Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Thriller

Projek Thriller: UBAT

Rate this book
Ubat: Dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati sakit. Ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.
Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

UBETOK – NAIM TAMDJIS

“Ingat, awak tak selamanya akan selamat. ALLAH itu Maha Kaya! Cukup-cukuplah tangan kotor awak membunuh orang. Jangan lagi jadi penyebab pembunuh beribu-ribu lagi pesakit kanser yang tak bersalah!”

POTRET SYAPUTRA – S.KAUSARI

“Kalau apa yang saya nampak bukan kerana penyakit yang saya alami, kenapa saya diberi ubat tu? Adakah untuk mengaburi mata saya tentang apa yang sebenarnya berlaku?”

TABU – RESMANSHAH

“Apa yang kau ingat hanyalah nama kau. Satu-satunya petunjuk yang kau ada, adalah sebuah alamat rumah di Subang Jaya. Kala seluruh Malaysia dipenuhi mayat yang sudah mula mereput dan kenderaan yang ditinggalkan kosong, kau masih bernafas!”

432 pages, Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Naim Tamdjis

37 books113 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (50%)
4 stars
9 (34%)
3 stars
3 (11%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,576 reviews1 follower
August 7, 2017
Memang ohsem.. Tiga penulis dengan tiga cerita berbeza namun membawa satu tema iaitu Ubat.. Memang menarik tertarik.. Kebaboom.. Suka ketiga-tiganya.. Satu kepuasan yang maksimum.. #projekthriller #ubat #bukuprima #thriller #aksi #novelaksi #novelthriller #actionnovel #bookstagram #hobisaya #bacaanogos2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
September 29, 2026
Projek Ngeri#3 : Ubat pada kali ini mengetengahkan TIGA orang penulis, sama seperti yang dilakukan pada Projek Seram. Dari EMPAT orang penulis menjadi TIGA orang sahaja.

Tema yang digunakan pada jilid ketiga ini adalah UBAT, secara jujurnya saya tidak menyukai ubat dan sudah pasti ramai yang bersetuju dengan saya kerana ramai di luar sana tidak suka makan ubat termasuklah diri saya.(ketawa)


UBETOK - NAIM TAMDJIS ⭐️⭐️⭐️

Banyak kisah menggunakan watak pembunuh upahan sama ada ' assasin ' ataupun ' hitman ' namun penulis memilih ' hitman ', seorang pembunuh upahan profesional yang membunuh demi duit.

Sebenarnya ' hitman ' dan ' assasin ' nampak serupa kerana kedua-duanya pembunuh upahan, namun ada perbezaannya iaitu ' hitman ' pembunuh upahan profesional yang membunuh kerana melibatkan duit dan melibatkan kontrak.

Kebiasaan pelanggan ' hitman ' adalah musuh perniagaan, samseng, pasangan dan seumpama dengannya. Sebaliknya berbeza dengan ' assasin ', mereka adalah pembunuh politik, keagamaan, ideologi dan ketaksuban.

Mereka sentiasa bertindak sendirian, diupah kerajaan ataupun sebahagian dari kumpulan rahsia. Sasaran utama mereka adalah menteri, ahli politik, artis dan orang dikenali yang dipanggil ' selebriti '. Rasanya saya lebih cenderung ke arah pembunuh upahan yang dipanggil ' assasin '.

Seorang pembunuh upahan profesional yang membunuh semata-mata demi duit, mula beralih arah dan berubah setelah terbabit dalam tugasan menculik ahli sains yang mencipta Ubetox. Ubat yang kononnya penawar kepada semua penyakit barah.

Namun sayangnya peranannya berakhir sebelum sempat bertaubat dan kembali kepada Allah SWT, Alhamdulillah ditakdirkan kembali menemui ilahi dengan sempat mengucapkan kalimah syahadah.

Ahli sains wanita yang merahsiakan keislaman dari orang sekeliling termasuklah emaknya sendiri, nampaknya penculikan ini secara tidak langsung merupakan petunjuk untuk dia berterus terang dengan emaknya mengenai pegangan agama islamnya.

Tiada apa lagi yang perlu ditulis lagi, cuma kasihannya membayangkan wajah sebenar Ajman digambarkan seperti Lord Voldermort dari siri Harry Potter yang terkenal itu. Siapa tidak mengenali Harry Potter dan Lord Voldermort, dipersilakan membaca novel ataupun menonton wayang Harry Potter ya.

Disebabkan itu ibu kandungnya tergamak membuangnya kerana wajahnya yang hodoh itu, namun nasibnya malang dibesarkan oleh pembunuh upahan selepas berumur 9 tahun gara-gara emak angkatnya meninggal dunia.

Kerana itulah dia mengikuti jejak bapa angkatnya menjadi seorang pembunuh upahan dan dilatih khas di Israel durjana, mereka terikat dengan perjanjian kejam untuk bersumpah taat setia dengan membuang cap jari pada ibu jari mereka.

POTRET SYAPUTRA - S.KAUSARI ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Saya mahu mengulas mengenai hukum hakam yang dipandang remeh, setelah selesai membaca cerita ini membuatkan saya merenung jauh memikirkan berapa ramai agaknya orang islam di luar sana yang mempermainkan hukum islam?

Bagaimana jika ada segelintir umat islam di luar sana, mempergunakan agama islam tanpa mempedulikan hukum hakam seperti binti/bin anak luar nikah dengan nama bapa? Ataupun tanpa disedari berkahwin dengan menggunakan identiti orang lain, kasihan nasib si anak-anak dan seluruh keturunannya.

Bonda saya ada menceritakan sebuah kisah benar yang dibaca mengenai perkahwinan dengan lelaki yang menggunakan identiti orang lain, jadi perkahwinan itu tidak dikira sah kerana bukannya nama sebenar dia maka anaknya dikira anak zina.

Bukannya kesalahan si anak sebaliknya yang bersalah selaku wali, bapa sepatutnya bukan main menerima bakal menantu dan bakal pasangan turut bersalah kerana tidak pernah menyiasat latar belakang lalu main berkahwin sahaja.

Ada sesetengah kes beberapa kali dibaca di hujung jari, perempuan terkahwin dengan lelaki celup iaitu rupa-rupanya wanita yang menyamar sebagai lelaki. Sebab itulah di zaman sekarang ini, kenalah menyiasat dan menyelidik latar belakang serta asal usul bakal pasangan kita demi mengelakkan masalah di masa akan datang.

Itu belum lagi dikira terkahwin dengan adik-beradik sendiri, gara-gara ibubapa bercerai sejak kecil lalu membawa anak-anak dan dipisahkan sekian lama. Sampaikan terjatuh cinta dengan adik-beradik kandung lalu berkahwin, sampaikan sudah mendapat anak.

Bukannya kesalahan suami isteri itu kerana mereka mangsa, yang patut dipersalahkan ibubapa mereka yang berpisah dan tidak pernah menemukan adik-beradik sehingga ke dewasa. Sebab itulah di dalam islam tidak menggalakkan penceraian, jika bercerai sekalipun jangan memisahkan perhubungan di antara ibubapa dan adik-beradik.

Ada sesetengah kes pula bapa berkahwin dua tanpa pengetahuan isteri pertama, malah isteri kedua pun tidak mengetahui apa-apa mengenai isteri pertama. Malangnya anak-anak yang berlainan emak saling terjatuh cinta dan berkahwin, sudah tentu bukannya kesalahan mereka.

Sebaliknya bapa mereka yang merahsiakan perkara ini dan juga bekas isteri kedua yang tidak pernah mengambil tahu mengenai isteri pertama mahupun anak-anak tirinya, sebab itulah tidak elok berkahwin rahsia tanpa pengetahuan isteri. Inilah padahnya dan yang malangnya anak-anak menjadi mangsa angkara nafsu cinta mereka.

Amboi..nampaknya semakin melalut jauh saya dari tujuan asal, berbalik kepada tujuan utama untuk menulis ulasan cerita ini. Sejujurnya saya menyukai cerita ini dan banyak pengajaran boleh diambil, terutamanya bab hukum hakam yang diambil mudah segelintir orang islam di luar sana.

Teruknya perangai moyang Syariezal yang mementingkan harta benda, sanggup membiarkan anak kandungnya mati demi menjalankan rancangan jahatnya sehingga membelakangkan agama islam.

Kemudian anak luar nikah meneruskan perancangan kotor yang dipanggil ayah, walhal di dalam agama islam tidak boleh dipanggil ayah kerana emaknya tidak pernah berkahwin jadi selayaknya dipanggil lelaki yang mengandungkan emaknya.

Sepatutnya dia boleh berterus terang dari awal sebelum terjebak lebih jauh, semuanya semata-mata demi ketamakan harta dunia dan mewarisi kekayaan lelaki yang mengandungkan emaknya. Akhirnya meninggal dunia dalam keadaan sedemikian tanpa sempat bertaubat, nazubillah..

TABU - RESMANSHAH ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Pada pandangan saya, sejujurnya cerita ini lebih menarik dari karya penulis yang termuat dalam Projek Seram Lif dan Projek Seram Kerusi. Mulanya saya terfikir dan kerisauan jika cerita ini tidak menarik, namun sangkaan saya meleset dan ianya lebih dari jangkaan saya.

Jika dibaca dari permulaan cerita, seolah-olah Isman yang kehilangan ingatannya adalah Raziq anak Raudhah yang sudah menghilangkan diri selama 3 bulan tanpa diketahui sebabnya.

Namun identiti sebenar Isman sudah diketahui saya, selepas penjelasan Raudhah dihalau keluar dari rumah oleh keluarga mentuanya selepas kematian suaminya. Cuma ketika itu saya kehairanan mengapa Raudhah seolah-olah tidak mengetahui kewujudan Isman selama ini?

Semasa Isman terfikir selepas melihat mayat yang bergelimpangan di sana sini, membuatkan dia teringatkan mayat hidup(zombie). Begitu juga dengan saya mempunyai pemikiran yang sama, nasib baiklah bukannya mayat hidup macam dalam wayang barat.

Sebenarnya saya tidak berapa menyukai cerita berkaitan dengan mayat hidup selama ini, satu-satunya yang saya tengok adalah wayang dari Korea Selatan iaitu Train to Busan rasanya dan jalan ceritanya menarik. Kesudahan penamatnya agak menyedihkan apabila watak utama mengorbankan diri demi anaknya dan wanita mengandung terselamat.

Penulis memang pandai menggambarkan kekejaman tentera Israel dan campur tangan dari negara Amerika Syarikat serta Israel dalam masalah negara kita, boleh dirasakan kebencian pembaca terhadap dua negara. Apatah lagi tergamak mereka membunuh mangsa yang terselamat di luar tempat perlindungan, kasihan mengenangkan nasib kedua-dua perempuan malang itu dibunuh ketua tentera Israel.

Sebuah cerita yang menarik di mana Isman yang mempunyai wajah serupa anak Raudhah, kecuali ketiadaan tahi lalat di wajahnya. Berusaha mahu melindungi dan menyelamatkan nyawa Raudhah ketika mereka diekori tentera Israel, biarpun dia tidak mengingati asal usul dirinya namun sikapnya dipuji dia atas keprihatinan.

Begitu juga ketika perasaan bersalah ketika mana dia gagal menyelamatkan nyawa dua perempuan yang ditembak mati, ianya adalah perasaan normal sebagai manusia biasa.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
545 reviews45 followers
November 18, 2025
Ubetok

Ajman seorang pembunuh upahan kini mendapat tugasan menculik seorang saintis. Pihak tersebut menginginkan formula ciptaannya yang mampu mengubati kanser.

Kerana wang ringgit manusia mampu berbuat apa sahaja. Kerana duit Ajman mengambil tugasan mencabut nyawa manusia. Kerana wang ringgit, pihak tertentu sanggup mendapatkan formula Ubetok secara paksa. Hanya yang berhati luhur sahaja tidak nampak duit sebagai tujuan hidup mereka.

Cuma yang SH tak fahamnya dalam keadaan begitu pun sempat lagi jatuh cinta. Aduhai.

SH sebenarnya kagum dengan mereka yang menggantungkan sepenuh kepercayaan kepada Yang Maha Esa tanpa rasa risau dengan apa yang bakal mereka tempuhi. Yang masih menjaga solat di kala sedang berada dalam tawanan musuh. Bukan semua orang mampu berbuat demikian. Walaupun itulah yang seharusnya kita lakukan.

Potret Syaputra

Syariezal terpaksa pulang ke tanah air setelah diminta oleh datuknya bagi mewarisi syarikat kepunyaan datuknya itu. Sesampainya Syariezal di rumah datuknya dia mula melihat kelibat seorang kanak-kanak lelaki. Di syarikat pula seolah-olah ada satu komplotan yang tidak mahu Syariezal mengambil alih syarikat tersebut.

SH suka dengan plot twist di akhir cerita. Tak sangka itulah rahsia yang disimpan oleh datuknya. Namun yang menjadi mangsa adalah Syariezal. Terpaksa makan ubat dan menerima rawatan untuk sakit yang tidak wujud demi menutup rahsia keluarga.

Betapa ceteknya pemikiran seorang ayah yang tidak mampu menerima kekurangan anaknya sendiri. Kononnya demi menjaga air muka keluarga. Apakah sebuah kecacatan melambangkan harga diri dan maruah sesebuah keluarga? Anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa stigma keluarganya sendiri.

Tabu

Isman yang baru sedarkan diri di hospital terkejut melihat keadaan di sekitarnya. Mayat bergelimpangan di mana-mana. Berdasarkan sebuah nota yang ditingggalkan dengan alamat yang tercatat, Isman cuba ke lokasi yang diberikan. Di situ dia bertemu dengan seorang wanita yang menyangka Isman adalah anaknya. Dan dari Raudhah jugalah Isman mendapat sedikit sebanyak berita tentang apa yang sedang terjadi.

Menyirap betul dengan Amerika dan Israel dalam naskah ini. Seboleh mungkin mencari celah untuk masuk dan menguasai negara lain. Jovhic sememangnya mampu mengundang amarah SH. Membunuh manusia seolah-olah menepuk nyamuk yang sedang menghisap darah. Seronok betul dia.
Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews13 followers
December 8, 2025
Ulasan: Projek Thriller – Ubat (Naim Tamdjis, S. Kausari & Resmanshah)

Novel ini menghimpunkan tiga cerita thriller bertemakan “ubat”, dan setiap satu mempunyai kekuatan serta keunikan tersendiri. Secara keseluruhan, karya ini sangat menarik dan penuh kejutan.

Cerita pertama mengisahkan seorang hitman terkenal yang ditugaskan membunuh tapi tukar jadi melindungi seorang wanita yang berjaya menghasilkan penawar penyakit kanser. Campur tangan pihak berkepentingan menghalang usaha ini kerana takut perniagaan mereka akan musnah jika penawar tersebut didedahkan. Cerita ini penuh aksi ala misi 007 — sangat menghiburkan! Tema ketamakan manusia ditonjolkan dengan kuat, sanggup melihat orang lain menderita demi keuntungan. Walaupun tidak menonjol, si hitman membuat pilihan yang menjadi asbab kepada penyelesaian konflik utama.

Cerita kedua pula berkisar tentang perebutan takhta. Ia menggabungkan elemen seram ringan, misteri dan permainan minda. Realiti dan halusinasi seakan-akan bertembung. Plot twist di penghujung cerita benar-benar mengejutkan, namun penceritaannya masih kemas dan mudah difahami. Elemen misterinya sangat kuat — kasihan watak budak lelaki itu… 😭 Segalanya berlaku atas alasan menjaga imej dan “keunggulan”.

Cerita ketiga menceritakan wabak virus yang tersebar luas, disertai campur tangan pihak luar yang kononnya ingin membantu, namun sebenarnya merosakkan negara. Berunsur zombie apocalyptic versi tersendiri, kisah ini mengikuti perjalanan seorang watak yang cuba merungkai identitinya sendiri sambil mencari penawar terhadap bencana yang tercetus.
Kesimpulannya, novel ini sangat mengasyikkan dan berjaya membuatkan saya leka membaca.

Rating: 100/5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
July 22, 2019
3 cerita iaitu

UBETOK – NAIM TAMDJIS
Seorang pembunuh upahan ditugaskan untuk menculik seorang ahli sains yang menghasilkan Ubetok demi kemewahan hidupnya namun akhirnya dia memilih untuk berkorban untuk menyelamatkan beribu pesakit kanser dengan mengadaikan nyawanya sendiri



POTRET SYAPUTRA – S.KAUSARI
Hanya kerana dia selalu nampak sesuatu yang orang lain tak nampak dia dianggap gila dna terpaksa makan ubat walaupun hakikatnya semua yang dia lihat itu adalah suatu kebenaran yang berkait rapat dengan dirinya

TABU – RESMANSHAH

Sedar sahaja daripada koma dia dikejutkan dengan keadaan negara seperti diserang zombie.Ditinggalkan satu nota alamat sebuah rumah yang mana penghuninya adalah seorang ibu yang mempunya anak seiras dia.Ancaman daripada tentera Isreal memaksa dia bertahan dan meyerang..Akhirnya satu rahsia terungkai,rupa-rupanya wajah yang seiras itu bukan satu kebetulan tapi suatu ikatan.



**best baca ...
Profile Image for Najwa Azrin.
181 reviews1 follower
March 27, 2026
Jalan cerita ketiga-tiga novelet semuanya besttt, buatkan kita ternanti-nanti setiap plot twist nyaaa!

Syabas diucapkan buat ketiga-tiga penulis memberikan otak saya menerawang dan membayangkan segala scene seperti dalam movie thriller yang menyeronokkan, kudosss!
Profile Image for Ain.
138 reviews15 followers
July 3, 2019
Menarik !
Kisah yg ada unsur medical dan sains yang ditambah dengan unsur aksi.
Suka kisah yg pertama 'ubetok'. Turut ada nilai murni yg dicambah dan kisahnya tidak klise.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nrlirdena.
10 reviews
December 6, 2025
interesting.tapi kalau ada sambungan untuk part ubat tu mesti lagi best (season 2 pls)
Profile Image for Hani~.
185 reviews4 followers
March 23, 2026
Projek Thriller: UBAT menghimpunkan tiga cerita daripada tiga penulis berbeza yang bertemakan ubat. Apabila melibatkan beberapa penulis berbeza, bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan semuanya seimbang. Namun buku ini sangat berjaya dari sudut tersebut. Setiap cerita ada kekuatan dan keistimewaan tersendiri sama ada dari segi tema, jalan cerita mahupun corak penulisan. Tiada satu yang tenggelam. Sebuah projek yang berjaya.

Lebih menarik lagi, walaupun bernaung bawah satu tema dan genre yang sama, namun setiap cerita membawa vibe tersendiri.

Cerita pertama tentang dunia korporat yang menjadikan penyakit manusia sebagai jalan meraih keuntungan. Adanya elemen aksi melalui watak pembunuh upahan dengan kemahiran dan bantuan teknologi tinggi.

Cerita kedua pula lebih gelap. Membawa aura misteri dan psikologi. Ada yang sanggup mengorbankan orang terdekat demi mengekalkan reputasi.

Cerita ketiga membawa kita ke satu waktu dan tempat di mana penduduknya diserang virus aneh yang membuatkan mereka bersikap seperti zombie. Situasi ini diambil kesempatan oleh kerajaan luar untuk mereka campur tangan urusan negara.

Meskipun berbeza dari segi mood cerita, namun terdapat persamaan yang mengikat ketiga-tiga cerita ini iaitu unsur kemanusiaan. Kemanusiaanlah yang mengubah fikiran seorang pembunuh upahan, kemanusiaanlah yang mengikat dua orang yang ketika itu tidak saling kenal untuk melindungi antara satu sama lain.
Profile Image for Fatihah Zunaidi.
109 reviews2 followers
July 19, 2023
ada unsur mindblown tu sikitt jalan cerita menarik macam tengok filem lagaknya. paling terkesan cerita yang sampai kena culik tu semua melibatkan assasin wow menarik jalan cerita tu. nampaklah ye nyawa manusia ni cuma dibuat kaut untung kalau sampai ke tangan yang salah. orang buat penyakit semata untuk kaut untuk je manusia kena beli ubat.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews