Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bibik Milenium

Rate this book
“Aku, bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vogue walaupun setakat cuci tandas. Faham?” – Suhaila

Hadirnya SUHAILA AILEEN membuatkan hidup TENGKU KHALIS AIMAN huru-hara. Dipaksa bernikah dengan seorang bibik, dia terpaksa akur kerana harta papanya. Bagi Suhaila pula, berkahwin dengan seorang lelaki asing saat hatinya terluka bukan suratan yang dipinta. Apatah lagi menjadi isteri kepada lelaki yang paling dibenci olehnya.

Namun, siapalah kita untuk menafikan kuasa Ilahi. Dalam marah ada sayang. Dalam benci muncul pula cinta. Makin ditepis makin terasa. Nakal Suhaila jadi igauan Khalis. Senyuman Khalis buat Suhaila tergoda. Bibir sekata melantun benci, dalam hati melagu kata rindu.

“Kau dah jatuh cinta kat aku ke belum?” – Khalis

“Aku tak nak jatuh hati kat kau. Kau tu kejam!” – Suhaila

Namun sejarah hitam memburu Suhaila. Aib yang disimpan mula menjadi racun dalam hubungannya dengan Khalis. Angkara khianat, sekali lagi dia gagal dalam cinta.

“Kau anak pelacur, kan? Kau perangkap aku sebab konon nak sucikan nama busuk kau tu.”- Khalis

Sekali lagi Suhaila terpaksa berdepan dengan ujian. Kerana asal keturunannya dia putus tunang. Dengan alasan yang sama juga Khalis menghalaunya. Suhaila membawa diri.

Saat dia mampu berdiri kembali, muncul Khalis menagih cintanya. Sedangkan sudah ada jejaka lain yang menanti.

“Aku rindu bibik milenium aku. Tolonglah jangan tinggalkan aku.” –Khalis

“Suhaila Aileen… will you marry me?”- Haris

Siapakah pilihan Suhaila? Menolak Khalis hatinya sakit. Menerima cinta Khalis, hatinya juga sakit. Mampukah kisah cinta mereka kekal hingga ke syurga jannah?

547 pages, Paperback

First published January 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Aein Dhiyauddin

92 books277 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (51%)
4 stars
43 (33%)
3 stars
12 (9%)
2 stars
3 (2%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
January 22, 2018
30/05/17
Saya tak order novel ini kerana title novelnya buat saya takut ceritanya terlalu kebudak2an. It was wrongly sent by my seller. Nak pulangkan cost postage dari SIN to KUL mahal jadi saya simpan je lah. Bayar je lah.

Saya mmg sedang 'ting-tong'. Jadi saya fikir, why not just baca? Memang tak menyesal. Dari awal hilang penat menjahit. Jalan cerita mmg best. Takde ayat bergula. Mmg watak utama ada buat percobaan menggedik tapi ia tak menggelikan..Watak utama lelaki cuba jadi beku dan sombong tapi tetap terserlah kebaikkannya. Dua2 watak utama manja walau ego. Ego yg tak menyakitkan hati. Gaduh2 manja gitu.

Overall mmg best. 4.5* untuk ini.
Tiada 3rd party like ex gf/bf yg clingy, tapi tetap ada yg mendengki. Cuma toward the end tu mmg semua susur galur keluarga keluar. Cuma bab Karlisa tu..kes langgar lari, percubaan membunuh..dah buat confession tapi mungkin tak di rakamkan jadi dia terlepas begitu sahaja. Until di akhir cerita..jika tiada lagi harta mana dia dapat duit beli.
Profile Image for zairaidah.
420 reviews41 followers
July 7, 2020
Betullll.... Too much cliche. Awal2 baca memang la seronok. Bila dah sampai dekat part Suhaila accident dan hilang ingatan. Mula la diri ini dah tak mampu nak baca word by word. Selak2 je sampai la habis. Dah macam tengok sinetron.

😢😢😢😢
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,089 reviews379 followers
May 23, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

This is such a fun read! N suka watak Suhaila yang tegas tapi tak annoying bajet feminist. I also like Khalis walaupun at times N rasa macam dia patut kena celup dalam air panas. The story is romantic enough but not overly so. As a couple, Suhaila and Khalis memang serasi.

Love it!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
October 11, 2021
one sit reading punya naskhah nih. tajuk aje bibik, tapi cerita yang bagi akak sangat menarik. macam-macam kisah yang dikait cantik menjadi satu cerita hebat.

suhaila aileen, seorang arkitek yang menempuh masa suram. bukan dalam kerjaya tapi dalam percintaan dan persahabatan. saiful dan karlisa sungguh-sungguh ambil kesempatan atas kebaikan suhaila.

berkahwin dengan khalis setelah ditangkap berduaan. khalis tak kenal suhaila walaupun dia adalah salah seorang yang sangat sanjung hasil kerja suhaila aileen al-hakim. malah dia mahukan suhaila yang menjadi arkitek dalam projek terbarunya.

ni bukan kisah projek mega-mega. no worries. ni lebih kisah siapa yang akan mengaku punya rasa cinta terlebih dulu. dan puan penulis Aein Dhiyauddin memang beri pembaca kisah 'pertandingan' mereka berdua ni.

mana datang bibik milenium? cukuplah korang bayangkan wanita yang berpakaian hebat berjenama, kerja basuh toilet. kihkih. tapi bagus bibik nih. walaupun jenis selamba punya tapi taat. dalam pada tu, dia punya ugutan pada suami tahap tak boleh brain. just imagine, boleh niat solat jenazah pada suami yang tak mahu bangun solat? gila ganas!

hidup ni memang akan sentiasa ada suka duka. ada penghinaan, ada persengketaan. ada fitnah dan dendam.

macam-macam.

yang penting, penerimaan.

lagi satu, jangan berdendam!

sebab sampai satu masa, kita takkan kenal dengan diri sendiri.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books274 followers
June 12, 2017
too much cliche.

tapi..
sangatt sukeee..
olahan writer kena dengan selera.
watak heroin best, gegila, kuat semangat.
watak hero walau mcm bad boy tp xlah tahap teruk sangat.

overall,
naskah yang memuaskan untuk karya pertama penulis y saya baca. good luck for the next manuscript k.
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
April 29, 2017
***3.8 bintang!
cerita ni sy dok tunggu sbb sgt terpengaruh ngan teaser.. permulaan cerita yg best.. tgh cerita pon best..! cume bila dh bab hujung2 tetibe cm sgt cliche n kurang logik..hmm tp disebabkan sy enjoy ngan cerita ni.. so sy bg 3.8 rating! haha
Profile Image for SS.
547 reviews8 followers
March 17, 2021
Mengisahkan tentang Suhaila yang kecewa apabila hari bahagianya porak peranda gara-gara sahabat baiknya, Kalisha & tunangnya Saiful menikam belakangnya. Mereka kahwin secara tiba-tiba. Disaat dia sibuk melayan perasaannya, dia yang ketika itu masuk ke dalam biliknya terkejut kerana ada seorang lelaki. Nak dijadikan cerita, mereka berdua ditangkap khalwat dan dikahwinkan.

Suhaila tidak sangka dia menjadi seorang isteri kepada seorang playboy Malaya. 🤧 Apa la nasib. Dia rancang nak berkahwin pada hari itu namun bukan la dengan tunangnya tetapi dengan stranger. Masin sangat mulut tu. Dan yakinlah yang aturan Allah itu adalah yang sebaik baiknya.

Watak Suhaila memang sangat unik. Satu watak yang berani bersuara dan tidak lemah. Dia bukanlah seorang yang akan menerima kutukan dan hinaan macam itu saja. Dia tahu dia serba boleh. Berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang arkitek. Berduit. Dan mampu beli apa yang dia inginkan. Tidak bergantung harap sangat dengan suaminya. Cuma ketika dia dihalau keluar rumahnya itulah dia me

Cuma ada beberapa benda saja yg menganggu.
• Suhaila kaya kan. Kenapa dia asyik mengadu dia lapar dekat Kalish? Haha. Ke sebab niat dia memang nak buli Kalish belikan makanan and layan dia? Haha. Sebelum balik tu, kenapa tak singah mana mana beli makanan haha
• Dekat Malaysia ni senang juga ya beli pistol. Kalau la sesenang tu rasanya jenayah akan bertambah.
• Pembersih benar ya si Tengku sampaikan kena ada personal cleaner untuk cuci toilet dia haha. Dia ada penyakit alergik kotor ke camna?

Suka bila watak heroin bukanlah watak yang sengkek gila sampaikan kena merempat dan tiada hala tuju hidup. Suhaila telah buktikan. Dengan memiliki kerjaya yang baik. Tidak perlu untuk menagih simpati sesiapa. Dia masih boleh berdikari dan mencari rezeki sendiri. Watak bibik Milinieum sesuai sgt dengan Suhaila.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 3, 2017
PBAKL2017 #38

4*

Walaupun agak cliche dengan tema kahwin paksa tapi sy enjoy dengan storyline novel ni. Mula2 rasa macam "alamak kenapa tajuk macam ni. macam tak best je." tapi... sangkaan sy salah sama sekali. ni bibik bukan sekadar bibik, tapi ni bibik milenium tau!

Suka dengan watak Suhaila yg giler2 dan berani lawan kata2 si playboy Tengku Kaz a.k.a suami dia sendiri. Dan sy rasa macam nak jerit "BRAVO!" sambil tepuk tangan dengan tindakan Suhaila dermakan barang2 dia kat jiran2nya masa part mak Karlisa halau Su dr rumah sewa dia. Tapi sy rasa watak Karlisa mcm tenggelam timbul walaupun dia merupakan watak utama bersifat antagonis dlm buku ni. Ape2 pun sy puas hati dgn nasib Karlisa at the end.
Profile Image for Mslvoe.
2,229 reviews225 followers
February 19, 2021
Alahaii suka betul F dengan cerita santai begini. Ada bab² yang menyentuh jiwa sampai berair jugaklah mata.

Rugi siapa tak beli. Cerita dia best!
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
February 13, 2023
Best. Cerita santai, tapi ada pengajaran. Tengku Khalis, isteri sendiri pun tak kenal siapa dia. Cepat sangat judge, tak nak selidik. Suhaila, suka dengan watak dia yang berani, tabah, kuat dan selamba. Baru kena dengan perangai Tengku Khalis tu.
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
December 9, 2020
Permulaan tu da menarik , cuma bab hujung hujung tu agak klise seperti kebanyakan novel.
75 reviews4 followers
May 25, 2017
3.5 star.
Walaupun permulaan sangat cliche, strangers kahwin sebab tangkap basah, sangat terhibur baca sebab watak heroin yang berani, independent dan witty.
I prefer if the last two chapters are deleted. Senang sangat ke nak beli pistol di Malaysia dan senang sangat ke nak belajar guna pistol?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Misaki.
5 reviews2 followers
July 8, 2017
cerita best sangattt....suka dengan watak aileen dan khalis...
246 reviews11 followers
September 6, 2017
best. cerita yg santai dan tak brt kepala.sekejap ja hbs. sapa nak genre ringan blh baca bibik millennium. ketawa ja dgn kesengalan suhaila pi kat tengku khalish.
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
August 10, 2017
cerita yang sangat menarik dgn dialog yg brutal tapi sweet.. suka dgn watak khalis n suhaila..marah2 tapi sayang... worth to read... sehari je dh habis baca buku ni.. 😊😊
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
October 30, 2018
Novel ni la penyebab utama saya terjah pesta buku kat PWTC aritu. For me, memang best. Saya suka watak heroin yang tak lembik dan mudah dibuli. Watak Suhaila memang sempoi. Tak tunduk pada ugutan Tengku Khalis. Watak hero pun best. Nak kata dia dingin beku, tak jugak. Masih prihatin pada isteri dia walaupun dia tak suka Suhaila pada mulanya. Mak tiri Tengku Khalis pun baik tapi dia je yang tak dapat terima sehinggalah kebenaran terbongkar. Baru dia boleh terima mak tiri dia. Tapi tu dekat ending nanti la.

Baca novel ni buat saya sedar, berbuat baik tu biar berpada-pada. Suhaila punya la baik dekat Karlisa dan keluarga dia tapi apa balasan yang dia dapat? Kena tikam dengan kawan baik sendiri kot. Karlisa pegi kahwin dengan Saiful. Sepatutnya Saiful tu bakal kahwin dengan Suhaila, tapi Karlisa sailang kawan baik dia. Dah la rampas Saiful, mak Karlisa tu pun tak guna. Tak sedar diri penah berhutang dengan Suhaila tapi ada hati halau Suhaila dari rumah sewa dia. Manusia camni memang wujud kat realiti.

Saya bagi 4⭐ untuk novel ni. Cuma kalau permulaan 'perkenalan' Suhaila dengan Tengku Khalis bukan dalam keadaan 'ditangkap basah' oleh papa Tengku Khalis, tentu lagi menarik. Dan kalau takde scene Suhaila hilang ingatan lagi ok. Tapi saya faham, kalau tak buat Suhaila hilang ingatan, macam mana watak Syed Haidar nak muncul kan? Hehe. Apa-apa pun, tak rugi beli. Hehe
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 16, 2022
Tahniah Aein Dhiyauddin for this romantic love story. I like it so much! Biarpun agak cliche dengan isu kahwin paksa namun garapan dan olahan penulis buat keseluruhan cerita cukup menghiburkan.
Saya paling suka watak Suhaila Aileen Al-Hakeem walaupun dia membesar di rumah anak yatim. She’s a beauty with brain yang tak cepat melatah. Tengku Khalis Aiman ada masa nampak kebaikannya tapi adakala otaknya ting tong juga. Berbagai cara Suhaila lakukan untuk buat Khalis jatuh cinta padanya demi permintaan bapa mentua Tan Sri Tengku Zabidi.
Watak sampingan Puan Sri Azrina, Aidan dan Aina banyak menyokong jalan cerita cuma saya hairan bagaimana dengan kes langgar lari Suhaila? Siasatan polis tergantung sepi dan terus hilang tanpa berita.
Semasa majlis resepsi Suhaila pun takde pasal Badri dan Saiful sebagai tetamu. Dari permulaan cerita peranan mereka kan agak penting juga.
Karlisa pula bukan orang kaya dan tak berharta pun. Tidak dijelaskan bagaimana tiba-tiba dia mampu beli sepucuk pistol untuk bunuh Suhaila?
Profile Image for Fariza Umaira.
122 reviews7 followers
August 2, 2021
Jalan cerita okey je walaupun kahwin paksa mula-mula tak suka. Lepas tu dalam sebulan terus jatuh suka. Hero terlajak hensem (suka la jugak hero ada lesung pipit), heroin cantik bagai bidadari dan terpelajar orangnya.

Tapi saya sangat tak menggemari berlakunya pengulangan ayat atau perenggan di akhir bab ditulis semula sebagai ayat atau perenggan pertama untuk permulaan bab yang baru. Sorry 👎🙏
This entire review has been hidden because of spoilers.
129 reviews3 followers
September 27, 2021
best buku ni! kelakar! saya baca buku ni dalam bentuk ebook je sebab if baca dalam ebook, lebih memudahkan. dalam lrt pun boleh baca, tengah tunggu bas pun boleh baca. saya beli ebook dekat esentral, semuanya smooooth! saya share link supaya sesiapa yang taktahu nak beli ebook kat mana boleh pi link ni okies!

https://www.e-sentral.com/book/info/3...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,555 reviews1 follower
July 12, 2021
Suka betul dengan karekter Suhaila.. Langsung tak lembik dan mengalah.. Walaupun temanya agak klise, tunang dirampas kawan baik dan heroin ditangkap basah serta kena kahwin paksa.. Tapi penulis berjaya mengolah cerita ini dengan pelbagai emosi.. Paling Sha terpesona adalah bagaimana penulis membentuk karwkter Suhaila tu.. Heroin yang tak lembik dan nakal.. Puas hati baca..
Profile Image for MackMegan.
51 reviews
May 31, 2017
senangnya Karlisa dapat pistol dan pistol tak pula meletop bila campak ke tanah...
Profile Image for CrystalGrey.
145 reviews15 followers
November 19, 2017
Suhaila yang hebat.. saiful yang menyakirkan..

lovely aiman.. sweet aina.. cute aidan
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
April 6, 2019
4.5* suka olahan cerita.. Mula2 sy bingung dgn nama Kalish dan Karlisha.. 😅. Cerita2 drama antara korporat.. Tp selera mkny kfc dgn nescafe..
3 reviews
July 28, 2019
Best sgt berpuas ati.. Wlupun kwin paksa tp jln cite yg diolah xmembosankan semua watak menjadi.
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
May 19, 2017
#pbakl2017-01

Best.. jugak..
kesian ngan suhaila dah jatuh di timpa tangga plak.. kawan baik tikam kawan sendiri..
konflik x berapa berat..
Profile Image for Inn Auni.
1,105 reviews22 followers
July 18, 2023
Dari awal novel sampai ke bahagian Suhaila kemalangan tu, memang terbaik. Tapi lepas tu, dah merundum sikit pembacaan. Jadi, banyak selak halaman saja dan baca gitu-gitu. Bila dah nak ke hujung, tambah lagi satu musibah. Macam tak masuk dek akal pun ada. Tapi jangan risau, happy ending.

Teruja nak baca novel ni sebab novel pertama Bahasa Melayu selepas bertahun asyik English saja.

Penulis buat keputusan untuk white-wash watak-watak utama. Bukanlah tak boleh tapi kalau dikekalkan pun tak menjadi penghalang malah lebih sweet sebab terbukti masa silam bukan penghalang kebahagiaan.

Dah nama pun novel romantis, maka kenalah hadap hampir setiap bab disogokkan dengan kekacakan dan kejelitaan watak utama. Cuma kadang tu terkilan bila diadaptasi, pelakon yang dipilih, macam tak menepati pula watak yang digambarkan penulis. Cuma novel ni belum lagi diadaptasi kalau tak salah.
Profile Image for Nita.
75 reviews
December 19, 2022
Akhirnya dapat jugak baca novel yg famous ni. best sangat2 😍
Displaying 1 - 30 of 30 reviews