Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Juliet & Encik Romeo

Rate this book
AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama?

Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia.

Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman.

Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja.

Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya.

456 pages, Paperback

First published January 1, 2017

4 people are currently reading
123 people want to read

About the author

Airisz

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (29%)
4 stars
72 (46%)
3 stars
38 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 6, 2017
1st of 13 books purchased at PBAKL that i finished. yeayyy... one day fun reading. i like.

saya suka buku Airisz kali ini. simple n sweet in its own way. i like how Airisz likes to write stories that are real. iya lah... tak yah la nak hero heroin kaya raya level langit ke7 to make things interesting. n definitely tak perlulah adengan lori tumpah gula to spice up the reading kan.

awah n yassin... sweet couple! i like how they complete each other and how they stand strong together to overcome all obstacle. n as usual heroin Airisz pastinya brutal n basically thats why i love her stories the most because zaman helpless woman ni dah lepas kot. have faith in Allah and stand strong always. thats the only way to overcome all obstacles. N I like their relationship. Sweet and full of humour. A very good marriage recipe. paling tak tahan nak gelak bila Yassin kept making joke of Awah's nama.

n i also like awah's parents. both of them also complete each other. both of them are good people. its just that Cik Jah made a mistake. everyone makes mistakes. tiada yang sempurna. so i dont judge her during my reading. i like to think that i didnt walk a mile in her shoes so I dont know how she felt. I have to say I like awah's father the most. he's awesome. calon suami dan ayah mithali! read it n you'll understand what i mean.

All in all.... I LOVE IT.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
April 21, 2025


Best kisah ni. Kisah di kampung.. kisah jiran².. kisah mentua.

F suka karya Airisz dari dulu. Kisah kehidupan yang ada pada zaman sekarang.

Naskah dari Airisz selalu memberi nasihat² tersirat dan tersirat.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
May 21, 2017
3.8* Conflict dari yg tua anak2 terkena tempias.

Anything comes from Airisz biasanya saya suka. Namun tetap tak boleh top cerita Cik Bunga & Encik Sombong. Novel pertama dari author yg saya baca back in 2015. Langsung cari novelnya yg lain. Apa yg buat saya suka dari olahan author adalah pendirian dari watak2 utama. Pasangan lelaki dan perempuan. Walaupun taat tidak lemah dgn ugutan dan tak mudah tunduk dengan rayuan atau kegedikan watak antagonist.

Kali ini ada sikit kelainan dari cara author garapkan setiap dialognya. Terasa lebih bersahaja dan kasar terutama bab hubungan emak dan ayah mentua Yassin. Ibu pada Awah yg masih berdendam dengan ibu dan ayah Yassin. Kesian kerana marah anak2 yg jadi mangsa.

Saya faham perasaan ibu Awah yg rasa dikhianati oleh sahabat karibnya dan juga bekas kekasihnya. Tiada lagi cinta buat Haji Hamid tapi seperti biasa rasa di khianati tu mmg susah org nak lupakan. Walaupun akur akan qada dan qadr tapi still mmg susahlah nak lupakan. Apa yg di lakukan oleh ibu Yassin tu mmg tak patut tapi bukankah sudah berahun dan masing2 sudah beranak pinak. Alhamdulillah jodoh mereka semua sampai ke tua.

Ayah Awah pun bagus. Tapi kekadang bahasa sindiran dia macam tiada henti buat ibu Awah. Adakah kerana sakit hati si isteri masih belum mampu memaafkan ibu bapa Yassin atau kerana masih enggan menerima Yassin sebagai menantu? Tidak diterangkan dalam novel ini tentang perasaan sebenar ayah Yassin tentang isterinya.

Selain dari core factor hubungan kekeluargaan, ada juga hal lain yg tersabit sama dengan Awah bila dia di fitnah. Perangai org2 kampung yg kuat bergossip dan cepat menghukum..ada juga babak menyayat hati lagi2 saat2 akhir Haji Hamid buat confession..adoilah..

TIBA2 TERINGAT MI SANGGUL PULAK..TENGAH LAPAR NI. 😂😂
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 16, 2022
memang suka dengan karya puan penulis Airisz Novelis ni. idea yang menarik diolah dengan cara yang amat bersahaja. buat pembaca yang suka baca karya yang guna POV 1, karya puan penulis ini adalah antara yang terbaik.

zahra emilia ataupun lebih mesra dengan panggilan awah punya kedai jahit dikampung dan ada dua orang pembantu. yassin, bekas kekasihnya yang 6 tahun menghilang tiba-tiba pulang semula ke kampung. sebenarnya awah sememangnya menuntut penjelasan kenapa yassin tiba-tiba menghilang dari kampung walhal mereka telah lama bercinta.

diselangkan dengan kisah tipikal masyarakat melayu yang kepoh, kecoh, jaga tepi kain orang lain dalam perkataan yang lebih sopan, mengambil berat. kisah jan, kawan awah yang suka jaja cerita, kisah man landak yang suka mengadu domba dan kisah makcik-makcik yang suka buka mesyuarat tingkap. ada saja kisah menarik yang jadi topik perbualan mereka. perkara realiti dalam kehidupan. sekarang lagi hebat, ada jer grup wassap yang dibuat sebab nak mengumpat orang lain.. penyakit barah sebenarnya...

awah dan yassin ambil keputusan untuk menyambung balik kasih mereka. kali ini mereka mahu terus berumahtangga. rahsia kenapa yassin menghilang juga awah sudah dapat jawapan. mendapat tentangan yang amat hebat dari mak awah. seperti menyorokkan sesuatu, ada saja ayat yang tidak menyenangkan dari mulut cik jah, mak awah tentang yassin. mereka berkahwin juga dengan syarat harus nikah seminggu sebelum puasa dan majlis perkahwinan pada hujung tahun. kira nikah gantungla..

ada rahsia besar sebenarnya antara hajah habibah dan cik jah. kisah lampau yang buat cik jah begitu sakit hati dan berdendam dengan hajah habibah. anak-anak mereka yang jadi mangsa keadaan. awah dan yassin mencari jalan mahu pulihkan keadaan sehingga, berlaku satu perkara yang menyayat hati..

kisah yang santai tapi jalan cerita dan olahan yang amat menarik. watak yang didirikan cukup kena menguatkan palang-palang cerita. hidup ini sememangnya penuh dugaan. sama ada redha dengan segala musibah atau memasang dendam yang tidak berkesudahan. adu domba juga boleh memecahkan hubungan baik antara manusia dan lagi apa guna aib dijaja? sangat best kisah cinta awah dan yassin ini... tahniah puan penulis..

.
16/1/22

biasalah. karya sebegini takkan pernah puas baca. again and again.

kisah awah dengan yassin ni memang banyak pengajaran.

kisah orang kampung, yang punya wawasan dalam kehidupan. sangat menarik.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
July 13, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :

Cerita yang simple tapi cukup serba-serbi. Cerita yang berlatar belakangkan suasana kampung ini cukup meriah dengan warna-warna pelbagai watak. Tidak sedikit pun N rasa cerita ini kelam kabut atau bercelaru. Selalunya kalau cerita yang 'meriah' ni, N pasti akan berserabut sebab banyak watak yang inter-frame. But in this one, everything falls into place and every character makes sense.

Memang ada a few characters yang macam mintak kaki, tak terkecuali mak Awah. Memang over sangat tahap annoying gila. Mujur lar watak ayah Awah cool as a cucumber. Sekali dia das, memang tepat kena pada sasaran.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
Read
September 19, 2017
Saya suka sifat entrepreneurship pada kedua2 watak hero & heroin. Siap budak muda sekarang berani duduk kampung n majukan tempat sendiri. Airisz ni salah satu writer yang boleh kasi watak biasa jadi luar biasa. Tak adalah watak kaya tahap Qarun, kacak macam Superman sentiasa. --> saya suka orang kaya, suka kacak tapi salah pembawaannya susah nak terima tahuuuuu~
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
June 18, 2024
3.5 ⭐️

Kisah berlatarkan kampung, hero dan heroin orang biasa bukan dari golongan elit atau ceo syarikat, kerja kampung semuanya rasa dekat dengan diri kita. I suka buku2 Airisz sebab kebanyakkannya guna location yang memang i tahu dan dekat2 jek dengan rumah i. So untuk buku ni kisah mengenai Awah dan Yassin bercinta dari zaman sekolah putus sekerat jalan dan bersambung semula plus mak-mak yang ada kisah lalu yang turut babitkan sampai ke anak.

Overall okayy, best layan. So? marilah menunggu buku Airisz yang seterusnya hihi 👀
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
June 29, 2025
saya amatlah suka airisz but yang ni saya kurang sikit tak tahu kenapa 😅

for me karya airisz is one buku yang santai kau tak sakit kepala baca serius cakap kalau kau reading slump kurang 2 jam Setel baca
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 21, 2018
CIK JULIET & ENCIK ROMEO
by Airisz

Zahra Emilia atau Awah, ditinggalkan kekasihnya sejak sekolah, Yassin tanpa sebarang sebab. 6 tahun kemudian, Yassin kembali dan mengajak Awah kahwin balik! Pening betul Awah, dengan maknya yang tak habis2 sakit hati dengan famili Yassin..

Sakit hati betul la ngan makcik2 bawang kat kampung Awah tu, ade je la nak bergosip! da tua2 pun tak sedor! bila kena batang idung sendiri, baru tau!

cam biasa cite Airisz simple n santai je, tak la berat mana pun.. still, tema kekeluargaan. tapi bagi saya kali ni kureng sikit part kelakar nya... n, a bit boring kot.. satu2nya sebab nak teruskan bacaan, nak tau kenapa mak Awah tu dendam sangat dengan Haji Hamid n Hajah Habibah, mak bapak Yassin.

Lain ok kot, cuma sy baca la macam mendatar je... konflik pun masa Awah kena fitnah dengan Jan tu sebab nak tutup malu Awah tangkap Jan ngan Man Landak beromen. ingatkan Man Landak ade la buat ape2 nak balas dendam dekat Awah pas kena paksa kahwin dengan Jan (Jan mengandung), tapi Man Landak mati eksiden lak.. so lepas tu macam tak ade ape sangat da.. main lari2 nak jumpa laki je..

abis bace baru tau nape tajuk cik juliet & encik romeo

apapun, still enjoy reading!

tahniah penulis!
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
October 26, 2017
Love this type of novel yang simple simple tak payah like ada hero or heroin datang daripada keluarga berada or so on macam dah common sangat jalan cerita macam ni. Both Yasin and Awah are from kampung trying to maintain their own business which is good tho. They were once ditunangkan tapi Yassin went out of the kampung without any message then after few years he came back with his own business. Blah blah blah Yasin and Awah disatukan kembali then lastly they happily ever after. And ya i didnt expect that mak Awah tak suka Yassin sekeluarga because of kisah silam antara mak Awah dan ibu dan ayah Yassin sampai ibu Awah berdendam bagai. Atleast this novel ada talks about the kampung spirits yang suka bergossip and so on.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 12, 2017
PBAKL2017 #48

5*

Kena sangat situasi Awah-Yassin dengan tajuk ni. Cinta mereka tak direstui mak Awah gara-gara cerita silam mak Awah dengan mak Yassin. Disebabkan tu jugak Yassin tinggalkan Awah dan kampung selama 6 tahun. Lama kut. Kesian Awah orang kampung panggil andartu.

Yang paling sy suka latar tempat novel ni. Kat kampung je. Tak perlu pergi merata-rata utk cantikkan cerita. Latar masyarakat pun mmg tak lari dari masyarakat di kampung sekarang ni. Serius memang banyak pengajaran yg dapat dikutip drpd novel ni. Antaranya, fitnah-menfitnah Jan pada Awah, dendam kesumat mak Awah pada Hajah Bibah dgn Haji Hamid.

Walaupun novel ni nipis je, tapi sy enjoy baca. Penuh dengan komedi romantis + air mata.
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
September 10, 2022
best .
cerita yg santai .
konflik ringan .
suasana kampung .
tabiat orang kampung yg suka membawang , kalau ada benda buruk / fitnah cepat je tersebar .
novel ni fokus kepada konflik antara mak hero & heroin ttg masa silam mereka berdua sampaikan anak menantu turut terkena tempias .
i suka dgn watak awah yg kuat setelah 6 tahun ditinggalkan kekasih & masih setia .
watak hero paling i suka , mana nak jumpa suami yg terima segala kekurangan isteri yg tak reti masak , tak reti kemas duit tapi reti cari duittt hehe .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
October 8, 2017
Sepanjang pembacaan, banyak kali juga rasanya terliur sebab banyak makanan kampung yang sedap diselitkan. Sabar sajalah. Konflik cerita tak berat sangat. Cerita pun berlatarkan suasana kampung jadi faham-fahamlah mentaliti orang kampung ni macamana. Tak sah kalau tiada tukang kepohci.
Overall, memang best tapi bagi saya effect dia tak cukup. Baca hari ini, esok lusa boleh lupa. Saya tak pernah excited pasal hero-heroin dia. Tak pernah rasa tergugat. Satu-satunya persoalan yang saya jumpa, bilalah orang-orang tua ni berbaik. Boleh tahan keras hati.
Cuma, saya pelik. Nama bapa heroin ni Kamarudin atau Mohammad Ramli? Dalam page 84, ada disebut, 'siapa tak kenal isteri Din Pencen. Din Pencen tu ayah akulah. Encik Kamarudin.' Tapi dalam page 372 pula, Yassin ada menyebut nama penuh Awah semasa membacakan surat cinta mereka. Nama yang disebut tu Zahra Emilia binti Mohammad Ramli.
Ini kes last minute tukar nama atau macamana? Kalau salah, mungkin boleh diperbetulkan untuk cetakan akan datang.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
April 23, 2019
Aku suka semua novel from Airisz. Sebab jenis light read. So aku baca pun relax je.

Setakat ni, Cik Calla Lily & Encik Bos paling win di hatiku 😍
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
August 10, 2022
okayy akhirnya komen aka review seketul nove ni yek hehehe
first of all, novel ni best! seriously. santai. tiada pun bagi lemah otak/sakit otak and sebagainya sewaktu baca novel ni. sakit hati adalah. geram. lalat kali ni bukan lalat biasa weh. bukan orang ke-3 yg selalu menagih cinta org yg dh kahwin tapi!! lalat datang dari keluarga sendiri

kisah romeo and juliet, percintaan terhalang akibat permusuhan antara dua keluarga. ending, mati bunuh diri kedua2nya.

sama macam novel ni. konflik disebabkan keluarga sendiri. kisah silam tapi dibawa sampai bercucu dah. hm, betullah dendam tu memang pemusnah segalanya :((. kesian dengan awah dengan yassin. bayangkan ehh nak jumpa laki sendiri pun dh rasa mcm buat kerja haram dah rasanya. padahal dah halal. dah kahwin. tapi disebabkan dendam maknya tu terhadap keluarga yassin, memang susah la nak bersua muka. tapi awah mana kisah. orang dah suka dan cinta, semakin diikut kepala maknya semakin stress dibuat. jadi, kadang2 je dia ikut cakap mak iaitu jangan balik rumah laki! apa bendala.

untuk bahasa, aku suka! suka cara penulis mengolahkan setiap ayat. aku rasa dh mcm baca diari. best! ayat simple, santai, straight to point. tk adanya simpang sana sini. senang nak faham. walaupun guna 1 POV tapi cerita ni cukup rencah. berlatar belakangkan sebuah kampung yg byk ragam. makcik bwng? ofc ada uhuhu. and seangkatan dengannya.

last words, aku suka! suka dengan yassin ><. tauke ayam kiteee agagagaga. ini buku first aku baca dri Airisz and after baca ni, nak baca buku beliau yang lain! hehe abisla BBB gue T_T takpee. asalkan happy

kk thanks!
rating: 5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
April 24, 2025
Best baca cerita yg ade vibes di kampung.. cerita ttg keluarga.. persengkataan antara parent Yassin dan mak Awah.. nama FL da sedapp Zahra Emilia tp di pggl Awah..

Bercinta dri tgkatan 1 till da besar.. lepas tu, tetibe Yassin pegi kua dr kg tanpa berita.. jdi Awah mmg sedih.. tk tau sbb ape.. mmg die tunggu Yassin tu balik, nk tau sbb die di tggl kn.. rupe² di sbb kn org yg terdekat die jugk..

Awah ni mmg degil.. kalo da nekad sesuatu, mmg die buat.. nasib ade ayah yg sokong ape shj yg terbaik utk ank die..

Mak Awah mula² keras hati tk nk terima Yassin dan keluarga.. tp lepas satu kejadian, die mula menyesal..

Cerita santai.. tkde konflik yg sesak kn dada..
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
January 23, 2019
Rasa sangat terhibur bila membacanya. Ceritanya rasa ringkas dan mudah. Tidak perlu hero kaya raya, heroin cantik bak bidadari kerana walaupun hanya berlatarkan suasana kampung dan hero heroin yang biasa-biasa saja, cerita itu tetap sampai kepada pembaca.
Overall, saya suka novel ni.
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
March 23, 2021
Mati itu pasti. Bila sudah sampai masa yang dijanjikan, kematian akan berlaku tanpa tertangguh lagi.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 6, 2017
1. Tajuk novel ini salah di GR. Sepatutnya Cik Juliet & Encik Romeo

2. Buku baru yang Yuni beli di PBAKL. Baca sinopsis macam menarik. Memang tengah mencari buku yang ringan je dari segi konflik dan gm. XD

3. Tidak dapat Yuni nafikan apa yang penulis tonjolkan di dalam novel ini memang hakikat. Orang Melayu lagi2 di kampung masih kuat bergossip. Sebab mungkin itu ajelah antara cara untuk 'menghiburkan hati' dan 'ikatkan tali persaudaraan'?

4. Dan orang Melayu ni PHD nya memang tinggi. Lagi tinggi dari doktor2 yang ada PhD kat luar sana.

5. Sayangnya...kenapa begitu banyak perkataan2 kasar dalam novel ini? Mungkin penulis ingin buatkan cerita ini lebih 'real'. I don't know. Cuma, Yuni kurang gemar bila membaca, ada aje keluar perkataan2 kasar dari watak2 cerita ini. Kurang manis di situ. Nasib baik Yuni bukan baca ketika bulan puasa nanti. Tak pasal2 kurang pahala.

6. Selain itu, nampak contoh2 di mana isteri seperti tidak menghormati suami. Dan pasangan tersebut sudah berkahwin more than 30 years. Cakap kasar. Mungkin bagi Yuni kasar tetapi bagi mereka, penambah perisa dalam hubungan suami isteri. Mungkin. Assume positive ajelah Yuni.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 30, 2017
#33
Memulakan naskhah pbakl dengan karya Airisz. Ternyata tidak sia-sia. Untuk kisah Cik Juliet dan Encik Romeo, tulisan Airisz masih sama. Mengekalkan elemen santai di samping kekeluargaan. Kali ini, Airisz memilih suasana kampung. Dan itu cukup menggembirakan kerana tiada kisah rebut harta bla bla bla...

Awah - watak perempuan yang saya kira sama seperti heroin penulis sebelum ini, tak cengeng. Suka dengan Awah. Walau ada kemelut dengan emak sendiri, tapi tetap juga hormat.

Yassin - kembali menuntut cinta. Lelaki yang punya karisma tersendiri. Nakal. Sangat mencintai isterinya.

Secara keseluruhannya, novel ini novel yang membawa kita mengenal nilai kemasyarakatan, juga penulis membawa kita mengenal sikap orang Melayu, bangsa subsidi bak kata pekerja Awah. Tahniah Airisz!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 31, 2023
[BOOK 121]

Cik Juliet & Encik Romeo by Airisz.
.

Buku ni ialah free gift waktu aku beli novel lain. Terima kasih diucapkan kepada si pemberi.
.

Sampai sekarang, aku masih tak boleh lari dari membayangkan Airisz ialah Nueen. Sebab gayanya sama. Tapi tak kisahlah, asalkan sedap dibaca.
.

Berlatarbelakangkan kampung.
.

Zahra Emilia aka Awah, dulu bercinta dengan Yassin sejak zaman sekolah. Tapi hubungan mereka berakhir bila Yassin menghilangkan diri.
.

Beberapa tahun berlalu. Awah dah pun berjaya jadi tukang jahit. Dalam kepalanya, asyik fikir duit je.
.

Dan Yassin kembali ke kampung, dengan tujuannya untuk menternak ayam. Dan untuk menjernihkan kembali hubungannya dengan Awah.
.

Macam biasa la watak orang kampung, ada yang tukang fitnah, ada yang baik.
.

Yassin dan Awah pun berkawan semula. Cuma tu la, Awah masih ternanti sebab kenapa Yassin menghilangkan diri dulu.
.

Sedih juga bila mengenangkan dendam orang tua ni. Akibatnya sampai ke tua la.
.

Overall, ceritanya santai. Stress free reading.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 10, 2017
Enam tahun Yassin tinggalkan Zahra Emilia (Awah) tanpa berita. Tiba-tiba dia pulang, Awah jadi penasaran. Dia mahu tahu kenapa dia ditinggalkan. Apa salah dirinya? Bila Yassin suruh Awah jahit baju nikahnya, Awah da tak tentu arah. Tapi itu semua muslihat Yassin untuk duga hati Awah. Adakah masih ada cinta Awah untuk dirinya? Niat Yassin untuk memperisterikan Awah dapat tentangan hebat dari Cik Jah, mak Awah. Rupanya, ada rahsia yang disimpan. Ada dendam yang belum terlerai. Bolehkah Yassin dan Awah bernikah? Bolehkah mereka harungi rintangan demi rintangan bersama? Ada bahagiakah untuk mereka akhirnya? Dan apa pengakhiran dendam yang telah lama membara antara Cik Jah dan Hajah Habibah?
Best!
Profile Image for Nina.
11 reviews1 follower
July 11, 2017
Berlatarkan suasana kampung, dendam dan sengketa, perangai orang kita yang kuat bergosip dan suka perleceh usaha orang lain, makanan tradisi yang enak, cerita ni memang best! Jalan cerita yang smooth, tapi penulis kena hati-hati sikit. Dekat page 372, nama ayah Awah tertulis Mohammad Ramli, tapi kalau tak silap dalam bab 10 Awah bagitau nama ayah dia Kamarudin a.k.a Din Pencen. Oh ya, saya suka pemilihan nama watak yang simple dan tak terbelit lidah nak sebut heheh. Meleleh jugak air mata part ayah Yassin meninggal dan mak Awah dengan mak Yassin dah berbaik semula.
Rempah giling VS kerabu lambang 2 sahabat bertaut semula :)
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
May 19, 2017
banyak nasihat dan teladan yang boleh dapat dari buku ni:-

1. bukan senang untuk memaafkan bila dikhianati.
2. fitnah itu sangat dasyat.
3. niat tidak menghalalkan cara
4. kemaafan adalah ubat paling mujarab untuk ketenangan diri sendiri dan semua.
5. berfikiran positif dan tak perlu amik tau hal orang lain.
6. orang melayu suka memperlekehkan usaha melayu yang lain - irihati?
7. bila mengumpat tu (bergossip) sampai seluar dalam tok penghulu pun tak size apa!
4 reviews
May 10, 2017
Tak sangka kerana cinta macam-macam boleh jadi..

Sebab cinta kawan baik jadi bergaduh
Sebab cinta kita jadi kuat
Sebab cinta fitnah berleluasa
Sebab cinta anak-anak jadi mangsa
Sebab cinta penyesalan takde guna

Sabarnya Leha dengan Ihsan layan perangai mak si Leha yang macam2 sangat ni haaa.. Tapi paling win bapak Leha the coolio father in the world kot! hahahahaha..

Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
November 28, 2022
This focused more on their parents’s issues and less on the mc’s development. Hmm.. they i.e. the parents each have their own spouse, yet still longed for the one that got away. 🤷🏻‍♀️ Tbh, the parents are annoying with their petty drama and incessant fights. I’d be more than exhausted to keep a grudge for almost 30 years.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
July 10, 2017
Suke watak heroin yg tak lembik. Suke jugak watak hero ni yg sentiasa cool. Geram ngan mak si Awah ni yg berdendam. Tapi watak paling bez ialah bapak si Awah ni. Seorg suami yg cukup penyabar ngan perangai mak Awah. Antara yg terbaik dari Airisz
Profile Image for Ana Anne.
58 reviews1 follower
May 9, 2017
Aku suka. Novel-novel airisz tak pernah mengecewakan. Santai dan menghiburkan.
Profile Image for Sharifah.
14 reviews
September 6, 2017
Saya suka kisah mcm ni...seronok je layan membaca smpi abis....👍🏻👍🏻👍🏻
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.