Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Lingkungan Cinta

Rate this book
Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Paperback

First published January 1, 2017

21 people are currently reading
280 people want to read

About the author

Lily Haslina Nasir

48 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
79 (55%)
4 stars
29 (20%)
3 stars
26 (18%)
2 stars
4 (2%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
June 6, 2018
Terhibur dengan makcik-makcik bawang yang ada dalam kisah ini terutamanya Maklong Kintan dengan kawan-kawan. Agaknya begitulah ye dalam duk seronok bercerita bersembang terselit fitnah dan mengumpat tanpa kita sedar.

Kenakalan Adib yang tak terbendung. Memang tak boleh duduk diam, ada je yang nak dibuatnya. Nakal-nakal Adib pon ada isinya. Adib yang penuh kejutan. Cuma dia tak tunjuk pada orang. Dia tak tunjuk yang dia pandai mengaji siap attend kelas mengaji, dia tak tunjuk yang dia banyak buat part time macam berniaga di car boot sale, buat bisnes sewa kereta dan macam-macam lagi lah. Adib dan Esya masing-masing yatim piatu, masing-masing ada sejarah salasilah keluarga yang pahit. Tapi itu tak mematahkan semangat mereka untuk terus hidup walaupun masih ada bayang yang mengikut.

Alam perkahwinan ketika masih lagi belajar di universiti ada cabarannya. Masing-masing belajar untuk mendidik hati supaya bersabar. Marah jugak dengan Adib nih bila marah kenapa perlu nak ungkit kisah keturunan pada Esya. Sungguh la marah itu dari syaitan. Untuk Esya, bertangguh lagi nak berterus terang dengan Adib pasal pertemuannya dengan Zambry. Masing-masing buat silap dan dari situlah mereka belajar untuk memaafkan, muhasabah diri, percaya antara satu sama lain dan saling memerlukan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 4, 2017
orang tua-tua dulu selalu pesan, jangan suka sangat nanti datang duka. jaga lidah, jaga pertuturan jangan menabur fitnah. dalam agama ada menyatakan tengok agama dan keturunan dalam memilih jodoh. tapi bukan hak kita manusia menghina keturunan insan lain. dan bukan hak kita manusia untuk menghina seseorang yang bukan anak sah taraf. bukan salah dia. akan jadi kesalahan terbesar dia bila dia sendiri sanggup menggadaikan agama..

novel karya puan penulis cantik Lily Haslina Nasir ini bermula dengan sangat cantik. ya, kisah remaja di zaman persekolahan.. aduhai.. watak si adib sangat hidup sehingga akak sendiri tanpa dapat menahan rasa bertanya terus pada puan penulis. dan hasilnya, haa... kalau korang friend dengan puan penulis, mesti perasan siapa ADIB ni. tersengih, tersenyum bahkan tergelak sorang-sorang akak dibuatnya sepanjang pembacaan. dengan nakalnya, dengan selamba badaknya, dengan perangai gila-gilanya. mangsa utama selalunya yang dipanggil 'jodohnya' iaitu esya. ada saja yang kena, bahkan terkena secara tak sengaja pun ada. bayangkan esya sedang elok angkat jemuran kering tiba-tiba kuyup bila air kolam tangki yang dijadikan tempat berkubang adib dan sahabatnya dijirus ke bawah. belum masuk kisah 'haiwan peliharaan buat jodoh'. tapi dalam sengal, dalam nakal dirotan pun tak lut ada baiknya adib and the geng ni. sanggup langgar peraturan sekolah demi mahu membantu sahabat yang susah. tapi tu lah, hati dengki manusia sentiasa ada, kan?

kisah sekolah yang sangat menghiburkan tidak habis setakat itu. mereka bertemu kembali sewaktu melanjutkan pelajaran. bila tak dapat duduk hostel dan kena duduk rumah sewa, 'jodoh' adib rupanya rumah berhadapan saja.. ehh.. kalau akak nak cerita keseronokan memang banyak. belum masuk kisah kepala enam juta, belum kisah esya berlumba lari dengan pak guard. sangat hidup penceritaan puan penulis buat pembaca sama masuk dalam kisah memerhati gelagat mereka...

ok. happy jer kan? masuk bab serius. mereka bernikah. adib, buat keputusan setelah mendengar sendiri dari esya tentang latar belakang sejarah kehidupannya. ya, masih muda dan masih belajar tapi atas rasa tanggungjawab dan kasih yang tak pernah kurang pada eaya buat adib buat keputusan begitu. zamri, watak yang punya hati yang sangat buruk ni adalah sepupu pada esya. suka main psikologi. mulut pun dah sama tahap dengan longkang yang sangat busuk! serius tau, kalau dia ni jatuh dalam loji kumbahan indah water tu pun memang patut biarkan saja.. sesabar mana adib akan longgar juga pertahanan diri malah bila esya sendiri yang suka sorok-sorok darinya... maka... peperangan demi peperangan meletus. mampukah esya bertahan bila keturunan dan dirinya dihina oleh suami sendiri...

olahan dan perkembangan kisah yang sememangnya mantap. puan penulis ada bagitau akak kelemahan yang ada dalam novel ni tapi bila akak teliti langsung tak mencacatkan pemahaman pembaca dari segi struktur ayat yang memang elok dijalin indah. seperti biasa memang tak boleh dinafikan kekuatan puan penulis dalam menyampaikan cerita termasuklah menggodak emosi pembaca... dalam rumahtangga harus ada keyakinan dan keyakinan itu terbina atas kejujuran dan keikhlasan. sesekali badai menghempas, di situlah dapat dilihat pengemudian sama ada baik atau tidak....
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
May 25, 2018
Don't judge book by its cover.
Saya bukan mengatakan cover buku ini, tetapi alkisahnya si Adib itu.
Perangai ala-ala Ali Setan namun di sisi lain, siapa yang tahu.
Bersungguh-sungguh dia mahukan Esya sebagai jodohnya, dimakbulkan Allah.
Membaca kisah ini dipenuhi gelak ketawa dan juga emosi apabila kisah keturunan Esya diungkit.
Pelbagai dugaan pasangan muda ini bernikah semasa masih bergelar pelajar.
Buku ini ada isinya yang boleh dijadikan pengajaran, panduan.
Jangan menilai, don't judge. Sesiapa pun, apa pun.
Cukup rencah, bahasa indah dan sesuai.
Tahniah, penulis!
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 13, 2017
PBAKL2017 #49

3*

Jalan cerita okey. Paling suka part Adib dengan Esya ketika tahun SPM. Macam-macam bende yg dibuat Adib and the gang yg melanggar peraturan sekolah, secara tak langsung asyik Esya terkait sama. Perbuatan Adib membuatkan Esya jadi menyampah dengan dia. Sehinggalah mereka bertemu kembali ketika menuntut degree. Dan ketika itulah cinta berputik antara mereka.

Antara sebab sy bagi 3* adalah mungkin disebabkan mood pembacaan tak sampai, sampaikan sy rasa jalan cerita agak slow, so sy tak dapat nk menghayati novel ini dengan sempurna.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
July 22, 2018
#40

Lelaki Lingkungan Cinta (Lily Haslina Nasir)

Berkisar mengenai kehidupan 'anak muda' Adib dan Esya dari mereka sekolah sehinggalah ke alam universiti. Ulah nakal Adib mengenakan Esya membuatkan kisah cinta mereka punya warna sehinggalah mereka bertekad untuk mendirikan rumah tangga di saat masing-masing sedang bergelut dengan pengajian. Namun, rumah tangga yang dibina ada sahaja yang ingin robohkan. Zamri dengan cemburu dan dendamnya tidak berputus asa mendekati Esya atas alasan mereka sepupu. Jadinya, bagaimana pengakhiran kisah Adib dan Esya?

Sejujurnya, saya sangat suka dengan plot penceritaan novel ini. Jarang dapat melihat penulis yang berjaya melakar kisah anak muda yang kena dengan jiwa. Saya kira penulis berjaya mencuit hati saya dengan kisah Adib dan Esya ini. Ditambah lagi dengan lenggok bahasa penulis menjadikan karya ini ada rencah tersendiri. Tahniah buat Lily Haslina Nasir atas kelahiran novel Lelaki Lingkungan Cinta ini!
242 reviews11 followers
July 28, 2017
nakalnya adib mcm Ali DLM Ali setan.kus smangat... tak lrt nak ketawa dgn kenakalan dia. jadi sungguh Kak lily haslina nasir olah watak adib. esha gadis yg dibuli oleh adib sejak di kokej lagi. adib dan esha berkahwin ketika bergelar pelajar. mereka diuji dgn dugaan ketika baru berkahwin. adib adalah lelaki linkungan cinta. sabar mengharungi ujian dgn esha. tahniah utk lily haslina nasir kerana bejaya olah kisah adib dan esha dgn baik sekali.
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 22, 2019
Tamat lelaki lingkungan cinta, karya kak Lily Haslina Nasir
LLC mengisahkan tentang pasangan muda Adib dan Esya. Adib yang nakal amat selalu menyakat dan membuli esya semenjak di bangku sekolah.
Nakalnya Adib and the gang membuatkan namanya popular dikalangan para guru.

Adib yang selalu mengusik esya hingga menimbulkan titik cinta dalam jiwa mereka. Keputusan diambil lalu mereka mendirikan rumahtangga diusia yang muda. Ketika ramai yang menentang, Adib bersungguh-sungguh dan akhirnya mereka disatukan.

Setelah berkahwin, dugaan demi dugaan datang menjelma. Disini kita dapat lihat perubahan ketara seorang Adib. Dari seorang yang nakal, dia berubah menjadi suami yang penyayang. Adib nakal, tapi kepala otaknya berjalan. 😅😅

Bila baca LLC aku terbayang wajah anak kak lily si Adib tu. Hahaah. Dengan gigi pagarnya dapat bayangkan lah.
Rumahtangga yang di harap bahagia, dugaan tiba2 melanda. Hingga membuatkan esya membawa diri.
Terlajak kata tak boleh diundur.

Kerana fitnah dan hasad dengki, mereka terpisah. Adakah mereka akan bersama semula? Semuanya terjawab di dalam novel ini. ☺

Kisah ini mengajar macam mana pasangan muda mengendalikan kehidupan sebagai pelajar dan juga jalankan tanggungjawab suami atau isteri. Tua atau muda setiap rumahtangga pasti ada dugaan yang tersendiri. Yang penting cara pasangan itu kendalikan masalah itu.
Profile Image for J.
8 reviews
September 23, 2025
Maaf terpaksa DNF untuk kesihatan mental saya, mungkin nanti saya akan sambung semula baca.

LLC is good story actually. Mengisahkan tentang Adib dan Esya. Enemies to lovers. Bagai anjing dan kucing di zaman sekolah, bila jumpa di university terus kahwin.

Adib lelaki yang baik, seorang yang sederhana dan akan cuba sebaik mungkin untuk berikan keselesaan buat Esya. Kahwin zaman study memang susah dan saya suka bila premis cerita ini sangat logik dan menggambarkan kehidupan seorang pelajar yang kahwin sambil berjuang menutut ilmu.

Tak ada kereta mewah, rumah besar. Hanya ada axia comel dan rumah sewa.

Tapi yang menyebabkan saya DNF ialah Esya. Gosh, tak tahu la nak kata apa, rasanya dia tak ada la kurang cerdik sangat sampai tak faham apa Zam tengah buat sekarang. Esya patut bertegas dan jangan layan Zam! Lepas tu bila Adib ragu dan cemburu dia nak play victim pula kata Adib tak percaya dia apa semua.

Tolong la awak tu isteri kot, dah nampak sepupu ting tong kau tu gatal bukan main, tolong la tepis awal-awal. Jangan nak terpedaya sangat dengan projek madrasah tu.

I feel bad for adib. At the end dia juga yang salah. Dia perlu fahamkan Esya tapi Esya tak nak pertahankan diri sendiri, nak berdalih la, percaya sangat dekat Zam tu. Orang macam Zam tu kau patut bagi penampar sedas.

Ugh! Geram betul. Dah la dekat setahun baru nak habiskan, tiba-tiba bila lebih dari lima bab si Esya ni masih dungu. Geram pula kita.

Akan sambung? Entah la, mungkin dalam keadaan tenang nanti kot.
Profile Image for Puteri Nor.
Author 6 books43 followers
August 7, 2017
Masya-Allah! Indah. Kisah ini sangat indah.

Dalam santai, Lelaki Lingkungan Cinta penuh rasa, penuh pedoman, dan ilmu yang pastinya daripada pengalaman juga.

Bacalah. Anda pasti peroleh sesuatu daripada naskhah terbaru penulis hebat ini.

Yes, I laughed. A lot.
Ya, saya tersengih memanjang sehingga ke telinga pada kebanyakan masa.
Dan ya, saya menangis juga.

Syabas, Kak Lily! Apa lagi yang dapat dikata.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 8, 2017
Satu lagi karya yang menggetarkan jiwa. Walau dah baca beberapa buku Lily Haslina Nasir, saya masih tak jangka kesan sebegini untuk buku Lelaki Lingkungan Cinta. Mula-mula memang tak boleh berapa nak masuk, kisah bebudak sekolah yang nakal dan suka mengusik orang, Adib ketuanya. Teringat buku siri Yoyo Liana Afiera Malik. Bila masuk senario Esya kena rasuk dengan setan penanggal kat padang sekolah, dah mula panas dan rentak meningkat tetiba. Selepas tu, memang tak nak berhenti baca. Kisah cinta Esya dan Adib sangat special, dugaan mereka (terutama Esya) sebelum bernikah, semasa dan selepas juga tahap giga. The way Adib loves Esya, throughout their school days, then sikap gila-gila dia, memang ngam. Suka juga Dayana dan suaminya Azmie. Adon & Arep pun srlamba kelakar. Sangat respect kreativiti dan cara penulis "master" emosi, perasaan, cara fikir watak-wataknya. Cerita ini hebat dan kongsikan banyak info mahal (psttt, yang patut diketahui orang yang dah kahwin pun ada).
Profile Image for Nierah Zainuddin.
17 reviews
May 12, 2019
First of all, i mampu read buku ni around 42% je lepastu terbengkalai selama beberapa bulan. Tiap kali nak sambung dia punya feel nak sambung tu takde 😅. Jadi i will rate based apa yang i dah baca.

First, jalan cerita menarik serius masa mula i baca sinopsis kat kulit buku i curious apa olahan penulis sebab storyline menarik jadi i cabar diri baca walaupun time tu busy semedang 😎.

Starting baca i okay je smooth tapi i rasa jalan cerita agak slow proses tarik tali si hero heroin ni. Jadi, i macam tak sabar nak tau apa jadi and honestly i banyak skip part si kakak hero membebel 😂.

Then, sampai la peak point yang i rasa i tak leh nak teruskan membaca. Maybe ni cuma aku, citarasa aku dalam memilih jalan cerita.

Jadi, untuk peminat lily haslina nasir silakan baca novel ni tanpa terganggu review aku sebab serius bukan masalah penulisan tapi bagi aku storyline je sikit tak kena taste aku.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
September 20, 2017
Jalan cerita santai, cerita tentang perjalanan hidup Adib dan Esya dari zaman persekolahan hingga ke alam perkahwinan. Banyak yang boleh dipelajari dan dijadikan teladan untuk anak-anak muda masa ini dalam ikatan persahabatan dan perkahwinan.

Bagi yang pernah membaca karya Lily pasti tahu gaya penulisan, penyampaian jalan cerita dan juga bahasa yang digunakan. Susah dah nak dapat pada karya penulis baru/muda pada masa ini dan itulah yang membezakan Lily dengan mereka, kerana itu aku masih lagi tidak boleh lari dengan hasil karya beliau dan juga rakan-rakan seangkatan dengannya dalam memperkasakan Bahasa Melayu dalam penulisan.

Nak tahu bezanya, bacalah ye! xoxo
34 reviews
May 25, 2020
Overall sy sgt suka buku ini. First buku LHN yg sy baca dan yakin akan cari lg buku beliau yg lain.

Plot cerita menarik. Langsung tak bosan. Watak apek dan esya juga dlm limgkungan yg blh dibayangkan. Xde la over kaya. Bukan anak datuk. Heroin xdibayangkn cantik melambung2. Hero tahap hensem sampai tak hengat.

Byk kali tergelak sorang2 masa baca. Kelakar dan menarik.

Plg suka watak apek. Seorang yg sgt rajin bekerja. Dlm nakal yarabbi tp jns setia. Bukan kaki perempuan. Penyayang. Ttg menjaga agama tu mmg baik. Cuma mulut dia yg tersasar bila marah. Tp tidaklah keterlaluan..
Profile Image for Faiz Md.
24 reviews
February 19, 2018
Salah satu novel terbaik untuk tahun 2017. Watak antagonis yang ditonjolkan melalui karakter Zamri buat aku takut. Jahat, kelancangan, kebiadapan Zamri betul-betul hidup di atas kertas. Takut kalau-kalau Zamri itu betul-betul ada dalam hidup penulis, atau paling jauh pun, idealisme Zamri itu merupakan sisi tersembunyi penulis. Bravo untuk LHN!
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
November 3, 2017
Tak menghampakan... terpulang pada individu tapi as for me I've been reading Lily Haslina Nasir sejak bangku sekolah lagi. Adip dan Esya... well from the beginning till it ends the need each other really.... But Esya is a really strong character.. She's all that!
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
January 25, 2019
Penggunaan bahasa oleh Lily sentiasa cantik. Setiap bab dimulai dengan dua kerat pantun. Paragraph pertama pun ayatnya macam penuh dengan bunga2 sastera. Ini kelainan Lily Haslina. Tapi cerita ni budak2 sangat.. so i terpaksa bagi 3 je lah hehe..
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
April 29, 2017
Terima kasih banyak buat penulis! Saya sangat-sangat berpuas hati untuk karya terbaru Lily Haslina Nasir kali ni. Kisah kenakalan Adib dan suka duka hidup Esya. Luar nampak nakal tapi dalam hati sangat terserlah rasa tanggungjawab seorang lelaki bernama Adib ni. Ketabahan Esya yang dipamerkan setelah menjadi suri kepada seorang lelaki wajar dijadikan contoh.

Pahit manis rumah tangga pasangan muda ini dianyam dengan begitu baik dan kemas. Cukup serba-serbi. Kisah Adib dan kawan-kawannya yang menjual mi segera di dalam dorm untuk membantu rakannya yang sedang kesulitan. Amat menyentuh hati saya ketika membacanya.

Apa yang saya dapat katakan kat sini, Lelaki Lingkungan Cinta sebuah karya yang sangat humble. Sangat seronok dibaca daripada satu bab ke satu bab yang seterusnya. Ayat demi ayat digarap dengan begitu baik dan puitis. Elemen-elemen misteri juga turut diselitkan sedikit dalam cerita. Mungkin untuk karya seterusnya diperbanyakkan lagi?

Kekurangan novel ni? Saya macam susah nak cari apa yang kurangnya tentang novel ini. Seperti tiada satu pun yang kurang. Dan jika ditanya siapakah penulis novel Melayu nombor satu sekarang ni, saya takkan teragak-agak menjawab Lily Haslina Nasir adalah individu tersebut.

Secara keseluruhannya, sebagai pembaca saya sangat berpuas hati kerana dapat menyelami dan terus hanyut dalam emosi Adib dan Eisya. Buat Kak Lily Haslina Nasir, teruskan menulis. Saya sentiasa menantikan karya terbaru awak. Harap juga dalam akhbar akan muncul kembali karya Lily Haslina Nasir. Cerita yang sangat sedap dan cover yang sangat cantik dan simple! Tahniah buat Lily Haslina Nasir!
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.