hampeh gitu bersebab. walau mcm mana pun, aku tetap rasa geram dgn Zayn sbb aku rasa boleh aje dia terus terang kat Ara awal2, tak perlulah kot sampai nk buat mcm tu sekali.
dlm geram2 aku dgn Zayn pun, sebenarnya aku suka jugak kat watak dia ni. aku suka sbb Zayn ni jenis tegas. plg aku suka bila setiap kali ada scene dia sembur Suraya dgn kata2 pedas. padan muka perempuan tu. perempuan mcm Suraya tu entah apa jenis perempuan daa... pakai tudung, pakai sarung kaki, tp pemikiran kotor. awal2 dia pergi jumpa Ara pun dia dah nak banding2kan diri dia dgn Ara. kononnya dia tu janda, lebih byk pengalaman, jd apalah sgt Zayn pandang kat Ara yg takde pengalaman tu kan...
adoi laaa... aku nk hurai lebih2 pun mlas hal ni, geli gak rasa. cuma gitulah nk ckp, perempuan mcm Suraya ni lah perempuan hipokrit. luaran nampak baik, tp hati kotor. fikiran dia pun yg kotor2 jer.
dan Naim pula, apa yg boleh aku ckpkan aku kesian jugaklah kat nasib dia. tp sebenarnya aku tak berkenan mana dgn watak Syida tu, jd jujur dr hati aku... aku gembira Naim bkn dgn Syida. kahkahkah, jht aku.
well, aku hrp author buat sambungan utk kisah Naim, tp hrp2 bkn Syida lah heroinnya. org lain boleh kan?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Pada N, cerita Mr. Babe Magnet ni ada pasang surutnya. Ada masanya N rasa macam nak telan buku ni hidup-hidup sebab best sangat, ada masanya I just want it to be done.
Jika nak dibandingkan dengan most of LS's story, N masih anggap Mr. babe Magnet ni sebagai satu bahan bacaan ringan kerana selalunya novel LS ni memang berat dengan drama and emosi. Mungkin kerana watak Ara masih muda, jadi emotional appeal-nya tak seberapa.
Don't get me wrong. I like watak Ara just fine. Up to some point anyway. Towards the end N rasa macam bosan jugak dengan watak ni yang agak robotic and emotionless.
Towards the end jugak, what I like about this story seems to disappear. Tiba-tiba ia menjadi meleret dengan sikap Ara yang beku dan masuk pulak lar kisah Naim dengan Shida which I thought was unnecessary.
Storyline yg menarik. Kerana ingin menyelamatkan maruah keluarga maklongnya, Ara sanggup mengorbankan masa mudanya dengan mengahwini Zayn, pakcu Naim si bff Ara. Zayn pulak jenis yg skeptikal dgn hubungan bff Ara dan Naim, padahal dalam hati ada taman buat Ara. Buat-buat tak mengaku konon. Geram dengan Suraya yg tak tahu malu terhegeh-hegeh nak balik kat Zayn padahal dulu dia yg mengkhianati cinta mereka. Nasib baik Dato' Herwan sedar dengan kesilapan diri lepas tu berpakat dengan Zayn utk mengahwinkan Suraya dengan anak driver dia sendiri. hahahaha...
Aci tak kalau saya kasi 2* je untuk novel ni. Rasanya inilah novel yg paling saya tak suka dari author..Tapi kalau nak di bandingkan dengan cerita Yang Bermukim Di Hati macam tak aci pulak sebab cerita tu dapat 4*. Tak fair kan..Sedangkan novel ini cara mereka bertikam lidah takde menjerit2 dan watak antagonist kena mampat2 sampai tiada ruang nak jawab. Lebih baik dari novel purple tu. Nak buat macam mana..saya tak suka sikap hero dia..Sweet dia rasa sekejap je lebih pada sakit hati. Jadi author 3* je dari saya untuk ini.
Mr Babe Magnet??? My answer is Yes. Sebab dia tegap, handsome, berkarisma dan seksi according to Suraya. Perempuan terkejar2. Duit dia kut..😁😁 And he bacame a player lepas kena dumped dengan Suraya. Watak2 dalam ni seperti dah ludah dijilat balik. But bukan Azzahra, dia tegas pendirian. Bila dia sayang dia benar2 sayang bila dah melepaskan jangan mimpi boleh menang balik hatinya melainkan ada jawapan yg kukuh. She may be young, 19 yrs old tapi matang. Cuma bab cinta..BLUR habis. Mungkin takut terluka lagi.
Yang 'Not' kat title tu mungkin merujuk pada sikap Zayn. Umur je tua, 32 yrs old tapi...hmmm...Well mmg tak lah nak berganding dengan lelaki begini melainkan dia berubah dan mengaku salah serta rendahkan egonya dan lepaskan persepsi negativenya buat Ara totally. Laser nak mampus. Cakap main hembus. Marah dengan Suraya dan Datuk Herman dihembuskan ke Ara. Boleh dia kata Ara ni perempuan gatal, tak berkualiti, jangan mimpi nak buat dia jatuh cinta, tak layak buat Naim kerana Ara akan menghancurkan kehidupan Naim dan sebagainya. After all these have been said and done rasanya Ara berani ke nak mendekati Zayn. Padahal, Ara tak begitu pun bila dia dah lepaskan Farouk dari hatinya. Tak pernah menggedik dgn mana2 lelaki atau Zayn. Seorang yg bermaruah bukan murah. Jinak2 merpati..
Percintaan mereka cocok benar dgn lagu Bananarama Love in the first degree. Kerana pernah di reject dan di tipu, kedua2nya buat perbandingan secara senyap dan guarded their heart from falling in love. Cuma Zayn sahaja sesekali quite vocal. Ara, di tambah lagi dengan kata2 hinaan dari Zayn lagilah payah dia nak bukakan hatinya. Bila hati dah terbuka Zayn pula buat perangai atas alasan nak lindungi Ara dari Suraya. hmmm. Bacalah kisah selanjutnya apa jadi. Adoi..
Love the colours on the title..Anything fluorescent mmg cantik..mcm budak2 saya jadinya sampai tutup lampu nak test glow in the dark tak. hehehe..ya bila mood sengal dah datang..mmg begini.
Sebab fall in love sgt dgn Rafique's Girl, terus cari buku2 Lynn safiya yg lain. And i like this one just fine. Suka kisah Zayn dan Azzahra😍
Azzahra walaupun masih muda belasan tahun tapi wataknya matang. Tak manja berlebihan, tak kuat merajuk etc. Cuma agak beku dan kaku di awal perkahwinan, logik la sebab dia tak kenal sangat Zayn dan dia pun ada kisah silam yg buat dia hilang keyakinan nak tunjukkan cinta.
Awal cerita sy suka sangat part Zayn suka perhati Azzahra dalam diam. Tanpa sedar dia rasa nak ambik tahu je pasal bff anak saudara dia tu. Lama2 hati tergolek. After kahwin pun masih enjoy baca kisah diorang biasakan diri, saling nak kenal. Masuk part konflik Zayn tetiba dingin dan buat tak endah dgn Azzahra, dah rasa tak boleh stop. Nak tau apa sebab tiba2 dia jadi camtu. Tetiba bila dah tau sebabnya, laaaaa..rasa tak puas hati pulak. Rasa macam Zayn boleh handle better than that, tanpa berdiam diri lukakan hati isteri macam tu. Apa la masalahnya kalau berbincang dan bagitau kenapa dia buat macam tu, there's always a way to communicate u know?? Bini dia tu sampai stress gila, dgn nak exam nya, tak fikir ke dia buat camtu wife dia terganggu sampai takleh study takleh jawab exam? Duhhhh😒
Azzahra and Naim. My my..their platonic friendship is sooo cool and sweet😍 how they take care of each other. And the ending..kecewa sgt sbb Naim heart broken😭 Please please nak baca kisah Naim, pendek ala cerpen pun takpe..
Ada satu point penting dalam kisah ni. Kau rasa rimas, benci dan seumpamanya bila orang tu terkejar-kejar dekat kau. Tapi bila orang tu dah berhenti kejar kau, kau rasa hilang. Kau rasa kosong. Ha macam tu la apa yang jadi antara Ara dan Abang Farouk. Kemudian antara Naim dan Shida.
Tapi lain pulak kisah cinta antara Zayn dan Ara. Zayn ni mulut cakap lepas. Banyak kali Ara terasa hati dengan dia. Tapi sebenarnya Zayn caring dengan Ara.
Dalam masa nak menyesuaikan diri antara satu sama lain, dalam diam masing-masing membandingkan pasangan dengan ex.
Bila part Zayn punya misi konon nak selamatkan Ara tu, saya dah skip banyak jugak la. Apahal kamu ni Zayn? Tambah pulak si Ara dengan emosi yang melebih-lebih. Memang patut kena marah dengan Naim. Dah tu cepat pulak sejuk si Ara ni bila kena pujuk dengan Zayn.
Saya suka betul bahagian Zayn cemburu buta bila Ara dengan lelaki-lelaki lain. Tau nak sembur je. 😄
Ok,nampaknya novel ni tidak dapat menarik hati aku untuk bagi 5 bintang..Novel ni best sebab konfliknya tak berat tapi aku tak tahu kenapa aku rase ad something yang kurang sikit..
ak tak nak cakap pasal watak antagonis yang sememangnya annoying tu.aku nak cakap tentang watak hero dan heroin.aku tak suka dengan cara Zayn and Ara ni yang suka main tarik tali,kalu dah suka sama suka tu luahkan jelah,ni tak masing2 diam tak nak berbincang soal hati dan perasaan kerana menganggap perkahwinan mereka ni atas dasar nak selamatkan maruah keluarga sahaja..Ara pulak suka sgt berfikiran negatif dan percaya sesuatu perkara tanpa buat usul periksa.contohnya bila Suraya hantar gambar dia pakai baju kahwin dan cakap nak kahwin dengan Zayn pagi tu,Ara boleh percaya bulat2 tanpa bertanya pada Zayn dulu,padahal Ara kan dah tahu yang Suraya ni ada hati kat Zayn jadi boleh je Suraya ni tipu dia
Honestly,sebab aku beli novel ni sebenarnya adalah kerana nama watak heronya adalah 'Zayn'.aku mmg minat dengan Zayn Malik jadi aku ambik jelah novel ni tanpa berfikir panjang..tapi tak sangka lah jalan ceritanya macam ni..Apapun aku puas hati jugak sebab perwatakan Zayn ni menepati citarasa aku.
Agak light berbanding karya YBDH & RG sblm ni. Isu yg dibawa juga biasa2. Mungkin penulis mengambil pendekatan santai kali ini. Apapun, nilai kekeluargaan & persahabtan yg dipaparkan stay as her style.
Kisah ttg Ara yg terlalu obsess pd sepupunya, Farouk but she was rejected dgn hinaan & cacian. It made her sedikit sebanyak fobia to even like any man.
While Zayn been betrayed by Suraya. His frustration lead him to assume semua perempan tak boleh dipercaya (especially yg bertudung) & he became a player. He has no respect to woman 👊👊👊. The same assumption goes to Ara, who is his nephew's bff.
Tp semakin lama dia kenal Ara, byk point dlm Ara yg membuatkan andaian dia meleset. Yet he be in denial...sbb ego sgt kan. Tiba2 something happened to Ara's family & Ara terpaksa berkahwin demi menyelamatkan maruah keluarga. Dan ironiknya.. Zayn adalah pengantin lelakinya.
Then the conflict begins. How they work their marriage? Jarak umur yg ketara, pengalaman lalu yg menjadi dinding kpd jiwa & hati mereka. Si suami yg menjadi puaka mulutnya kerana marah & ego. Si isteri yg sentiasa kurang keyakinan. Tiba2 pula si pengkhianat & si tukang reject datang balik menagih perhatian.
Ni novel keempat LS yang kubaca selepas Demi Bahagia Ini, Gemalai Kasih dan Rafique's Girl. Kesemuanya best dan yang paling kusuka ialah Rafique's Girl. .
Masa mula-mula baca MBMN, ku dah terfikir yang watak Zayn ni lebih kurang macam Rafique. Eh tapi macam lagi kerek je. Dan watak Ara, ku suka. She's strong enough to handle Zayn. .
MBMN ni cerita tentang Zayn dan Ara yang kedua-duanya mempunyai pengalaman pahit. Zayn yang pernah dikecewakan oleh Suraya. Ara yang pernah terluka dengan Farouk. Takdir menemukan mereka. Ara ialah kawan baik kepada Naim, anak saudara Zayn. Di awal pertemuan mereka, Zayn suka sangat bersangka buruk kat Ara. He tends to compare Ara with Suraya. Padahal, masa ni pon, dalam hati Zayn, dah ada taman buat Ara. Dan bila Ara terdesak, Zayn menawarkan dirinya sebagai suami. Maka bermulalah episod untuk menyesuaikan diri masing-masing. .
Macam biasa, kusuka gaya penulisan LS. Walaupun tema yang dibawa untuk semua novelnya agak sama. Yang pastinya, LS pasti akan selitkan ikatan kekeluargaan dan hubungan suami isteri itu sendiri. Walaupun ada langau, tapi point yang lebih penting yang penulis cuba sampaikan ialah kepercayaan antara suami isteri itu sendiri. .
LS pandai create watak, sanpaikan pembaca faham jiwanya. Contohnya watak Zayn. Walaupun kerek dan ego semacam, dia sangat sayangkan Ara. Cuma, dia terperangkap dengan masa silamnya bersama Suraya, membuatkan dia kerap meragui Ara. Ara pulak, disebabkan pernah ditolak oleh Farouk, so, dia banyak memendam rasa. Takut untuk meluahkan. Dan takut untuk memulakan sesuatu dengan Zayn. .
Dan kusuka watak sampingan dalam ni, terutamanya Naim. Dorang semua tu penambah rencah. .
P/s: boleh tak nak request cerita Naim ngan Shida. Sian Naim. Hahhaha... Akhirnya melepas. .
Kurang favorite sikit. Novel ni ok je cuma kurang menarik minat saya sebab watak Zayn tu. Lepas baca aritu memang emosi sikit saya jadinya dengan perangai Zayn. Kesian Ara.. banyak makan hati je kot.
Boleh baca review readers lain tentang sinopsis novel ni. Saya cuma nak ulas tentang Zayn je. Haha.
Mungkin ada yang rasa Ara pun salah sebab dok main tarik tali bagai tapi dengan usia dan pengalaman dia kena reject dengan Farouk tu, wajar la dia takut nak buka hati untuk Zayn.
Zayn pun treat dia lepas kawin kasar. Cakap main lepas je. Sebab tu saya tak suka Zayn. Dia tak bijak tangani masalah dengan Suraya sampaikan abaikan wife sendiri dan biar Ara fikir yang bukan-bukan pasal dia. Tu silap dia.
sesuai untuk pembaca yg nakkan santai tanpa pening kepala or berat kepala bila baca.. hubungan kekeluargaan yg sangat kuat, antara ara dan makcik2nya, dan juga hubungan persahabatan ara dan naim. x banyak konflik.
Hero, zayn, well.. bila lelaki dah ada trauma percintaan lepas, dia akan jd bongkak, seriusly, i hated zayn for his arrogant. dia anggap semua wanita bertudung ru perangai hantu.
heroin, ara, seorang gadis yg sangat tulus, naif, even pengalaman lepas menyakitkan dia, tp dia sentiasa memaafkan dan sangat baik. x menaruh dendam.. cuma terperangkap dgn perasaan untuk takut dilukai lagi.
overall.. i recomend this novel for light reading.
Kesian ngan Ara kena reject ngan Abg sepupunya Farouk tu.. yg dia gila2kan sgt sejak kecil. Geram gak laa kalau x suka jgn laa dok hina mcm tu kan ke bila dah tersedar terlambat nak miliki Ara. Ara plak sebab nak jaga maruah keluarga yg di tinggalkan farouk kena korban diri kawin ngan pak sedara kawan baik nya sendiri Naim.. Bygkan umur 19 kawin ngan zayn yg umur 32 tahun.. tapi ye laa memula x de perasaan cinta.. lelama jatuh cinta..
Geram plak aku ngan xgf zayn.. suraya.. terhegeh nak kan zayn balik bila dah jadi janda..
Sesiapa yang berminat, saya nak jual buku ni for RM 15. Please PM.
Review : Recommend to those yg minat novel yang tak ada heavy conflict. Bonus, possessive + hot hero.
Agak ringan berbanding karya Lynn Safiya sebelum ni. Not too much drama. Saya dah baca all of her novels, and this novel may not be the best of them all tapi still superb and semestinya puas hati.