Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dr. Alpha Male

Rate this book
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?

691 pages, Paperback

First published January 1, 2017

829 people are currently reading
7761 people want to read

About the author

Anjell

15 books2,229 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,984 (64%)
4 stars
1,026 (22%)
3 stars
366 (7%)
2 stars
126 (2%)
1 star
111 (2%)
Displaying 1 - 30 of 501 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
February 14, 2023
Sebenarnya inilah yang merisaukan saya. Buku ni terlalu hype. Sampai sekarang pun masih ada lagi pembaca yang suka dan gilakannya. Alasan utama kenapa saya simpan buku ni hampir setahun di rak sebab saya risau jika saya mula baca DAM ni, tak kena dengan taste saya. Saya akan terlalu jujur tanpa berselindung mengatakan apa yang saya rasa mengenai DAM ini.

Saya sebenarnya kurang gemar beberapa perkara di dalam DAM ini :-

• Terlalu banyak kebetulan

Banyak sangat kebetulan dalam hidup Hazel & Hilman. Dari perselisihan faham di 7E, berjumpa pula di kolej (Hilman jadi lecturer Hazel), tup tup mereka berjiran pula dan seterusnya adik Hilman tangkap cintan dengan bff Hazel, Sabiha. Jumpa orang yang sama terlalu kerap? Hm. Menarik tapi jarang berlaku. Untuk orang mcm saya yang jarang-jarang ada kejadian kebetulan dalam hidup ni rasa macam kurang logik dan tak boleh relate lansung.Meskipun ini cerita fiksyen namun saya rasa harus meletakkan logik akal bab bab terserempak ni.

Normally, kita ni kan nak jumpa orang yang kita kenal tu mcm susah gila. Kadang kalau jumpa pun mahu dari jauh dah u turn kahkah. Entahlah bab terserempak ni memang tak boleh brain. Sebab ye la. Siap berjiran lagi. Memang la Hilman tu baru je balik dari overseas. Tapi itulah. Dalam banyak-banyak manusia tu. Jadi jiran Hazel pulak.

• Kesempurnaan yang Keterlaluan

Untuk karakter Hilman. Terlalu perfect! Sebagai seorang manusia biasa pasti ada celanya. The way penulis describe Hilman, boleh bikin pembaca muda berangan teruk. Haha. Mahunya dieorang tak boleh move on. Sebab nyatanya secara realiti, kalau kau kacak mungkin kau pendek. Kalau kau pendek mungkin kau kaya, kalau kau kaya mungkin kau tak handsome. Selalu begitu. Ni contoh je takda refer sesiapa.
Tapi Hilman. Penulis gambarkan dia sebagai seorang lelaki yang kacak, anak Dato, bijak, berkerjaya, smart, pandai seni pertahankan diri, seksi, hot, very protective dll. Hm. Sebab Hazel dia asyik lemah lutut je kalau nampak Hilman. Telek muka tu tak usah cakap la. Kira memang handsome teruk ni gamaknya ni.

Saya sebenarnya okay jika penulis create watak yang tidak sempurna. Sebab saya rasa lebih realistik.

Untuk watak Hilman. Saya suka wataknya hanya ketika dia mengajar. Very strict lecturer. Strict boleh mendisiplinkan pelajar. Dan pelajar pun tak main-main untuk subjek dia dan tak ponteng. Nampak la Hilman punya aura lecturer tu.

• Heroin --

Hazel sepertinya seorang gadis yang kelihatan lantang bersuara namun bila waktu dia sepatutnya kena latangkan suara dia. Dia tak buat. Dan itu sangat mengecewakan. Kenapa dia tak direct je cakap dekat tunang dia masa dia nampak tunang dia curang dgn dia. Marahlah sebab kau kenalah marah, kenalah dengan situasi.
Ini tidak. Duduk la ceruk mana menangis. Mujur la ada pemujuk.

Dan kalau tak kena rogol, cuba bagitahu orang yang kau tidak dirogol. Jangan la diamkan diri. Hm. Sebab takda sebab pun kenapa kena pekakkan telinga dan terima apa yang jadi. Tak faham kadang dengan perangai Hazel ni. Konfius sister.

--

Pemulaan cerita saya rasa saya okay sebab tertarik juga dengan perlanggaran di antara Hazel & Hilman walaupun scene macam ni memang klise. Tapi masa tu memang dah kosongkan otak utk cuba menerima cerita ini.Sebab nak santai-santai baca je. Tapi bila banyak sangat benda yang saya cerita di atas. Saya rasa berbelah bahgi pula. Bukan saya cuba kondem tapi saya rasa ini apa yang saya rasa.

Saya rasa macam saya ada lovehate dengan main character hm. Both. Tak pasti kenapa. Tapi ada juga sisi yang baik dari mereka saya ambil sebagai pengajaran.

Maaf jika tidak sama dengan review yang lain. Saya juga cuba untuk suka DAM. Tapi mungkin nanti saya akan cuba baca kali kedua dan kita akan ulas semula okay.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews1 follower
March 6, 2021
Ok this is by far, the most immature writing, too good to be true and unrealistic main male character. Sorry i have to say this since i bought it because it is the bestselling books on their official publication's store! What a disappointment.

They way Anjell wrote the novel is ridiculously boring. All i can see it is not a novel but more like a fiction diary of the writer fantasizing about her perfect partner. This is maybe good for the kids of teenagers under 16. I am 28 and reading this tortures me so much.

I understand characters grow by time but i see none interesting value of the MC at all. She's immature, boring, regular student, secretly have a crush on this super duper so-called mr. perfect.

What i hate the most is the writing style. OMG. it makes me think that my writing is better than her. It's too casual, immature, mediocre type of writing style. I don't see where is the hype. I read novels so i can polish my malay however reading this kills my braincells.

I tried tho. i tried. but i couldnt stand more than two chapters. im selling this on shopee. sigh.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
May 16, 2017
70% SPOILER
- 40% of this boleh baca kat fb atau blog author. Dia update up till chapter 26..kalau tak silaplah.
4* sebab pertengahan flat sikit before the story started to pick up again. Overall saya suka sangat novel ini. Centralized on Hilman and Hazel. Watak tambahan only played a very minor role. Tak sakit hati dengan watak2 gedik except Iwan/Safura. Sakit lebih sikit je. Scene dekat rumah masa hari perkahwinan Iwan/Safura dan di hospital paling daebak. Panahan yg tepat. 😂😂

(Yey!! Finally emoji is working on goodreads mobile 😘😘)

Saya ada love-hate relationship dengan watak Hazel. I just boiled it down to her age and lack of exposure thus her immature behaviour in handling her own emotions. Dia cuma boleh bersabar dengan family members sahaja except dengan mak dia atau Hilman. Cakap apa sahaja dia mendiamkan diri. Sesekali which was very rare, baru dia cakap lepas.

Fikir Hazel tentang Nayla : Beauty doesnt reflect the brain. Saya rasa this part tiada bezanya Hazel dgn Nayla cuma dia takdelah terhegeh2 dgn lelaki.

Kenapa saya kata begitu? Hazel cantik tapi bab pelajaran, performance mediocre sahaja. Cepat melatah dan suka membuat kesimpulan sendiri. Kuat berkhayal dan mulut dia lebih cepat mengeluarkan kata2 sebelum otak sempat nak berfikir dengan waras dan rasional. Suka kaitkan benda benda yg tiada kaitan dengan issue yg diperdebatkan atau di bincangkan. Contohlah..kalau Hilman cakap pasal D, Hazel akan kaitkan A hingga Z. Kalau Hilman berangin mmg tak boleh salahkan Hilman. Cepat sangat Hazel menghukum. Ingin hatinya di jaga tapi jarang2 dia menjaga hati Hilman.

Hilman memang Alpha male. It was explain at length by author. Fine by me. Sebab bagi saya setiap wanita akan ada Alpha male mereka sendiri. Bagi saya Hilman is better than Tengku Ian Uzzam. Apologised for the comparision. Sangat penyabar plus humble walaupun poyo. He oozed confidence and quite manly. He has as much brain and brawn. Very protective. Apa yg dikata dia kotakan. Trustworthy. Mana2 pergi definitely attract attentions. Kuat menyakat Hazel. Sesekali marah mmg kaku Hazel dibuatnya. Jangan cari pasal. Tapi Hazel suka ambil kesempatan atas kesabarannya. Namun satu yg saya suka pasal Hazel, bila dia sedar dia salah dia tak ragu2 meminta maaf.

Satu je yg saya tak gemar ngan perangai Hilman..cara dia layan Dr. Alana. Mungkin sebab bagi dia mereka bersahabat dan tiada misunderstanding jadi he treated her better than Nayla. Perlu ke, sedangkan dia tahu yg Dr. Alana masih ada hati dengannya. Namun amidst all this, his attention always on Hazel. Well kena faham mana mungkin kita buang sahabat yg dah lama kita kenal begitu sahaja. But kita boleh hadkan pergaulan itu. That's what he did. Cuma bila bersama bagai sepasang kekasih. Manalah Cik adik kita tak cemburu.

(Saya tak faham kenapa kebanyakan novel watak heroine biasanya kelu lidah bila di serang dgn watak antagonist tapi bila dgn org yg benar2 cintai dia, mereka ambil kesempatan dan ego tinggi melangit. Ia seolah2 macam ego booster buat mereka bila melihat org yg tegas atau beku tapi sangat mencintai dia akhirnya mengalah, merayu atau mengemis secebis cinta dia? Ataupun tak kuasa sebab bergaduh bukan ada faedah. Tapi bukankah kekadang harus juga mempertahankan diri? Tak perlu berkasar.. Cakap kaw2 lepas tu blah..lain kali just ignore. Musykillah? - only 5% to do with this story.)

Macam terbalik pulak, kan? You treat others better than ur own spouse. Bukankah suami harus di taati? Especially bila dapat suami macam Hilman. Mmg taklah nak lepaskan. Nasib baik Hazel sedar diri. Whatever happened to Hazel the night of her ordeal was partly her own doing. Dan ada rahsia yg tersimpan kemas oleh Hazel. Lastly, saya benar2 tak sangka 'dia' yg jadi stalker to the point of obsession. 'Dia' dah tunang tapi betul ke? Atau itu hanya cover saja to avoid suspicion? Oh and Iwan..apa masalah dia sebenarnya? Tak bahagia ke?

Added bonus : Dheo Han made an appearance here. Ni lagi satu Alpha male in the making kut. Sangat berharap naskah tentang Dheo dan Nurissa akan keluar paling lewat awal tahun depan. Tak sabar nak tahu punca Nurissa hilang ingatan. Demand betul..hehehe.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 6, 2017
3.5 Bintang.

1. Sangat teruja untuk memulakan sesi suai kenal dengan Dr Alpha Male kita ni memandangkan tidak lah mengikuti kisah ni di blog penulis.
2. Hero sweet dan Anjell tidak dpt dipisahkan. Cuma kali ini penulis terlalu berusaha menerangkan tentang alpha male. Sebenarnya saya pon kurang jelas apakebendanya tu tp dah alang2 baca redah je lah.
3. Permulaan menarik tengah2 pon best tapi dah ke hujung agak perlahan dan rasa agak meleret plak kisah ini.
4. Mungkinkah DH bakal menjadi hero novel akan datang penulis?? *wink wink harap2 ada lah.
5. satu yg saya perasan tentang buku2 penulis walaupun kisah yg di olah klise atau biasa2 sahaja tapi masih membuat hati saya berbunga ceria.


P/S Ada cameo watak HSC lah dlm ni trus terbayang 2 org pelakon tersebut ermmm.
Profile Image for Ganga.
16 reviews
September 17, 2022
This is the first romance novel I've ever read and it is the WORST (okay maybe not worst but it's definitely isn't good either)
(spoiler alert)

1. I'm so sick of this "hero saving damsel in distress" plot. It's so outdated. The villain is just a hopeless dude who has been stalking the MC for years (without making a move until the rape part). There was nothing interesting (or scary) about him.
2. Alpha Male, Hilman is literally unbeatable. I get that he's called an Alpha Male for a reason but what the hell? How the hell did he even find out the villain's hideout? Hilman is flawless, so he can go against ANYTHING. And this creates less tension in the story and makes Hilman dull and boring. And sometimes, I feel like he has no emotions at all.
2. There are way too many coincidences in this story that makes it less realistic and creative. The alpha male is the person who bumped into the main character. The same guy is her lecturer at uni AND her neighbour's son. What's worse, that guy is the brother of Sabiha's love interest! At this point, I literally wanted to burn this book.
3. The author uses the same cheap tactics (like showing Hilman half-naked) for fan service. In the beginning, it worked but then I got tired of it.

The only character I liked is Sabiha. The main character, Hazel is childish and pretty much useless. Hilman is freaking boring. And the story is not so surprising either. 2/5
I'm not fond of romance fictions. But this is by far the most cliche story I've ever read.
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
September 3, 2021
Seacara jujurnya, ada rasa konflik selepas selesai membaca DAM. Nak suka, tapi tak suka. Nak kata bagus, terbias cacat cela. Harus diakui, Anjell bijak memancing minat pembaca - lelaki kacak terlampau yang manis tahap potong kaki, macho, romantik dan 1001 macam ciri-ciri idaman para gadis. Cukup bijak. Harusnya seorang gadis normal rasa terbuai dengan permainan dunia yang diciptakan Anjell, mengidami lelaki yg tidak pernah akan wujud.

DAM punya pelbagai rencah dan perasa untuk menjadikan ia sebuah cerita yang lebih dinamik, tapi gagal. Cerita cinta je pun, nak dinamik apanya, kan? Apa salahnya? Why not? Kesal sebenarnya bila isu rogol tidak mendapat perhatian yang sepatutnya dari Anjell. Seolah-olah rogol itu isu yang terlalu remeh. Lebih penting hero tu sweet nak mati, menyokong segala tindakan heroin biar pun salah. Arghhh! Geram!

Dan seperti satu kisah tipikal, penyelesaian kepada semua masalah gadis Melayu ialah KAHWIN. Itu je la mak ayah boleh fikir selepas anak kena rogol, ye dok? Janji ada lelaki masuk meminang, terima saja. Kira bertuahlah ada orang nak jugak walaupun dah 'kotor'. What a shitload of bullshit. Sudahlah dirogol, dicurangi tunang pula, tapi begitulah, trauma heroin kena downplay, lebih nak tunjuk hero seorang alpha male yang sempurna biar pun karakternya stoic dan tidak berperasaan.

Banyak isu sebenarnya - seperti penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak betul (kebanyakan novel Melayu ada masalah ni), kebetulan yang terlalulah banyaknya dan predictability. Dan paling mengecewakan, penyudah yang cliche. Rasa macam makan coklat lepas tu dah habis makan baru perasan tarikh luput sebulan lepas dah. Yihh!
Profile Image for alia ִ.
121 reviews
September 15, 2024
probably wouldve enjoyed it more if the author could make the conversation more realistic. why would a 27 year old man call himself an alpha male wtf ??
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
June 2, 2018
Not my cuppa tea!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
July 16, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

This one doesn't get me excited. If anything, I just felt annoyed with Dr. Hilman.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
May 10, 2017
1. Yuni 50-50 dengan cover novel kali ni. Even ada warna hitam dan Yuni ada alahan tahap kronik dengan cover novel warna hitam ni. Sebab covernya (serta tajuknya) mengingatkan Yuni pada dark romance kinda stories yang berlambak di US. Buatkan Yuni "Aduh...kenapa?"

2. Sorry tapi tiap kali perkataan Dr Alpha Male muncul, Yuni mesti ingat serigala jadian, untuk lebih specific lagi, Jacob Black. Tak boleh bayangkan Jake dengan rambut panjang, mengajar students tentang mathematic. LOL...

3. Introduce new things are good. Provide benefits to the readers. We learn something today. Tapi kalau boleh janganlah dok details sangat terangkan concept alpha male tu. Not too much, not too little. Mungkin ada masalah untuk bahagikan 50-50 tu.

4. Tak faham Yuni kenapa si Hazel ni berlembut sangat dengan Safura dan Iwan. Sampai dimalukan begitu rupa pun masih senyap je. Kata mulut menjawab kelas A. Ini kok senyap sunyi sepi? I just don't get it.

5. Yuni suka tentang isu stalker yang penulis introduce dalam novel ini. Kalah Kpop die hard fans. Tak sangka pula keluar isu ini. Sebab masa baca sinopsis, takde langsung hint2 ke situ. So bila sampai ke part ini, rasa macam dapat hadiah pula. Suprise maybe. Macam tetibe je orang beri Magnum Classic kat kita. XD

Tahniah penulis. Penulis macam ada beri hint tentang Dheo Han da Nurisa. Okay, when we can get your new novel, dear author?
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
February 25, 2021
4.5🌟

Walaupun aku tahu aku lambat sebab baru first time cuba karya beliau dan ramai dah baca buku ni, aku tetap nak cerita hahahaha:-P

Bukan review tapi sekadar ayat yang tunggang-langgang....

Hazel, student universiti. Bermula sem baru namun dimulakan nasib yang agak 'baik'. Terlanggar bahu sehingga Magnum terjatuh di hadapan pintu 7-eleven. Lagi mengharukan, seorang jejaka yang mempunyai aura tersendiri itu ialah Hilman aka lecturer pada semester kali ini.

Hilman, seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. Aku suka dari awal lagi dia muncul. Dah dapat rasakan aura tu dari awal pembacaan lagi. Memang best.

Hazel dengan mulut lancangnya dan Hilman dengan aura Alpha Malenya. Suka dengan kejujuran Hilman. Apa yang dikata sering dilahirkan dari hati. Untung lah, Hazel.🤧

Hazel dan Hilman. Love so much with this couple... Serius, aku baca buku ni sengih sorang-sorang sampai kejung urat pipi aku.. kesian bantal jadi nasib malang tepukan aku bergelak ketawa membacanya... Tak kering gusi^_^

Dalam ni juga ada selitkan watak Dheo dan Nurissa. Semestinya, aku akan tarik buku Dheo's selepas ini.

Kesimpulannya, aku suka buku ni dari awal pembacaan sampai akhir baca buku ni. Agak lambat tapi takpe. Walaupun rasa macam sekejap je dah habis ... Tarik buku ni pun sebab aku stress dengan kerja class online yang berlambak haha.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 13, 2017
Lama dah tak baca novel berlatar belakangkan universiti. Terima kasih Anjell. Detail diceritakan kehidupan seorang pelajar, berkawan, berdepan dengan pensyarah yang best, yang kedekut markah, sibuk dengan assignment dan presentation, bersengkang mata di musim peperiksaan ditambah lagi dengan aktiviti luar kelas. Buat CP terkenang zaman belajar dulu. Rinduuuu... Bab exam yang paling tak suka yang diingat, jawab tah apa2, sesaja tulis banyak2 nak habiskan dakwat pen bak kata Sabiha sahabat Hazel, psycho orang kiri kanan depan belakang angkat tangan minta kertas kat penjaga masa :D :D

Terhibur. CP lebih suka novel terbaru ni berbanding 2 novel Anjell yang pernah dibaca. Cumanya dari segi bintang CP tak boleh bagi banyak. Kisah pasal stalker buat CP teringat novel lain.

ps: thanks adik manis bagi pinjam, tak kuasa akak nak rebut masa PBAKL
Profile Image for Wan.
18 reviews3 followers
July 29, 2023
3.5 *

Sebenarnya aku tak tahu nak bagi berapa bintang untuk buku ni.Nak kata best,tak best sangat seperti yang diviralkan pun.Aku baca buku ni pun sebab kawan yang bagi pinjam,katanya best sangat.

So buku ni berkisarkan tentang percintaan seorang pensyarah,Hilman dan juga pelajarnya sendiri,Hazel.Awal perkenalan, mereka berdua memang tak serasi,asyik bergaduh mulut sahaja,Hazel yang suka menjawab dan Hilman yang suka memberi kata-kata sarkastik.Tapi lama-lama berkahwin jugak dua orang ni.

Jalan cerita dah ok cuma aku rasa bosan bila baca buku ni kerana penulis menggunakan pov 1. Jujurnya aku kurang suka dengan cerita yang menggunakan pov 1 sebab aku rasa kurang mendalami perasaan watak-watak dalam buku tu sendiri..

-------------------------------------------

Tristin Hazel - Seorang yang mulut lantang dan suka berloyar buruk..Mula-mula tu aku suka je dengan watak Hazel ni tapi lama kelamaan rasa menyampah pulak.Macam kebudak budakan pun ada aku rasa.Kalau aku jadi Hazel,waktu aku nampak tunang dia dengan orang lain siap berpegang tangan memang aku dah pergi serang dan bagi penampar dah tapi tidak bagi seorang Hazel,dia lebih memilih untuk menangis di depan Hilman daripada berhadapan dengan tunang dia.Sangat lemah ye,kalau tak nak berjumpa pun sekurang-kurangnya mintalah penjelalasan daripada tunang kau tu.Tapi dia lebih rela berpura-pura tak tahu depan Iwan semata mata nak tengok sejauh mana lakonan Iwan.Waktu Hazel hampir dirogol pun aku geram jugak,semua orang ingat dia dirogol tapi tak pun.Patutnya bagitahulah kat semua orang yang ada kat situ perkara sebenar tapi dia boleh biarkan je Iwan cakap macam tu kat dia.Geram betul aku,patutnya pertahankanlah diri kau tu jangan bagi maruah dipijak begitu je and sepatutnya bagi aku kan,kalau dah kita hampir kena rogol,mesti kita akan trauma dengan lelaki.Hazel kata lepas kejadian tu dia trauma dengan lelaki,tapi dengan Hilman elok pulak kau biar dia pegang dan bawa kau sebab kau rasa selamat dengan dia,padahal dia tu hanya orang luar aje😒

Untuk watak Hilman pula aku rasa dia tak attractive sangat pun.Hairan aku kenapa ramai yang minat kat dia.Tak dinafikan dia memang bermulut manis tapi bila dia asyik pegang perempuan,biar perempuan peluk dia and asyik beri layanan istimewa untuk Hazel sewaktu belum kahwin buat aku rasa meluat pula.Selepas kahwin dengan Hazel tu barulah aku rasa ok balik dengan watak dia.Obviously aku lagi suka watak Dheo dalam buku ni walaupun dia muncul sekejap aje😂

Untuk ending pulak agak tergesa gesa bagi aku.Tak ada detail sangat tentang stalker si Hazel ni.Ingatkan ada lah scene Hilman berlawan dengan stalker dia ke apa,tapi tak pun.

Akhir sekali,aku rasa aku memang takkan ulang baca balik buku ni.Nasib ni kawan punya aja kalau tak memang membazir duit aku aje beli buku ni.Apapun,aku hanya jujur tentang apa yang aku rasa terhadap buku ni so,jangan disebabkan review ni korang tak nak baca pulak.Lain orang lain citarasa dia ok.
Profile Image for Sarah.
51 reviews
May 20, 2022
Cerita yg so so for me. Nak kata best tu boleh la, boleh baca.

First of all, s tak berapa boleh ngam ngn novel ni sebab terlampau kayangan storyline dia. Just.. Not make sense for me. Lecturer and student. S tahu, ada juga berlaku in real life, but s tak boleh nak accept this kind of relationship.

And hilman.. S tak suka dengan perangai dia yg main sentuh perempuan dan biarkan diri sendiri disentuh. You know your limit kut and kudrat sendiri kan? Lelaki kut. And.. As a lecturer i think you should be more matured kut. Cara you pujuk si hazel tu sebab putus cinta, so so childish. You just call her sayang? Srsly i can't.

And hazel too. Childish juga. Menangis depan lecturer sendiri. S tahu, sakit putus cinta tu. Tapi takkanlah tak malu kut nangis depan lecture? Hilang dah ke rasa malu tu?

So thats why novel ni terlampau kayangan for me. Si heroin yg kaki nangis, sikit sikit lemah, ada masalah itu ini and semua si hero hulurkan tangan. Mmg hero je la yang menjadi hero dalam hidup dia. Kalau tak, tak survive hidup.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
June 12, 2017
3.6*
Memang dari awal lagi aku dah jangka yang Safura tu ada apa-apa dengan Iwan sebab tengok pada gaya percakapan dan sikap mak Safura tu sendiri. Dan dah jangka jugak yang Zaquan itu yang jadi stalker. Cuma hairan la jugak macam mana si Zaquan tu boleh terlepas masuk ke dalam rumah keluarga Hazel? Kalau rumah sewa Hazel tu mungkin la jugak. Tapi ni rumah kampung Hazel?

Cerita ni pada aku cerita biasa je. Kisah pelajar U dan pensyarahnya. Banyak kisah tentang kehidupan sebagai siswa dan yang berkaitan dengannya. Dan kisah ini boleh dihadam dengan baik walaupun pada permulaan cerita tu aku rasa macam sedikit awkward. Heh.

Kesimpulannya, tak perlulah nak berebut-rebut beli novel ni. :D
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 28, 2018
Sebenarnya, buku ni tak lah teruk pun. Mengisahkan Hazel, seorang pelajar kolej yang menjadi mangsa stalker entah siapa. Kemunculan Hilman, pensyarah Hazel dalam setiap saat genting menjadi penyelamat Hazel. Dek kerana keadaan semakin teruk, Hilman mengambil keputusan untuk mengahwini Hazel. Namun, keadaan masih tidak berubah, pengikut psiko itu masih memburu Hazel!

Watak Hilman, seperti biasa digambarkan sempurna segalanya, kaya, genius, dan ada rupa. Ditambah dengan sikap protective dan romantiknya, memang semua pun cair, termasuk Hazel. Tapi nampak la kesungguhan nak melindungi Hazel tu, walaupun permulaan macam serba tak kena pertemuan dia dengan Hazel. Tak nampak pun dia ni ada suka Hazel ke apa.

Hazel, heroin yang kebudak-budakkan. Tak faham kenapa dia tak nak buat laporan at the first place lepas kejadian tu. Tak nampak rasionalnya dan, sorry to say, tak nampak Hazel betul-betul trauma, melainkan jika Hilman mengungkit hal itu.
Rasanya, kemunculan Iwan sekadar nak memutuskan pertunangan mereka atas alasan itu, sangatlah tidak matang dan mengganggu fokus kepada kes itu. Segala tumpuan lebih terarah kepada Iwan, dan rasanya Hazel pun lebih memikirkan putus tunang berbanding kejadian tersebut. Memanglah tak sabar, tapi kes besar kot.. tak boleh tunggu sehari dua ke? Dan, start part tu mood membaca saya terus hilang..

Pertengahan bagi saya agak dragging, banyak perkara tak penting berbanding kes stalker tu. Bukan apa, ding domg ding dong, ending macam tu je tuk kes stalker tu.. seciput je. Mungkin andai dilebihkan, diselesaikan lebih awal sedikit boleh memberi ruang untuk pengakhiran yang lebih tersusun dan kemas.

Selain itu, bagi saya heroin terlalu banyak membebel, banyak perkara dan dialog nak dibebelkan dengan panjang lebar, which is pada saya agak melalut sikit. Sekali sekala boleh la layan kan..

Apa pun, masih berbaloi untuk di baca, santai dan still enjoy, especially yang suka dengan hero sempurna macam Hilman ni. But, may be not for me kot. Tahniah juga untuk penulis!
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
May 23, 2018
Rereading as at May 21, 2018

Best, best, best. Memang tak sangka Joy akan love this story so much. I did not skip a single page or word. Hahaha....Love Hilman and Hazel.

In my humble opinion, Hilman is the typical dominant alpha male. Bukan semua pembaca akan suka atau terima this type of character but for me, he reminded me of Daemon Black from the Lux Series by Jennifer L. Armentrout. Watak begini biasanya kalau sudah suka atau jatuh cinta dengan heroinenya tetapi masih ingin menafikan perasaan tersebut kerana alasan yang tertentu, mereka akan lah jadi mean and alpha-ish gitu. Faham? Hahaha~

Hazel. Hazel is a spunky and will-not-go-down-without-a-fight kinda girl. Saya memang suka sangat character Hazel yang tak terlalu Mary Sue atau damsel in distress.

Overall, the secondary characters are very well fleshed out and I truly enjoyed reading their scenes as well. Jalan cerita sangat smooth and tak rasa bosan atau meleret sebab Joy memang tak boleh stop reading.

For me, this is a relaxing and destressing type of novel. Tak rasa sakit kepala atau sakit hati sangat. Selalu gelak tak ingat dunia je dengan keletah Hazel. I truly recommend this novel and am looking forward to Alpha Male 2.0.

Keep it up Kak Anjell! Chaiyok!

P/S: Cons ialah BI yang digunakan. Sorry to say grammar and spelling tu erm, perlu diperbaiki. Sekian.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
May 11, 2017


kalau baca caption di muka buku 'aura dia.. lain macam' tu macam merujuk pada aura penulis ni yang lain macam. sebab buku paling laku keras di PBAKL. sampai berebut-rebut orang nak beli.

saya pernah komen dulu, apa yang membuatkan kita melekat dengan buku ni ialah olahan writer sendiri. and yes! memang olahan writer ni yang mahal.

pernah follow cerita ni dari group FB dan sangat tertanya-tanya siapakah si stalker tu. dann.... berjaya menekanya. YEAY!

tapi ending dia a little bit rushing. mungkin sebab anjell kejar dateline tapi ianya tak mencacatkan jalan cerita pun. congrats anjell!

p/s: besar firasat saya yang menyatakan buku anjell yang ni pun akan diadaptasi ke de-ra-ma. persoalannya, siapa yang boleh melakonkan watak alpha male dan hazel yang cukup rupawan tu? huhu.
Profile Image for Ms. Rye.
8 reviews2 followers
May 13, 2018
Salam and hi.
Lmbt baca novel ni. Dah 2018. Was waiting dor dheo's. So sementara tu, capai la buku ni yg dah berabuk kat shelve.
Hmmm.. anjell as usual will put a too sweet, too good to be true kind of hero. As usual.. hilman for me is normal typical hero novel yg ada dlm byk novel. A bit of bad boy here, romantic there..so yg sama la. Xde kelainan sgt. Hazel pun typical heroin anjell so all in all sama je la mcm buku yg lain.
Cuma i x brape gemar nama hilman digunakan. Sorry sgt ye penulis. For me hilman is forever melur jelita's character. So mcm xle nk hadam sket. But it's totally your right of course.

I like the storyline. Lain sket especially about stalker issue. Kalau boleh dikupas dengan lebih serious, i think the storyline akan lebih menarik. Ade action sket kan.

Cuma ada beberapa kelemah yg sy rasa boleh dijadikan panduan semua penulis..
1. I think it's time for us to start educate the society about the right procedures or actions should be taken kpd mangsa cabul or rogol. What was portrayed by most malaysian typical romance novel adalah:
a) lepas kena rogol, xpyh report polis. Sbb malu (the hell)
b) lepas kena rogol, mandi (total bullshit). Konon nk hilangkan kotor n jijik.

Im sorry to say. This is totally wrong. Kenapa nk tunjukkan yg mangsa rogol kena lemah dan berputus asa. Nangis meraung2 and malu pda masyarakat. I think the time has come utk penulis novel malaysia utk ajar and tulis dgn cara yg betul. Fight for your rights. Get that bloody culprit. Put them behind bars. Tu benda yg paling penting utk survive and gain your pride again. Tolong educate youngsters nowadays the right procedures. Pls..

Dan satu lagi, mohon penulis buat kajian tentang policy university about lecturer and student relationship. University tidak sama sekali membenarkan apa2 hubungan personal antara pelajar n pensyarah. What more to be married. Kalau kahwin yes mmg boleh. Tp pensyarah tu x boleh mengajar wife sendiri. Even pensyarah yg ada anak pun xle ajar anak sendiri. Itu policy mana2 university utk protect the pnc of exam, marks etc. But in this novel, hilman siap masuk kelas mengajar and grade hia own wife.. ooohhhh... not going to happen in real world. Boleh kena tatatertib okayy. Boleh buang kerja. Pls get your facts right.

I like anjell's novel. Her words and style of writing sgt menghiburkan. Lawaknya mmg boleh buat i gelak2. Tp sayangnya, kdg2 i rasa mcm baca watak heroin ygg sama dari semua novel anjell sbb gaya bahasa and vocabs used sama mcm heroins novel anjell yg lain. maybe it 's time to become more serious and show sedikit kelainan dr watak2 novel sebelum ini.
Profile Image for izzati.
178 reviews14 followers
December 28, 2022
1/5⭐

Tw: Rape jokes & Rape (not detail)

Pages 107 & 347 ada rape jokes

and mak dia pon macam nak salahkan anak bila anak almost kena rape
Profile Image for Nadhirah Idris.
30 reviews
July 31, 2023
It’s been long time tak baca novel cinta melayu. Saja nak try baca novel yang hit for zaman skrg, glad my sis ada beli buku novel alpha male - bagi aku novel ni agak klise & mendatar tapi aku teruskan juga membaca sampai habis (tapi banyak skip jugalah). Watak utama hero aku rasa agak cringe & heroin lebih kepada syok sendiri. Will be good if ada POV juga untuk watak Hilman ni. I wish i can meet any novel; author tak terlalu menggambarkan kesempurnaan bentuk, background dan fizikal untuk memberikan rasa romance dalam novel. If letak a bit flaws untuk kedua watak ni will be good- ia akan jadi lebih realistik untuk menggambarkan watak dengan kehidupan sebenar kita & melengkapkan satu rasa penerimaan each other, pembaca juga boleh belajar dari sisi watak kedua ni, especially budak budak remaja.

Will not choose same author, i guess (can figure her imagine for love just a only surface i can felt & it just about love’ perspective from a kiddo mind)
Hope she can change this cliche storyline to another attractive way how two souls meet each other. Goodluck author ! Maybe till next time i will choose yours 😉
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
April 29, 2017
Selepas novel ini dibaca sebaik sahaja saya sampai di rumah ketika pulang dari PWTC semalam, barulah saya mengerti makna yang ingin disampaikan oleh penulis. Semasa membaca, penulis membawa saya mengingati zaman ketika di universiti menerusi watak Hazel. Unik namanya. Terimbau kembali saat pahit dan manis waktu bergelar pelajar.

Dari segi watak-watak yang ada dalam Dr. Alpha Male, Anjell bijak menganyam setiap karakter yang ada dalam manuskripnya.

Dari segi perkembangan jalan cerita. Ada naik ada turun. Namun, Anjell berjaya membawa saya tanpa henti sehingga saya bertemu perkataan tamat.

Yang paling saya suka, penulis cerita ini punya trademarknya tersendiri. Ada beberapa istilah saintifik, perkataan sains yang tak ada dalam buku-buku penulis lain.

Klise? Ada. Saya jumpa dalam babak-babak klise di mana kedengkian sikap orang Melayu kita yang masih terdapat di luar sana. Sikap Dr. Hilman yang poyo kadang-kadang kelihatan keterlaluan. Watak Iwan dan Safura berjaya digarap dengan baik. Saya pasti pembaca yang lain akan rasa meluat dengan tingkah laku mereka berdua. Watak serupa plastik ini pasti akan dibenci. Watak Sabiha pula pasti akan disukai oleh semua orang yang membaca.

Sebagai penulis, Anjell hampir menemui rentaknya dalam dunia penulisan. Saya sudah membaca Eksperimen Cinta, Suami Paling Sweet, Tundukkan Playboy Itu dan Hero Seorang Cinderella. Bagi saya, Hero Seorang Cinderella dan Dr. Alpha Male adalah mahakarya daripada Anjell! Cuma rekaan cover buku ni agak sedikit sarat. Teringat pula pada cover Tuan Anas Mikael.

Anjell memberi bayangan bahawa ada watak yang tak kurang pentingnya dalam Dr. Alpha Male yang akan menjadi watak utama dalam novelnya yang seterusnya. Selamat berkarya!

Akhir sekali, ada satu harapan saya... Mungkin selepas ni Anjell boleh menggambarkan watak hero dan heroin tidak terlalu kacak dan cantik. Sekali-sekala ubah angin tak salah. Betul tak? Sebab dah jemu bila kebanyakan penulis di luar sana selalu menggambarkan watak-watak hero dan heroin mereka kacak, cantik menawan. Apa salahnya mengangkat watak-watak yang punya kekurangan seperti wajah berparut, sedikit berisi. Dan maafkan saya jika ada tersalah memberi pendapat. Apa-apapun, syabas buat Anjell!
1 review
June 10, 2022
Haihh, don't fall for the good reviews or comments people say. They is literally nothing good in this novel. No plot whatsoever. The female lead, Hazel, is literally described as someone weak and ungrateful in the worst possible. The male lead, Hilman, did almost everything for her out of love. But not ONCE have I ever not seen her being the pathetic little— no she's an adult. An an unmatured one at that.

Okay long story short, here is what I hate about this book:

1) Hilman save Hazel countless of times just because she's an airhead who thinks she's always right

2) Hazel is heavily indebted to Hilman yet she immediately hated him just because she misunderstood him once without even considering.

3) She's the typical stereotype of how men wrote women who thinks, love is the most powerful in this world

4) The only flaw Hilman has is Hazel

5) Every single time a girl approach Hilman, she would be like jealous and sulked by ignoring Hilman, which always made me fell into a rage

6) She's short. Like no hate, but this reminds me of how most men describe their types in women

7) Annoying. No brains. No heart. Spoiled. Weak asf. I honestly love cheerful female leads, but this one is a no.

I'm honestly sorry if you waste your money on this book. But Anjell's other book, Dheo, is better
Profile Image for Nurin Insyirah.
33 reviews
February 2, 2022
I've read Dheo's before this (my first Anjell's novel) and of course, I already put a really high expectation for her other novels because Dheo's was so so so damn good!✨

But hmm okay honestly, I was kinda disappointed after I finished reading Dr. Alpha Male. It was obviously not because of her writing style~ (god, i really enjoy Anjell punya gaya bahasa yang agak santai, selamba and chill-chill but still sedap dibaca~) Maybe the only problem that I have with this novel is the main character, which is Tristin Hazel🙃

Okay I actually don't completely hate Hazel. I still like her cool and sassy personality BUT I JUST CAN'T HANDLE IT EVERYTIME HAZEL START KELUARKAN HER CHILDISH SIDE TU😶 Entahlah. Maybe I was being too emotional but pleaselaaa hazel😌 Kadang-kaang waktu baca tu, rasa macam nak hempuk je kepala si Hazel ni HAGSGAFAFS. But its okay, as long as you have your hilman and tak menyusahkan orang lain, then haaa do whatever that makes you happy, okay hazellll i support youuu❤️✨

oh by the wayy, the plot twist macam dah boleh agak but it was still good tho. Congrats Anjell, now I'm waiting for rose's okayyy aaaaaaaa✨
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
December 10, 2017
Permulaan cerita mmg adrenalin laju dgn aura Dr Hilman & Tristin Hazel. Ayat x meleret. Di pertengahan agak slow. Plot twist ttg Hazel mmg saya tak jangka. Kudos writer. Cuma ending, heroin pregnant, sgt cliche bg saya. Overall mmg tak bosan.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
May 4, 2021
Oh Dr Hilman! Terasa cam melihat McDreamy.

Cerita ini cliche la jugak sebab F memang dah jangka Iwan akan curang. Tak sangka dengan orang yang dekat, sepupu sendiri.

Hazel nampak sahaja penakut tapi dia cekal sebenarnya. Jenis diam, tapi bila kena provoke mahu meletup hazel.

Cuma F terkilan takan dengan suami sendiri curiga. Punyalah Dr Hilman protect Hazel.

Masa Zakuan datang dengan muka lebam ada plaster, F dah boleh agak itulah stalkernya. Dheo dah beri amaran tapi Hazel still tak dapat catch up hint Dheo.

As usual happy ending 😊 now tak sabar nak baca cerita Dheo
1 review
June 12, 2022
Hai. Saya pengguna baru laman web ni. Baru first time nak review buku. Setelah hampir 4 ke 5 tahun tak baca novel cinta. Saya mula baca kembali sebab rakan saya pengaruh saya baca buku ni. Katanya buku ni buat dia rasa fluttering. For me? Just a moment la. But this is my review :

First of all, opening cerita terlalu meleret. Terlalu fokus pada watak Hazel. Tajuk buku Dr. Alpha Male. bukan Tristin Hazel. So, backgrouund story Hilman as alpha male patutnya lagi banyak dikupas. Tapi, banyak cerita psl Hazel plk. Takde flashback dia belajar dgn Alana dulu. Takde moment dia struggle as family yg berpecah belah melainkan scene di meja makan tu je. Tak tau pun overall perangai family dia. Maybe sebab cerita ni dari POV Hazel. But please, lagi menarik kalau ada byk POV Hilman.

Lepas tu, kenapa watak Hazel yang tak nak report polis slps hampir kena rogol is so wrong, Hilman as a lecturer, background studies oversea lagi. Tapi mentality dia masih macam Melayu konservatif. Alpha male is a figure who protect and treasure his love ones. So, in this case, even baru berkenalan, sense of responsibility as an educator dan instinct to protect tu perlu digabungkan utk didik pembaca bahawa lepas kena rogol, mangsa bukanlah jijik sampai kena mandi. Laporan polis is the first thing to do. Lepas tu, pergi klinik atau hospital utk check kot ada sisa DNA perogol tu. If that happen in this novel, stalker tu dah tak wujud dah. Even trauma masih ada, that's the moment for the lead character to shine. Bagi support and all that. Blh letak plot twost baru or put another konflik. Agak kecewa kerana peristiwa yang rapatkan hubungan Hilman dan Hazel adalah sebab peristiwa rogol tu. Even it just Hilman instinct to protect Hazel. It just lame because it same as other cliche story yang kahwin paksa sebab kena tangkap khalwat, tak nak malukan keluarga etc..

Not gonna lie, watak Hilman with alpha male aura is quite intimidating. A flirty man but so sweet makes me fluttering too. Lagi best kalau ada something like back story ke incident yg traumatize his alpha male side. So that can shows that alpha male is not perfect too. The way Hilman mengawal nafsu kerana isteri dia masih trauma is really a rare attitude. A very protective and possesive man Hilman ni. But still, alpha male kan mmg mcm tu. Hmm... lagi satu pasal relationship pensyarah dan pelajar. It so wrong, melanggar etika perguruan sbb side marking exam paper. Even sekolah menengah dan rendah pun, cikgu tak boleh mengajar kelas anak sbb bila exam akan jadi bias kalau tanda paper anak, Inikan pulak suami isteri. Nonsense.

Utk watak Hazel, takde perkembangan watak sangat. How she struggle with trauma sepatutnya perlu ada part jumpa kaunselor ke. Atau mcm mana dia effect whole life dia like studies, family and others. Takde part dia kemurungan. With that kind of trauma, even me will depress. I can't attend class for a long time if it really happens. Its not realistic la watak Hazel ni. Yes its novel, but I hope if it can be more realistic so that dekat dengan hati pembaca. Satu lagi watak Hazel ni cliche. I hope for something different. At least personality yg blh cabar alpha male side of Hilman. Macam masa duk serumah takkan takde part dia masakkan utk Hilman ke apa ke. Character dia as isteri tu tak ditonjolkan. Even dah kahwin, dia masih fokus kat lover view. Bukan husband and wife.

Klimaks dia biasa-biasa je. Saya boleh expect siapa stalker dari pertama kali dia muncul. Mudah nak jangka. Saya mengharapkan bukanlah orang ketiga yang jadi konflik sebab cliche but still it happens. Ending pun mcm rush sgt nak abis. Hoping for a twist like simptom mengandung tu ada pada Hilman. Reading about an alpha male to throw up and craving while he still tak a good care for his body will be quite delightful. Kisah Hariz dan Sabiha tergantung. At least nak tau apa jadi dgn dorang. Kisah Safura dan Iwan like mcm tu je?

Overall, cerita ni boleh dipanjangkan dan diperbaiki lagi rasanya. Will look forward to next Anjell novel. Thanks a lot baca review saya!! Maaflah mcm byk cons je. Just my honest review.
Profile Image for fikasbooks.
50 reviews12 followers
June 27, 2022
“𝘿𝙖𝙝 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙨 𝙩𝙚𝙣𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙝? 𝙏𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧 𝙠𝙚? 𝙇𝙚𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙖𝙡. 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙢-𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙘𝙞𝙪𝙢. ”

This is my first romcom novel and it would be a damn lie if I say I don’t love reading this novel hell you all should see how many of my tags in this I FREAKING LOVE THIS BOOK 😩🤌🏻✨

𝕋𝕙𝕖 ℙ𝕝𝕠𝕥
- I honestly really thought this is going to be a really really cliche novel but there’s actually a lot more to it
- I love how Anjell puts a lot of family morals and values thus making me relate in some kind of way with the characters

𝕋𝕙𝕖 ℂ𝕙𝕒𝕣𝕒𝕔𝕥𝕖𝕣𝕤
- I love how every characters are not mary sue so the readers can actually judge (in a good way ofc) their actions and words
- Okay ngl I really thought Hazel as a pick me girl at first but okaylah I see the characters development gitu since this novel pun written in 2013 kan
- The fml is also strong in her own way like my anger issues really could never 🤡
- Alpha Male is not really everyone’s type but damn when they talk mak oi aku pun cair HAHAHHAHA WHERE’S MY YASSIN WATER PEOPLE 👁👅👁 💦

𝕋𝕙𝕖 𝕎𝕣𝕚𝕥𝕚𝕟𝕘
- abang cashier was right! I freaking love how anjell susun ayat dia its really good like even dia cliche sekali pun…it really is in a good way like u can’t help but to love it 🥰
- At first it is kinda cringe for me to read banyak slang campur bi bm but yela first time en tp lepastu mmg terngiang ngiang je aku baca GAHAHAHHA I screech and squealed a lot reading this novel HAHAHAH TAK PERNAH BERCINTA PUN RASA TGH BERCINTA 😭✋🏻✨

𝓒𝓸𝓷𝓬𝓵𝓾𝓼𝓲𝓸𝓷
Obviously there’s a lot of questionable actions that they’ve done in this story that I myself didn’t agree with (especially with Hilman) but I think that’s also what makes them more humane rather than Mary Sue characters but certainly NOT ROMANTICISING those kind of actions ✋🏻 but overall I really do love this novel 🥰✨
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
June 20, 2017
#42-2017

Akibat tergoda dengan pembakaran terbuka lepas pbakl hari tu, aku pilih untuk menelaah DAM walaupun tahu tengah sibuk prepare untuk exam. Akibatnya, tersadailah DAM dekat bucu katil selama sebulan lebih.

Apa-apa pun untuk naskah Anjell kali ni aku bagi 4.5 bintang. Bagi aku, istimewanya karya anjell ialah gaya bahasa yang santai, garapan yag kemas. Dan yang paling penting, hero yang sangat charming! Kali ni, penulis hidangkan pembaca dengan watak hero yang bersifat alpha. Atau kata lainnya, suka mengarah. Haha. Naskah ini tak banyak beza dengan karya novel inggeris yang aku suka baca. Bezanya ianya dalam bahasa melayu.

Aku cuma nak puji kekreatifan penulis dengan memasukkan unsur suspen dalam jalan cerita. Kalau aku tak selak belakang, aku dah syak Muiz ataupun Zaquan adalah si stalker. Tapi disebabkan perangai tak tahu sabar aku ni, elemen suspen tu hilang. So jangan la buat perangai tak senonoh macam ni. Kesian penulis. Hahaha.

Okay dah boleh berhenti meraban. Tak sabar sebenarnya nak tahu kisah Dheo-Nurissa. Harapnya urusan cik penulis dipermudahkan so kita dapat cepat-cepat grab kisah Dheo Han nanti.
Displaying 1 - 30 of 501 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.