Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.
“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad
“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur
Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.
“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad
“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur
Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.
“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur
“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad
Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.
“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq
“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur
Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.
Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.
1. Genre : romance; women's fiction. 2. Tropes : found family; she fell first, he fell harder; hater to lover; love at first sight; angsty romance; strong female character; rich guy, poor girl 3. Content Warning : child abandonment; addiction; drug; self-harm; revenge 4. Theme : family oriented; friendship; forgiveness; self-acceptance; faith 5. Playlist : https://open.spotify.com/playlist/27q... (had the best one)
6. Writing : i started becoming a fan of rehan makhtar when i read Permata Hati (first book i read). then, i began to collect one by one of her books. when i read her book, i always thinking that she is meant to be a writer. her words never failed to amaze me. i found myself lost track and time. her words are simply beautiful. its get thru to my heart.
7. Character : i already stated this from the very beginning, i love both female and male characters. its done so well - the backstory, the chemistry, the angsty feeling, it gave me what i've been looking for in romance. and the fact that, i kept coming back and forth to either hating or loving ziyad haha. i love the thrill. i love that im not instantly love him. but, the way he pursuit her; crying for her; down on his knees to her; protective over her; respected her (after married i mean) - thats his charms. and excuse-moi, i fall right after that. as for teratai, she showed me how to be strong eventho she ,herself, having a lot of doubt. she showed me some people deserve a second chance. she showed me the power of forgiveness. and she showed me the power of acceptance. she's definitely a girl crush. i do really think all the characters that existed in this story is so functional. everyone left some impactful moves to be reminded by the readers.
8. Plot : plot dia not something fancy pun tpi because of the secret tu buat kita tertunggu-tunggu. ternanti-nanti. its woken me up at night because i want to know what will happen next. my heart pounding so hard at some point. i adored the way that the story not only focused on romance, its also focused on life, society, humanity value - which is centered in our reality. if you read this with the idea of navy/soldier and you expect a scene from it - just forget about it. this book is not what you are looking for.
9. Taufik 🙆🏻♀️ - taufik need a special point sbb aku nk rant and simp dia heueheu. taufik ni ya allah - can i say that he is like superman. always save the day. always there to give nasihat. always there to support. and why la takde spin off untuk taufik (ke hado?) sbbnya watak dia tu bole kembangkan lagi. tertanya-tanya la spe cinta hati hero kita ni. mia ke?
Terlalu banyak kesedihan sehingga tak lalu saya nak habiskan bacaan sebenarnya..gagahkan juga sehingga akhir. Actually saya baca novel ni dari minggu lepas tapi memang susah saya nak habiskan.
Hidup seperti sebatang kara sedangkan ada ibu kandungnya yg lebih telah tinggalkan dia dan mementingkan kakak tirinya. Itu buat dia terjebak dengan gejala yg tak baik untuk kesihatan. Setelah bertemu dgn kedua Doktor kerana satu kemalangan, dia mula sedar akan khilaf dan mencari jalan pulang.
Ada beberapa perkara yg terjadi lagi setelah dia menginjak ke alam perkahwinan. Semua ini lebih buat dia rasa inferior. Bagi saya, bila dia telah berhijrah sepatutnya semakin baik kelakuannya..mmg itu yg terjadi kerana dia menjadi kesayangan mentuanya until kisah silamnya di hebahkan Mia bekas kekasih suaminya. Permintaan ibu kandungnya lagi buat dia rasa lebih tertekan.
Entahlah nak kata dia baik tapi macam terlebih bodoh pun ada. Tapi sebenarnya dia bukan bodoh pun. Dia jenis yg ingin beri peluang pada orang untuk berubah sebagaimana dia di beri peluang itu. Di tambah lagi dgn her inferiority complex which was so great that she failed to see her husband love and devotion towards her and see the best in herself. Malah kerana terlalu mendambakan kemesraan dari kakak tirinya dan menegemis secebis kasih sayang ibu kandungnya sanggup dia membantah keras usul suaminya agar jgn terlalu percaya akan Mia.
Serah diri betul..hingga terjebak sekali lagi tanpa sedar..itupun dia salahkan dirinya juga..bila penat salahkan diri dia mula tudingkan jari..Degil sangat. Tak boleh silap sikit dan kerana pernah terdengar bicara suaminya bersama Mia buat dia semakin makan hati lantas semakin kurang ajar dan minta perpisahan. Sendiri yg minta perpisahan sendiri yg mengamuk namun baginya dia ada alasan sendiri. Bagi saya apa yg di sampaikan suaminya dan juga Taufiq ada benarnya. Sikap Atai melelahkan.
Saya tak tahu kenapa author suka menulis cerita yg terlebih emosi ni. It's okay to write base on this topic tapi saya rasa ia boleh juga di sampaikan dengan cara yg a bit light hearted. Kekadang ada part tu mmg kena serious ada part tu menentramkan hati. Cara Atai memujuk at the end pun kurang memuaskan hati sebab tu saya rasa walaupun ceritanya diakhiri dengan semua watak rasa bahagia tapi saya tetap tak rasa bahagianya. Sakit hati dan kecewa dengan Atai. It also left a sombre mood. It's like u are attending a funeral of someone that u love whole heartedly situation. Selepas kematian pun tetap sedih hingga nak tersenyum pun kekadang tak mampu. Begitulah saya rasa.
Macam biasa, kak RM kalau tak main dengan emosi memang tak sah!
1 je perkataan yang i boleh cakap pasal buku ni "PAIN".
I wish I could be a strong woman like Teratai. Tak tahu nak describes macam mana actually but apa yang i boleh cakap, buku ni sangat worth to read walaupun mengambil masa yang agak lama ya untuk habis 😂 Teringin pulak nak tahu kisah Taufiq. Hopefully ada nanti.
I knew this book will not be all rainbows the moment I read the prologue.
This is a story about how the FMC, Teratai Nur (Atai) tries to get back on her feet after she had fallen into the darkest pit. She unexpectedly met Ziyad before she began her recovery journey. Upon recovery, I like how the author highlighted how Atai faced struggles, challenges along the way.
At first, Ziyad, the MMC, was a total red flag. When he realised he had fallen for Atai, his not-so-first encounter with her slowly changed him into a better person. It took a lot of self-esteem crushing for him to persuade Atai to build a life with him, and I knew the obstacles against public stigma on Atai's history would be the root cause of the conflict.
But what broke me the most was the confrontation between Atai and Ziyad's mother. That scene...
I cannot. I REALLY CANNOT. Just thinking about it makes my eyes sweat already.
I love how Qadr's character before marriage is portrayed here. Yes, I did read Seseorang Untuk Aku before reading this, and I noticed how Ziyad and Nur made a cameo in SUA as well.
On the other note, can I be Taufiq's partner forever? Because!! He!! Is!! The!! Best!! Man!!!!!!
UPDATE: Dah SOLD OUT. . . Maaf. Takde keserasian dengan kisah ini walaupun teruja nak baca kisah hero navy tu. Hambar. Tawar. Tak cukup rencah. Berserabut. Rasa tertipu.
p/s: Tak kisah la nak release cerita yang dah tulis 10 tahun lepas sekalipun, tapi kenalah edit balik semula dan bagi cantik sikit garapan ayat tu bersesuaian dengan 'nama' yang dah ada.
Kerana tekanan hidup lantaran perpecahan keluarga, Teratai Nur (Nur) terjerumus ke lembah hina. Hidupnya bak mayat bernyawa. Dihina, dicerca...dipandang sampah yg menyakitkan pandangan mata manusia. Mujurlah masih ada insan berhati mulia, yg mendorong jalan untuk peluang kedua.
Ahmad Ziyad (Ziyad) ...lelaki ini antara yg pernah mencerca, memandang jijik kepada Teratai Nur seakan dia tak pernah punya dosa. Herdikannya merantai ingatan Nur sepanjang masa.
Namun aturan takdir menemukan semula mereka berdua ketika Nur gigih mengatur langkah menyelusuri titian memutihkan hidupnya. Dengan keyakinan yg rapuh...akan penerimaan masyarakat terhadap bekas penagih sepertinya. Tanpa dipinta, tanpa terduga, Ziyad jatuh cinta. Tetapi Nur berat menerima...masih dirantai kisah silam hitamnya. Aibnya biarlah tidak mengaibkan sesiapa kerana masyarakat lebih ramai yg tidak bersifat terbuka untuk menerima.
"Perasaan awak pada saya tu...bunuhlah. Masih tak terlambat. Tak ada apa yg rugi pun." ~ Nur.
Setiap manusia punya kisah silamnya. Ziyad juga tidak terkecuali. Pernah alpa, terleka & mendabik dada kerana keseronokan dunia. Akhirnya dia tersungkur di kaki ego, menekur lantai takdir atas asbab cinta.
Kerapuhan jiwa Nur membuatkan dia paranoid. "Rasa" yg terbersit dinafi semampunya. Sehingga akhirnya, bila hatinya tak mampu lg menanggung, jiwanya tak mampu lg dibohong. Dia buang segala rasa canggung...huluran cinta Ziyad disambut... memberi hak kepada diri sendiri utk dicintai & mencintai.
"Demi Allah... Aku cintakan kau, Nur. Demi Allah... Aku akan jaga kau. Demi Allah... Aku tak akan biarkan kau luka." ~ Ziyad Hebatnya takdir. Lelaki yg pernah membenci, kini begitu menyayangi. Hebatnya takdir. Lelaki yg dia tak mahu ingati, kini terus mendiami hati.
Ketika di puncak bahagia, ketika mereka berdua sama2 berusaha memutihkan perjalan hidup mereka, dugaan hebat melanda. Kafarah dosa lampau memburu mereka. Dan tanpa diduga, rasa percaya yg dipupuk selama berumahtangga, bergaris2 calarnya...Sehingga tanpa disedari, mereka saling menyakiti, saling membuang sesama sendiri & saling menoreh lebih dalam luka di hati sendiri.
Getaran rasa membaca kisah ini bg saya sama seperti ketika membaca naskah Seseorang Untuk Aku & #hurt. Seawal prolog, kita dah tertancap & tertangkap. Aura Rehan Makhtar benar2 terasa kali ini. Naskah kali ini x sesedih yg terbit sblm2 ni tp rasa tu tetap ada. Segala rasa.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
So many things can be learned in this novel.
Pada N, TUA adalah satu cerita yang 'mencelikkan mata dan hati.'
In light of #trageditahfiz, mungkin agak sukar untuk watak Teratai Nur diterima baik oleh sesetengah pembaca. I read this way before the tragedy had taken place, therefore my opinion of her character was more favorable. Otherwise, mungkin penerimaan N berbeza. Entahlah...
N sangat tertarik dengan satu soalan yang dikemukakan oleh Teratai Nur pada Ziyad. I don't remember her exact words tapi ia berkaitan dengan tanggungjawab masyarakat luar pada golongan seperti dia.
N sedikit terkejut novel ini hanya mendapat rating 3.5 (at the time of writing). But, all this boils down to personal preferences and personally, I love this.
TUA berkisarkan si cantik manis Atai/Nur yang punyai kisah silam sebagai penagih tegar dan pernah mendapatkan bimbingan pusat pemulihan. Juga kisah sedih yang disimpan apabila setahun lalu dia dihina oleh seorang 'bidadara' bernama Ziyad ketika di hospital. Takdir menulis bahawa setahun kemudian mereka akan bertemu kembali tetapi sebagai 'orang baru'. Puas ditolak dan dibina tembok daripada di'langkau' si kasanova Ziyad, tapi dia akur dengan perasaan cinta yang ada buat Ziyad. Tapi cerita lama dan label sebagai 'bekas penagih' menjadikan Nur seorang yang rendah diri dan rasa"insecure" dengan masyarakat. Kisah lama Ziyad muncul dan mencipta onar. Ziyad nanar apabila Nur mengalah.
TUA, novel kak RM yang lebih main dengan emosi, "pain". Berbanding SUA, emosi yang ringan dan cerita manis. Kisah dalam TUA ialah kisah mereka yang mencari keredhaan Tuhan setiap kali diuji. Sabar dengan ujian yang tentu-tentu memalit arang ke muka.
Saya tabik dengan Nur. Dia pernah hampir patah diuji tapi bila dikelilingi kawan yang positif dan baik serta ada semangat dari dalam diri yang merasa perubahan itu wajib (tentunya kerana Allah), dia gigih cari jalan pulang. Allah sentiasa diletak di tangga teratas. Dan buku-buku kak RM selalu menasihati kita pembaca, bahawa Allah mesti jadi segalanya.
Ziyad, ya dia kasanova mulut manis dan setiap wanita yang ditemui semua 'lentok'. Tapi dengan Nur, melalui Nur, Allah hantar rasa sesal. Dia sahut hidayah yang diberi. Tidak lengah lagi.
Puan Talhah sekeluarga dan ibu bapa Ziyad, contoh ahli masyarakat yang tidak menghukum mereka yang pernah lalai diuji. Semua amal dan akhlak diri dinilai berdasarkan masa kini. Bukan siapa mereka yang dulu. Tiada manusia yang tiada kisah lama. Jadi siapa kita kalau bertemu mereka yang dulu penzina, bekas penagih, pendera, penjahat tapi kita masih hukum mereka dengan diri yang dulu? Kita ni baik sangatkah? Mulia sangat? Saya juga tulis ini untuk nasihat dan tatapan saya semula akan datang. Saya juga pendosa... Allahu.
Buku yang wajib ada dalam koleksi. SUA dan TUA, buku kak RM yang saya sangat sayang. Akan datang lagi dan lagi semoga menjadi ilmu nasihat buat saya dan kepada kawan2 pembaca luar sana.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pelik juga lah sebab aku tak rasa nak bazirkan air mata dalam novel kali ni. Cerita ni memang sedih ye tapi entah aku tak boleh nak menangis dengan tindak tanduk Teratai yang bagi aku bodoh (baik) tak bertempat.
Faham yang dia dambakan kasih Ibu dan perhatian Kakak tapi si Ibu langsung lupakan Teratai dan beberapa kali cuba 'bolot' Ziyad untuk Mia si anak tiri. Sedikit pun dia tak hirau atau kasihan Teratai. Tindakan Ibu seolah-olah berdendam dengan anak kerana Teratai memilih untuk hidup dengan Ayah. Sebagai anak dia tersepit. Aku terlepas pandang ke, memang tak ada jawapan apa yang terjadi dengan Ayah Teratai, betul?
Kali ni kerjaya Navy yang tak seberapa (sekurang-kurangnya Qadr ada jugak misinya), mungkin boleh diceritakan sedikit perihal kerjaya Navy bukan setakat menjual 'Navy' sahaja. (jangan marah)
DENDAM BERTUKAR CINTA, ATAS NAMA TAKDIR DAN MANUSIA MAMPU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK
Itulah yang ditonjolkan dalam TUA, ya manusia mampu berubah. Aku tiada masalah dengan idea tapi aku rasakan Teratai terlalu naif dan senang percayakan orang. Ziyad sedaya upaya jaga Teratai dari 'ancaman' tapi sifat degil Teratai memakan diri sendiri. Bila Teratai minta berpisah tapi masih ingatkan Ziyad dan menyusahkan orang sekeliling. Apa kau mahukan Teratai Nur?? (marah marah)
Bab akhir, maaf aku tak rasa terkesan langsung dengan kemaafan Teratai Nur. Aku rasa ralat.
Teratai Nur - bekas penagih, datang dari broken family. Ditinggalkan ayah dan ibu dari kecik
Ahmad Ziyad - kerja sbg navy, seorang playboy, tak pernah serius dlm relationship.
Diorang jumpa masa Teratai masih seorang penagih, tak sengaja jatuh dalam pelukan Ziyad dan kotorkan uniform Ziyad. Ziyad marah pastu hina Teratai Nur. Sejak tu Teratai tak pernah lupa kat Ziyad.
Lepas masuk pusat pemulihan dan kembali pulih diorang jumpa balik. Tapi Ziyad tak cam Teratai. Dia jatuh cinta pulak dgn Teratai. Teratai pulak masih tak lupa hinaan si Ziyad.
Berjaya ke Ziyad pujuk Teratai? Apa jadi selepas semuanya terbongkar? Boleh baca buku ni 😁
My thoughts? 1. I like this one. Watak FL dia tak cliche. Mostly baca novel watak FL semua sempurna. Tapi tidak Teratai Nur. Cuma satu jela aku kureng, she's too kind. 2. She fells first, he fells harder. 3. I definitely love the found family trope in this book! 4. I really like the character development. Mcm mana Ziyad berubah sebab Teratai, mcm mana Teratai keluar dari past yg teruk utk jadi better human being.
Paranoid... Penat tau asyik salahkan diri sendiri. Orang sekeliling pon boleh penat tengok. Aku yang membaca ni pon penat. Sudah-sudah la tu Teratai Nur.
Berjanji tu senang tapi bila nak tunaikan janji tu yang susah. Hidup suami isteri memang kena hadapi susah senang bersama. Ziyad as a Navy. Boleh tak detail kan lagi skop kerja as a Navy. Aku pon nak tahu apa yang Ziyad busy sampai banyak meeting nak kena attend. Basuh la uniform tu... boleh plak Ziyad tu simpan sampai kepam. Hahaha... Lepas tu bila Teratai Nur nampak mula la nak menangis bagai.
Pengisian yang baik tapi bagi aku tak payah panjang2 jadi bosan dan rasa nak lompat baca bab lain. Emosi yang bercampur-campur tapi banyak yang sedih, pilu dan yang seangkatan dengannya, itu yang aku rasa penat.
Kalau dalam SUA,watak Lai lemah selemah lemahnya.Dalam TUA pulak,Teratai ni bodoh sebodoh bodohnya.Aii aku tak habis geram lg ni. Tak tahu lah kenapa bodoh benar watak si Teratai ni.Dah terang2 si Mia tu "ular",boleh pulak dia percayakan Mia.Lepas Mia buat dia macam tu pun dia masih lg senang2 maafkan Mia.Padahal hampir runtuh rumah tangga dia dengan Ziyad disebabkan Mia.Dasar perempuan bodoh baik tak bertempat.
Membaca naskhah RM kadang kala membuatkan hati ini sentap. Untuk kali ini, saya sebagai pembaca sentap dengan kisah Teratai Nur dan Ahmad Ziyad.
Berat. Membawa kisah bekas penagih sememangnya sangat berat. Benar kata Teratai Nur. Persepsi masyarakat pada bekas penagih takkan pernah berubah. Mereka akan terus dicerca dan dimaki. Sedangkan langsung tiada kesedaran yang diambil untuk terus membantu bekas penagih.
Kerana kesilapan masa lalu yang dia tidak inginkan, hidupnya benar-benar dirundung malang. Namun, setiap kegelapan sudah pasti akan ada sinarnya. Bertemu Ziyad, menjadikan hidup Teratai Nur mula membibit bahagia. Tapi... mengapa sedang mereka bahagia, ada saja parasit yang datang menjengah. Dan parasit itu tidak lain tidak bukan, keluarga sendiri!
Secara kesimpulannya, kisah ini mungkin tidak kurang digemari kerana naskhah ini bagi saya antara karya 'berat' Rehan Makhtar, tapi bagi saya naskhah ini berjaya menyedarkan paling tidak saya sebagai pembaca:-
"Adakah kita sebagai masyarakat akan terus dengan persepsi bekas penagih akan terus selayaknya menjadi bahan cemuhan?"
p/s : Mengharapkan karya yang ada isi seperti ini yang diangkat menjadi drama, bukan kisah cinta klise yang tidak sudah-sudah.
✨Takdir Untuk Aku by Rehan Makhtar✨ Masa lalu mereka berbeza. Tapi hitamnya sama. . 5/5🌟 . Jalan cerita TUA tentang kisah Nur yang baru saja keluar daripada pusat pemulihan dadah dan bekerja di kilang milik keluarga kawan baiknya, Tia. Di sana, Nur bertemu kembali dengan Ziyad, lelaki yang pernah menghinanya sebagai sampah masyarakat ketika dia masih lagi seorang penagih. Ziyad, pegawai tentera laut jatuh cinta dengan Nur tanpa mengetahui siapa Nur sebenarnya dan berusaha memikat Nur walaupun berkali-kali perasaannya ditolak.
Tak ada apa yang mengejutkan tentang konflik sebab daripada prolog, pembaca dah diberitahu tentang apa yang bakal terjadi pada Ziyad dan Nur. Bagi saya plot cerita disusun dengan kemas dan diolah dengan baik. Penulis guna backstory Nur sebagai bekas penagih dadah yang cuba untuk menyesuaikan diri kembali dalam masyarakat.
Isu utama dalam TUA mengetengahkan tentang kesukaran yang dihadapi bekas penagih yang keluar daripada pusat pemulihan seperti Nur. Sikap dan penerimaan masyarakat pada golongan bekas penagih sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk mereka tak berpatah balik dengan dadah. Sokongan dan bantuan yang Nur terima daripada keluarga Tia(Puan Talhah & Taufiq) bagaikan penyelamat untuk dia hidup normal seperti orang lain. Untungnya Nur,dia dikelilingi oleh orang-orang baik yang mahu membantunya pulih.
Persoalan yang pernah Nur tanyakan pada Ziyad tentang peranan masyarakat untuk membantu orang-orang sepertinya yang selalunya dipandang hina dan dicaci memang buat kita yang baca ni pun ikut tersentap. Terus-terang, kalau kita jumpa orang macam Nur waktu dia jadi penagih, kebanyakkan orang akan buat tak tahu sebab zaman sekarang ni kita hidup di zaman di mana manusia lebih mementingkan diri sendiri daripada hal orang lain. Kita cuma akan mula ambil tahu bila terjadi pada ahli keluarga atau teman rapat. Susah nak dihadam tapi ini realitinya.
Ada banyak bahagian yang saya suka dalam TUA tapi rasanya yang paling terkesan mungkin bahagian perbualan Ziyad dan Nur di tepi laut waktu Ziyad pujuk Nur untuk menikah dengan dia. Bagi saya, perbincangan mereka berdua sangat matang. Segala sebab dan kerisauan yang Nur bangkitkan dan Ziyad pertahankan menujukkan sisi mereka yang serius dengan hala tuju masa depan mereka.
Nur: Pada awalnya, saya rasa macam tak boleh terima yang Nur jatuh cinta pada Ziyad lepas dihina lelaki tu sebagai sampah masyarakat. Mungkin sebab masa tu dia tengah high jadi dia nampak Ziyad sebagai penyelamat😪. Karakter Nur tak lah sekuat mana sebab perasaan rendah diri dan takut masih ada dalam dirinya walaupun dah pulih.
Dia takut dipandang serong oleh masyarakat dan orang-orang yang dia sayang terluka sebab identitinya. Tapi perlahan-lahan karakter dia berubah jadi lebih berkeyakinan dan berani lepas berkahwin dengan Ziyad. Cuma rasa ralat sikit sebab Nur ni terlalu percayakan orang. Tak salah nak berbuat baik dengan orang yang benci kita, tapi biarlah berpada-pada. Dah masuk perangkap musuh pun, Nur terima je apa yang jadi pada dia. Hmm.. Honestly, I didn't think her attitude in dealing her problems praisable.
Ziyad: Tahap playboy Ziyad ni boleh kata teruk juga sebab sampai bawa masuk ke bilik. Hmm.. Try and error katanya.❌‼️. Tapi lepas jatuh cinta dengan Nur, karakter dia boleh kata berubah hampir 360 darjah. Ziyad jatuh tersungkur menagih cinta Nur, orang yang dia pernah hina dulu. Air mata lelaki dia pertama kali jatuh lepas dia kenal Nur. Melalui Nur, Ziyad jumpa cahaya untuk dia tinggalkan dosa silam dia.
Tapi tulah, ujian datang lepas dia kahwin dengan Nur dalam pada dia nak berubah jadi lelaki yang lebih baik. Macam apa yang Ziyad cakap, semua yang terjadi pada dia dan Nur selepas berkahwin adalah disebabkan oleh dosa-dosa silam dia. Cinta dia pada Nur memang sangat utuh dan mendalam.
Dah lama dah tak baca karya RM. Seingat sy buku yg pertama dan terakhir kali sy baca adalah SUAMI TAK KUHADAP.
Still, novel kali ni author saratkan dengan ayat-ayat islamik. Sesuai dengan watak Teratai Nur yg merupakan bekas penagih dadah, dan Ahmad Ziyad yg berperangai playboy dulu.
Pada mulanya sy rasa rimas dengan sikap terhegeh-hegeh Ziyad masa pertama kali dia jumpa Atai di rumah Taufiq. Ditambah rasa menyampah dengan Atai yg mahu tapi malu. Nak dengan Ziyad tapi bila terkenang status 'bekas penagih', dia rasa tak layak. Memang eloklah mereka berdua kahwin. Sorang terkejar-kejar, sorang lagi nak lari-lari.
Bila dh bahagia, ibu Atai pulak mintak permintaan yg bukan-bukan. Eh eh orang tua ni, dahlah masa kecik Atai ditinggalkan, lepas tu bila anak tu baru nak merasa bahagia, memandai je suruh Ziyad kahwin dengan Mia pulak. Si Mia pun satu, asyik berdendam je. Sampai hampir hancur rumahtangga Teratai dibuatnya. Geram pulak rasa.
Cerita RM, mesti nak main dengan emosi. Sis ni dah la hati tisu.
Ahmad Ziyad dan Teratai Nur.
Ziyad - awal² tu kecewa skit dengan watak dia yang jenis sarkastik sangat ni. Pandang rendah dan hina kat Teratai Nur, siap panggil sampah masyarakat. Tapi lepas tu dia plak yang tergila² kat sampah masyarakat tu. Lepas tu, baru berkenan skit dengan watak Ziyad.
Teratai Nur - nama klasik sangat. Disebabkan satu je kesilapan dia, dia dapat "title" bekas penagih. Apa yang bagusnya, dia dah insaf, dan cuba bina balik hidup dia. Ditinggalkan ibu, ayah dia pun tak tau ke mana. Jatuh cinta pandang pertama dengan Ziyad.
Dalam cerita ni, nampak yang Ziyad dan Teratai ni kadang² jenis simpan apa yang diaorang rasa, kalau terus terang je kan senang. Dah simpan sendiri, lepas tu buat plak assumption dan ambil tindakan ikut apa yang diaorang rasa.
Plot. walaupun boleh diagak sedikit (a few part je la), dia bukan "hmm.. dah agak dah" tapi "WEH DAH AGAK!!!" macam tu. teruja gila HAHAH. rasa macam nak pain dan menangis teresak esak? ni lah bukunya. and the characters development is just perfect 🤌🏻🤌🏻
Teratai Nur. namanya indah seperti budi bicaranya, baik dan sangat sopan. masa silamnya tidaklah cantik dihina sampah masyarakat, tetapi dengan peluang kedua yang Atai dapat, dia gunakan bagai itulah peluang terakhir. sabarnya diganti dengan hadiah yang paling berharga, juga didatangi dengan ujian yang melanda. she's so strong and terlalu baik. she deserves all the love she get ugh. lelaki yang sayang baik buruknya gila bayang weh dengan dia!
Ahmad Ziyad. dahulu, dia pernah mencaci dan menghina seseorang itu sampah masyarakat. playboy tersohor yang berjaya ditundukkan oleh Nur, dan... seorang navy (saya cannotla lelaki beruniform uhuk uhuk) mulut manis kalah gula putih, tapi bukan manis yang rasa menyampah tau, manis yang rasa AWHHHHH. Yad sangatlah respectful towards woman after kenal Nur. he's just, everyone's favourite type of guy. funny, sweet, caring.
you do not understand how obsessed i am with Kak Rehan's books. buku buku beliau sangatlah mempersonakan disebabkan ayat ayat berbunga yang tidak memuakkan. i feel like im in that book bila baca buku beliau. rasa macam in a different dimension tau (ceh, over!) i will always recommend baca buku kak Rehan kalau nak menangis ><
Finally, garapan indah daripada RM kali ni mmg menarik hati untuk membacanya sehingga tamat. Bagi saya, aura SUA sudah kembali dalam novel TUA. Ada manis, ada tangis, terselit begitu banyak pengajaran berdasarkan rentetan hidup Ziyad & Teratai Nur. Seriously, saya tak pernah baca versi belog. Jadi tak tahu ape perbezaan yang ketara sangat antara dua versi ni. Sempurnanya TUA dalam sebuah naskhah, mengakhiri penantian peminat RM yang dah tunggu kisah Nur & Ziyad selama 5 tahun lamanya. Mengalir jugaklah air mata seolah dapat merasa betapa perit dan pedihnya menempuh hidup untuk meraih semula kepercayaan orang & sekali gus meraih reda-Nya. Nak berubah itu mudah, nak istiqamah dlm perubahan yg dah dibuat tu mmg payah. Kalau nak tahu kesudahan kisah Nur & Ziyad, harus dapatkan naskhah berharga ni. Semoga sis RM dapat menulis kisah2 yang lebih menyentuh hati lagi.
5/5 for this masterpiece one! (Highly recommended)
Teratai Nur and Ahmad Ziyad they two had a beautiful flaws that complete each of them.Ziyad dengan masa lalu yang pahit sama juga dengan nur,dua dua nak berubah nak jadi orang yang lebih baik until they decided to getting married.Tapi nak berubah menjadi someone yang lebih baik sangat la susah dan semua terpulang dengan diri sendiri sama ada nak terus berjuang atau kalah di dalam medan perang.A good story and contains a lot of morals🦋
p/s:betul la kata qadr ziyad akan gila kalau hilang nur and dia betul betul naik gila, macam tu jugala saya kalau hilang qadr🤪🤍
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni bagi aku secara tak langsung nasihat aku untuk banyak berfikir, jaga kata-kata dan jaga hati daripada mudah menilai seseorang yang kita tak tahu jalan cerita dan kisah kehidupan seseorang itu. Banyak ya nasihat dan manfaat 👍👍
Second buku aku daripada karya Rehan Makhtar selepas SUA (Seseorang untuk aku). Buku ni agak berat sikit daripada SUA, sebab bawakan topik yang lebih berat. Buku ni juga bagi aku lebih 'pain' daripada buku SUA. Tp, yang penting, banyak betul ayat-ayat nasihat dalam buku ni 🥲
Sebab karya Rehan Makhtar ni macam kena dengan jiwa aku, aku tengah kumpul novel-noveI dia yang lain jugak 😆😊 #emptycanvashida
3.75⭐ Suka Ziyad tapi lagi suka Qadr hehe. Green flag🌲 Tengok Teratai Nur, teringat Lailatul. Kedua-dua tak banyak beza perwatakan dan cara pembawaan diri tu seolah-olah dibayangi satu sama lain. Story slow bagi saya. Ada beberapa part saya rasa macam, 'perlu ke sampai macamni sekali?' ha gituh. Bab romance tu takdelah sampai saya senyum-senyum sendiri. Tapi cair jugak weh dengan cara Ziyad layan Nur lepas kahwin. Dia punya sayang dekat isteri alahai..
sori..sedikit letih bc novel ni.. banyak gak skip.. xberapa gemar dgn penggunaan perkataan 1 ....la hai, 2 gamaknya 3 toksah sikit2 ok..tp kalau byk kali..jenuh nk bc.. terlalu melankolik..penat.. sori n tq
Pada mulanya aku takot nak beli novel ni.. Sebab bace review di sini agak tak berape oke.. Tapi disebabkan keinginan diri untuk mengumpul karya rehan makhtar aku beli jugak...kire gamble la.. Mungkin pade orang lain tak oke.. Tapi oke pada aku.. Who knows.
Saat tengok tbr list... Sampaila turn novel ini.. N pada awalnya aku agak takot nak mulakan bacaan.. Takot tak kene dengan jiwa.
Tapi.. Aku silap. Novel ini saat sempurna di awalan bab.. Sampai aku tak mampu untuk menutup buku ni... Hahah.. Serius.. Novel ni kene dengan jiwa aku... Soo lepasni aku tak boleh nak tengok review orang je untuk decide nak beli sesebuah novel.
Seperti yang dapat dilihat.. Aku cume ambil mase lebih kurang sehari lebih untuk khatamkan novel ini.. Walaupon ade skip part2 yang slow... Tak banyak. Hanya beberapa page. Nak cepatkan bacaan untuk tahu ape yang terjadi.
Tapi aku sedikit hampa, sebab teratai nur tak tahu status ayahnya, hidup atau mati.. Tu ditinggal dengan tanda tanya. 😄
Novel ini ade bergabung watak dengan novel RM yang lain cam watak qadr dalam seseorang untuk aku..
Tapi aku sokong dengan beberapa review yang penat membaca sikap teratai nur yang terlalu merendah diri dengan title 'bekas penagih'..ye mungkin dea benar2 kesal menjadikan dea sangat rendah diri.
Suke dengan persahabatan teratai & tiani.. Serius cam adik beradik pon ade. Same2 pernah melakukan kesalahan.. Sama2 memperbetulkan kesilapan Masing2.
Haaa panjang lebar ulasan kali ni. Soo kepade pembaca yang ingin membeli novel bergantung pada review di sini.. Saya suggestkan timbal balik la keputusan tu.. Kadang2 ape pembaca lain bace tak same dengan ape yang kite bace.. Masing2 punya minat tersendiri... 😆
AHMAD ZIYAD, TERATAI NUR, TAUFIQ, TIANI, QARD, MIA, PN ZAWIYAH, EN ZAHAR, PN TALHAH, PN CHEMPAKA, DR ZAFRINA, DR ZAYED, EN NORDIN, PN JURIAH, KAK NAB, PN HANAH
Ahmad Ziyad, Taufiq, Qard, dan Zarul bersahabat baik. Mereka satu universiti, Universiti Pertahanan Malaysia. Ziyad dan Taufiq ke arah tentera laut. Qard pula tentera udara. Zarul berhenti memilih menjadi tentera.
Teratai Nur... Ibunya, Pn Chempaka dan ayahnya, En Nordin. Selepas En Nordin jatuh muflis, keluarga ini berantakan. Pn Chempaka bekerja sebagai pembantu rumah. Tekad bercerai dengan suaminya dan mengikut majikannya, Dato Mokhzani. En Nordin mula ambil dadah dan diajaknya Nur mencuba benda haram itu.
Berlaku kemalangan, Nur di bawa ke hospital. Ketika dia cuba lari, dia telanggar Ziyad. Inilah permulaan mereka. Dengan bantuan Dr Zafrina dan Dr Zayed, Nur di hantar ke pusat pemulihan akhlak di Bachok, Kelantan. Di sini Nur berkawan baik dengan Tiani. Setelah setahun, Nur dibenarkan keluar Tia bagi no tel abangnya, Taufik. Bermula kehidupan Nur sebagai pekerja Pn Talhah. Di rumah Taufiq, Ziyad bertemu kembali dengan Nur. Semakin Nur menjauhi Ziyad, semakin Ziyad berusaha mendekatinya. Seperti magnet yang berlainan kutub, saling menarik antara satu sama lain.
Mia, anak Dato Mokhzani. Anak tiri Pn Chempaka. Secara tak langsung, kakak tiri Nur. Bekas kekasih Ziyad yang paling singkat hubungannya, 2 bulan. Mia adalah bekas jururawat yang juga orang yang ada ketika Nur di rawat ketika di hospital akibat kemalangan. Mia tahu bahawa Nur adalah bekas penagih dadah. Sakit hati bila tahu Ziyad telah berkahwin dengan Nur. Bertambah sakit bila mengetahui, Nur adalah anak kandung mamanya. Mia merancang merosakkan rumah tangga Nur dan Ziyad. Antara supplement yang diambilnya dari hospital untuk kegunaan Nur, dia selitkan sejenis dadah.
Kisah yang sangat memilukan.
Ermmm ☺️ ada watak menarik dalam novel ini. Qard dari novel Seseorang Untuk Aku. Nel dari novel Sugar? Yes, Please...