Membaca buku ini boleh buat kita berada di zaman susah turki... penulis andrew mangi berjaya memberi pengetahuan dan ilmu berkenaan kenapa Mustafa Kamal Attaturk yang berjaya dan kenapa Uthmaniyah terkubur. Cerita pembebasan Turki dari pihak penjajah British, Perancis, Italy (parti berikat) dan juga penaklukan semula Izmir dari Greek secara amnya sama seperti corak pembebasan negara malaysia di tangan penjajah cumanya jalan menuju kemerdekaan turki ini mempunyai caritera tersendiri.. kesamaan adalah negara berjaya merdeka dengan rundingan damai.
Pandangan saya terhadap mustafa kamal berubah sama sekali apabila membaca karangan Mango ini. Dulu saya tidak memyukai Attaturk kerana saya di momokan bahawa attaturk ini bersekongkol dengan negara asing menjatuhkan sultan uthmaniyah. Serta attaturk yg sebenarnya menghapuskan islam di bumi uthmaniyah itu.
Pandangan saya, attaturk adalah pemimpin yang tepat untuk mengembalikan kekuasaan orang turki di persada antarabangsa , tanpa dia Turki tak mungkin wujud dan dunia tak akan mengingati empayar uthmaniyah seperti sekarang ini. Ada hikmahnya kenapa Attaturk di jadikan pemimpin turki moden.
Tidak banyak di ceritakan siapakan attaturk sebenarnya. Hanya menceritakan mendapat pendidikan di barat dan dia juga memandang eropah sebagai sebuah negara yg memounyai peradaban dan dia patut mencontohi peradaban itu.
Kejatuhan empayar uthmaniyah bukan di sebabkan attaturk tetapi lebih kepada perangai sultan yang tidak cekap memerintah selain itu, sultan juga bersekongkol dengan pihak penceroboh british untuk memastikan sultan terus bertakhta tanpa memikirkan berkenaan bangsa, rakyat & agama turki. Ini yang menajdikan attaturk tidak memberi sokongan kepada sultan uthmaniyah walaupun pada sayu masa beliau menyokong sultan ini.
Kalangan sultan uthmaniyah yg terakhir lebih berminat untuk mengekalkan takhta daripada kepentingan sebuah negara turki yg merdeka. Di samping itu juga sultan lebih suka melantik pemimpin pemimpin aynh tidak berkaliber serta gila kuasa dan mempunyai kepentingan peribadi. Ini menjadikan kenapa empyar uthmaniyah runtuh. Selain dari itu terdapat pakatan dalaman yg menginginkan sultan terkubur , seperti ahli CUP yang bertindak dalam ketenteraan tanpa persetujuan sultan.
Kejayaan penubuhan republik turki ini tidak mudah kerana terpaksa bergelut dengan musih jiran seperti greece. Greece yang di sokong kuat oleh British melalui presidennya Lloyd george berusaha keras menyerang izmir dan menguasai istanbul denagn menduduki wilayah tersebut walaubagaimanpun akhirnya greece kalah dan berundur . Perbalahan anyara turki dan greece ini mengakibatkan genocide bagi kaum greece dan juga kaum turk. Ribuan malah jutaan rakyat greece dan turk telah mati akibat dari perang merebut izmir & istanbul.
Selain dari itu faktor kemenangan attaturk adalah kerana beliau berjaya menjalinkan hubungan baik dengan pihak berikat seperti Italy dan peranchis serta attaturk juga berjaya menjadi kawan dengan Moscow. Ini menjadikan British keseorangan tanpa sokongan untuk menyerang Turki. Attaturk bersetuju utnuk menyrahkan syria kepada Peranchis manakala italy sudah menjalinkan hubungan yg baik dengan penduduk turkey serta italy juga terkesan dengan perjanjian anatra tentera berikat yg tidak menunaikan janji sebelumnya. Ini memudahkan lagi proses rundingan damai dengan british bagi melepaskan sepenuhnya negara turki sebagai sebuah negara yg berdaulat .
23 october 1922, tertubuh lah republik rakyat turki yg di asaskan oleh Attaturk. Selepas tertubuhnya republik turki moden ini, kelihatan jelas penbaharuan yg di lakukan attaturk yg mana tidak mendapat sokongan rakan rakan seperjuanganya. Antara pembaharuan yg di lakukan adalah manghapuskan sistem khalifah, melupuskan agama islam dari perlembagaan , tidak membenarkan memmakai tarbus , serta banyak lagi pemodenan yang mengetepikan agama islam bagi pndamgan pihak pembangkang.
Tahun tahun selepas penubuhan republik turki moden ini lebih menampakkan attaturk sebagai seorang pemimpin diktator. Namun, bagi saya apa yg di lakukan oleh attaturk ada baiknya bagi melahirkan turki yang bebas dari cengkaman penjajah dan rakyat yang kehadapan . namun, amatlah sedih dan terkilan kerana attaturk tidak mahu mengembalikan sistem kesultanan uthmaniyah/khalifah serta mengekalkan islam di dalam perlembagaan..
63 tahun selepas kewafatan attaturk, zaman ini kita di sogokkan kembali dengan kegemilangan uthmaniyah, saya percaya ini adalah puing puing untuk muslim bangkit ... dan saya percaya kegemilangan islam ini akan kembali di tangan pemimpin yang terpilih satu hari nanti ... insya allah