Aristotle mengatakan, di dalam Negara terdapat tiga (3) unsur, iaitu mereka yang kaya, mereka yang melarat, dan mereka yang berada di tengah-tengahnya.
Dalam Konsep Stratifikasi Sosial, pelapisan ini dikenali sebagai upper class, middle class, dan lower class. Di mana 'kelas sosial rendah' merupakan kelompok terbesar dalam masyarakat meliputi mereka yang bekerja sebagai buruh. Dan, pemandu teksi adalah di antara pekerjaan low class itu. "Pekerjaan yang low class akan menghasilkan pemikiran yang low class juga." Ada orang cakap. Tak ingat siapa.
Dalam buku 'Teksi Blues' ini, Sinaganaga merakam pemikiran low class pemandu-pemandu teksi KL - tetapi, apabila difikirkan semula, adakalanya 'boleh pakai' juga pemikiran mereka ini!
Himpunan perbualan seorang penumpang teksi dan pemandu teksi yang dinaikinya. Bacaan runcit yang membuatkan kau terbahak. Takde lah sampai terbahak sangat. Kikiki...
Buku ini perlu dibaca setiap wakil rakyat Pakatan Harapan; supaya cadangan dan kritikan di dalam buku ini tidak diulangi oleh kerajaan baharu.
Buku ini pekat berbaur politik, berbohonglah saya kalau membaca buku ini tanpa menjentik perkara yang terlalu obvious; terpampang merata-rata kritikan dan juga cadangan kepada kerajaan terdahulu.
Saya tabik kepada penulisnya kerana berani mencatatkan kelemahan yang dirasai tanpa takut dihalang penerbitannya (buku ini diterbitkan pada tahun 2017, pra Malaysia baharu).
Semoga seseorang di pihak kerajaan membaca buku ini, untuk membawa ke tengah cadangan-cadangan yang dinyatakan penulis.