Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.
Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.
"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira
"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid
"Sebab awak tu miring!" - Naira
Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.
Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?
Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
Ingat senang ke nak baca novel back to back tengok drama adaptasi dia, nasib baiklah Remy Ishak kalau orang lain tadi kirim salam je lah.
1. Thanks to GobokAirina untuk buku ini. Macam pertama kali jua saya baca karya Puan UN. Satu percubaan yang berjaya rasanya kerana jika dihadapkan dengan buku2 penulis di masa-masa akan datang saya tidak akan teragak-agak untuk membacanya.
2. Misteri betul si Iqbal Raid ni, saya memang suka baca kisah lelaki penuh misteri dan rahsia seperti Raid ni tetapi bila rahsia terbongkar saya pun rasa nak join #teamnaira "akak pon marah dik" haissh. Walau apa pun sentiasa lah cari ruang untuk memberi kemaafan, jangan tgu sampai terlalu lewat nanti menyesal tak sudah. Itu yang penulis cuba sampaikan mungkin.
3. Yang saya suka pastilah si Raid dan yang saya tak suka sikap Naira, dari awal sampai ke akhirnya "annoying". Pada luaran nampak sangat kuat dan tabah tapi hakikatnya mudah goyah. Mudah termakan hasutan dan selepas tu tak nak dengar sebarang penjelasan dari Raid, sabar je Raid nak layan kerenah awak.
4. Penamat yang ada isi dan sesuai dijadikan peringatan untuk diri sendiri.
Novel ni boleh masuk rekod, beli sebab nak diadaptasi. Bak kata Mai, Cherina dah ‘tersampuk’ 😆
Ps: Ini bukan review
Full review: 11/09/18
1. Naira. Si cik jeruk yang ikut kepalanya saja. Mungkin kerana beban yang ditanggung buat Naira jadi sebegitu tapi cik puan, ya ampunn... prasangka melebih sangat.
2. Iqbal Raid - karakter yang dibangunkan hampir sempurna dengan kebaikan dan sisi kelamnya yang benar-benar bad boy ya. Tapi apa pun matlamat masih tak menghalalkan cara wahai encik Raid.
Dua watak ini berjaya buat aku bertahan dengan LKT. Walaupun ada masa rasa annoying dengan watak Naira. Sungguhlah penulis suka buat emosiku turun naik dengan watak heroin. Cuma Naira tak segila Yusra.
Watak-watak lain boleh tahan banyak tetapi ia sangat membantu menggerakkan isi cerita. Kudos penulis kerana tiap watak dikembangkan dengan cukup baik.
Aku juga suka dengan #hantusayangcikjeruk di awal-awalnya. Scene usik-mengusik, berlawan kata dalam misi Raid nak menawan hati Naira. Memang pace laju tanpa cerita lain yang tak perlu. Cuma mungkin beberapa bab menuju ending perlu diperkemaskan kerana aku setuju dengan review Yuni yang mana semuanya nak disumbatkan dalam minit-minit terakhir.
Apa pun, naskhah santai yang tak menghampakan. Apalagi dengan cover biru yang cantik dimataku. Dan, dengan dua buah nukilan penulis yang baru aku baca berjaya buat aku rasa nak baca lagi karyanya.
Ps: LKT akan dilayarkan di kaca TV mulai 1 Oktober ini. Selamat menonton 😉
1. Hampir dua bulan tak update, rasa kekok nak buat review kali ini.
2. Baca buku ini around puasa tapi mood nak buat review ke lautan. So baru sekarang muncul. Ada kemungkinan feelingnya dah kurang. Yuni tulis ikut apa yang Yuni ingat.
3. Santai. Dah baca beberapa buku hasil nukilan penulis ini, mungkin yuni boleh buat kesimpulan, tak berat. Gaya penulisan yang bersahaja. Watak jahat yang tidak terlalu kejam. Tema yang pelbagai, di mana suatu yang unik untuk setiap novelnya. Tahniah.
4. Dari awal hingga ke 70% tertanya2 siapakah Raid ini sebenarnya. Adakah Robin Hood Malaya atau Si Hantu bertopengkan manusia.
5. Awal dah okay. Tengah dah cantik. Konflik dah mantap. Cuma, pengakhirannya macam kureng sedikit. Too rush for me. Just like drama melayu. Awal yang boleh diterima tetapi episode last tu, to be more specific, 15 minit terakhir boleh ceritakan kisah 3 tahun. So this novel, for me.
Susah jugak sebenarnya nak kaitkan keperibadian Raid dengan kisah silamnya tu..hmmm... Dia sanggup bergaduh dengan ayahnya disebabkan ayahnya guna duit haram n then kenapa dia boleh buat benda yg sama jugak walaupun dia xguna untuk diri sendiri? Dia ada kesedaran tentang punca rezeki yg haram tu bila dia gaduh dengan ayahnya. Dia pun selamatkan Faris dari aktiviti gay so kenapa dia sendiri boleh terjebak sejauh itu?sebab tu susah nak terima. N benda tu pun sebenarnya dah bertahun berlalu so xnampak point apa perlunya datin datin tu muncul.
Apa pun masih naskah yang baik dan boleh dilayan. Masih dapat mesej yang cuba disampaikan penulis 😁
Raid ni misteri sangat, tetiba muncul dalam hidup Naira. Naira pula garangnya ya ampun nasiblah ada orang yg boleh sabar.
fasa awal memang nampak Raid ni lelaki yg sangat perfect macam kebanyakan hero dalam novel, baik, suka tolong orang dan sangat sabar melayan kerenah Naira yg tak berapa nak matang tu. bila sisi gelap Raid terbongkar macam sangat wow speechless betul, susah nak terima tapi jangan cepat sangat nak menghukum sebab kebenaran sebenar belum terjawab.
cover biru. tenang ja. santai ja baca. naira yg sering dikejar along dan diselamatkan oleh raid seorang jejaka misteri. raid ni Kira berubah Dari kejahatan kpd kebaikan.
Alahai Raid @Robin Hood.. Hero yg ada latar belakang silam yg penuh dosa..sampai masa hidayah itu sampai...Raid berpaling dari jalan dosa lalu bertemu dengan Naira yang penuh dengan masalah hidup. penyatuan dua hati antara Raid dan Naira menimbulkan iri hati kepada yang lain. Rumahtangga bahagia Naira-Raid mula goyah bila kisah silam Raid diungkit dan ditokok tambah. Naira kecewa. langsung tak mahu dengar kisah silam versi Raid. hingga allah menarik nikmat berkasih dengan Raid. baru Naira faham erti rindu. erti cinta dan sayang. masa kakak baca part ni ingatkan LKT ni sad ending...hehe tapi anggapan kakak tersasar rupanya... nasib baik sangat. 2 thumbs up utk kak umie...good job!!!5 bintang kakak bagi.
Kisah Raid yang sangat misteri.. Membantu dan mendekati Naira secara tiba-tiba.. Naira yang bengkeng dan kasar.. Tak pernah melayan Raid dengan baik kalau tak terpaksa.. Namun Raid tetap mengekor Naira.. Bila dah kahwin, batulah terbongkar sedikit demi sedikit mengenai Raid cuma pembongkaran tu bukanlah perkara yang betul dan bukan dari Raid.. Penulis berjaya menyembunyikan identiti Raid hingga ke beberapa bab terakhir.. Satu yang Sha suka bila buku ini mengajar kita supaya tidak menjatuhkan hukum atas masa silam seseorang sebab kita bukannya tuhan..
Ohh annoyingnya rasa dgn perangai Naira. Perasan diri tu bagus, cengel, baran dan plg geram bila byk sangat buruk sangka kat orang. Tahulah diri tu pernah ditipu. Banyak sangat ujian tak sudah. Tapi jangan pandang dan nilai org tanpa mahu mendengar sebarang penjelasan. Tak adil untuk Raid!!!
Memang Raid lelaki yg tuhan kirimkan utk Naira. Terlalu banyak kebaikan yg dihulurkan oleh Raid terhadap Naira dan keluarganya. Namun kerana kisah silam yg penuh dosa, Naira ego utk melihat kebaikan yg ada pada Raid kini. Siapalah kita utk menjatuhkan hukum dosa pahala pada seseorang sedangkan Allah itu maha pengampun. Kerana sikap yg ada pada Naira inilah yg buatkan mood membaca saya down.
Tetapi bila Raid pergi dan tiada, barulah saya rasa nak padankan shj muka Naira. Masa tu baru pandai mengenang segala kebaikan Raid. Baru tahu bagaimana rasa kehilangan. Tapi dlm masa yg sama, ohh sedihnya hidup Naira. Saya cuba letak diri saya dlm diri Naira. Bagaimana org yg kita pernah sayang pergi menghilang tanpa tahu hidup atau mati di dalam keadaan diri yg berbadan dua?
Tapi bila segala kepahitan berakhir, geram pula dgn di Raid. Macam tu je dia timbul? Aduhh mcm angin lalu. Tak ada rasa langsung perasaan teruja saya bila Raid hadir semula dlm hidup Naira. Mcm anti klimaks.
Apapun, naskah kak Umie kali ini santai. Tidak terlalu berat. Jadi walau saya merungut sendirian dgn perangai tak semenggah Naira, saya masih enjoy membaca karya ini. Tak sabar utk marathon karya2 kak Umie yg lain🤗
1. Kaver cun. Biru - feveret ni. Simple tapi tetap cool.
2. Naira Nain - si garang yg tak suka dengan Raid sbb Raid selalu ganggu dia dan buat permintaan yg bukan-bukan. Gadis yg punya tanggungjawab berat terhadap keluarga selepas abangnya, Mirza terjebak dengan dadah. Banyak kali tertipu dgn lelaki2 yg kejarkan duit dia memandangkan dia mewarisi Resort Abah. Kurang digemari oleh pekerja2nya terutama Kak Bed.
3. Iqbal Raid - lelaki misteri yg tiba2 muncul di Resort Abah, suka kat Naira walaupun telah dijerkah berkali-kali. Punya masa silam yg buruk tapi skrg dh berubah. Dia umpama Robin Hood Malaysia sbb suka menolong melangsaikan hutang orang lain dekat along, dan hutang Mirza dia yg langsaikan.
Kisah cinta dorang simple but cute. Takde watak antagonis yg melampau-lampau. Cuma banyak salahfaham dari watak Naira je sebab suka berprasangka buruk terhadap Raid tanpa menyelidik dahulu. Sampaikan bila sisi gelap Raid terbongkar, Naira langsung taknak dengar penjelasan Raid, then bila Raid hilang ketika bekerja di Amsterdam, barulah Naira sedar kekhilafan diri. But at the end, semua watak happy dengan pasangan masing-masing.
Mula-mula baca sinopsis ingatkan Raid ni anak orang kaya tapi suka berlakon mcm bukan anak orang kaya tapi jauhhh meleset lepas baca habis novel ni. Agak menyampah juga laa dengan Naira punya perangai yang asyik nak buruk sangka je tapi fikir balik mungkin sebab die dah kental kena kejar dengan ceti haram & lelaki2 sebelum ni yang bila tau pasal hutang tu terus cabut lari. Cerita ni punya sebab kepada sesuatu kejadian tu terjadi lain tak sama macam dari novel yang selalu saya baca. Baca pasal Raid ni kesian pun ada, manusia mana tak buat salah. lagipun dia ada sebab kenapa dia buat macam tu. Dalam cerita ni saya lagi banyak kesian dengan Raid dari kesian dekat Naira. hahahaha. ok dh tu je :)
Tak skip sikit pun baca buku ni. Word by wor sampai jumpa perkataan tamat. Sangat happy dan enjoy membacanya. Konfliks diterjemahkan dalam keadaan tersusun , tak serabut & pening kepala . Banyak pengajaran yang disampaikan . Good job penulis!
Novel ni mengisahkan seorang lelaki bernama Iqbal Raid yang jatuh cinta pandang pertama pada seorang wanita yang sangat garang bernama Naira. Macam-macam strategi yang Raid jalankan untuk memikat hati Si Naira tapi semuanya tak dilayan. Sebab bagi Naira semua lelaki tak ikhlas untuk bersama dengan dia. Tapi lama-kelamaan hati Naira mula terbuka untuk menerima Raid. Tetapi kebahagiaan mereka tak lama setelah kisah silam Raid mula dibongkar. Siapa Raid di masa silam? Jahat sangat ke sampai Naira terlalu bencikan Raid?
Saya tahu mengenai novel ni masa tengah survey nak beli novel apa di PBAKL. Saya terbaca Bab 3 cerita ni dan saya rasa bab tu sangat menarik. Bab pegaduhan Naira dan Raid. Walaupun permulaannya agak slow bagi saya tapi lama-kelamaan novel ni mula mendapat rentak dan dapat menambat hati saya. Kesabaran Raid menangani Naira yang ego buatkan saya terfikir wujud lagi ke lelaki yang macam tu. Terberangan kejap. 😜
Novel ni juga ada menyentuh betapa kita sebagai manusia terlalu cepat menghukum sesuatu tanpa mendengar cerita sebenar dari kedua-dua belah pihak. Tidak terlalu banyak konflik dalam novel ni. Boleh saya katakan novel ni adalah bacaan yang santai. Kasih sayang sesama keluarga juga diselit dalam novel ni.
Kisah Naira dan Raid sangat manis dalam Lelaki Kiriman Tuhan. Aku habiskan dalam masa seminggu sebab teringin sangat nak tahu siapa Iqbal Raid sebenarnya. Bukan apa identiti dia dari awal sudah mengundang tanda tanya dia ni siapa sebenarnya.
Dari mana dia dapat duit banyak-banyak untuk selesaikan hutang Naira. Rupanya Raid ada sejarah silamnya. Tetapi sejarah itu sudah lama ditinggalkan. Naira pula sudah lama dia mengikut jejak gadis itu. Macam secret admire.
Macam biasa, dalam cerita mestilah ada watak-watak antagonis. Memang penat juga melayankan Naira dalam novel ini yang tak habis-habis nak merajuk dan cepat bersangka buruk.
Namun semuanya terjawab bila Raid hilang. Naira menyesal tak sudah bila lelaki itu hilang. Biasalah, sudah menjadi lumrah manusia akan mula sedar dan lebih menghargai bila melalui fasa kehilangan. Kalau nak tahu kesudahan mereka boleh dapatkannya.
Done...dah habis baca... Puas hati.. Tahniah Umie Nadzimah dh hasilkan karya yg BEST ini...
Kisah suami isteri dn keluarga...
Raid Iqbal @ Hantu @ Robin Hood, terjatuh Cinta dgn Naira @ Melur @ Cik Jeruk berusaha mendekati @ memikat Naira.
Naira terpaksa jdi kuat demi ibu, adik dn resort peninggalan arwah abahnya. Bila abg Naira, Mirza timbulkn masalah pinjam duit along dn jdi penagih dadah... Naira jdi seorng Lady Bos yg garang dn Bermasam muka @ cik jeruk. Bag I dia semua lelaki yg Cuba dkt dgn nya tak ikhlas Suka ambil kesempatan... sehingga lh Raid Iqbal muncul dkt resort mereka.
Bermulalah misi Raid memikat CikJeruk...hehehe
ku Suka dgn Raid ni..perangai Hantu dia khas utk cik jeruk jak.. kerana rasa Syng nya Kat Naira, Dlm diam2 semua masalah Naira dia selesaikan. Dia tak lari tinggalkan Naira sorng2. Bila rasa tak Suka berubah jdi Syng mereka pn Nikah.
tapi baru jak Hidup bersama...muncul lh kisah lalu Raid serta berbagai fitnah hingga smpi satu tahap Naira tak sanggup nak hadap muka Raid.. bahagia yg d damba derita yg tiba...
TAPI...Bila Raid kemalangan dn hilang di Holland...Naira mula menjejaki seorng Raid Iqbal...siapakh sebenarnya suaminya itu.. ??
BAGI Melur, Raid seorng anak yg baik, manja dn Penuh tanggungjawab. BAGI Faris, Raid seorng abang dn Malaikat pelindungnya..Bila dia jdi mangsa nafsu songsang Mirza. Raid jg seorng genius. BAGI Mak Piah & Apak, dia anugerah Tuhan yg tak ternilai. BAGI Ismail dn Ela, dia seorng Robin Hood.. Jadi siapa Raid ni?
Perkataan baru yang dipelajari : Jeda (nak kene belek kamus dewan. cari maksud)
Light reading for me. Sweet-sweet sikit. Thrill sikit. Serba cukup. Ending masa Raid hilang tu je asyik kesat air mata. Selam hati Naira mengandung tanpa suami disisi yang "mati"
Tapi happy ending.
So siapa nak beli buku (baru) dengan harga boleh runding, boleh visit my IG (@mybooksboutique) or like FB (@booksboutiquemy)
Start membaca ketika kapal terbang membawa saya ke Bali..Separuh buku dpt dihabiskan sepanjang 3 jam perjalanan... Suka watak Raid, seorang hero yg nampak Macho dan sempurna tetapi mempunyai sisi gelap yg sangat jijik.. Naira yg keras kepala berjiwa kental namun tewas juga dengan kasih sayang yg ditunjukkan oleh Raid. Overall sgt berpuas hati dgn naskah Umie ini..
Sebenarnya aku dah putus angin nak habiskan bacaan bila Naira dan Faris pulang ke tanah air tanpa Raid. Sedih wo! Sad ending gitu. Tapi aku mengelat, skip dan belek lembaran seterusnya. Kahkah. Ada disebut lagi nama Raid. Ini tak boleh jadi, jadi aku teruskan sampai ke perkataan "TAMAT".
Thanks to Mira Filzah and Remy Ishak atas lakonan yang mantap and sebabkan dorang jugak aq jadi peminat novel ni. Novel ni serius cakap jalan cerita dia x berapa cliche macam novel yang lain and sebagai student aku selalu pokai time nak beli novel tapi nasib baik https://www.e-sentral.com/ haritu ada buat sale utk novel ni dapatla aku merasa baca novel yang dah diadaptasi jadi drama ni
Best sangat citer ni... citernya santai-santai saja w/pun , tapi penuh pengajaran... the best part adalah citer ni tak berselirat dengan citer-citer watak sampingan . Citer pasal hero / heroin jerk ....
Sweetttt ya amat cerita ni. Tahniah buat penulis berjaya membawa jalan cerita yang menarik. Sebelum tengok drama, saya dah baca eBook dia sebab teruja sangat! eBook dia boleh dapat dari sini-- https://www.e-sentral.com/book/info/2...