.
[BOOK 150]
Sweet & Dangerous by Fazlyn Ridz.
.
Patutnya aku baca novel ni dulu sebelum My Terrible Prince. Sebab ni novel ayah, tu novel anak. Tapi dah terbaca, layan je la.
.
Cumanya, bila dah baca kisah ayah si Prince ni, rasa macam, alahai lembiknya Prince. Bapak kau bukan main lagi bekas komando.
.
Baiklah, ni cerita tentang Fakhrul dan Humairah.
.
Aku rasa, watak Fakhrul almost always jadi cameo untuk buku-buku penulis yang lain. So, kali ni, solely about him.
.
Fakhrul ni tentera. Biasalah gaji banyak mana je. So, kekasihnya, Syahirah akhirnya memilih lelaki lain. Dan Fakhrul mula mengabdikan dirinya untuk kerja, sehinggakan dia ditawarkan sesuatu yang lumayan.
.
Dia perlu mengintip Angelina Khon, pewaris empayar yang gah di Yangon. Dan tanpa sedar, mereka jatuh cinta.
.
Tapi, banyak halangan yang mereka terpaksa tempuhi. Arman yang gilakan Angelina. Fakhrul yang tersepit kerana memikirkan keselamatan keluarganya.
.
Bila mereka berjumpa semula, tanpa berlengah, mereka kahwin. Tapi hidup mereka tetap tidak semudah yang disangkakan. Mereka tetap perlu berjauhan apabila Fakhrul masih tidak boleh melepaskan misi nya.
.
Cerita kalini berat. Aku suka part dalam mahkamah. Bukan mudah untuk seorang mangsa rogol tampil memberikan keterangan.
.
Watak Humairah ni matang dan sangat memahami suaminya. Ketabahan dan kesetiaannya tidak mampu dipertikaikan. Dan kerana itu, Fakhrul juga seorang yang setia.
.
Cumanya, setiap kali baca buku penulis ni, mula-mula tu, kena ambil mood dulu la. Sebab dialog nya baku dan panjang. Aku rasa sebab kebanyakan watak utama penulis, bukanlah berbahasa Melayu. Tu yang jadi baku tu.
.
Tapi, best je.