Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara...
Tak perlu dicerita banyak, ARA dan thriller memang tak dapat dipisahkan. Tapi, aku tak tahu apa yang kurang. Mungkin kerana penghujung cerita membunuh hampir kesemua ‘kegembiraan’ aku.
Tapi, ya aku masih seronok membacanya. ARA dan sentuhannya masih berbisa. Walaupun aku boleh agak siapa gerangan pembunuh, tapi ada scene yang aku tak sangka sungguh. Setiap plot dikupas perlahan-lahan dengan baik sekali.
Dara -- bawa makna sang perempuan. Boleh jadi juga dendam. Hmm, yang mana pengakhirannya tetap sadis. Jadi, salahkah menyimpan dendam? Tak pasti, cuma seperti yang aku bilang awal tadi penamatnya tetap tidak menggembirakan aku.
Kisah pembalasn terancang oleh Dara yang pernah diperkosa.. Kalau baca memang teliti.. Adegan yang tak perlu diceritakan secara terperinci namun mampu membuatkan pembaca menwka dengan tepat.. Suka garapan penulis.. Cuma penamatnya agak tak best.. #demidara ##abdulrahimawang #penerbitx #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookstagram #hobisaya #booklover #bookworm #bookreview #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Novel ini punyai susunan dan laras bahasa yang sedap dibaca. Sebuah kisah thriller yang berasaskan kasih sayang keluarga.
Dara dan abangnya Mazlan tinggal bersama datuknya selepas ayah mereka meninggal dunia. Ibunya kemudian berkahwin lagi dengan seorang duda yang mempunyai seorang anak lelaki.
Satu peristiwa pahit berlaku kepada Dara tapi dia menyimpan kejadian itu sendiri. Dara mempunyai rancangannya sendiri untuk membalas dendam.
Selepas habis baca, saya masih tertanya-tanya tentang beberapa perkara.
Adakah kisah ini akan ada sambungan? Siapa 'aku' dalam kisah ini? Apa yang akan Mazlan lakukan? Apa tindakan pendakwa raya selepas Mazlan menang dalam kes rayuan peringkat pertama? Apa sebenarnya terjadi masa Dara hilang?
Ya, banyak soalan yang belum saya temui jawapannya.
Jalan cerita yang menarik 👍🏻 Tidak disangka-sangka dengan klimaks-nya yang begitu 😱 Seorang gadis yang tercalar maruahnya,berani menuntut bela atas kesuciannya tanpa bantuan orang lain mahupun keluarganya 😨 Srikandi Melayu menjadi panduan 💪🏻 Dibekalkan dengan ilmu seni pertahanan diri dan mekanik,dia mengatur strategi untuk menamatkan riwayat hidup orang yang telah menghancurkan masa depannya 😡 Strategi yang amat sistematik tanpa dikesan oleh sesiapa 👌🏻 Namun,dia tidak berdiam diri selepas abang yang disayanginya pula dituduh membunuh dan hampir dijatuhkan hukuman 🤯 Dia pula mengatur strategi untuk menyelamatkan abang kesayangannya 💫 Tapi,pengakhirannya amat tidak disangka sekali lagi 😨 Pengakhiran hidupnya amat tragis setelah semua rancangannya berjaya 😭 Walaupun kisahnya berakhir dengan cara yang tergantung sepi,tetapi ia tetap dapat memberi pengajaran dan nasihat kepada masyarakat sekarang 😊 Harap dapat disambung lagi buku ini 😍
Sekian, 💕
This entire review has been hidden because of spoilers.
I hate the ending Kenapa Dara macam tu sekali? Kejam gila .....
Kenapa abang tiri Dara, Syukur sanggup jual adik dia? Adik tiri bukan adik kandung .. still pangkat adik juga kan Takkan takde rasa tanggungjawab Sudah lah biawak hidup .. ni baru kata melayu pemalas
Tapi kan kenapa atuk Dara panggil Dato' Ali? Apa jasa dia ye? Tapi cara kehidupan macam sangat sederhana Kalau pangkat Datuk Dato' ... Mewah hidup nya ....
Hushhh sabar jer lah ending nya ... Terasa nak campak ke dalam tong sampah
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Dara tak mahu abangnya terkorban kerana perbuatanya. Dia juga bukan mahu berkorban untuk menyelamatkan nyawa abangnya. Dia rela berkorban kerana mahu membalas dendam terhadap orang orang yang telah menodai kesucianya"
Adakah dara bersalah?
Awal lagi aku dah boleh agak siapa si pelaku. Cerita menarik cuma bila bab pengakuan dibuat, aku rasa bosan sikit sebab mengulang semula scene scene pembunuhan. Macam baca dua kali. Huhuhu. Aku tak pandai mengulas. Yang paham baguslah, yang tak paham ko baca la sendiri. HAHAHAHHAHAA!
Aku rasa EGO lagi mantap dari Demi DARA.. Tapi aku yakin cerita ini tak habis kat sini je. Sebab aku pasti Mazlan tak mungkin akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian dara.
"Niat paling penting bagi membuktikan sesuatu perbuatan jenayah. Tanpa niat, apa pun perbuatan yang dilakukan tak menjadi kesalahan". - Demi Dara, Abdul Rahim Awang
Buku yang banyak meninggalkan tanda tanya, itu yang boleh aku simpulkan.
Antara persoalan yang timbul, 1. Siapa sebenarnya yang rogol dan bunuh Dara? Kenapa? 2. Siapa 'aku' dalam buku ni? 3. Kenapa ada kerambit beserta darah dekat dalam jaket hitam Mazlan? 4. Apa nasib Mazlan bila Dara sudah mati?
Tapi, aku rasa Rahman, ayah tiri kepada Mazlan dan Dara ni macam ada something wrong somewhere. Aku rasa macam, takkan Rahman ni langsung takda perasaan dendam kat Dara bila dia tahu yang Dara lah penyebab anak kandung dia mati?
DENDAM. Ya, buku ni memang dipenuhi dengan dendam.
Banyak sebenarnya aku kurang puas hati. Pertama kerana pengakuan dara yang macam dipanjang panjangkan. Macam tak perlu. Hampir semua diceritakan semula sehingga dialog. Bagi aku tak perlu sedetail itu. Kedua kerana pengakuan itu macam terlalu pelik untuk diceritakan dalam masa pendek. Dan macam sekejap cerita terus habis masa. Lepas tu sambung esok. Itu pon nak dicerita. Misterinya pun tidak begitu misteri. Yang aku suka mungkin idea gadis atau dara yang sial sehingga akhir hayatnya dan pengakhiran yang menunjukkan lagi kesialan hidup dara.
Saya membaca hampir semua novel ARA. Bagi saya, novel ARA yang dulu-dulu lagi menyeronokkan tapi yang baru pun tetap a page turner. Cuma novel Demi Dara ni agak geram sebab tak boleh nak agak ending dia. Kenapa Dara di rogol dan dibunuh pula sedangkan dia pandai ilmu pertahanan diri. Tak puas hati di situ. Dan apa signifikannya watak 'Aku'.
sekiranya tiada siapa yang akan menuntut keadilan, apa yang akan kau lakukan? kau tuntut keadilan itu sendiri walaupun nyawa kau menjadi galang gantinya.
Bila mula-mula baca, saya rasa macam plot dia mungkin biasa-biasa saja. Tapi, dengan plot macam tu pon, saya tak dapat nak berhenti baca (terutama bila dah masuk bahagian 'membalas budi'). Pelik jugaklah macam mana cerita yang simple ni dapat tarik minat saya untuk baca sampai habis dalam masa sehari saja.
Sebabnya, terutama dalam bahagian tiga novel ni, banyak sangat pengulangan cerita yang bagi saya boleh diceritakan dalam bentuk yang lain. Dan, bukannya saya tak tahu siapa suspek utama. Tapi saya masih lagi teruja nak tahu apa akan berlaku seterusnya. Respek sangat dekat penulis pasal ni.
Yang paling menyakitkan hati, saya masih tak tahu lagi siapa 'Aku' di bahagian prolog dengan epilog tu. Pengakhiran cerita tu sangatlah diluar jangkaan. Saya rasa rating saya untuk cerita ni tinggi disebabkan oleh ni. Twist tu menyebabkan plot yang simple tu jadi lain.
Dari segi character, tak dapat nak relate sangatlah dengan Dara ni, sebabnya dia ni lain sikit. Fahamlah dia rasa macam tercabar nak jatuhkan lelaki2 tu. Tapi, dia macam dah embody satu character psycho pon ada. Sebab dia takde rasa bersalah pon. Part ni mungkin saya kena tengok balik.
Saya cuba cari sequel untuk cerita ni, tapi tak jumpa. Kalau siapa biasa baca buku dari penulis ni roger2 la ;))
"Andai hati dilanda gundah, Diri bertindak mengikut rasa"
Perjalanan cerita agak perlahan dan plot kisah yang asyik berulang membuatkan kisah nya aga longgar. Setiap aksi pembunuhan yang diceritakan dengan kurang terperinci menyukarkan rasa sampai ke hati pembaca.