Ulasan Buku Kiub oleh Arifful Baqi
Kiub membawa pembaca ke dalam dunia penuh ketegangan, teknologi dan dendam. Cerita ini bermula dengan sekumpulan militan yang berusaha memiliki enam kiub berteknologi tinggi, kononnya untuk dendam tapi sebenarnya hanya untuk memenuhi nafsu syaitan mereka.
Apabila kejahatan mula menguasai lima daripada 6 kiub tersebut, segalanya bertukar menjadi bencana — kemusnahan, kematian dan pengkhianatan menjadi hal biasa dalam cerita baik dalam side kebenaran or kejahatan. Ada saja muka 2 face dimana-mana.
Watak Zaki menjadi nadi utama cerita ini. Dia kehilangan keluarga satu demi satu akibat perebutan kiub-kiub tersebut, lalu Zaki bertekad menuntut keadilan dan membongkar rahsia di sebalik segala kekacauan. Setiap langkahnya dipenuhi aksi mendebarkan, eksperimen saintifik yang berisiko, dan detik-detik yang membuat pembaca tidak senang duduk.
Waktu saat-saat genting sempat lagi penulis buat drama cinta-cintun, stress aku dibuatnya.
Walau ada sedikit elemen cinta, fokus utama buku ini tetap pada perjuangan, teknologi, dan sisi gelap manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Babak-babak gore turut diselitkan secukup rasa untuk menonjolkan betapa bahayanya obsesi dan dendam.
Secara keseluruhan, Kiub ialah sebuah novel thriller sains fiksyen tempatan yang padat dengan aksi ilmu persilatan menentang kejahatan, ada watak dari kota Rajawali muncul membantu, mainan emosi, dan nilai kemanusiaan. Ia sesuai untuk pembaca yang gemarkan jalan cerita pantas, berlapis dan penuh kejutan.