Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.
Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.
Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.
Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.
Anda perlu memiliki buku ini jika:
* Baru mula bekerja. * Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik. * Mahu kahwin tapi belum ada simpanan. * Belum sempat nak menabung, gaji sudah habis. * Mahu beli rumah tapi tak pernah ada tabungan. * Mahu belajar cara mengembangkan simpanan. * Risau terjebak dengan dosa kewangan. * Mahu bebas hutang. * Ingin pelaburan untuk jaminan hari tua.
Pembaca perlu melangkahi ayat-ayat ‘sentap’ dan menahan getir membaca ayat kebudak-budak-an untuk tiba kepada isi buku ini: waima tidak banyak mana pun.
Aku cuba simpulkan isi-isi utama penulis:
1) Berbelanja ikut kemampuan; bezakan keperluan dan kehendak. Kurangkan komitmen pembayaran, ini akan membantu membina reputasi yang baik dalam kalangan CCRIS. Reputasi yang baik makna sifirnya adalah mudah untuk membuat pinjaman masa hasapan. 2) Kembangkan aset; inflasi dan keperluan hidup anda tidak bergerak secara mendatar. Untuk berhadapan cara terbaik -paling kurang risiko, dan perhatian anda- adalah melabur. Tetapkan matlamat anda: melabur ASB atau membeli hartanah. Jika melabur ASB, laburlah dengan membuat pinjaman ASB Financing. 3) Untuk mempunyai duit untuk melabur perlulah menabung. Mulakan seawal yang mungkin: 50% daripada gaji pokok untuk yang bujang - jika tidak mampu 30% adalah minimum - dan 10% bagi yang berkeluarga. Cipta sumber pendapatan kedua jika dilihat perlu (rujuk no 2). 4) Kawal keluar-masuk duit. Kekalkan cara hidup anda walaupun gaji meningkat. Beli kereta terpakai dan lokal, kurangkan makan di luar, jika sedang membuat persiapan untuk berkahwin rancang seadanya. Yang penting elak membuat pembiayaan peribadi. 5) Tabung kecemasan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan jumlah gaji. Tempat bersandar jika anda kehilangan pekerjaan pertama.
2 bintang. 1 bintang tambahan untuk tip-tip memanfaatkan ASB-Financing yang begitu membantu, (eh?).
Light reading. Not too in depth. Meant for beginners and newbies like me.
Banyak berbicara tentang hartanah dan ASB-Financing. Dan recommendation dia untuk jangan fokus sangat on kereta dahulu awal-awal. Fokus kepada rumah. Tetapi bergantung kepada keperluan juga.
2) Ini merupakan buku kedua Harith Faisal. Buku pertama dia ' Hipster Hartanah'.
3) Buku Bajet Power ni ada 225 mukasurat & ada 8 bab.
4) BAB 1 : Saya dan Kewangan BAB 2 : Bijak Urus Wang BAB 3 : Dosa Kewangan BAB 4 : Rancang Pendapatan BAB 5 : Pelajar dan Kewangan BAB 6 : Perkahwinan dan Kewangan BAB 7 : Umat Islam dan Kewangan BAB 8 : ASB Financing
5) Bab 6 tu paling seronok untuk dibaca. Eh !
6) Setiap bab diterangkan dengan dengan ringkas. Straight to the point.
7) Dalam buku ini, penulis menggalakkan kita untuk membuat simpanan @ membuat pelaburan.
8) Sesiapa yang suka duit & boros dalam berbelanja, cubalah baca buku ni. Mana tahu boleh kurangkan sikap boros.
9) Biar nampak miskin, tapi kaya berharta. Daripada nampak kaya, tapi papa kedana.
Sejujurnya, ini merupakan naskhah pertama berkaitan kewangan yang benar-benar saya baca dan telaah dari kulit ke kulit.
Entah mengapa sebelum ini, semasa masih bergelar seorang mahasiswa tahap pertengahan, saya betul-betul 'terhijab' daripada memperoleh 'hidayah' untuk membaca buku-buku berkaitan kewangan.
Justeru, setelah saya 'sampai seru' (haha) dan memperoleh kesedaran untuk mengambil tahu perihal kewangan dengan lebih mendalam pada tahun lalu (2019), maka saya membuat keputusan untuk membeli buku karangan Tuan Harith Faisal sebagai karya genre kewangan pertama yang bakal saya genggam dan khatamkan.
Alhamdulillah, penulisan penulis yang juga merupakan seorang anak muda sangat kena dengan jiwa serta benar-benar menyuntik diri ini untuk lebih bermotivasi ke arah menjadi seorang yang senantiasa celik kewangan.
Tahniah dan terima kasih banyak kepada Tuan Harith atas nukilan yang bersahaja namun sangat bermakna!
Satu buku yang membawa mesej yang sangat konsisten daripada awal hingga akhir buku i.e mulakan dengan ada simpanan dulu, kemudian ambil takaful untuk perlindungan diri dan keluarga, dan kemudian barulah fikir untuk melabur (itu turutan yang disyorkan oleh penulis).
Buku ini adalah manual yang bagus untuk pemula yang baru hendak belajar atau membaca ilmu pengurusan kewangan diri. Ayatnya mudah untuk difahami, bernada santai sambil diselitkan sindiran2 halus dan ‘sentap’ serta nasihat yang praktikal di dalamnya. Selain itu, pelbagai gambar dan ilustrasi menarik juga digunakan.
Satu instrumen pelaburan yang ditekankan oleh penulis di dalam buku ini (not endorsing, but more like for learning purpose) ialah ASB Financing yang mana penulis membuat perbandingan dengan simpanan biasa dan ASB biasa, juga disertakan kira2 mudah sebagai rujukan pembaca. Nice!
Buku kewangan. Oklah untuk bacaan awal. Bagi generasi acah-acah hipster buku ni mungkin sesuai dengan selera anda.
Asas pengurusan kewangan ada dalam buku ni. Bahasa santai.
Kalau ikut rapat penulisan penulis di sosial media,maka buku ini adalah antara himpunan tulisan beliau di sosial media. Cuma, mungkin ada yang ditambah baik disana sini.
Kalau nak faham permainan ASBf dalam bab akhir buku ni, penulis ada ceritakan. Cuma, kita sebagai pembaca perlu tahu buat kiraan sendiri, sebab kiraan penulis dah tak valid untuk ASBf sekarang ni.
Bagus untuk pemula yang betul-betul zero dan tiada kesedaran, sebab kebanyakan isi buku ini banyak mengetuk mengetuk mengetuk kemudian di bahagian akhir baru betul-betul suap. Tidak boleh saya katakan buku ini terlalu lewah dengan ayat sentap dan motivasi, kerana anak muda hari ini masih banyak yang belum sedar akan kepentingan pengurusan kewangan ini.
Adapun begitu, jikalau anda bukan seorang pemula, buku ini bukan untuk anda. Carilah buku yang lebih advance dalam membicarakan soal kewangan.
Sebahagian besar hanyalah self promo. Tak banyak isi. Konten repetitif dan tak tersusun. Terlalu banyak promo ASB loan juga. Perihal ASB financing terlalu idealistik. Sedangkan realiti sebenar, banyak risiko tersorok. So, take it all with a pinch of salt. I'm not a hater, but be wary of self-proclaimed experts.
A wonderful kickstart for anyone to the world of understanding the fundamental things about saving! Beneficial tips and most importantly just my cup of tea type book, once read u will continue reading it, lets start saving and growing money🤑🤑
Ini buku yang baik buat anak-anak muda yang taktau hala tuju kewangan. Tapi, macam HF bagitau lah, review aku ni pon tak akan dibaca mereka yang tak sedar lagi. Kita doakan je lah. Buku ni sesuai untuk newbies, newbies friendly gitu. Ada langkah-langkah untuk kau mula menyimpan dan sebagainya.
Buku yang menarik untuk mendapatkan mitivasi dan tips asas berkenaan pengurusan kewangan. Paling penting bahagian akhir sekali penukus ajarkan secara kasar bagaimana menabung dengan cara bijak
Buku ni sangat bagus! Penulis menyentuh hampir semua aspek asas dalam pengurusan wang dan sekaligus memberi kesedaran awal kepada anak muda untuk mengurus kewangan dengan lebih berhati-hati.
Ok but a bit of a let down. Repetitive for me. But bonus about the ASBF at the end. So 3 stars and good for students, new graduates and young adult who just started working. Or anyone who fits in.