Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: KOLEJ

Rate this book
SUMPAHAN
FAZRIN FAUZI
Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik sahaja Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan itu? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina?

Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa!

TIGA
ZYRA SAFIYA
Apabila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok mencari hantu, dia tidak menyangka apa yang mereka cari di luar membongkarkan rahsia berdekad lamanya di kolej mereka. Gangguan dan jelmaan kian mengulit kehidupan mereka. Buruan telah bermula. Pemujaan syaitan dilakukan demi kuasa. Dan demi kuasa, manusia sanggup membunuh. Satu manusia. Tiga darah.

Darah sama merah. Hati lain-lain!

ROH
JESSY MOJURU
Serakah manusia membuat roh mereka hidup sekian lama. Dalam sisi gelap ini, jiwa dan roh mereka tenat, azab menanggung beban dendam. Seseorang harus dikorbankan sebagai bayaran terhadap kezaliman dan penindasan yang telah disengajakan. Lantas diheret ke dunia kelam ini untuk merungkai jenayah silam.

Kau milikku setelah kau cabut nyawaku!

464 pages, Paperback

First published April 1, 2017

2 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Fazrin Fauzi

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (26%)
4 stars
11 (26%)
3 stars
11 (26%)
2 stars
8 (19%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 28, 2017
1. SUMPAHAN
3.8*

buah tangan penulis baru ini tidak mengecewakan pembaca. mengisahkan mengenai projek pembinaan sebuah kolej yang ditangguhkan ekoran beberapa masalah yang melanda, membongkar satu persatu tragedi hitam yang telah berlaku sebelum ini. terlalu banyak kejahatan yang tersembunyi dan tidak disangka-sangkakan.

idea cerita ok, cuma ada beberapa percanggahan yang seakan diragui, dan boleh diperbaiki. antaranya, hubungan antara zamani dengan damia, yang dikatakan bercinta ketika mereka masih belajar. agak pelik kerana zamani tidak mengenali damia ketika pertama kali berjumpa, walaupun menggunakan nama lain, tapi mengenali aunie dengan sekali pandang saja. kewujudan hantu2 lain seperti pocong dan orang tua itu pun seakan tidak begitu kuat untuk dimasukkan, andai ditiadakan mungkin lebih cantik plotnya.

apapun, itu hanya pendapat saya sebagai pembaca. tahniah untuk penulis, teruskan berkarya!

2. TIGA
4.5*

saya suka dengan kelainan cerita ini!

kewujudan kucing2 hitam yang begitu misteri, makhluk yang tidak dketahui dan pencarian mangsa yang tidak berkesudahan! pembunuhan yang tragis dan mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah!

secara jujur, saya melihat sayangnya karya ini hanya sebagai novelet, kerana masih banyak ruang yang boleh dilanjutkan dan ditambah untuk menjadi sebuah novel. keadaan fizikal silbi dan kucing2 hitam itu kekal misteri yang tak terjawab dalam naskhah ini!

3.ROH
4*
membaca karya ketiga ini, saya perlu berhati2 dan memberi lebih tumpuan. jika tidak, sukar untuk membezakan antara realiti dan fantasi.

boleh disimpulkan, terdapat 2 kisah dalam cerita ini yang terpaksa ditempuh Norha, iaitu ketika di kolej dan sepanjang perjalanan menuju ke kolej dan keluar dari kolej itu.

tahniah untuk semua penulis!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
September 22, 2025
Sumpahan

Zamani ditugaskan menyelia satu projek pembinaan sebuah kolej yang telah tertangguh akibat kehilangan penyelia sebelumnya. Pelbagai perkara mistik juga dikatakan berlaku di tapak tersebut.

Angkara duit ada yang sanggup menggadaikan kebahagiaan anak sendiri. Kerana duit juga insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inilah jadinya jika harta duniawi dipandang begitu tinggi. Hingga hilang segala rasa kemanusiaan.

Tiga

Persetujuan Tis untuk mengikut kehendak teman lelakinya membuat aktiviti paranormal akhirnya menjadi satu titik mula berlaku semua gangguan dalam hidupnya.

SH tidak faham mereka yang suka sangat melakukan aktiviti paranormal hanya untuk tujuan suka-suka. Seperti Haddy dan Qizry. Berlagak seperti berani tetapi apabila muncul entiti yang menakutkan, seperti tidak cukup tanah mereka melarikan diri. Padahal itu yang mereka cari. Sepatutnya sudah jumpa hadap sahajalah.

Roh

Norha yang terlepas bas untuk ke kolejnya menerima bantuan yang ditawarkan oleh Razali. Razali bersetuju untuk menghantarkan Norha dan Ain yang kebetulan mahu melanjutkan pelajaran ke kolej yang sama. Tanpa Norha sedar dia bakal mengharungi sebuah malam yang panjang dengan pelbagai gangguan yang melanda.

Jalan cerita sedikit bercelaru dan tidak kemas. Pening SH membacanya. Banyak juga SH memberhentikan pembacaan supaya tidak terlalu pening dan menimbulkan perasaan bosan.

...................................................

Untuk naskah ini SH rasa tiada perkara yang menarik yang mampu mengingatkan SH kepada naskah ini. Baik jalan cerita mahupun watak semuanya biasa sahaja. Terasa kurang bumbu sedikit untuk naskah ini. Namun masih ada pesanan moral yang boleh kita pelajari daripada naskah ini.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
October 22, 2017
3 kisah mengenai kolej dari 3 penulis.. Bila baca sesuatu mengenai kolej, perasaan bercampur baur.. Setiap tempat ada sejarahnya.. Kisah pertama mengenai Sumpahan.. Roh yang terperangkap akibat ketamakkan manusia lain.. Kisah kedua mengenai Tiga.. Kerana cemburu dan cuba menjadi yang lain, sanggup membunuh kembar sendiri dan bersekutu dengan syaitan.. Cerita yang ketiga pula mengenai roh.. Betapa manusia selalu tertipu.. Hanya kebergantungan kepada Allah sahaja yang mampu menyelamatkan jiwa yang terkurung.. #projekseramkolej #fazrinfauzi #zyrasafiya #jessymojuru #bukuprima #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #bloggerbuku #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanoktober2017 #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Naim Fazrin.
95 reviews
March 14, 2021
Actually I reread this book... As refresher because I'm bored lol... So, I'll add to me read of this year since I'm updating on my review...

• Sumpahan
- Okay... A bit of cringe... The storylines was scary but could've been better... Especially on the dialogue parts... Bila hantu tu bersuara, it's not seram... 2/5

• Tiga
- Kembar tiga, saka, kucing... Whiny girlfriend oops sorry... It's pretty interesting tbh... The author was also a researcher for me... She is quite knowledgeable... I love the storylines... Beberapa scenes got me really goosebump... Omg I don't want to write it but I will... Yang pocong dekat highway... Basic but really scary weyhhh... And another one bila ada something nak tumpang bilik... Tf bitch... That's scary af!!! Hmmm... It has few flashbacks... Like flashback from Silbi's and her sisters' flashback... And also from Nia and her sisters' (Tia & Mia) jugak... Interesting... But there's something that quite blocking my excitement when I was reading this book... The writing was too controlled... The vocab and grammar probably too perfect and sounds almost not natural... But let's just respect the writing style... No one's fault... Just not my cup of tea... 3/5

• Roh
- For this is the best out of 3 stories... Story line dia quite heavy... Too many things happened... Unexpected events... Basically, Norha was living in 2 dimensions... OMG... Part yang paling seram for me bila ada ghost yang looked like Ain dalam kereta tu... And sometimes it was begging Norha to follow her... The killing mission... I don't know... So heavy for me... But I like it... Malas nak review dah haha... So, I stop je lah membebel lol... 4/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
September 22, 2025
Projek Seram: Kolej oleh Fazrin, Zyra dan Jessy

Buku ini mengumpulkan 3 kisah seram yang semuanya berkait dengan dunia kolej. Sejujurnya, aku ada mixed feeling bila habis baca.

📖 Kisah Pertama
Bermula dengan pembinaan bangunan kolej yang terganggu kerana penyelia hilang dan ada gangguan makhluk penjaga kawasan. Aku sangka memang itu arah ceritanya, tapi rupa-rupanya ada hal lain di sebalik semua itu.
Permulaan memang menarik, cuma bila sampai ke penghujung aku agak tak puas hati. Watak jahat yang kejam sangat tu tiba-tiba saja dimaafkan. Rasa macam tak adil, kenapa penjenayahnya tak kena tangkap?

📖 Kisah Kedua
Mengisahkan tiga adik kembar yang kematian mereka penuh misteri. Ada plot twist yang membongkar perkara sebenar, berbeza daripada gosip yang tersebar. Cerita ni sebenarnya menarik, tapi gaya penulisan terasa kurang kemas dengan beberapa kesalahan kecil yang mengganggu pembacaan.

📖 Kisah Ketiga
Tentang perjalanan menuju hari pendaftaran kolej. Kisah ini agak menyentuh hati kerana dugaan bukan saja datang pada hari pendaftaran, tapi juga sebelum sampai ke kolej.
Pengakhiran cerita pahit untuk ditelan. Latar tempat yang digambarkan di Sabah dan Labuan membuat aku rasa rindu, sangat dekat dengan kehidupan di sana. Cerita ini bagi aku memang best.

📌 Keseluruhan:
Seramnya aku letak sekitar 60%. Ada yang menjadi, ada juga yang rasa macam boleh diperkemaskan lagi.
Profile Image for Balqissyamsul19.
33 reviews
March 25, 2025
Disebabkan saya penggemar cerita hantu.. Jadi kadang2 genre seram ni antara bacaan saya jugak.. cumanya saya jarang beli buku2 seram.. selalu baca pinjam dari kawan ja.. kalini saya pinjam dari library pulak 😂

Buku ni best.. tak ada lah seram sangat2 pun.. biasa ja tapi cerita dy ada pengajaran.. dalam ni ada 3 cerita berbeza.. tentang misteri, mistik, roh gituw.. apapun buku2 projek seram terbitan buku prima kebanyakkan best dan boleh disuggestkan untuk bacaan umum.. bahasa yang digunakan terjaga.. tiada carutan atau bahasa kasar..

selamat membaca..📚
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
September 16, 2022

"Perasaan Takut tu sampai mati ikut kita, benda tu takkan ada tarikh luputnya"

Kisah 1, sumpahan. Pace cerita ni agak slow, dan a bit clise for me.

Kisah 2, lebih menarik dan unik. Dia buat kita tertanya-tanya apa kaitan watak Tis dengan isu yang timbul.

Kisah 3, Juga menarik dan penuh dengan tanda tanya. Berjaya membuatkan pembaca sama-sama pening dengan watak utama. I loved it so much!
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
June 28, 2025
Cerita pertama dengan kedua serius seram giler vibes dia. Sangat menarik dan menyeramkan

Kalau cerita ketiga tu, dia punya plot twist tu dah mantap dah, cuma, pening sikit haha. Kita auto confuse ni hantu ke orang sebab penulisan sesetengah babak tu cam tak jelas sangat. Tapi best jugalah.

Secara keseluruhan, ini buku seram yang bagus pasal asrama berhantu.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.