Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ti Amo, Sweetheart 100 Hari

Rate this book
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

606 pages, Paperback

First published April 1, 2017

145 people are currently reading
1611 people want to read

About the author

Suri Ryana

9 books387 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
168 (36%)
4 stars
131 (28%)
3 stars
96 (20%)
2 stars
33 (7%)
1 star
32 (6%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
June 17, 2017
3.3*

Boleh la. Walaupun macam ada benda yang keliru, tapi malas nak taip 😂
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
March 30, 2018
Memang tak sangka saya akan baca buku Suri Ryana lagi setelah mempunyai kenangan pahit dengan PISA! Nampaknya drama adaptasi novel telah berjaya mempengaruhi saya. Curious jugalah apa kelebihan novel ini sehingga diangkat menjadi drama.

Unfortunately, saya tidak nampak apa istimewanya novel ini. So, saya simpulkan pihak pembikinan drama mungkin memang mahukan cerita yang berlatarbelakangkan negara orang putih seperti Italy. Agaknya lah. Kalau dilihat dari segi cerita, memang tiada yang stand out. Kalau dilihat dari segi kesinambungan plot, masih ada yang tergantung dan dibiarkan sepi begitu saja. Apa cerita Emilia?

Tapi yang paling annoying di sini ialah Malissa – heroin dalam cerita ini. Malissa, you don’t have to tell us countless times that your husband is physically handsome and all. Cukuplah sekali dua. Otherwise, akan timbul rasa menyampah. Nampak sangat Malissa ini hanya tertarik dengan fizikal Iskandar saja. Itu belum masuk part terkena renjatan elektrik. Cerita ni memang banyak elektrik. Dan lagi satu, banyak gula. Saya sebenarnya suka makan yang manis-manis ni. Tapi tidak mahulah mengambil secara berlebihan, takut nanti jadi penyakit. Jadi saya syorkan, biarlah kita mengambil gula secara sederhana untuk kebaikan bersama.

Tapi, at least buku ini lebih baik dari PISA.
Profile Image for W.Noraini.
54 reviews10 followers
March 7, 2018
3.0 ***. Cerita cinta biasa2 je. Takde faktor 'wow' sangat. Boleh le untuk bacaan santai. Cerita berkisar tentang rajuk manja suami isteri...dalam benci, masih ada rindu. Dan tentang memberi peluang kedua kepada pasangan utk memperbaiki hubungan yg 'retak' sebelum ini.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 18, 2017
1. Dah alang kepalang memang collect buku2 Suri Ryana so apa salahnya beli buku terbaru pula.

2. Cover yang menarik. Even ada part nampak seperti terlalu 'penuh' tetapi tidak sesak mata melihat. Cuma...itu bukan ke gambar Venice? Scene banyak di Florence kan? Bukan ke Venice sebab honeymoon ke?

3. Rasanya adalah lebih baik sekiranya puan penulis ceritakan lebih lanjut tentang sebelum Malissa ditinggalkan dua tahun. So pembaca akan lebih faham. Bukan hanya letak sejemput sedikit di depan, sejemput sedikit di tengah dan sejemput sedikit di akhir.

4. Juga tentang ibu kandung Dina. Itu pun buatkan Yuni curious kisah disebaliknya.

5. Yuni lebih nak anggap ini hanyalah kesalahan typo. Walaupun sepatutnya tidak boleh berlaku. Apa fungsi editor? Sekejap Raina ni anak tan sri. Sekejap anak datuk pula. Hmm...Mungkin bagi orang lain, ini hanya minor mistake tapi bagi Yuni, editor where are you?

6. 2 tahun ditinggalkan suami tanpa sebarang penjelasan. Dihalau oleh mak mertua. Bila dah jumpa semula pun masih dihina sebegitu. Rasanya Yuni perlu belajar bersabar dengan Malissa. Okay, take it as karakter yang baik untuk diikuti. Walaupun sepanjang perjalanan Yuni dengan 'Ti Amo, Sweetheart 100 Hari', Yuni rasa Malissa ni bodoh. Sudah berbaik dengan suami, mak mertua pula buat perangai. Ada yek mak yang sanggup menipu anak2 tentang sakit kronik macam tu. Kalau kamu mati terus, padan muka.

7. Penulis memang suka amik benda yang tak menonjol sangat untuk diletak di hadapan ke? Cover Venice tapi main scene di Florence. Yuni rasa perkataan 100 hari tu tak sampai 10 kali disebut2 tapi dijadikan tajuk. Yang Ti Amo tu overdose pula. Hmm....
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 16, 2018
makan tahun kot ML peram naskah ni.... well ... walaupun ML peminat setia... pengumpul karya SR.. tapi... ML tak boleh menipu kalau karya dia agak bosan.

ya .. agak bosan sedikit karya ni... may be ML bukan jenis yang suka sweet muweet yg tumpah bertan-tan gula. kengkadang ML rasa.. iskandar ni x der kerja lain ke... ya...memujuk mcm tu sekali.. fine.. ML mengakulah.. laki ML x romantik.. tp kalo dpt laki mcm iskandar tu.. mintak ampun lah.. not my type kot.. geli geleman den ghaso ha...ouh.. plz lah...

x tahulah nak cakap.. novel ni ML rasa kurang segalanya... duk fikir.. bilalah nak habis...
sorry suri... i don't like it
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
May 19, 2017
#pbakl2017-04

novel dari author favorite.. mmg x pernah mengecewakan..

Kesian lisa ditinggalkan suami akibat di fitnah.. Geram aku ngan rania yang x reti malu.. dok hadap ngan iskandar yang tahap gila cintakan lisa. Bila terbongkar mmg sweet overdose laa iskandar dok nak ngorat balik bini dia nie..

Mmg Best x rugi korang layan..
Profile Image for CrystalGrey.
145 reviews15 followers
May 10, 2017
Sweet tumpah gula tu memang Suri Ryana konsep.....sokmo tumpah gula

Kisah cinta yang terpisah kerana fitnah dan mudah percaya tanpa berbicang atau kurang berkomunikasi.. kesan nyer pada anak.

Mummy, Intan & Raina - Sememangnya WUJUD di muka bumi ini.. Memang ramai spesis ni.. tak malu (emo lak)

Zati & Fatin - Masih wujud tapi makin kurang
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
June 5, 2017
*Nak review tapi saya sdg blur lah..that Datok tu duda ke..kisah ibu Dina ni tiada perkembangan..trying to link all the dots 1st. TBC.
Profile Image for Qayiem Razali.
896 reviews85 followers
April 7, 2020
[39-2020]

#TiAmoSweetheart100Hari #SuriRyana #StayAtHome

Dah lama tak membaca karya tulisan Suri Ryana, dan novel ini menjadi pilihan untuk dibaca. Bagi saya penulis memang bijak dalam melakar cerita yang 'manis' seperti ini. Itu tidak dinafikan. Cumanya, mungkin disebabkan kisah seperti ini telah menjadi kisah biasa kebanyakan penulis novel, menjadikan karya ini kurang umph kata orang. Tapi... Rasa itu tetap ada. Novel ini saya kira novel yang ringan saja jalan ceritanya dan tidak melelahkan.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 15, 2017
PBAKL2017 #16

4.5*

Manissssssss tahap diabetes ! Serius best. Sambil baca boleh sengih sorang-sorang. WAJIB BELI OKEY !
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
April 3, 2019
Emosi tak stabil baca buku ni.

Sebagaimana emosi watak heroin dalam naskhah ini, sekejap geram, dalam masa yang sama suka... hish! Geram!

Dan saya banyak buat lompat kijang untuk bertemu titik noktah.

Maafkan saya!

Tapi adik-adik mungkin suka kot cerita terlebih gula macam ni... Yeah... manis tahap potong kaki bak kata adik-adik manis di luar sana... ^__^
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
June 11, 2017
Enjoyable reading, love the plot even though, there are few mistakes but I still love the story 💞
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
May 5, 2017
ringan je cerita ni..bacaan santai.. maniiiiisss overload! hahaha
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 8, 2017
book no 2 bought during pbakl finished!

this time hero getting less kekwat compared to her other books.

i like the storyline altho ada kepelikan in few areas. cerita santai. ada drama but not too heavy. ada few antagonist tapi tak la menyirap darah sangat.

this time kita ke italy n a short visit to venice. niceee... i like how the author narrates bout the places that they visited. i enjoyed that.

i like how strong lisa is and i like that there r no secrets between both Dato n Datin after the second chance coz kalau ada rahsia, confirm lagi meleret cerita kan. (muda2 dah dapat pangkat dato')

what i dont really like is... too much adengan ti amo tu. as i mentioned in my previous review... these are what is selling at the moment. however, if evrybody is selling the same stuff, people might not wanna buy anymore... just my 2 cents... *peace*
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 21, 2018
Dah beli novel ini last year but pending dalam book cabinet. Bila tahu nak diadaptasi ke novel, berkobar-kobar tak sabar nak baca dan terus saya capai novel ini.

Saya setuju dengan pendapat reviewers yang lain. Arwah mummy Dina kurang dijelaskan. Nama arwah Amelia just di angin lalu, mentioned a bit here and there.

Awal pertemuan dan perkahwinan antara Iskandar dan Malissa kurang ditonjolkan. Semuanya samar-samar, lompang sana sini buat saya tertanya-tanya bagaimana kehidupan mereka berdua semasa Malissa 18 tahun dan menjadi ibu susuan Dina. Kemudian Iskandar dan Malissa berkahwin. Alih-alih selepas dua tahun ditinggalkan Iskandar, Malissa ke Italy untuk mencari suaminya. Kurang rempah ratus sehingga banyak persoalan tanpa penjelasan.

Agak exaggerate dan meleret juga bab-bab Iskandar nak tawan hati Malissa balik. It's repetitive. Watak-watak sampingan Zati, Fatin dan Faliq buat cerita ni sikit best sebab ada humour.

Overall, pada saya Ti Amo sebuah cerita yang sempoi, santai untuk pembaca walaupun tak ada kelainan dalam plot yang boleh memberi impak pada pembaca. Kepuasan untuk novel ini agak kurang bagi saya. Her previous novels are much more better and ada oompph.
Profile Image for Bookustagram Review.
6 reviews1 follower
September 19, 2020
Buku ini dibeli lama dulu. Tapi baru punya masa untuk dibaca hari ini.
.
Ti Amo Sweet Heart ditulis dengan menggunakan POV pertama dan pada saya cerita ini seperti sebuah kisah soap opera versi Melayu.
.
Menggunakan resepi kisah cinta antara dua darjat sama seperti filem Ibu Mertuaku. Bezanya, Malissa bukanlah Ramlee yang buta matanya dan Iskandar bukanlah Sabaridah.
.
Sisi watak antagonis Rania membuatkan saya tersenyum. Maruah seorang wanita yang dipotretkan pada Rania yang 'desperate' dan obses untuk menjadi isteri kepada Isaac Iskandar dilihat rendah pada kaca mata saya.
.
Dan Malissa pada kaca mata saya adalah seorang perempuan lemah yang tak punya pendirian. Sepanjang pembacaan, saya melihat sosok wanita lemah yang berserah.
.
Penipuan oleh Mummy Isaac Iskandar, pada saya digarap kurang sempurna oleh penulis di akhir cerita.
.
Somehow, it just not my cup of tea.
.
Book [01/2020]
1 review
May 19, 2017
Slalu follow kak suri di ig je.dah komen di ig sblm ni...hurm at first adore personality dan suka tgk akak ni travel the world .didn't know she is an author...lps tu terbaca potongan2 dialog di ig berkenaan issac iskandar, malissa & dina dan sumenye bermula jeng3.....kih3.sumpah tak sabo tunggu novel nih sbb dialog yg sikit2 tuh dah runtun2 hati i utk baca cerita full.mmg berbaloi menunggu.cite ni sgtler best!!!!Cover pun cans giler melting!!part malissa n iskandar mmg sweet overdoseee!
Malissa bg i sorang yg tabah....yg plg i suka is step yg diambil utk kuat walau pembaca tahu bertapa dia sometimes fake her strenght.nampak comel bla dia cuba push iskandar d sbalik hati yg berdebar2 tuh....sweettttt o.k.seluruh bintang d langit tok karya nih.tahniah kak suri.tulis lg okeh!
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
June 8, 2017
Novel dari Suri Ryana wajib di beli kerana jalan cerita yang menarik .

Cuma kali ini kecewa sikit. Novel-novel sebelum ini konflik lebih berat. Kali ini ringan sikit, walaupun konflik utama adalah masalah antara Isaac dan Malissa. Mungkin kerana watak Iva, Su kecil comel menjadikan lebih santai. Dan kisah 100 hari, permulaan menyatakan Isaac akan habiskan 100 hari bersama Malissa ada . Dan tergantung selepas itu.

Bahagian Mummy Isaac dan Rania pun pendek sahaja.

Perasaan ada typing error, nama Iva tertukar dengan nama Lisa.

Bahagian Iva kata Rania seperti Mak Lampir tu rasa pelik sikit. Tak tahu kenapa. Rasa tidak sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun sebut perkataan itu. 🤔
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
May 10, 2017
buku kedua pbakl yang berjaya kakak khatam...bacaan tahap santai sebab konflik pun tak tahap kritikal...watak antagonis pun tak lah sampai tahap mengjengkelkan sangat...
kali ni dapat menjelajah itali plak..dapat jugak belajar bahasa itali sikit...
ti amo!
Profile Image for FIZAH.
5 reviews1 follower
August 19, 2017
bolehlah....tp tak cukup membuatkan saya rasa teruja nk baca sampai habis. boring sikit. berbanding novel2 suri sebelum ni, saya katakan novel Ti Amo ni takde syok sgt baca. itu pendapat sayalah. apapun, tahniah utk penulis ini.
Profile Image for Jaja17.
2 reviews
November 26, 2018
erm...aq bukn pandai sangat nk bgi feedback ke ape ke... tpi bgi aq buku ni buku pling best laaa.... cover book pon menarik.. jln crita dia powerr...cara penulis sampaikan jalan cerita novel ni memang best...tu je kot..hehe
Profile Image for Siqahiqa.
602 reviews107 followers
May 12, 2017
Hadirnya peluang kedua yang tidak sesekali dipersiakan :)

Jalan cerita yang ringan dan konflik yang tidak berat.

Full review will be update on my blog soon 😍
4 reviews
May 12, 2017
Manisssss sangat di celah2 rasa pahit masin dan pedas.sumer rasa ader.Antara karya terbaek suri ryana!!
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
May 15, 2017
Sangat sangat sangat manisss oitttt.
mujur aje tak kena kencing manis.
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
June 13, 2017
bila pergolakkan rumah tangga berlaku mangsa adalah anak-anak. sometimes, kita lupa yang anak-anak akan menanggung akibatnya.
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
August 17, 2017
Tak tahu apa yg kurang untuk buku Suri Ryana kali nie.. overall buku kali nie tidak sehebat buku2 sebelum ini..
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.