Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Thriller

Projek Thriller: BAYI

Rate this book
PRODIGI – Fitri Hussin
Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles.

Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna
"Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.”

Novel untuk Atikah – Resmanshah

“Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!

448 pages, Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Fitri Hussin

18 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (36%)
4 stars
12 (33%)
3 stars
7 (19%)
2 stars
4 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,576 reviews1 follower
June 12, 2017
Thriller yang ohsem dari ketiga-tiga penulis..
Dengan tema bayi mereka berjaya membawa Sha menyelusuri kisah yang ohsem dan menarik..
Ngeri, sadis dan ganas.. penuh debaran dan aksi..
Review penuh di blog http://kasihkuamani.blogspot.my
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 23, 2018
PROJEK THRILLER BAYI

1. Prodigi
by Fitri Hussin

seorang bayi perempuan menjadi buruan Agensi Palang sehingga banyak nyawa terkorban. Bayi istimewa itu dikatakan prodigi yang mampu meramal masa depan!

banyak sangat aksi ala2 filem hollywood, tembak2 spy etc semua tu buat saya lelah sikit.. jenuh jugak nak hadam culik sane sini.. suka lagi kalau kelebihan bayi tu diketengahkam berbanding banyak aksi2 tu.

*rating :3.5*

2. Karnivor
by Syaida Ilmuna

Kejadian pembunuhan di mana leher mangsa ditebuk dengan benda tajam seperti pemutar skru dan darah mangsa disedut semakin berleluasa. Keanehan pasangan Karla dan Farid bersama bayi mereka yang kelihatan ganas, membuatkan detektif Nia, jiran mereka merasa curiga.

Kali ni sains fiksyen mengenai eksperimen Dr Farid ke atas isterinya sendiri, Karla sehingga melahirkan bayi karnivor. so far, cerita ni boleh hadam dan terbaik antara 3 cerita lain, bagi saya la. cuma sedikit mengenai punca bayi itu berbanding penyiasatan yang lebih mendominasi.

*rating : 3.8*

3. Novel Untuk Atikah
by Resmanshah

Atikah, pembunuh bersiri yang suka membunuh pasangan muda dan bayi mereka, menggunakan kapak! Kejam dan sadis! n, seperti biasa ada detektif yang cuba menangkap pembunuh tersebut.

Mungkin sebab novellet, so macam ada kekurangan. Motif membunuh Atikah seperti tidak kukuh, asyik cakap membunuh itu seni tapi macam belum cukup psiko. Dialog loyar buruk dan sakartik yang hambar berulang2, agak annoying sikit. N, paling penting macam tak de kaitan dengan bayi pun, selain mangsa semua bayi.. tu pun tak dijelaskan kenapa Atikah ni nak bunuh bayi. Kalau bukan bawah tajuk projek thriller bayi dan dikemaskini lagi, novellet ni ada potensi untuk saya suka.

*rating :3.2*

***overall, macam ade yang tak sampai dalam projek thriller ni.. banyak lagi kes berkaitan bayi boleh diambil sebenarnya, seperti kes kecurian janin, masalah genetik bayi etc.. so bagi saya kureng sikit buku ni

*overall rating : 3.5*
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books111 followers
August 19, 2017
1) PRODIGI
FITRI HUSSIN

bila bayi hebat menjadi perebutan kuasa dunia. bila bayi yang punya kuasa luar biasa membuatkan manusia menjadi huru hara. bayi yang lahir punya anugerah istimewa, matanya boleh memberi bayangan perkara yang bakal berlaku.

idea tuan penulis Fitri Hussin memang menarik. cumanya akak tak tahu kenapa kali ini karya ini menjadi senyap. walaupun punya adegan pertarungan yang hebat tapi ianya sunyi. punya aksi yang boleh dikatakan best tapi agak tidak punya jiwa. mungkin betul kata tuan penulis sendiri bila ianya novelet, banyak perkara yang harus difikirkan dan diringkaskan.

berjayakah amar bersama orang kuatnya iqbal mengekang agensi palang dari merebut sofea? dapatkah agensi daulat mengekalkan sofea dimana bayi itu patut berada? iqbal sendiri, rupanya ada rahsia tergenggam yang dia sendiri tidak tahu. prodigi?.. hmm..



2) KARNIVOR
SYAIDA ILMUNA

bayi yang patut lahirnya menceriakan ibu bapa tapi sebaliknya menjadi pemangsa rupanya. hasil dari kerakusan manusia yang konon mahu menjadi pencipta genetik baru membuatkan karina menjadi mangsa..

penulis cantik Syaida Ilmuna ini karyanya memang tidak pernah mengecewakan. ideanya ringkas saja tapi impak yang dibawa begitu terkesan dijiwa. karla jiran baru nia agak mencurigakan. tambah pula nia saksikan sendiri keanehan bayi mereka. dalam masa yang sama nia dan harris sering tidak bersependapat dengan kes pembunuhan yang mereka siasat. punya modus operandi yang sama, leher ditebuk dan darah disedut!

dalam pada kecelaruan dan perselisihan mereka berkahwin juga. tiba-tiba juga pelaku pembunuh menyerah diri. apakah motifnya dan bayi bermata hijau tersebut? karla menghilangkan diri? walaupun cik penulis tidak menyorokkan apa-apa tapi debaran tetap terasa bila olahannya mantap dan bayi punya taring dan melekap di siling???



3) NOVEL UNTUK ATIKAH

ada sedikit kekurangan di sini. bayi. agak tidak kuat motifnya. atikah, seorang pembunuh bersiri juga tidak berapa kuat penyebabnya menjadi pembunuh bersiri.

dalam pada dia memburu keluarga manshah untuk dijadikan mangsa terbaru, dia bertemu dengan fairus yang merupakan seorang penulis thriller. di waktu yang sama juga fahmie abang pada fairus yang cuba menyiasat kes pembunuh bersiri cuba membongkar kembali kes di labuan yang rupanya membawa kepada pembunuh yang bukan satu tapi dua yang berada hanya sekitar kediamannya di semenanjung!

kisah yang sepatutnya agak menarik dicacatkan sedikit dengan lawak bersahaja oleh tuan penulis Resmanshah Syaakur tapi agak tidak mengena. persamaan watak dengan rupa paras pelakon juga agak memualkan.. maaf tuan penulis sebab agak terganggu pembacaan yang bila mana sepatutnya menarik tapi jadi mati rasa..



KESELURUHAN: bayi, yang biasanya menawan dan menyenangkan hati menjadi ancaman besar. mana nak sangka, kan? begitulah kehidupan. tahniah untuk keseluruhan team BAYI untuk hasil yang baik dan sedap dibaca ini..
Profile Image for Haliza.
81 reviews
May 29, 2017
PROJEK THRILLER BAYI

1)PRODIGI - Fitri Hussin

Tiada kata yg dpt digambarkn betapa gembiranya pasangan Yakub & Zarina apabila slmt menyambut cahaya mata pertama setelah sekian lama menanti. Tapi kegembiraan mereka diregut apabila x sampai 24jam, 2 orang bayi termasuk bayi mereka yang diberi nama Sofea diculik dr hospital oleh sekumpulan geng, tanpa mereka ketahui nyawa Sofea dihujung tanduk. Apakah nasib Sofea ??

Muncul Iqbal yg penuh misteri, menjumpai seorg bayi ketika ingin berjogging. Dengan tergesa2 Iqbal membawa bayi tersebut, tanpa disedari beliau bahaya mengekori rapat. Siapakah Iqbal dan berjayakah beliau menyelamatkan bayi tersebut sdgkn nyawanya turut menjd taruhan ?

Persoalan utama siapakah pula yg mengancam Iqbal & bayi tersebut ??? Ada rahsia besar yg bakal terbongkar, kejutan demi kejutan diberi oleh penulis, novel aksi nie menjd penyebab jantung sy berdegup kencang. #prodigi #fitrihussin

2)KARNIVOR - Syaida Ilmuna

Bukan setakat pihak polis, malah penduduk Bunga Damansara juga digemparkan dengan pembunuh bersiri yg sangat kejam, seorg demi seorg nyawa diragut. Motif ??? Setiap dr mereka yg terkorban akan ditemui dgn leher berlubang dan darah disedut kering. Yang menjd tanda tanya pihak polis sepertinya ada dua pelaku krn ada masanya luka kelihatan seperti tidak kemas n ada masanya luka kelihatan cantik seperti seseorg yg berpengalaman melakukannya. Plg mengerikan salah seorg mangsa turut diambil janinnya. Kejam... Utk apa darah disedut & janin dilarikan.

Dalam pd sibuk menjalankan penyiasatan, Insp Nia menerima jiran baru disebelah rumahnya. Jirannya sekeluarga sering menimbulkan rasa curiga di hati Nia kerana gerak hati Nia dan pelakuan jirannya yg pelik. Hanya Nia yg perasan sehingga menimbulkan perbalahan antara Nia dan tunangnya Insp Haris. Adakah curiga Nia selama ini berasas ???

Pd mlm majlis perkahwinan mereka, Nia menjumpai bayi yg berlumuran darah di belakang rumah mentuanya. Siapakah bayi tersebut yg berjaya membuatkan Nia dengan mudah jatuh kasih melihatnya dan berkeras utk dijdkn ank angkat. Tanpa Nia sedari beliau telah menjemput bencana dlm hidupnya. #karnivor #syaidailmuna

3)NOVEL UNTUK ATIKAH - Resmanshah

Dlm novelet yg terakhir nie, bkn pembunuh bersiri yg perlu kita cari n tumpukan perhatian kerana tu semua kerja detektif Fahmie n Jamil hahaha. Mangsa akan dipilih dikalangan keluarga yg mempunyai anak kecil. Novelet nie terang2 memberitahu Atikah nie pembunuh bersiri yg sgt kejam dan hasil kerjanya sangat berseni, beliau gagal dikesan oleh pihak berkuasa sehingga kini. Apa yg perlu kita fikir mengapa beliau membunuh & untuk apa ?

Disebabkn kelicikkan beliau, membawa 2 org detektif di atas memburu sehingga ke Labuan setelah terjd satu pembunuhan yg serupa. Nmpknya pemergian 2org detektif tu tidak sia2 krn byk kebenaran yg ingin disembunyikan dan kejutan2 ini yg telah membawa mereka kpd suspek yg melakukannya. Tetapi semua bukti itu tdk menunding ke arah beliau. Apakah kejutan yg menanti di Labuan ?

Seperti lazimnya Atikah telah menjumpai calon keluarga seterusnya yg akan diabadikan hasil seninya. Tanpa beliau sedari keluarga nie seakan2 ada rahsia yg disimpan rapi krn tingkah si suami yg tdk mempercayai semua org. Berjayakah Atikah merealisasikan karya terbaru beliau n apakah rahsia yg disimpan rapi oleh keluarga itu ??? #noveluntukAtikah #resmanshah

Kesimpulannya ketiga2 novelet sangat2 menarik dan mempunyai kekuatan masing2. Novelet pertama penuh dgn aksi yg mendebarkan, yg kedua pula dengan misteri kematian n bayi yg pelik dan yg terakhir pula dengan tanda tanya serta kejutan. Gabungan yg sgt memuaskan hati untuk menyaksikan kekejaman manusia. #bukuprima #projekthrillerbayi #thrillerthrill
Profile Image for Hamidah Effendi.
739 reviews13 followers
November 17, 2025
Projek Thriller Bayi oleh Fitri Hussin, Syaida dan Resmanshah

Buku ini menghimpunkan 3 kisah thriller bertemakan bayi, dan bagi aku secara keseluruhan — sangat gore, sangat psikopat, dan sangat menyedihkan. Setiap cerita ada kejutan tersendiri yang buat aku beberapa kali terdiam.

Cerita pertama mengisahkan kes penculikan dan pembunuhan bayi yang berlaku secara berterusan. Lebih ngeri bila ibu bapa juga mati dibunuh oleh agent perisik luar. Semuanya berlaku kerana pencarian seorang bayi yang disebut dalam ramalan sejarah Melayu. Yang menarik, walaupun ruang cerita terhad, penulis berjaya sumbat banyak plot twist — apa yang aku sangka tentang kisah A, rupanya berubah menjadi kisah B… kemudian muncul pula plot X dan Z.

Cerita kedua pula tentang seorang ayah yang benar-benar gila, sanggup menjadikan anak kandungnya sebagai bahan uji kaji. Selepas semuanya gagal, dia dengan mudah melepaskan tangan. Yang paling tragis ialah mereka yang teraniaya sepanjang hidup. Jujur, aku rasa lebih baik bayi itu dibunuh dari awal sebelum dia “mendapat kaki” — sebab begitu ramai yang menjadi mangsa akibat “bayi dari neraka” itu.

Cerita ketiga mengikuti seorang gadis psikopat yang membunuh pasangan yang mempunyai bayi. Kisah ini memang kejam, ganas, dan penuh gangguan jiwa. Berkali-kali aku rasa nak tutup buku, tapi tetap gagahkan diri untuk habiskan. Kalau bukan kerana KRC, mungkin aku berhenti awal — sebab tahap kekejamannya memang melampau.

Recommended to be read?
BIG YES! Walaupun penuh kejutan dan keganasan, jalan ceritanya tidak membosankan dan berjaya membuat aku tersentap dengan sisi gelap kehidupan yang digambarkan.
September 29, 2026
Pemilihan tema Projek Ngeri kali ini adalah sangat menarik, apatah lagi ianya berkaitan dengan ' bayi ', walaupun ada sesetengah cerita tidak menumpukan kepada bayi semata-mata. Hanya sekadar buat syarat sahaja.

Karya nukilan Fitri Hussin berlainan dari karya penulis lain yang terdapat di dalam Projek Ngeri Bayi pada kali ini, bayi yang mempunyai kebolehan dengan melihat matanya.

Manakala karya Syaida Ilmuna pula mengetengahkan bayi karnivor yang kehausan darah manusia, disebabkan hasil uji kaji bapanya sendiri.

Untuk karya Resmanshah agak mengecewakan kerana bukannya bayi yang menjadi tumpuan, sebaliknya bayi menjadi sasaran pembunuh gila yang tidak diketahui sebabnya.


PRODIGI - FITRI HUSSIN ⭐️⭐️⭐️

Nasib baiklah untuk kali ini penulis tidak menggunakan tema berkaitan kumpulan ajaran sesat seperti sebelum ini, sebaliknya ianya dipenuhi babak aksi pertarungan perisik yang mahu mendapatkan bayi baru dilahirkan.

Kasihan nasib bayi bernama Sofea yang kehilangan kedua-dua ibubapanya selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, lepas itu dikejar pertubuhan kejahatan yang mahu mempergunakan matanya yang boleh melihat masa hadapan dan juga masa lalu.

Agaknya jika ibubapa Sofea tidak memilih pilihan kedua, adakah mereka berdua masih bernyawa lagi dan dapat melihat satu-satunya anak mereka membesar di hadapan mata? Sudahlah pasangan suami isteri ini menunggu selama 10 tahun demi mendapatkan zuriat sendiri, sekali nasib malang menimpa mereka.

Disebabkan ianya cuma novelet iaitu sebuah novel pendek maka penulis terpaksa membuang banyak bab, saya terfikir agaknya bagaimana jika ianya novel penuh semestinya jalan ceritanya lebih panjang dan menarik dibaca.

Gara-gara banyak melibatkan babak aksi pertarungan di antara perisik membuatkan saya terlupa seketika yang novel dibaca ini adalah Projek Ngeri, bukannya novel aksi yang kelaziman dibaca saya sebelum ini.

BAYI KARNIVOR - SYAIDA ILMUNA ⭐️⭐️

Seorang pegawai polis yang sesuka hati membuat perancangan tanpa pengetahuan serta kebenaran dari orang atasan, sudahlah terburu buru dan bertindak melulu semata-mata mencurigai jiran sebelah yang baru berpindah.

Memaksa Datuk di kawasan kejiranan itu mengadakan majlis menjemput kesemua penduduk kawasan itu, termasuklah jiran sebelah yang dianggap pembunuh kes yang disiasat. Menyebabkan nyawa seseorang nyaris melayang di dalam tandas jika kelewatan.

Bagaimanalah Nia boleh menjadi polis dan entah mengapa Harris yang juga polis merangkap tunangnya boleh terpikat dengannya? Sungguh menghairankan, sudahlah tidak sekufu dan selalu bergaduh macam anjing dengan kucing.

Disebabkan sikapnya Nia yang menuduh sebarangan tanpa bukti kukuh, membuatkan jirannya mula berjaga jaga di atas kebodohan Nia yang ketara mengintai setiap perlakuan mereka.

Sepatutnya suami isteri membunuh bayi yang membahayakan itu sebelum dia mula berjalan kaki, sudahlah Farid sanggup melakukan uji kaji terhadap isterinya, Karla. Manakala Karla pula menyayangi bayinya biarpun kerapkali mencederakan dirinya.

Sampaikan tergamak mengambil nyawa orang lain demi kepentingan sendiri untuk bayi yang bukannya manusia itu, tumpuan cerita ini banyak dititik beratkan kepada kisah Inspektor Harris bersama tunangnya, Inspektor Nia yang menguruskan kes pembunuhan ini.

Selain banyak menunjukkan kisah pergaduhan, perhubungan mereka sehingga ke hari kebahagiaan mereka berdua. Pada mulanya Inspektor Nia asyik mencurigai Karla dan Farid semenjak awal, namun begitu mudah dia mempercayai bayi yang dibuang di belakang rumah emak mentuanya pada waktu pagi buta.

Tanpa mengetahui asal usul datang dari mana, bukan main mahu membela bayi tersebut padahal mereka berdua baru sahaja berkahwin pada hari yang sama. Walaupun setelah mengetahui perkara sebenar dari Farid di penjara dan juga kedatangan Karla ke rumah baharu Inspektor Nia, mereka berdua enggan mempercayai langsung.

Padahal sudah diketahui bahawa Farid telah menyerah diri dan bakal dikenakan hukuman gantung sampai mati, namun tiada sesiapa mengetahui alasan mengapa dia membunuh mangsanya dan mencuri darah mereka semua. Mengapalah pasangan suami isteri Inspektor polis ini sangat lembap, apatah lagi Doktor Jennifer ditemui mati di bilik bayi ditempatkan dalam keadaan mengerikan.

Akhirnya penamatnya berakhir begitu sahaja di mana semuanya sia-sia, dari awal bayi itu sepatutnya dibunuh oleh Farid ataupun Karla bukannya sesuka hati membuang bayi membahayakan kepada orang lain dengan melepaskan tanggungjawab kamu.

Bukankah lebih baik jika jalan cerita sepatutnya menyasarkan perempuan yang mahu menggugurkan kandungan anak luar nikah, lalu mereka menjadi sasaran pembunuh yang mandul ataupun tidak dapat dikurniakan zuriat lagi.

Dia berdendam dengan perempuan yang berani mahu menggugurkan bayi dalam kandungan, barulah lebih menarik di mana pihak polis menyiasat kes pembunuhan perempuan yang mati di mana perutnya dirodok dengan kejam.

Ewahh..melebih lebih pula macam saya pula seorang penulis pula, biarpun pernah berhasrat untuk menjadi seorang penulis novel seram, ngeri dan misteri. Pendek kata cerita ini bolehlah tahan menarik cuma menyampah dengan kelembapan Inspektor Nia dan Inspektor Harris yang terlalu menyayangi isterinya yang akhirnya memakan dirinya.

Mengenai watak pegawai polis berpangkat penyiasat Shahila, sebenarnya saya sendiri kurang pasti pernah membaca di dalam karya lain dari penulis yang sama. Mungkin pernah ataupun mungkin tidak pernah, saya tidak berapa mengingatinya. Jika belum ataupun pernah membacanya, saya akan membaca sekali lagi dan menulis ulasan nanti. InsyaAllah..

NOVEL UNTUK ATIKAH - RESMANSHAH ⭐️⭐️

Saya tertarik dengan suara hati Atikah mengenai pandangan orang sekeliling padanya yang berbaju kurung, seolah-olah menganggap dirinya kekampungan dan dia merasakan ianya kebebasan dirinya mahu berpakaian.

Saya teramat bersetuju dengan pendapat Atikah, manusia selalu menganggap asal perempuan berbaju kurung dianggap kolot, kekampungan dan ketinggalan zaman. Hello, baju kurung ini adalah pakaian tradisional orang melayu sejak dari zaman nenek moyang kita tahu.

Orang melayu sekarang ini mengharapkan hari raya, kenduri, majlis agama, tahlil, pekerja kerajaan, cikgu dan perkara tertentu barulah mahu memakai baju kurung tidak kiralah tradisional ataupun moden.

Rasanya saya ada menyatakan pandangan yang sama dalam ulasan novel lain, bonda saya itu 365 hari sepanjang tahun setiap hari memakai baju berkain tidak kiralah baju kurung tradisional, baju kurung moden, baju kebarung sekalipun(baju berkain batik sahaja tidak ya, menyusahkan jika kain tertanggal jadi tidak termasuk senarai).

Saya berbangga dengan bonda saya biarpun dia sentiasa baju berkain, malah pergi ke taman riadah ataupun pusat beli belah hatta ke mana sahaja tetap dengan pemakaian sedemikian. Tanpa mempedulikan pandangan orang sekeliling, bukannya bonda saya memakai baju seksi ataupun tidak mengikut usia yang sesuai seperti sesetengah perempuan di luar sana.

Baik cukuplah sampai situ sahaja saya menyatakan pandangan peribadi mengenai pemakaian baju kurung, maka kita berbalik semula kepada ulasan mengenai jalan cerita ini di mana saya menyampah mengapa ada watak perokok di mana sahaja?!!

Penting sangatkah watak perokok ini semua? Membuatkan saya terfikir kemungkinan besar penulis ini adalah seorang perokok, merokok adalah membahayakan kesihatan bukan sahaja kesihatan kamu seorang. Sebaliknya orang sekeliling kamu juga, tiada faedah pun merokok yang membazirkan duit sama seperti mereka yang bermain mercun serta bunga api setiap tahun.

Saat penulis menyatakan wajah watak dengan pelakon dikenali seperti Umie Aida, Sharifah Sakinah, Tauke Jambu, Aqasha, Uqasha Senrose, Fizz Fairuz telah membuatkan saya berasa menyampah dan terganggu ketika membaca.

Sebenarnya saya tidak menyukai wajah watak digambarkan sama dengan orang dikenali, ianya merosakkan angin membaca saya.

Sepatutnya cerita kengerian ini tidak dicermari dengan lawak hambar yang menganggu keseluruhan jalan cerita, menjadikan karya beliau kali ini amat mengecewakan saya. Sayangnya ianya tidak menarik sepertimana di dalam Projek Ngeri Ubat sebelum ini.(sedih)

Sudahlah penulis tidak menyatakan punca mengapa Atikah gila membunuh pasangan suami isteri yang mempunyai bayi selama ini, dia menyatakan seolah-olah dirinya bukan seperti pembunuh gila yang lain.

Tetapi jika pembunuh bersiri yang suka membunuh tanpa tujuan maka dianggap pembunuh gila, menjadikan cerita ini tidak berapa kuat sangat. Bengang betul saya dengan watak Faris yang masih mencintai pembunuh gila biarpun sudah mengetahui identiti sebenarnya, sebab itulah orang katakan jangan main terjatuh cinta. Sekali orangnya pembunuh gila.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
545 reviews45 followers
December 26, 2024
Prodigi membawa kisah anak yang ditunggu selama 10 tahun oleh pasangan Yaakub dan Zarina kini menjadi buruan dan perebutan dua pihak. Yang menginginkannya untuk dieksploitasi dan juga di satu pihak lagi yang ingin melindunginya daripada jatuh ke tangan yang salah.

Dan rasa menonton filem aksi perisikan. Tembak sana sini. Lompat panjat berguling semua ada. Hanya kerana berebutkan seorang bayi. Biasanya orang berebut harta ini berebut orang pula.

Sedih bila memikirkan bayi seusia itu terpaksa dipisahkan dari ibu bapa kandungnya hanya untuk tujuan keselamatan. Bayangkan perasan mak ayah yang menanti selama 10 tahun untuk cahayamata tunggal mereka, terpaksa berpisah padahal bayi tu baru sangat bersama mereka. Nasiblah yang menjaga bayi tersebut sangat baik dan penyayang.

Karnivor pula membawa kisah pembunuhan bersiri yang membuatkan pihak polis pening. Mangsa ditemui dengan kesan tikaman di leher dan darah dalam tubuh mangsa kering. Mula-mula Shah ingat ada orang buat ritual ajaran sesat ke pakai darah. Takpun takkan ada pontianak hisap darah. Rupanya lain dari tekaan.

Nia ni mengundang geram dan marah rasanya. Nak ikut kepala dia je. Ye faham dia percaya pada nalurinya. Tapi silalah dengar juga cakap orang lain. Susun strategi dengan hati-hati. Ini main ikut dan dia je. Rasa macam nak kakikan je Nia ni.

Satu lagi kisah bergenre 'crime thriller' dari cerita bertajuk Novel Untuk Atikah. Pembunuhan kejam ke atas sebuah keluarga yang turut mengorbankan seorang bayi sememangnya meruntun perasaan. Dan ini menyebabkan Fahmie dan Jamil makin giat dalam siasatan mereka. Namun kekurangan petunjuk membuatkan penyiasatan mereka seolah-olah menuju jalan buntu.

Membaca kisah ini membuatkan SH terfikir psikopat ni sememangnya sudah beku ke perasaan dan hati mereka. Hinggakan bayi yang belum boleh bercakap turut menjadi mangsa kekejamannya.
Profile Image for Azra Yukiko.
20 reviews
February 15, 2018
Cerita
1 : Otak kena kerja keras sikit nk bayangkan cara diorang lawan
2: Ada unsur-unsur sedih kat hujung2 cerita
3: Sama cam #2 tapi ada jugak la lawaknya.
Profile Image for Siti Madihah.
69 reviews
August 31, 2026
DISCLAIMER: Saya bukanlah pembaca tegar genre thriller. Sejujurnya, saya 'tidak pandai' membaca karya thriller. Saya tidak tahu what to anticipate dan mindset yang patut ada dalam minda sebelum mula membaca sesebuah karya thriller. Saya tidak tahu what makes a good thriller? Adakah rasa debaran memanjang? Aksi yang banyak? Adakah perkembangan plot penting atau aksi dan suspens itu lebih penting? Hal ini mungkin menyebabkan reviu saya ini seperti orang yang kurang faham 'jiwa' sebuah karya thriller.

Untuk buku ini, saya membacanya kerana naskhah ini merupakan hadiah, dan saya berfikir mahu cuba membacanya.

Buku ini mengandungi tiga buah novelet hasil karya tiga penulis berbeza.

PRODIGI (Fitri Hussin)

Antara ketiga² buah novelet dalam naskhah ini, saya rasa kisah PRODIGI mempunyai premis yang paling menarik. Karya ini membawa mesej tentang neo-imperialisme dan penentangan terhadap cultural hegemony yang dibawa. Idea ini memang sangat bagus.

Sayangnya, plot, character depth, dan world building tenggelam dalam mukasurat yang didominasi oleh aksi pertempuran, pembunuhan, dan darah, darah dan darah.

Saya tahu karya bergenre thriller memerlukan banyak babak aksi yang mendebarkan. Tapi kalau dari awal hanya dipenuhi aksi tembak-menembak, pembantaian dan darah sahaja tetapi persoalan tentang kenapa permusuhan itu terjadi tidak diterangkan secara jelas, hmm ni yang rasa bengang ni. Like, diorang ni apahal bantai-membantai, bunuh-membunuh, sampai baby pun mereka suka² bunuh walaupun takda kaitan dengan misi mereka. Motif?

Dengan halaman yang terhad, rasanya macam lebih baik perincikan "who's who" dan apa latar belakang serta misi mereka berbanding fokus kepada cara mereka menghapuskan nyawa manusia lain.

KARNIVOR (Syaida Ilmuna)

Saya tak tahu kenapa, tapi sepanjang pembacaan kisah ini, minda saya membayangkan kisah ini 'hidup' dan ditayangkan dalam imaginasi saya dalam bentuk lukisan Junji Ito, pelukis manga seram yang terkenal dari Jepun.

Terutamanya babak² watak² jadi 'hilang akal' atau mental breakdown, saya terbayangkan watak² karya Junji Ito yang bercakap terjerit² dengan mata terjegil penuh emosi 😅

Watak² perempuan utama dalam novel ni, sama ada protagonis mahupun antagonis - dua² sama je, membawa masuk mimpi ngeri ke dalam hidup pasangan mereka. Apa yang terjadi bukanlah salah watak perempuan 100%, tapi ada keputusan mereka yang membawa bencana. Mungkin sebab itulah saya terbayangkan karya Junji Ito; dalam karyanya selalu ada watak yang membuat keputusan yang membawa bencana, asbab degil tak nak dengar pandangan orang lain dan rasa diri betul.

Ending dia, saya sebenarnya berharap orang lain yang mati. Saya lebih suka kalau mangsa terakhir dalam cerita ni dibiarkan hidup supaya dia belajar untuk insaf sikit kerana selama ini segala tindak-tanduknya 'ikut kepala sendiri'.

Apa pun novelet bertajuk KARNIVOR ni memang best. Dan menakutkan. Kerana melibatkan makhluk aneh, like, 'anak setan' - yang ganas. Penulis turut memuatkan POV makhluk pemangsa itu sendiri ya! Lepas baca POV benda tu, tak tahu la nak kesian padanya atau nak wish benda tu mampus cepat.

NOVEL UNTUK ATIKAH (Resmanshah)

Antara ketiga² novelet, this one is the most disturbing and downright SICK. Kisah seorang pembunuh bersiri yang kejam dan gila tapi mempunyai fikiran sangat twisted dan tak rasa diri sendiri gila. Dari awal saya tunggu je nak tengok apa alasan yang pembunuh tu gunakan utk 'justify' pembunuhan bersiri yang dilakukan.

Tapi, tak pula dinyatakan dengan jelas motif pembunuh itu. So that means the killer is just a sick psychopath!!! Membunuh just because.

Sepanjang pembacaan, saya selalu berharap pembunuh bersiri dalam cerita ni mampus dengan cara yang paling sadis lagi hina, dan malangnya ending dia tidak seperti diharapkan. Namun saya tetap lega kerana sang pembunuh itu reject offer daripada seorang si bodoh yang menawarkan 'alternate ending' untuknya. Rasa nak carutkan si bodoh tu melebihi carutan terhadap pembunuh 🤬 Okey sekian merentan.

OVERALL VERDICT: Kalau anda sejenis hati tisu dan cepat kesian dengan baby² yang lemah lagi helpless, kemungkinan besar akan rasa terganggu dengan cerita² dalam buku ni. Kau akan rasa nak masuk dalam novel ni dan hapuskan semua manusia yang tergamak berbuat kejam terhadap baby!!!!!!
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
July 11, 2019
3 cerita dalam satu novel..

PRODIGI – Fitri Hussin

Mengisahkan kelahiran seorang bayi yang dinamakan Sofea yang memiliki sepasang mata yang mempunya kuasa melihat kejadian pada masa akan datang dan bayi tersebut menjadi keutamaan agensi palang sehingga berlakunya beberapa serangan.Iqbal seorang ahli gengDaulat diberi mandat untuk menyelamatkan sofea daripada jatuh ke tangan agensi palang.Kenapa Sofea sangat penting bagi mereka dan siapa Iqbal sebenarnya.

Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna

Pembunuhan bersiri yang sangat misteri mangsa ditebuk dileher dan darahnya disedut kebanyakan mangsa adalah wanita.Inspektor Nia dan Hariz menjadi pegawai yang menyiasat kes tersebut.walaupun pesalahnya sudah diketahui namun tujuan dia mengambil darah tidak diketahui..kesudahan tragis menanti nia dan hariz

Novel untuk Atikah – Resmanshah
Atikah si pembunuh bersiri bertemu dengan Fairus adik kepada detektif yang sedang menyiasat kes pembunuhan yang dia lakukan..namun ada satu kes pembunuhan yang lebih kurang serupa cumanya penuh misteri...akhirnya membongkar segala-galanya...
Profile Image for Rafiq.
31 reviews
February 1, 2023
Karya yang sungguh mantappp, 4 bintang~

Prodigi (3.5⭐)-
Cerita yang pertama ini penuh dengan aksi. Ambil masa sedikit nak baca sebab agak susah nak bayang beberapa babak tapi secara keseluruhannya karya yang bagus.

Bayi Karnivor (4⭐)-
Cerita kedua ini pula lebih bersifat sci-fi. Cerita yang penuh dengan drama dan konflik, berunsur kekeluargaan.

Novel Untuk Atikah (4.5⭐) -
Cerita ketiga cerita pada saya paling best!! Cerita yang ketiga ini dramanya lebih berliku-liku, sangat meremukkan tapi memuaskan hati.
Profile Image for Najwa Azrin.
184 reviews1 follower
February 26, 2026
Best sangat baca ketiga-tiga novelet thriller ni memang banyak betul ya unsur gore dan aksi kejam. Bahkan, saya suka dengan setiap jalan cerita yang dinukilkan oleh setiap penulis.

Ada yang expected para penjenayah dan pembunuhnya, ada yang jalan cerita tak disangka-sangka pula boleh jadi begitu.

Saya akan look forward untuk baca karya daripada semua penulis dalam novel ini. Syabas dan tahniah!
16 reviews
June 16, 2025
Not so my favourite. Ada tiga cerita dalam satu buku and semua pasal bayi. Cerita pertama idea tu best, tapi tenggelam dgn aksi² instead of kelebihan bayi tu sendiri. cerita kedua, watak perempuan mcm tak kena. Then, the third story mcm nice tapi ada babak cringe yg buat jd tak best sb tak smooth maybe.
107 reviews3 followers
Read
June 24, 2023
Notauntukku
Novel ini akan menjadi novel yg di ingati sampai bila2 bagi aku..kerana waktu baca novel ini sesuatu terjadi..so lama sangat baru dapat sambung balik..aku suka kisah2 dalam novel ni cuma agak meluat cerita last.boleh kata semua watak nak cakap serupa mula pelakon.
Profile Image for Ubi.
330 reviews
September 15, 2022
3 buah cerita. Cerita yang terakhir paling kurang menyengat.
Profile Image for Fatihah Zunaidi.
109 reviews2 followers
July 19, 2023
reread in 2025 untuk karangkraf rc challenge. buku ni boleh kata buku thriller pertama yang saya baca. fast paced. memang tak boleh letak dan best! 4/5 bintang untuk thriller ni. ada yang seram sampai terngiang ngiang bayi psiko tu 🙂‍↕️ overall, a new experience
Displaying 1 - 16 of 16 reviews