Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Kasih

Rate this book
Perkenalan yang singkat dengan lelaki bernama Muhammad Haikal Hakimi, mengubah hidup Dilla sama sekali. Hilang prinsip hidup, hilang arah tuju. Dalam sekelip mata hidupnya jadi penuh warna-warni dan hanya berpaksikan pada Kimi seorang.

“Aku bukan suruh kau bercinta dan terus kahwin dengan mamat tu, tapi aku nak kau berkawan dulu dengan dia. Kenal hati budi, kenal latar belakang, baik buruk dia tu. Bukan kenal sebulan terus kahwin!”
Namun Dilla sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Baik dari keluarga, mahupun teman rapat. Hatinya semakin terpaut sejak pertemuan pertamanya dengan Kimi.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan Dilla. Kimi tinggal jauh di Brunei. Sedangkan emaknya sudah meletakkan syarat, setiap anak-anaknya yang berkahwin mesti tinggal dekat dengannya. Emak enggan berpisah dengan anak-anak biarpun sudah bergelar isteri.
Dilla sanggup berkorban masa depan demi cintanya pada Kimi, biarpun terpaksa membelakangkan emaknya.

Buang emak buang saudara,
KERANA KASIH aku turutkan.
Namun, apakah perkahwinan senyap-senyap yang bersandarkan hanya cinta semata-mata sudah cukup kuat untuk dipertahankan biarpun dugaan yang mendatang dari lelaki yang dicintainya itu?

471 pages, Paperback

First published April 1, 2017

6 people are currently reading
114 people want to read

About the author

Aisya Sofea

26 books315 followers
Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.

AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.

Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (31%)
4 stars
29 (39%)
3 stars
13 (17%)
2 stars
6 (8%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
June 21, 2018
Percaya atau tidak kalau aku cakap aku angau teruk dengan buku ni?😍

Watak Kimi tu haaa... buat aku angau sampai duk tersengih-sengih seorang diri masa baca. Lepas stop baca sekejap pun, still boleh tersengih lagi, haish!

Jalan ceritanya juga sangat menarik hati aku. Bermula dari Min yang beranikan diri menghantar e-mel kepada Kimi atas dasar ingin berkawan, tapi akhirnya tumbuh perasaan suka pula antara satu sama lain walaupun sekadar kenal dalam alam maya dan tak pernah berjumpa.

Aku memang suka sangat chemistry antara Min dan Kimi. Sepadan sangat mereka.

TAPI...

TAPI...

TAPI...

Panas tak sampai ke petang rupanya! Hujan lebat di tengahari!😭

Rupanya Kimi tu jauh dari sempurna. Dia ada kekurangan yang mana semua perempuan akan takut bila dapat suami macam tu.

Dia hot temper!

Masa sebelum kahwin, aku dah rasa tak sedap hati dah dengan sikap Kimi yang kadang-kadang menengking Min masa dia tengah marah, tapi tak sangka lepas 2 hari kahwin, awal-awal lagi konflik dahsyat dah bermula. Jangan katakan Min saja yang takut dengan baran Kimi, dengan aku sekali rasa seram dan berdebar gila!

Buku ni, lahai... mula-mula baca boleh buat aku angau tersengih sebab Kimi, tapi sudahnya aku jadi sedih dan kecewa sebab Kimi juga. Aku tak expect langsung Kimi begitu orangnya. Walaupun kat blurb belakang dah terpampang tulis dugaan tu datang dari Kimi sendiri.😢

Patutlah di awal cerita lagi kawan Kimi ada pesan kat Min...

"Kalau dia marah, lari!"

Sebabnya Kimi sangat menakutkan bila tengah marah. Seram!

Tapi, kata Kimi kepada Min pula...

"Abang tak dapat kawal perasaan abang bila perasaan marah abang bertukar pada sayang abang."

Bukan Min saja tertanya-tanya, aku pun tertanya-tanya... macam tu ke caranya Kimi tunjukkan perasaan sayang?

Memang aku frust dengan apa yang Kimi dah buat pada Min, tapi dalam masa yang sama aku sangat kesian pada dia. Sebab dia memang benar-benar sayang pada Min, cuma cara dia tunjukkan sayang tu sangat salah.

"Abang minta maaf. Min nak abang buat apa? Sujud kat kaki Min? Min nak abang buat surat sumpah supaya abang tak sakitkan Min? Abang sanggup. Abang sanggup buat apa aje asalkan Min jangan tinggalkan abang."

Sampai macam tu sekali dia rendahkan dirinya sebagai suami. Sebab dia terlalu sayangkan Min.

Cerita ni ada sukanya, ada dukanya. Pengajaran pun banyak. Dan tajuknya 'Kerana Kasih' memang kena sangat dengan jalan cerita.

Kerana kasih seorang mak pada anaknya.
Kerana kasih seorang perempuan pada lelaki dicintainya.
Kerana kasih seorang suami pada isterinya.

Apa-apa pun, aku sukakan buku ni. Suka sangat!😍
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,047 reviews378 followers
August 9, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Kerana dah kemaruk sangat dengan cerita ni, N balik awal from work semata-mata nak spent time dengan Dilla dan Kimi...


The fact that I love this story shouldn't be a surprise. Kalau dah tertera terang-tang-tang nama penulis adalah Aisya Sofea, chances untuk N tak suka novel beliau agak slim lar jugak, although it has happened before...

Entah kenapa N rasa nervous sangat bila baca cerita ini. At the back of my mind, I knew something isn't quite right with Kimi. Pada masa yang sama, N terfikir 'agak-agak siapa lar watak villain dalam cerita ni. Ada sesiapa yang akan kacau daun ke? Dia ni baik ke jahat? Mamat ni normal ke tidak?'

Until dah muka surat 100 terakhir pun, N masih berdebar-debar nak tunggu ke muka surat terakhir sebab N tak pasti will it be a happy ending or not.

N suka dengan watak Dilla. Dia seorang yang tegas dan degil dalam diam. Tak dinafikan, Dilla dan Kimi memang ada chemistry from the start. I think my favourite part of the story is when Dilla dan Kimi bertemu kali pertama, ditemani dengan rakan-rakan Kimi. Memang macam gengster tak menjadi!

Watak mak Dilla jangan dikata laa. Bukan tak kesian, tapi macam melampau sangat. Paling kesian adalah kak long Dilla. Nasib yang menimpa kak long sudah cukup untuk membuat N panas hati dengan mak Dilla.

Highly recommended!
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 19, 2017
1. Pejam celik pejam celik dah novel ke-15 rupanya Kak Sya tulis. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam je minta parents temankan pergi Badan Cemerlang untuk beli novel Jendela Hati.

2. Cover - Yuni suka. Lembut. Kontra dengan tajuk yang agak negatif. Buang emak buang saudara. KERANA KASIH aku turutkan. Cuma agak keliru dengan novel ke-14. Covernya hampir sama warna. Jarak masa pun setahun. So kalau letak sebelah2, mungkin yuni tersalah ambil kot.

3. Yuni paling suka part penggunaan kertas hampir sama macam kalau english novel yang paperback version. Ringan. Senang nak bawa ke mana2 je. Dah macam zaman buku2 creative pula. Thumbs up!

4. Memang ketara bezanya bila membaca karya dari penulis veteran dan penulis baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Penggunaan bahasa yang dalam lembutnya masih ada tegasnya. Dalam bersahaja masih ada lenggok bahasa. Yang buatkan yuni rasa "I miss this kind of feeling".

5. Tempoh perkenalan antara Min dan Kimi yang teramat singkat membuatkan bukan sahaja keluarga malah Yuni sendiri ragu2, betul ke keputusan mereka untuk berkahwin? Dengan belum kenal hati budi pasangan. Belum pernah berjumpa parents Kimi. Boleh pula Atuk Min beri kebenaran. Mungkin orang tua sudah lebih lama makan garam so mereka lebih tahu. Mungkin juga, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

6. Pertemuan pertama mereka di hari graduasi Kimi...olalala...bukan sahaja Min dibuai perasaan, rasanya pembaca pun boleh terpelanting dengan angin kencang dari Brunei.

7. No need watak jahat yang merepek2 idea mereka. Cukup sekadar masalah antara watak2 utama boleh memanjangkan cerita. Just nice. Terima kasih, Kak Sya.

8. Setuju dengan kata2 Kak Sya di ruang 'Ilham Penulis'. Walau apa pun berlaku, jangan membelakangkan ibu bapa kita. Iktibar untuk kita semua. Mungkin ada silap yang dilakukan oleh mereka tetapi ada caranya untuk memberitahu. Bukan buat keputusan terburu2 atau tanpa persetujuan mereka.

P/S: Kalau tak keberatan untuk puan penulis, boleh tak Kak Sya buat cerita tentang Kak Noni ataupun Farhad. Rasa macam tak cukup puas hanya sekadar dengar cerita Kak Noni selepas diceraikan. She deserves to be happy with someone who will love her because of her. Tak salah kot bila watak wanita utama sudah berumur. Yang Farhad tu, tak tahulah kenapa Yuni macam curious pula bila dengar cerita dari Kimi.
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
January 7, 2023
Stress sikit dengan masalah dalaman Kimi. Aku faham mmg wujud manusia gitu kt dunia ni, tapiiii aku tetap stress bila benda tu jadi kt Dilla. How dare you Kimi! But seriously best novel ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mslvoe.
2,135 reviews212 followers
February 3, 2025
Karya ini banyak buat F tertanya² sebab Kimi tu sweet sangat.. cam perfect lak character dia

Awal cerita diceritakan tentang kak ngah yang mengalami masalah lantaran mak diaorang suka anak² berada di bawah ketiak maknya.

Mak diaorang ni tak suka kalau menantu kerja jauh².. tak suka anak² ikut sekali sebab taknak zuriat terpesong.. senang cakap taknak berenggang dari anak²

Dilla ni single.. kawan² dok suruh Dilla cari boyfriend. Kebetulan masa kat library Dilla baca majalah dekan dan tertarik dengan nama Kimi.

Dilla yang start email Kimi dan hubungan diaorang yang masih awal tu terbit bunga² cinta.

F terkejut gak... baru kenal, jumpa 2 kali tapi perasaan masing² cam dah bercinta bertahun². Diaorang kahwin walaupun dapat tentangan dari mak Dilla dan parents Kimi yang tak bersetuju kahwin tergesa². Mak Dilla nak kahwinkan Dilla dengan Johari, sepupu abang Nazri. Johari digambarkan seorang lelaki yang dok mengikut telujuk maknya dan agak lembut 😅

F suka watak Kimi.. F rasa dia seorang lelaki yang setia dan betul² sayang gan Dilla sampilah selepas 2 hari berkahwin...

Jeng jeng jeng.. Kimi buat sesuatu kat Dilla sampai F rasa alahaii.. awat teruk sangat sikap Kimi. Dia HOT TEMPER... no wonder kawan Kimi cakap kat Dilla "kalau dia marah, lari"

Dilla memang betul² lari selepas incident tu. Dilla terkejut... dia balik rumah maknya dan berterus terang.. maknya halau.. meraung² Dilla.

F kasihan dengan kaklong Dilla. Sikap maknya alahai pelik sungguh. Terlalu mengongkong.

Karya ni memang bermain dengan emosi.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
800 reviews229 followers
January 3, 2024
eh emo la baca cerita ni. tak suka dengan watak kimi yang marah beria-ia bila min berahsia, tapi kalau dia boleh pulak? suka mengelak bila min tanya benda yang kimi tak suka jawab. isu panas baran dia pun tak addressed betul-betul. tak suka cara kimi yang macam tak fikir pun yang orang tu tak habis belajar lagi pastu sibuk nak beranakkan budak tu. awak tu ye la dah ada PhD. bagi la min habis belajar dulu. serupa macam tak pernah tau pasal protection. ha pastu ni lagi satu. tak suka how the whole marital rape issue isn't properly addressed. isu besar kot tu. dia macam, kimi tak nampak kat mana salah dia. sure, he has apologised for it, tapi rasa macam dia mintak maaf tapi dia tak 100% tahu betapa besarnya salah dia. aisya sofea patut kembangkan lagi isu ni, bukan dengan cara min merajuk berbulan-bulan, tapi maybe boleh tunjuk the couple bincang betul-betul pasal ni, dan cara kimi pujuk min on bed to relieve the trauma.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
November 20, 2018
puan penulis AisyaSofea Jamalluddin dari dulu karya beliau memang mampu mengusik rasa hati pembaca. kalau korang nak layan jiwang sorang-sorang bolehlah layan naskah puan penulis tersohor ini. memang tidak pernah mengecewakan. kalau nak rasa kecewa tu macam mana, boleh cari novel ini dan baca.

kecewa tentang apa? banyakk... kecewa dalam berkasih sayang bukan untuk pakwe makwe je. kecewa dengan sahabat pun boleh, kecewa ibu dengan anak pun boleh, kecewa dengan suami atau isteri pun boleh... semua tu ada dalam novel ini. dilla, agak kecewa dengan kawan-kawan yang sering mendesak dia mencari pasangan. dia hanya nak tumpukan perhatian dalam pengajian. dilla dan adik beradiknya kecewa bila mak mereka terlalu keras menentukan hidup mereka. amir kecewa bila dilla menolak kasihnya. hakimi kecewa bila dilla lari. mak dilla kecewa bila dilla dan adik beradik bertindak membelakanginya. ehh.. banyaknya...

dilla berkenalan dengan hakimi bila jumpa berkenaan biodata hakimi di dalam majalah. dia permulaan hanya mahu berkenalan dengan hakimi bila terkenangkan kata-kata kawan-kawannya. tapi hakikatnya, ada satu tarikan. manakan tidak, kenal tidak lama, jumpa pun baru dua kali tapi perasaan mereka sangat kuat untuk ada ikatan lebih dari persahabatan.

mak dilla, mahukan anak-anak tinggal dekat dengannya. tidak bagi anaknya pergi jauh. kaklong bercerai bila tinggal jauh dari suami. kak ngah pula nyaris tidak jadi berkahwin bila bakal suami perlu bertugas ke abu dhabi. sangat keras menentang kemahuan anak-anak. semuanya perlu mengikut kata-katanya.

perkahwinan antara dilla dan hakimi tetap berlangsung. tapi perkahwinan itu menyingkap satu permasalahan yang timbul dari hakimi. dilla sangat tidak menyangka dan masalah itu buat dilla lari. lari jauh. kerana kasih, hamba turutkan... mampukah dilla menurutkan kehendak hati kerana kasih itu? hakimi pula, mampukah dia terus bersabar? mak dilla juga, selam mana dia mampu bertahn membuang anak-anak yang membelakanginya?

alam perkahwinan bukan hanya untuk yang indah-indah sahaja. perkahwinan adalah masa untuk mengajar diri menerima apa saja kelemahaan pasangan. mengajar diri untuk lebih matang dalam membuat keputusan. mencabar diri untuk menjadi lebih baik dalam menempuh arus kesibukan dalam jalan kehidupan. seharusnya kerana kasih, diri akan menjadi sebaiknya walaupun tidak sempurna...
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews9 followers
December 30, 2024
Buku terakhir aku baca pada tahun 2024.

Sejujurnya aku suka buku ni. Disebabkan ni novel 2017. Novel yang agak lama la jugak kan, jadinya novel ni bagi aku vibe yang aku sangat rindu. Novel ni buat aku rasa macam zaman sekolah dulu-dulu di mana rasa tak sabar dan teruja untuk balik dari sekolah semata-mata nak menghabiskan sesebuah novel.

Mengisahkan Dilla dan Kimi yang bercinta secara ‘ekspres’ dan cepat. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin dan membelakangi keluarga sendiri demi kisah cinta dorang ni . Mak si Dilla ni jenis seorang ibu yang taknak lepaskan anak dan Kimi ni pulak tinggal kat Brunei jadi mereka tahu kalau tak kahwin secara senyap-senyap memang mak Dilla takkan beri izin untuk dorang kahwin pun. Tapi lepas kahwin ada lah konflik sikit. Kimi ni ada anger issue dan bagi aku dia baran. The marital rape scene sangat unnecessary. How do you even think of raping someone ko sayang ??!!! Happy ending don’t worry cuma aku rasa akan jadi lagi best kalau scene Kimi minta maaf tu dipanjangkan.

Review characters

1. Mak Dilla sangat lah annoying. Nak anak kahwin tapi taknak anak duduk jauh padahal anak dia semua perempuan. Confirm lah kena ikut suami lepas dah berkahwin. Kak long Dilla sampai bercerai disebabkan perangai mak dorang ni. Punya lah keras kepala watak mak mereka ni sampaikan atuk dan nenek Dilla sendiri setuju dengan keputusan Dilla untuk kahwin senyap-senyap.

2. Kimi. Hmmmmmmmm. Banyak red flag sebenarnya watak ni. Even sebelum kahwin Kimi tak tunjukkan yang dia ada anger issue tapi aku kurang suka dengan sexual joke yang dia beberapa kali cakap kat Dilla. Aku tak tahulah aku ni sensitive ke apa tapi aku tak suka. Kau bayangkan boyfriend kau bergurau nak tidur dengan kau ???!!!! Lepas kahwin, after that dhajudbauxja scene pulak dia memang lah mintak maaf tapi dia punya mintak maaf tu sekadar ‘okay aku mintak maaf tapi aku tak tahu apa salah aku tapi aku mintak maaf’ GERAM SANGAT.

3. Dilla pulak. Aku rasa watak dia ni terlalu lembut. Mungkin orang akan rasa tak logik macam mana melalui gambar di majalah dan beberapa chat melalui email dah boleh buat dia terpaut hati pada Kimi. Tapi bagi aku watak dia realistik. People with attachment issues wujud ye. Bagi aku jugak dia ni agak gopoh. At least kenal la beberapa bulan dulu sebelum nak kahwin. Tapi ye la cinta itu buta kan. Once kau dah attach dengan orang memang susah la nak gerak.

Overall best dan watak watak semua ada isu yang nyata yang aku boleh cakap realistik la. Aku turut suka dengan sisterhood kak long, kak ngah dan Dilla.
Watak ex husband kak long pun aku sukaaaaa. Buku ni mengetengahkan kekeluargaan. Best. Ni jugak merupakan novel pertama karya Aisya Sofea yang aku baca.

3.8🌟
Profile Image for Yan.
125 reviews2 followers
December 7, 2025
Oh dear, I 💛❤️💖 this book so much. I adore the storyline as well…😍🥰 𝑻𝒓𝒊𝒈𝒈𝒆𝒓 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒊𝒏𝒈: This book contains marital r@pe.

Rating: 🌟🌟🌟🌟.5

Pertemuan pertama terus membibitkan rasa cinta di antara seorang lelaki dan wanita. Mereka jatuh cinta dan terus berpasangan. Masalah utama mereka, apabila ibu si wanita itu menentang keras hubungan mereka berdua kerana tidak mahu bermenantukan orang jauh…😔 Apabila keadaan mula terdesak, adakah mereka akan terus berpasangan, atau berpisah atas kehendak ibu wanita itu? As usual, kalau nak tahu jalan cerita, kena lah baca buku nie…😎

ML - Muhammad Haikal Hakimi / Haikal / Kimi

Berumur 29 tahun. Tinggal bersama keluarganya di Brunei. Berkenalan dengan FL melalui email. Good looking. Mempunyai pesona yang mampu mencairkan wanita…😏 Tapi, dalam masa yang sama, ML juga ada sisi gelapnya yang boleh membuatkan wanita jadi takut dengannya…😩😖

“𝑨𝒑𝒂 𝒃𝒆𝒛𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒉𝒖𝒋𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒏? 𝑩𝒆𝒛𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒉𝒖𝒋𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒌𝒆 𝒃𝒖𝒎𝒊. 𝑻𝒂𝒑𝒊, 𝑴𝒊𝒏 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒌𝒆 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈.” 𝑲𝒊𝒎𝒊 𝒕𝒐 𝑴𝒊𝒏.

Kita angau tahap langit ketujuh dengan ML nie…❤️💛💖

FL - Adillah Nur Yasmin / Dilla / Min

Berumur 23 tahun. Pelajar tahun akhir di UiTM Shah Alam. Mempunyai lesung pipit yang menjadi kegilaan ML. Anak bongsu dari 3 beradik.

Honestly, pada permulaan kita baca buku nie, perasaan kita macam dibuai2, like I was on a cloud nine…☁️. Bukan setakat FL jer, dengan kita sekali jatuh cinta bergolek2 dengan watak ML nie…🥰😍 He’s so dreamy, despite his dark side…🥲

Kita suka cara author olah scene pertemuan pertama mereka. That particular scene is just pure chef’s kiss…👨🏻‍🍳😘 ML dan kawan2 nya datang mengelilingi FL, dah macam ala2 gangster dah…😂😅 Tapi, gangster yang tak menjadi…🤣 And then, FL kena teka ML yang mana satu, sebab at that time, mereka tak kenal wajah masing2. Then, bila mereka bertentang mata, dunia seolah2 terhenti. Bagi kita, scene tue romantik sangat, walaupun takder aksi berpegangan tangan and all…🌺🌸

Apabila ML & FL met for the first time, they fell in love on the spot with each other. And they fell harder and deeper. Their chemistry is way off the charts…📈 To a point, ia agak menakutkan bagi kita yang membacanya. Takut dengan keyakinan mereka dalam hubungan mereka yang agak baru nie…😳 Tapi, orang2 macam nie memang wujud yer. Jumpa sekejap, terus declare cinta, dan couple. And bila dah couple, mereka lah pasangan paling bahagia, kalah orang yang dah couple bertahun2 sebelum mereka…😂😅

As usual, dalam buku2 author nie, mesti akan ada watak yang terlalu menjengkelkan. And for this book, watak ibu FL…😓 Allah, tak tahu lah berapa kali kita maki hamun watak ibu FL nie…😫😤 Title jer ibu, tapi tersangatlah pentingkan diri sendiri. Dia punya reason tak nak bagi anak berkahwin dengan orang yang jauh2, punya lah tak masuk akal. Punya lah insecure, takut sangat takder orang nak jaga dia…😫😔 Kita memang paling benci dan meluat bila watak seorang ibu yang abuse her power. And selalu gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. In this book, ibu FL selalu canangkan, “𝑶𝒉, 𝒌𝒂𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒊𝒌𝒖𝒕 𝒂𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒂𝒌𝒖 𝒎𝒂𝒌, 𝒌𝒂𝒖 𝒂𝒏𝒂𝒌. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒓𝒆𝒅𝒉𝒂, 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝒔𝒚𝒖𝒓𝒈𝒂.” I really despise this kind of mother…😖😑 Sebab dalam agama pun tak ajar macam nie. What makes you think you have this power untuk tentukan masa depan anak2, dengan siapa patut anak kita kahwin, just for the sake of your security? And langsung takder toleransi. Siap paksa2 lagi. Memang benci sungguh kita dengan watak ibu FL nie…🤬😤😡

In the end, memang padan muka ibu FL nie, sebab memang anak2 dia tinggalkan dia kerana perbuatannya sendiri. Disebabkan perbuatannya yang suka memaksa, yang langsung tak boleh nak bertolak ansur, memang patut anak2 nya buat apa yang mereka buat. Nak salahkan anak2 pun tak boleh. Sebab bukannya pasangan yang mereka pilih nie tak baik. Semua datang dari keluarga yang baik. Tapi tue lah, si ibu nie insecure terlebih2. Rasa nak lempang dengan kuali, dengan senduk besi pun ada…🙄😤

And to make matter worse, ibu FL nie suka guilt trip anak2 dia. Seolah2, apa yang anak2 dia buat tue, melukakan hati dia sangat2. Padahal yang dia buat kat anak2 dia, sampai perkahwinan kak long bercerai berai bagai, ada si ibu nie minta maaf? Ada lah satu scene dia minta maaf, tapi macam so aloof. Macam “𝑶𝒉𝒉, 𝒎𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌 𝒇𝒂𝒉𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝒌𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒄𝒆𝒓𝒂𝒊, 𝒔𝒐 𝒎𝒂𝒌 𝒎𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒎𝒂𝒂𝒇 𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌.” What the hell?!!! 🤬😡 Dia ingat, anak2 dia tak sakit hati dengan apa yang dia dah buat? Allah, memang maki hamun sumpah seranah kita dengan watak ibu FL nie…😫😖 Kita memang tak puas hati dengan apa yang ibu FL nie kena hadap atas segala perbuatannya. Macam tak cukup. I really want her terseksa jiwa raga supaya dia betul2 learned the lesson. Biar padan muka. Tapi, oh well, anak2 kan selalu cakap, “𝑩𝒖𝒓𝒖𝒌2 𝒑𝒖𝒏, 𝒎𝒂𝒌 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒋𝒖𝒈𝒂.” Sheeeshhhh…😩😓 Tak suka betul ayat tue. Panjang pula bebelan kita dengan watak ibu ML nie…😂😅

Banyak pengajaran dan nasihat yang kita boleh ambil melalui cerita nie. While the author advised to the young couples out there, kalau nak kahwin jangan belakangkan mak ayah kita, but for this story, I really encouraged ML & FL untuk kahwin jer. Biarlah ibu FL tak tahu sekalipun. After all, hanya ibu FL sahaja yang tak tahu. Tokwan, kakak2 FL semua tahu jer…🤭 Padan muka ibu FL…😈 Tapi, in reality, if your parents tak membuta tuli menghalang untuk you all nak berkahwin dengan pasangan you all, then, do it properly. Jangan sesekali membelakangkan parents you all kerana cinta. Cinta nie, manis sekejap jer. The rest is all hard works…😮‍💨

Lagi satu pengajaran yang kita boleh ambil melalui cerita nie, belajar untuk kenal betul2 dengan pasangan yang kita nak kahwin tue. In this book, walaupun ML nie dreamy, romantik bagai, tapi tetap ada bau2 red flag 🚩. Suka marah, a bit possesive, and suka berahsia. Tapi, disebabkan cinta, FL cuba tutup mata jer semua tue. And everything about ML, terbongkar selepas mereka berkahwin. Nohhh, kalau kita pun, kita lari…😱😳 Boleh trauma dengan apa yang ML buat. Walaupun dengan alasan sayang sekalipun, do not condone the act of r@pe or yang seangkatan dengannya. My goodness, dari cinta, terus bertukar jadi rasa takut…😰😨

Walaupun kita suka sangat dengan buku nie, ada beberapa bahagian yang kita rasa macam boleh ditambah baik.
▪️Scene ML & FL bertemu pertama kali. I was so sure yang ML bagi salam, but then it was mentioned, kawan ML yang bagi salam. But, in another page, it was kawan ML yang sorang lagi bagi salam. So, kat sini, cerita pertemuan mereka macam tak consistent. I was confused juga sampai baca scene tue berulang kali nak bagi faham…😓
▪️Isu marital r@pe tak diselesaikan dengan baik. Ia dihabiskan macam tue jer. I really want the grovel part from ML nie biar berpanjangan sikit. After all, isu nie bukannya isu kecil. Kalau dipanjangkan lagi bab grovel tue, barulah nampak ML nie betul2 menyesal dengan perbuatan dia.
▪️Scene brotherhood di antara ML dan kawan2 nya, tak banyak sangat. I want more scenes with them together…😩 Kawan2 ML nie muncul sekejap sangat…🥲 I want to see them being the protective friends towards FL apabila ML mengeluarkan sisi gelapnya.
▪️Scene FL dengan keluarga FL pun tak banyak. I really want more scenes FL berinteraksi dengan ahli keluarga ML. Sekurang2 nya, balance kan semula apa yang ibu FL nie dah buat. Biar ibu ML menjadi ibu yang baik untuk FL. Menerima segala baik buruk FL. Haaa, baru padan muka ibu FL…😈
▪️Kita rasa agak ralat, sebab tak diberitahu apa kesudahannya dengan pengajian FL. FL minta tangguh pengajiannya sebab at that time she got pregnant, lepas tue ada masalah dengan ML. Kita harap sangat, ada scene yang FL berjaya tamatkan pengajiannya dengan cemerlang, walaupun dah berkahwin dan mempunyai anak…❤️💖💛 Tak nak lah dikatakan cinta ini hanya membawa keburukan semata2.

As usual, penulisan author nie sedap dibaca. Cuma untuk buku nie, banyak kesalahan ejaan and missing words (sampaikan ayat tue memang jadi pelik bila dibaca). Untuk publisher yang memang ada nama dalam industri buku nie, this is quite dissapointing. Sebab macam careless mistakes jer…😫🥲 Tapi, buku yang kita baca nie edisi cetakan pertama. So, hopefully, kalau ada second printing, all these silly mistakes boleh diperbetulkan…👏🏻👍🏻

Apa2 pun, kita masih sukakan buku nie. Untuk author, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, dan diberi ilham untuk terus menulis. All the best, author…👏🏻👍🏻
Profile Image for Qayiem Razali.
895 reviews85 followers
May 27, 2017
#36
Setahun menanti, karya penulis ini muncul kembali. Siapa yang tidak kenal Aisya Sofea? Penulis yang terkenal dengan sentuhan magis.

Kali ini, penulis membawa kita kepada seorang heroin yang serba lain dari apa yang pernah ditulis penulis sendiri. Dilla... gadis yang mengejar cinta sehingga sanggup berpaling pada emak kandung sendiri. Walau kita anggap tindakan heroin seperti biadap, tapi hari ini kita sendiri bisa melihat anak gadis yang sanggup meninggalkan keluarga semata kerana cinta yang belum tentu membahagiakan.

Mengenali Kimi sekadar melalui majalah dan emel, tanpa diduga pertemuan singkat membawa mereka pada bibit cinta. Namun, sayang kerana status Kimi, Dilla jadi resah sendiri. Dia di sini, Kimi di sana. Satu perkara yang sangat ditegah emaknya. Memilih lelaki yang jauh dari Malaysia.

Secara keseluruhan, novel kali ini saya suka kerana AS cuba membawa kita mengenal tindakan anak muda pada hari ini. Bertindak tanpa menggunakan akal hanya kerana cinta. TAHNIAH buat Aisya Sofea. Saya menanti karya seterusnya!!!
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
May 21, 2017
Kerana Kasih by Aisya Sofea, I rasa dia menulis dengan 50% desakan dan gesaan, 30% penjiwaan, 20% makanan untuk watak.

Sometimes you boleh rasa penulis menulis kerana nama atau minat atau mata pencarian. I m not the right person to jugde but, if any of you telah membaca novel ini, feel free to give your comments. Untuk novel ini, I feel a bit awkward and frustrated with Dilla's character. Perkembangan watak Dilla sedikit cacat. Berterabur plotnya. Hal-hal pengajian tercicir. Nikah soroh dari mak, tapi jemput orang kampung. How on earth mak dia tak tahu? Kemah invisible kah? Perteligkahan suami isteri pun kurang logik. Hakimi pun seperti pra-matang dan watak kurang stabil. Jalan cerita kurang lancar. Saya memiliki kekecewaan sebanyak 70% terhadap novel ini. Saya yakin Aisya Sofea could do better than this.
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews34 followers
October 18, 2024
Certain buku keluaran yang lama dulu kalau baca sekarang memang menyakitkan hati sungguh kan. Lepastu saya rasa setiap watak ciptaan penulis ni mesti baran. Garang & tegas tu lain tau, ni baran. Larilah, takpayah pikiaq panjang. Selamatkan diri sendiri dulu. Sayangi diri anda.
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
September 6, 2021
Momen kegemaran aku tentulah waktu pertama kali Min bertemu Kimi waktu hari konvo Kimi. Angau teruk dengan watak Kimi ni. Sopan sungguh! Manis!

Keseluruhan tema berkisarkan tentang cinta mati sehingga sanggup membelakangkan keluarga. Walaupun begitu, alangkah mantapnya kalau perangai panas baran Kimi tu dikisahkan dengan lebih mendalam. Ini, panas baran Kimi seolah-olah hanya untuk buat Dilla menyesal sebab kahwin belakangkan ibu dia.

Perangai Dilla pun degil jugak. Sebulan dia tinggal laki dia. Sebenarnya ku ternantikan scene Kimi confess sikap panas baran dia, dan macam mana Dilla nak sejukkan dia.

Apapun, aku suka dengan cerita ni. Dari awal sampai tengah memang favourite! Ku tak sangkal chemistry yang kuat antara Kimi dan Min.

Happy ending!

4.9/5
Profile Image for Ashy Khaira.
528 reviews52 followers
March 27, 2019
Dilla is a college student who meets with Haikal through an add in a magazine and goes on to become online friends,lovers and then gets married.Dilla comes from a family where her father has passed away and her mother does not let any of her daughters marry anyone from out of the country which lead to her eldest daughter's divorce

this is dilla's and haikal's story.how they meet.the hardship they go through to get what they want,to marry each other.their joys and their pain.haikal's mistake lead dilla to run away.can they save their marriage....or are they doomed to end in divorce for getting married without their parent's blessings?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
March 18, 2018
Cinta ibarat semangat. Tanpa kehadirannya, hidup yang dilalui sekadar satu tanggungjawab. Tapi apabila cinta itu hadir, apa yang kita lakukan adalah kerana semangat cintanya. Kita jadi kuat kerana cinta, dan tidak akan mengalah pada rintangan dan dugaan bila cinta itu setia dengan kita.
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
May 29, 2017
kakak bagitau apa yang kakak suka pasal kerana kasih...
1. alaf 21 dh start guna paperback version untuk novel keluaran mereka. kakak suka sebab novel lebih ringan dan boleh feeling macam baca novel omputih. hahaha.
2. kakak suka novel yang ada konflik kekeluargaan. sebab kakak cepat touching sikit kalau bab family ni. lagi2 kalau ada cite pasal anak yatim. lagi la berjurai air mata. kerana kasih mengisahkan tentang mak yang ada krisis umur kot plus terlalu menjaga anak2 sampaikan anak menantu kena kerja kat overseas pun sarimah (emak) marah2. siap letak syarat anak tak boleh kahwin dengan orang jauh.
3. cinta itu buta. dilla n hakimi. kenal melalui emel. lepas tu jumpa n spend time 2 hari. lepas tu terus ambil keputusan nak kahwin. kahwin pun senyap2 sebab mak tak restu. bila dah cinta lautan api pun sanggup renangi. kerana kasih sanggup buang emak.
4. bacaan santai tapi banyak nilai murni yang boleh ambil jadi iktibar especially untuk anak remaja sekarang ni. jangan membelakangkan ibu bapa. walaupun ibu bapa kita ada silap mereka tetap ibu bapa kita. ramai anak remaja sekarang yang lari ikut boyfriend sebab taksub sangat dengan cinta. bila parent marah sanggup lari dari rumah. buat keputusan terburu-buru tanpa fikir perasaan parent.

tak sabar tunggu novel ke 16..
2 reviews
April 15, 2018
For me this book is a bad example on how a woman should behave, no matter in what situation you are in. I believe it shows that women are weak and depends on men. It really gives off bad vibes as i dont believe that being raped by your own husband is something that can be forgiven, no matter how angry the husband is. The transition of the angry husband to a good one is also unclear. Besides, the language used is too old fashioned for a college student, and it is not really relevant nowdays to use email to communicate. I believe the book is years too late. One good note for ladies out there, you must put your education and family before love or men! Always. You will thank me later. Its disappointing cause i have read the authors before and i like it. Sorry but i really dont think it is a good book. However it is only my humble opinion and you may or may not accept it - A
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 6, 2017
Pertama sekali, sewaktu aku membeli Kerana Kasih, aku tak baca pun sinopsis di belakang novel tersebut. Aku beli novel ke-15 yang di tulis oleh Aisya Sofea ini kerana NAMA Aisya Sofea itu sendiri yang terkenal dengan cerita-cerita yang sangat dekat dengan jiwa, meninggalkan kesan dan sangat deskriptif apabila mengeksperikan perasaan dan menjelaskan gerak - geri setiap watak.

Dan ketika aku mula membelek sinopsis sebagai persediaan awal membaca, aku fikir cerita ini cerita yang biasa-biasa. Dengan tagline yang seolah-olah mengajak kita membelakangkan keluarga hanya kerana cinta, sejujurnya aku rasa perkara tu sangat tidak berbaloi.

Cinta dan kasih seorang lelaki hendak dibandingkan dengan cinta dan kasih seorang ibu?
Mustahil!

Sanggup membelakangkan keluarga hanya kerana Cinta?
Mengarut!

Secara peribadi, memikirnya saja sudah buat aku menggelengkan kepala. Mengeluh keras. Mustahil tapi tak mungkin juga akan berlaku sekiranya ada perkara -perkara yang mendesak. Kerana Kasih cuba membawa kita berdepan dengan situasi yang dialami oleh Min dan Kimi serta kakak-kakaknya yang lain.

---

Aku mengambil masa lebih kurang lima hari, suatu masa yang agak panjang untuk menghabiskan cerita ini disebabkan kekangan masa (baca: raya kan sebulan) Sepanjang perjalanan aku membaca cerita Min dan Kimi, Zila dan Ghafar, Kak ngah dan Nazri serta watak seorang 'Emak' baru aku faham kenapa tagline sebegitu yang dipilih oleh penulis.

Cerita yang aku fikir akan berakhir dengan sebuah cerita picisan sebenarnya menjadi cerita matang dan terselit banyak pengajaran kepada anak muda hari ini yang menjunjung cinta seorang lelaki tanpa memikirkan kepentingan restu keluarga.

betul.

dalam cerita ini ada sisi yang tidak elok untuk watak seorang Emak dan anak-anak. Emak boleh mempunyai sifat melindungi tapi emak tak boleh ada sifat TERLALU melindungi. Emak boleh ada sifat takut anak menjauh, tapi Emak tak boleh ada sifat TERLALU TAKUT anak menjauh. Emak boleh meletakkan garis panduan untuk anak-anak memilih pasangan, tapi Emak tak boleh KAWAL jodoh anak-anak sebab ia berbalik pada sesuatu yang sudah termaktub di luh Mahfuz.

kelemahan di sisi seorang emak dalam cerita ini tak menjadikan emak itu salah seratus peratus, sebagai anak, kita mungkin tak tahu apa yang sebenarnya emak nampak disebalik larangan dia untuk anak anak tidak memilih pesangan dari luar Malaysia, yang tidak boleh posting ke luar negara. mungkin pada dia, kalau anak-anak pergi tiada siapa yang akan menjaga dia.

Mungkin juga seorang emak akan menjunjung pepatah "Orang tua lebih banyak makan garam" makanya, dia lebih mengetahui segala-galanya. tanpa mengetahui dalam hidup kita sentiasa ada pasang surut. turun naik. dan tidak semestinya kalau ada sejarah yang tidak baik berlaku kepada orang lain, hal tersebut akan berlaku juga pada kita.

---

dan apabila selesai membaca cerita ini. ternyata terlalu banyak pengajaran yang boleh kita perolehi. Salah satu pengajaran penting, bahawa restu dan penerimaan ibubapa terhadap pasangan kita sangat PENTING. Perkahwinan itu proses kehidupan yang sangat panjang, proses mengenali antara satu sama lain yang tak kan pernah berhenti, kita bukan mahu hidup dengan pasangan kita dua tiga bulan , tapi lebih lama dan kalau boleh sampai syurga.

mana nak dapat semua itu kalau awal-awal lagi keluarga tak memberi restu.

Namun aku juga tidak membantah tindakan Min dan Kimi, juga tidak menggalakkan tindakan kak ngah dan nazri dkerana ternyata bukan salah mereka seratus peratus, pada pemikiran aku, aprinsip yang dipegang oleh emak mereka yang menekan dan membuatkan mereka cuba bangkit dan hanya bertegas dengan keputusan mereka. Kalau mereka tidak bertegas, kehidupan mereka kemungkinan akan berakhir menjadi sepeti kisah perkahwinan zila dan Ghafar.

Dalam satu hal, kita mungkin sering lupa, sesuatu yang kita fikir baik buat kita, belum tentu sesuai untuk kita, dan sesuatu yang kita benci itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu tak pernah salah. DIA lebh mengetahui baik dan buruk untuk setiap hambanya.

Kisah Min dan Kimi serta Emal mengajar kita untuk berbaik sangka dengan setiap yang berlaku, sentiasa berlapang dada menerima takdir-Nya , berusaha untuk memperbaiki sesuatu menjadi lebih baik dan mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap kejadiaNya.

Kesimpulannya, jalan cerita yang diketengahkan di dalam Kerana Kasih ini menepati citarasa aku dan setiap cerita di setiap bab melengkapi antara satu sama lain, ibaratnya, penulis menimbulkan isu tetapi tidak membiarkan ia terkontang kanting tiada jawapan. Setiap konflik mempunya solusi yang baik. Sungguh cerita ini membuatkan kita akan muhasabah tentang peranan, kasih dan sayang antara anak dan ibu.




Profile Image for sansuriya82.
76 reviews1 follower
September 3, 2025
💌 Reviu Novel: Kerana Kasih – Aisya Sofea

“Kerana Kasih” karya Aisya Sofea membawa kita menyelami sebuah kisah cinta yang penuh dengan ujian, pengorbanan dan realiti hidup berumah tangga. Watak utamanya, Dilla, digambarkan sebagai seorang wanita yang berani mempertaruhkan segalanya demi cintanya terhadap Hakimi. Mereka berdua melalui perjalanan panjang sebelum disatukan, malah berdepan dengan halangan keluarga, jarak, dan rahsia yang tersimpan rapi.

Namun, seperti yang sering berlaku dalam dunia nyata, fasa selepas perkahwinan tidak seindah impian. Aisya Sofea dengan caranya yang lembut tetapi penuh makna menunjukkan bahawa alam rumah tangga bukan sekadar bahagia semata, sebaliknya turut diwarnai dengan pergolakan emosi, konflik peribadi, dan sifat manusia yang kadangkala mengecewakan. Dilla mendapati bahawa cintanya kepada Hakimi perlu diuji dalam bentuk yang lebih berat – menerima Hakimi dengan segala kekurangan, termasuk sifat panas barannya.

Kekuatan utama novel ini adalah mesej tentang kasih, kesetiaan, dan pengorbanan. Aisya Sofea menekankan bahawa cinta sejati tidak cukup dengan janji manis, tetapi menuntut kesabaran, toleransi, dan keberanian untuk menghadapi cabaran. Naratifnya juga realistik, membuatkan pembaca dapat merasa dekat dengan dilema watak-wataknya.

Namun, sebagai pembaca, saya merasakan isu-isu berat seperti panas baran dan konflik rumah tangga boleh digali dengan lebih mendalam. Ada bahagian yang terasa seperti hanya disentuh di permukaan, sedangkan ia mampu memberi kesan emosi yang lebih kuat jika dikembangkan.

Secara keseluruhan, “Kerana Kasih” ialah sebuah karya yang jujur dan menyentuh, meskipun ada ruang untuk pengolahan lebih mendalam. Ia sesuai untuk pembaca yang mencari kisah cinta realistik dengan mesej pengorbanan.

🌟 4/5 – realistik, menyentuh, tetapi ada ruang untuk digarap lebih dalam.

#KeranaKasih #AisyaSofea #NovelCinta #BukuPrima #Karangkraf
Profile Image for Farah Hawa.
7 reviews6 followers
September 6, 2018
Done baca somewhere last month. Dah lama beli Kerana Kasih & Derita Cinta ni, tapi mood membaca tak mari2 sejak sekian lama, so berhabuk je kat tak buku. Sbb bosan layan fb & ig, then only I started to read back hehehe

Lama dah tak baca AS. This writer is one of my fav writer dulu. Till I finally read Uda & Dara (tak habis baca pun) then I decided to give myself a break from reading her novel for a while. Rasa karya AS since then mcm kurang sengatan. Mungkin saya dah terlalu immune with her writings — maybe! I don’t know.

Dek kerana novel ini lah, saya rasa terhasut utk terus marathon baca DC seterusnya. That’s how I find AS likes to re-mention about her super fantastic hero. Dlm novel ni Haikal sgt2 hensem gilssss katanya. Taktau kenapa AS buat mcm ni, mungkin strategi kut.

Towards ending, ada babak2 sedih gak. Berhingus gak la hidung gue haha. Cuma konflik yg menyebabkan Min gaduh besar lepas nikah dgn Haikal tu mcm tak cukup kuat utk dia lari dan tak pulang2 ke pngkuan suami.

Dari segi emosi — AS berjaya bikin saya sakit hati & geram namatii dgn perangai Min yg betul2 menduga kesabaran Haikal sbg suami. Ini diceritakan di bhg akhir plot.
60 reviews
August 4, 2023
Novel ni penuh pengajaran. Tapi kan, sedih sangat jadi mak nya tu sebenarnya. Sebab semua anaknya perempuan. Semua ikut suami masing2. Jauh² plk tu. Ke jepun la, brunei la. Kakak nye plk sblm ni us klu x silap. Dugaan dan pengorbanan bagi kasih sayang buat ibu dan anak. Untuk anak, kerana kasih aku turutkan. Tapi, bagi si ibu, kerana kasih aku larangkan. Apa pun, still happy ending. Tu yg paling penting. Hehehe

Penat tw kalau sad ending ni. Dh la hidup nj oenuh pancaroba. Pada novel la tempat lari sekejap buat hilang stress. 😬
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
August 25, 2025
Best sangat novel ini. Kisah seorang emak yang terlalu over protective terhadap tiga orang anak perempuannya. Kisah seorang emak yang garang dan tidak boleh bertolak dengan anak-anaknya walaupun mereka ada pendirian sendiri untuk rasa bahagia namun disekat dek hormat pada emak mereka.
Watak utama ialah Adillah Nur Yasmin, anak bongsu dari tiga beradik. Dilla tahu masalah dalam keluarganya. Emak tak izinkan anak-anaknya berpindah keluar dari Malaysia dan tinggalkan emak selepas kahwin nanti.
Dilla sedih kak long bercerai dengan Abang Ghafar kerana emak tak izinkan kak long tinggalkan emak dan ikut suami kak long tinggal di New York.
Dilla juga khuatir kak ngah dan Abang Nazri kelak akan dipulaukan emak sekiranya emak tahu Abang Nazri akan bawa kak ngah pindah ke Seoul selepas berkahwin.
Kini, Dilla telah jatuh cinta dengan Muhammad Haikal Hakimi dari Brunei yang baru dikenalinya.
Dilla pasti emak akan bantah sekiranya dia berkahwin dengan Kimi. Lantas Dilla nekad bernikah dengan Kimi tanpa pengetahuan emaknya.
Keseluruhan jalan cerita sangat menarik dan tidak membosankan. Saya suka dengan jalinan kasih sayang Dilla dengan dua orang kakaknya. Paling sporting ialah uwan dan tok wan Dilla.
Saya juga suka watak Kak Noni yang turut menyokong dengan jalan cerita. Kak Nonilah yang banyak memberi nasihat pada Dilla akan kehidupan berumah tangga dalam usia Dilla yang masih muda.
Profile Image for Siti Sarah.
241 reviews
July 6, 2023
Cerita dia memang simple dan banyak pengajaran.
Dilla ni pon satu klu yea pon nak kahwin dengan Kimi, kenal dulu hati budi mamat tu. Aku tak suka part dia lari dari Kimi selepas baru nikah, sikit2 nak lari.
Masa dia jumpa parents Kimi pon nak marah Kimi, masa Kimi ajak kahwin aku pon dah rasa was2 dgn keputusan dia nak kahwin.
Tapi part dia balik rumah mak minta maaf, sebab dia kahwin senyap2 dgn Kimi memang sedih giler. Pengarang buku memang best.
Profile Image for fatihah.
22 reviews4 followers
January 21, 2025
(20/1/2025)✓
Pada mulanya saya ingatkan Kimi yang jahat dan kesian kepada mak Dilla. Namun apabila sudah membaca buku ini saya sedar yang maknya terlalu memaksa anak-anak mengikut kehendaknya. Dilla yang agak berkeras hati dan degil membuatkan saya rasa menarik dan menyokong Dilla. Apa pun buku dari Aisya Sofea ni sangat menarik!
Profile Image for Herniezieana.
10 reviews
May 9, 2017
Hati I hati melayu.
Another new 'cerita cinta' by Aisya Sofea. Love it! =)
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
July 2, 2017
Light reading and a casual one. Sweetness overload...
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
January 17, 2018
kali ini watak heroin agak berbeza dengan watak heroin kasya sebelum ini..

best...
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
August 5, 2020
Dilla & Kimi..kisah mereka umpama kisah cinta yang real yang sering berlaku di sekeliling kita..tahniah kak AS...👏👍💪
Profile Image for Mida Zainal Abidin.
26 reviews
October 13, 2020
satu buku aisya sofea yang tak habis baca, i don't know why, tak boleh masuk dgn cerita ni...... Dilla,Kak Long, Kak Ngah, mcm penting kan diri, tak ada sorang ke terfikir yang tak nak kahwin dengan orang jauh sbb nak jaga mak dia?

Mak dia sorang je kot..... Cerita Dilla dan kimi tak mampu menjadi Kay dan Zainal, Kimi perangai teruk, selindung di sebalik romantis..... kena masuk anger management ni.... ending pun kimi macam tak berubah sgt pun, fikir dia je pun angin, orang lain pun angin jugak.

Kak long, selak2 buku , puas lah hati kak long berbaik semula dengan ex husband dia....

kadang2 mak dia orang ni nampak mcm pentingkan diri tapi, mak dia sorang je kot....tak de yang terfikir xnak tinggal mak, nak jaga mak bukan bermaksud nak suruh jadi anak dara tua pun....

i need a time.... maybe kena tunggu mood datang...baru sambung balik baca buku ni. tak nak bg bintang lagi...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.