Selepas kematian isteri tercinta, hidup Zyne Aariz hanya tertumpu kepada Tiara Ameena, satu-satunya ‘harta’ yang ditinggalkan oleh arwah isteri buat dirinya. Tiaralah racun, Tiara jugalah penawarnya. Disebabkan jarak usia antara dia dan Tiara tidak begitu ketara, keakraban dan kemesraan mereka apabila berada di luar rumah sering kali disalahtafsirkan. Sekali pandang, tak nampak langsung seperti anak dan ayah. Tetapi… lebih kepada ‘skandal’!
Ini kisah ‘persahabatan’ antara seorang ayah dan anak perempuannya. Namun, kehidupan mereka dua beranak mula berubah dengan kehadiran Rania dan Fateh. Rania adalah wanita yang mula mendapat tempat di hati Zyne Aariz, manalah Fateh pula adalah lelaki pertama yang berjaya membuatkan Tiara mengenal erti cinta. Namun, kali ini Zyne Aariz pula yang tidak merestuinya. Bagi Zyne Aariz, ‘melepaskan’ Tiara kepada lelaki itu adalah satu perkara yang sangat sukar!
Apakah kesudahan kisah dua beranak ini?
Adakah bahagia akan terus mengiringi kehidupan mereka sekeluarga?
Mampukah Zyne Aariz ‘melepaskan’ Tiara dan membiarkan anaknya itu mencari kebahagiaan yang diinginkan?
Berjayakah Fateh hadir di antara dua beranak ini?
“B.F.E? Best Friend Ever? Taklah! Best Father Ever!”
Jika Cinta Ada Di sini yg terlalu banyak conflict dan terlalu banyak bermain tarik tali boleh meraih 5* dari saya, sudah tentu novel ini akan dapat lebih dari 5*. Kerana novel ini banyak manis dari pahitnya. You can hate CADS but not this. Maybe..Citarasa masing2.
Apa yg buat saya suka sangat dengan novel ni :
1. Keakraban bapa dan anak yg seperti BFF hingga orang yg tak tahu menahu hubungan mereka akan salah sangka ingat Zyne sugar daddy Tiara. Berkongsi rasa hampir apa sahaja.
2. Tiada main tarik tali. Jika ada, sikit saja peranannya itu pun sekejap diatasi. No 3rd party menggedik.
3. Sikap anak beranak ni bergurau kasar tanpa sakit hati, hormat menghormati antara satu sama lain dan sangat merendah diri. Tidak flashy dengan kekayaan. Humble.
4. Tiara sentiasa menceriakan kehidupan keluarga..Dialah madu dialah hempedu. Pandai memujuk. Di sayangi ramai.
5. Scene di kampung dekat Cherating ke Kemaman mencuit hati.
6. Kalau dah jodoh tak ke mana..Such a small world. Tuk Mi dan Pak Long penambah rencah lucu dalam novel ni.
Yg saya tak berapa suka : 1. Keceloparan mulut Fateh yg tidak mengenali Zyne dan Tiara semasa melihat kemesraan yg di tonjolkan anak dan bapa hingga bapanya bangkang terus buat calon menantu dan siap bagi pesanan penaja lagi. Walhal masa tu masing2 tak kenal antara satu sama lain. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata maaflah. Apa tu yg pasal santan binasa..Ah macam tulah perasaan Fateh bila hati mula tertawan dgn Tiara.
2. Kerana Fateh, sanggup Tiara berlaku kurang ajar dan mencari ketenangan di malam hari selama seminggu. Bila dia sedar khilafnya, hatinya mula menolak cinta Fateh demi bapanya.
Pendapat saya
Jalan cerita semua dah okay tapi ada satu part tu saya rasa as a father dia boleh aje mengajar anaknya sesuatu tentang cinta dan bila anaknya berkurang ajar hingga tahap itu seharusnya beri anaknya kesedaran. Bukan kebahagian dia yg di cari tapi kebahagiaan anaknya.
Mungkin dah selalu dapat apa yg di inginkan dan selalu berkongsi rasa jadi Tiara rasa dia ada hak untuk melampiaskan amarahnya pada bapanya. Well this part bapanya tak perlulah nak rasa dumbfounded. She started it. Then apologised like nobody business without remorsed dan rude. Well u shared everything even men who chased after you why not just share how u felt about Fateh. Tapi as a women I know that not everything can be shared though. Lagi2 bila bapanya rasa belum masanya di boleh lepaskan anaknya kepada orang lain dan belum ada lelaki yg mampu menyayangi Tiara sebagaimana dia menatang anaknya. Tambah lagi dgn issue sebelum tu berama Fateh. All these stemmed from his deep love towards his daughter takut anaknya melebihkan suami darinya..Yg ni mmg wajiblah..Dah suami.
Sebagai isteri walaupun penyejuk hati suami seharusnya tahu bila masanya harus undur diri dan bila masanya harus maju. Kan dah terkena dan tersinggung..Namun bagus juga Rania ni pandai memjuk dgn cara lain.
Sebagai anak pula cubalah selami hati seorang bapa..Kalau dah selalu boleh faham apa yg org selalu fikirkan dan tahu kehendak ayahnya, mana perginya tajam pemikiran dan kematangan tu pergi..Takkan kerana cinta terus berubah jadi budak2 sampai tak boleh think clearly. Well no wonder org kata cinta itu buta. Masih tak faham yg bapanya rasa terpinggir. Mana rasa bersalahnya bila tahu ibu bapanya tak jadi pergi honeymoon kerana dia menghilangkan diri? Merajuk lari tanpa beritahu bapanya. Katanya tak lari cuma nak tenangkan diri..blah lah.
Fateh pula suka judge people based on appearance, pulak tu terkena pada Zyne dan Tiara, mmg mendapatlah. Dah banyak kali Jasni nasihatkan jaga tutur kata tu..degil. Kan dah kena pangkah sebelum kenal lagi. Jasni kata perangai Fateh terlalu terikut dgn Syikin yg memandang rendah dengan org. hehehe.
Lastly, cerita ni takde 3rd party. Watak Syikin habis begitu saja di cafe. hmm..dia bahagia ke dgn suaminya..apa motif dia tanya Fateh soalan begitu..Mungkin tak penting kut jadi tak di lanjutkan..kalau tak teballah novel ni.
Long time since Sha&Shah I really enjoyed a piece from Sha Ibrahim. Mungkin sebab novel Sha semua setebal kamus n story yang I can't relate in real life. This one best. Mungkin juga sebab saya nak seorang father figure like Zyne since child. Ayah meninggal masa kecik. Jadi saya membesar dengan pak cik2 as a father figure. gituhhhh~ real la 😌
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Sedikit sukar untuk nak review and rate cerita ini...
Sha Ibrahim is one of those author that I have a weird relationship with; N sama ada akan suka gila novel dia, or N akan rasa macam 'meh' saja bila baca novel dia. Which is why, bila SI ada novel baru, N sedikit teragak-agak nak baca ke tidak. Kalau tak baca, and it turns out to be best, tak ke rugi gila? Or, if baca, and then turns out tak suka, nanti sakit hati pulak...
Unfortunately, BFE jatuh pada kategori 'meh' in my book. Tapi bukan sebarang 'meh'. It's a complicated 'meh.'
Tipu lar kalau N kata N tak suka langsung dengan jalan cerita ini. N tak cukup gila lagi untuk menidakkan jalan ceritanya yang baik dan menarik. Tapi, ada sesuatu yang membuat N rasa jengkel...
And rasa jengkel itu timbul kerana adanya watak Fateh.
I'm sorry, but the strongest point of BFE adalah kasih sayang dan keakraban Zyne Aariz dan Tiara. I love reading about this father-daughter duo. Watak Rania juga agak menghiburkan kerana watak Rania dapat menunjukkan sisi lain Zyne Aariz.
I wish the story would just focus on these three characters.
But no.
Ada pulak watak Fateh.
Honestly, bila masuk babak Fateh and Tiara, N setakat imbas lalu jer. Macam you masuk McD drive-thru. Rasa macam nak beli someting, tapi bila tengok menu, rasa tak berselera pulak. So you ended up keluar dari drive-thru dengan tangan (and perut) kosong. Macam itulah hubungan N dengan Fateh. Rasa macam nak baca. Tapi bila baca, jadik mual so ended up skip saja lar.
Which is why towards the end, N lebih banyak skip dari membaca. Even though watak Fateh, somehow, by the sheer of miracle, got better, N tetap tak boleh nak terima dengan watak dia. To some extend, N rasa dia macam Zyne Aariz wannabe.
Which of course, doesn't work because there can only be one Zyne Aariz. And that one is already awesome.
tiara dan zyne aariz sangat rapat. saling menyayangi. sangat manja. pada awalnya zyne aariz sangat sedih akan kehilangan sehingga dia tak peduli apa jadi sekeliling. tapi tiara yang menyedarkannya. sejak itu mereka berjanji bukan saja sebagai anak dan ayah tapi best friend forever.
masa berlalu pantas. tiara tipikal ayahnya. cuma pada pandangan mata orang lain yang tidak tahu, kemesraan antara mereka seperti pasangan kekasih. hinggakan pensyarah, encik fateh yang beberapa kali terserempak boleh buat tanggapan negatif. tiara naik angin dan zyne memberi amaran pada fateh.
tak disangka, mereka setempat. tiara, pelajar dan fateh, tenaga pelajar. dan tak disangka juga hati fateh mula terpaut. cuma mengenangkan amaran zyne, fateh jadi teragak. mampukah dia menjerat hati anak gadis yang manja dan sekaligus menarik kembali hati zyne yang terang-terang tidak sukakannya?
perjalanan cerita oleh puan penulis Sha Ibrahim santai tapi penuh hati membacanya. suka dengan watak tiara yang bukan tipikal gadis anak orang kaya yang ada dalam novel-novel lain. dalam pada daringnya, dia sensitif dengan keadaan sekeliling. orang susah dibantunya. perkaitan kasih sayang antara anak dan ayah juga dengan neneknya pun sedap saja dibaca. watak rania, si pembantu rumah turut menyedapkan lagi alkisah dan seterusnya menjadi antara punca perbalahan besar.
watak pak long, suka. walaupun dah hujung-hujung baru muncul tapi sebenar wataknya ada dari awal, cuma pembaca memang takkan sedarinya. perbalahan pak long dan tiara juga memang lawak tapi sangat punya pengajaran. yalah, orang muda harus hormati orang tua tak kira macam mana keadaannya.
kasih ayah, nak melepaskan anak gadis memang payah apatah itulah penguat kehidupannya. perbalahan yang timbul disebabkan lelaki lain yang mahu masuk dalam hidup anak gadisnya buatkan rasa sedikit sebak. itulah permata hatinya. mampukah zyne bertabah dengan keadaan itu?
Selepas menonton filem Pulang yang berat perjalanan ceritanya, saya memerlukan sedikit 'ketenangan'. Memilih novel ini sebagai bahan ketenangan merupakan satu pilihan yang tepat.
Dari permulaan sehingga pengakhiran, Sha Ibrahim berjaya mewujudkan chemistry kesemua watak yang ada dari Zyne sehinggalah keluarga pak long. Sungguh, mudah terhibur saya dengan telatah pak long lagi-lagi jika bertemu dengan Tia.
Novel BFE ini menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan dalam memastikan hubungan anak dengan ibu bapa terus berkekalan tanpa ada cacat di mana-mana. Menerusi watak Zyne dan Tia, dapat kita lihat bahawa tidak semestinya seorang bapa itu 100% perlu bertegas dengan anak. Sebaliknya, penting untuk memahami isi hati anak agar tidak berlaku ribut seperti mana ketegasan Zyne terhadap Tia saat mengetahui hubungan si anak dengan Fateh.
Apa-apa pun naskhah ini merupakan antara naskhah terbaik yang dihasilkan oleh Sha Ibrahim! Tahniah!
baca buku ni teringat kat arwah ayh saya. ayh saya garang tapi baik.nak mcm tiara ni Lyn ayh mcm best friend ni taklah. jealous dgn keakraban Tia dan zyne. sapa kawen muda memang ank dah bsr.kdg slh sangka kata girlfriend padahal ank.INI untungnya org kawen muda. suka pak long, tok ni DLM citer ni. ada soul. best... blh rasa mcm mana zyne seorg dato paduka yg fobia nak lpskan ank dia kat seorang lelaki terutamanya fateh yg tlh menuduh tiara dan zyne Tanpa usul periksa. sapa suka genre rgn dan kekeluargaan better baca bff..
Kisah anak dan ayahnya yang rapat macam BFF plus kalau orang lain tgok pun ingatkan pasangan bercinta disebabkan ayahnya masih muda gituu. Idk why bila baca buku ni dulu terbayang muka Sham Visa jadi Zyne hahahah
BFE a.k.a Best Father Ever. Jalan cerita lain dr yg lain. Cuma agak meleret-leret part selepas Zyne berkahwin dgn Rania. Bahagian Tia dan Dina bercuti dan terjumpa pulak dgn Pak Long tu amat menghiburkan hati. Sy bg 3* utk novel BFE ni.
SI mmg superb kalao menulis cerita family. Of cos crite mengenai hubungan seorang bapak & anak pompuan. Sgt rapat sampai di salah ertikan oleh Fateh. When the truth came out, barulah si Fateh ni duk terkejar2 kan si Tiara ni. Tapi by that time, Zyne dah tak suka kan si Fateh ni dan menentang hubungan mereka. Merajuk lah si Tiara ni. Part lepas ni mmg kekek bila berjumpa ngan Pak long. Tiara yg selamba. Pak Long yg penuh ngan tough love. Sgt2 touching bile Zyne bertekak ngan Tiara & when Tiara had to choose bet Fateh & her father. Suka jugak watak Fateh yg mature & inginkan kebahagian Tiara walaopon dia berundur.. Nampak kematangan penulis dlm crite ni. Takdelah scene yg tak masok akal seperti terlalu kaya in her previous works. Well done SI.
Bukan menganggap sesuatu halangan akan menghapuskan segala impian. Tetapi jadikan halangan sebagai satu cabaran untuk pastikan lebih menghargai apa yang bakal diperolehi di masa depan
seperti tajuknya, mengisahkan Zyne Aariz yang membesarkan anak perempuan tunggalnya, Tiara dengan sepenuh kasih sayang sehingga hubungan mereka menjadi rapat. Malah, ada yang menyangka mereka pasangan kekasih kerana jarak umur yang tidak terlalu jauh. Konflik bermula apabila Zyne mula berkahwin, dan Tiara sendiri mempunyai pilihan hati tapi tidak direstu Zyne.
saya suka novel penulis kali ni, konflik yang santai, tidak meleret2 dan ada ketikanya kelakar. berbanding Signal Hati yang sedikit meleret bagi saya, BFE diadun secukupnya dan sederhana mungkin.
kekuatan pada setiap wtak2 yang diperwatakkan sebaiknya, sehinggakan setiap watak mampu saya ingati, termasuk watak2 Dina, Jasni, Syafik dan Wardah. Tidak keterlaluan, watak2 ini muncul pada waktu yang sepatutnya dan seadanya.
3 days to finish this novel! Fuh agak mengambil masa sebenarnya sebab aku selalu habiskan dalam 1 hari atau 2 hari tapi ni special case sikit haha.
Okay, aku rate cerita ni 4 stars sebab menarik sangat! Aku tak tipu bila aku kata awal² chapter tu aku macam agak mengantuk. Tapi bila start conflict je, serious best! Masa tu aku baru dapat rasakan father-daughter bonding antara zyne dan tiara.
Bagi mereka yg suka cerita yang berfokuskan hero dan heroin sahaja, aku rasa mungkin novel ini tak menepati selera kalian sebab baca tajuk pun dah boleh agak kan dia lebih kepada kekeluargaan.
Last but not least, kudos to Sha Ibrahim for writing such a great masterpiece! Aku suka hubungan kekeluargaan yang diterapkan. 🥰
As always penulisan Sha Ibrahim tak pernah mengecewakan. I just love karakter Fateh yang sangat jujur gila dengan perasaan dia kat Tiara. Gigih kot kena reject, undur diri lepas tu serah diri balik sebab tak leh nak move on 😂. Pak Long pun awesome gak 😄.
Sha punya novel memang selalu highlight pasal keluarga dan aku sejenis bab stori mori hal keluarga ni memang senang nak catchy 😍.