Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Nan Berlari

Rate this book
Rebecca berlari dari satu titik ke satu titik yang lain, lalu membentuk satu garisan 42.195km panjang dalam 'pengembaraan' untuk mencari dirinya sendiri. Dan dalam usaha yang seperti belum mahu bernoktah itu dia sempat berjeda di beberapa rumah kopi untuk membasahkan rengkung; sambil mencerap budaya tempatan.

Seperti selalu, dia menemukan refleksi dirinya dalam secawan kopi. Dan seperti magis, perasaan itu begitu mempersonakan. Bagi Rebecca, kopi adalah seperti tonik penambah tenaga untuk dia berlari dan terus berlari lagi...

Dalam buku Perempuan Nan Berlari (dan beberapa buah rumah kopi) ini, Rebecca mencatatkan pengalamannya ketika menyertai maraton di Osaka dan Toyama; tentang rumah kopi yang berceratukan di kedua-dua buah bandar serta di Kyoto, Kanazawa, dan Tokyo; tentang aroma kopi yang menyihir; tentang barista sebagai teman bersembang; tentang pohon ginkgo dan cerita-cerita lain.

144 pages, Paperback

First published April 28, 2017

3 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Rebecca Ilham

16 books155 followers
A Malaysian short-story writer and novelist, Rebecca also writes literary essays and travel articles. A bilingual, she translates to/from Malay and English, and is currently learning Korean with an interest in East Asian literature.

Rebecca graduated from the National University of Malaysia with a Master of Art in Malay Letters and a Bachelor of Science (Petroleum Engineering) from Colorado School of Mines, USA.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (15%)
4 stars
18 (56%)
3 stars
8 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
July 11, 2020
5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Sungguh, 5 bintang bukanlah kerana kesempurnaan buku ini. Sekali lagi, saya ingin marah-marah manja dengan pihak penerbit juga editor Studio Anai-Anai, bolehkah kiranya kalian memperbaiki mutu semakan editor dan proofreader?

Baiklah, lupakan hal-hal berkaitan teknikal, mari kita lanjutkan kepada perbincangan kenapa saya bagi buku travelog senipis 144 muka surat ini 5 bintang.

Begini, saya dah lama mengamati bahawa di dalam kalangan penduduk Malaysia ini, ada dua jenis golongan. Satu yang cinta dan gilakan negara Jepun, satu lagi yang cinta dan gilakan negara Korea Selatan. Kedua-dua golongan ini kalau boleh nak ulang kembara ke kedua-dua buah negara tersebut berulangkali, seakan tak pernah puas. Dalam hal ini, penulis team Jepun, saya pula team Korea Selatan.

Membaca pengalaman penulis dalam menyertai dua acara marathon penuh seeta kembaranya menjejak rumah kopi di Jepun membuatkan saya asyik. Sementelahan lagi, saya sukakan gaya penulisan penulis. Ia skema nerd, tapi sedap dibaca. Tak perlukan kata-kata hype moden untuk nampak in (walaupun penulis adalah lulusan luar negara), tetapi cukup gunakan perkataan BM untuk mengungkap rasa dan cinta. Namun, tak dinafikan ada juga beberapa perkataan yang penulis me-Melayukan perkataan Inggeris, yang saya rasa ada je terjemahan dalam BM.

Okay, kita teruskan.

Seterusnya, saya seperti dapat melihat dengan mata sendiri penerangan penulis terhadap apa yang dilihat dan dicatatnya. Sekiranya, saya boleh membayangkan bagaimana kedudukan rumah kopi itu, bagaimana peta jalan dan sebagainya. Itu menunjukkan, walaupun saya belum pernah sampai Jepun, tapi Tokyo, Osaka dan Toyama seperti hidup dengan segarnya di ruang mata saya. Gituhhhh.

Selain itu, penulis juga tidak kekok berkongsi perasaannya. Dan bila penulis berkongsi perasaannya, seperti kita juga dapat merasai kehangatan kopi yang dicicipnya, turut menikmati pahit, masam dan manisnya aroma kopi tersebut. Serta mengalami sendiri ramah dan mesranya masyarakat yang ditemui penulis.

Oh ye, lepas baca travelog inikan, saya pun rasa nak cuba meramahkan diri dan meringankan mulut apabila mengembara pasca COVID19 nanti. Sebab saya ini seorang yang agak reserved, dan lebih selesa bersendirian dan melayan perasaan juga fikiran sendiri daripada berbual-bual dengan orang baru bila mengembara. Mungkin sayalah golongan yang orang suka gelar sombong bila di luar negara. Tapi nak buat macam mana, waima orang asing pun saya tak suka bertegur sapa kecuali situasi mendesak. Namun, membaca pengalaman penulis membuatkan saya teringin nak berbual dengan orang asing bila mengembara nanti huhu.

Travelog ini juga ibarat menjemput saya untuk membaca karya-karya penulis yang lain sebab saya rasa selesa membaca apa yang dinukilkan. Harapnya selepas ini akan ada bacaan yang ditulis oleh Rebecca Ilham.

Oh ya, sepanjang bacaan saya ingatkan penulis adalah seorang arkitek kerana acapkali disebut nama pereka bangunan yang dilawatinya, rupanya bukan kot.

Akhir sekali, saya sukakan pemikiran penulis ketika dia melihat pameran Murakami Yang Satu Lagi di mana penulis menyatakan, dia boleh menyaksikan sesuatu pameran walaupun akhirnya dia boleh memilih untuk tidak menyukainya. Saya rasa saya jenis tak suka, terus tutup peluang untuk mencuba dan menikmati benda yang tak disukai tersebut. Mungkin lepas ini, saya boleh memberi ruang untuk lebih banyak mencuba perkara yang tak disukai. Manalah tahu, hujung-hujungnya saya juga boleh jatuh suka pada perkara tersebut.

Tuntasnya, saya rasa banyak pedoman hidup yang saya dapat dalam buku ini. Memang nipis, tapi Rebecca Ilham banyak mengajar saya melalui perkongsian kembara 2 minggunya. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih buat Cik Penulis kerana membuatkan saya belajar sesuatu (walaupun saya masih belum lagi terbuka hati menjejak Jepun selepas membaca buku ini) 🥰
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
September 17, 2023
Apabila bercakap tentang kembara atau travelog, fikiran saya sebelum ini agak sempit dengan idea yang hanya untuk melihat tempat menarik, memburu makanan sedap, melihat kedai buku masyhur, beribadat atau healing. Tak terfikir pula marathon pun boleh jadi sebab kembara.

Penulis mengembara ke Jepun sekitar 2015, fasa gelombang ketiga rumah kopi di Jepun yang mungkin sedang berlaku di negara kita beberapa tahun kebelakangan ini (mungkin membiak dengan jayanya semasa musim PKP). Kagum juga dengan kegigihan penulis menjejak rumah-rumah kopi ini.

Usai membaca buku ini, saya godek semula internet mencari semula blog penulis. Rasa pernah baca kembara beliau sebelum ini. Nah. Banyak lagi catatan travelog yang tidak dibukukan, ada di blog. Boleh sambung baca di sana, selepas baca buku ini.

Kesimpulannya, travelog ini menarik. Saya suka saiznya yang mesra beg tangan, senang dibawa berjalan. Separuh isinya saya hadam di luar rumah. Satu saja kompelin saya, kekurangan gambar yang menemani cerita.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
May 11, 2017
Buat saya terasa mahu berlari maraton dan mengunjungi kedai-kedai kopi di Jepun. Buku yang membuatkan saya rindu untuk kembali ke Jepun. Rating 3.5.
1 review
Read
May 5, 2017
sebagai seorang penulis yang suka 'pilih-pilih' saya sentiasa menantikan karya terbaharu RI. bahkan ini buku pertama yang saya sambar di PBAKL dan yg pertama saya khatam setibanya di rumah.

perjalanan yang panjang mengundang kita untuk menjadi penemannya. biarpun beliau lebih suka menyendiri, tetapi kata-katanya menarik sama kita ke dimensi kedua dalam kembaranya.

buku ni sangat best ( menggoda saya untuk merancang kembara sendiri pula )

tahniah kak becky
Profile Image for Ainul.
10 reviews51 followers
May 10, 2017
travelog yang lain dari biasa.
suka baca cara kak becky travel. tak cliche. sentiasa mahukan sesuatu yang tak ramai buat.

confirm bakal bawak buku ni pergi jepun dan trace balik segala itteniary nya untuk diri sendiri rasa~
Profile Image for Aliff Basri.
17 reviews14 followers
December 4, 2017
Travelog maraton Perempuan Nan Berlari ini merupakan karya travelog pertama yang saya baca sampai ke muka surat akhir!

Ada dua faktor. Pertama, saya kenal penulisnya dan yakin karya ini juga mempunyai sesuatu yang penting untuk dikongsikan. Kedua, kerana ia mengenai kopi dan negara Jepun. Kedai Kopi adalah kedai yang menjadi tumpuan untuk bersosial atau bersendiri. Seninya adalah pada gaya pembuatannya - seni barista.

Selepas membacanya, ia boleh dianggap sebagai sebuah karya travelog yang berupaya menjadi sebahagian daripada manual pelancongan kopi dan sastera Jepun. Karya ini juga boleh dikategorikan sebagai sebuah karya travelog yang disulami unsur gastronomi sebagai sebuah pengalaman penulis.

Hal ini pernah dibicarakan oleh Nisah Haron dalam kumpulan rencana berjudul Menulis Mengatur Diri Berfikir, DBP, 2017, mengenai saranan supaya para penulis dapat menerokai gaya penulisan baharu dalam bidang gastronomi. Dan tidak semata-mata menghasilkan karya gastronomi jenis kumpulan resepi sahaja!

Pembaca pasti teruja dengan kepelbagaian kedai kopi 'indie', barista yang berkaliber, orang tempatan yang fasih menjadi pemandu pelancong(Tagori), semangat dan aprisiasi Jepun terhadap sebahagian sasterawan besar mereka seperti Matsuo Basho yang terkenal dengan Haiku Katak.

Kalau ikutkan, bahasa Jepun yang digunakan agak mengganggu sebenarnya andai tidak disertakan dengan terjemahannya sekali. begitu juga beberapa 'typo', tetapi sangat minima dan boleh dibilang dengan jumlah 10 jari tangan.

Namun, itu bukan penghalang untuk pembaca dapat memahami dan menghayati panorama indah pokok ginkgo yang keemasan, sikap ramah mesra warga Jepun kepada pelanggan dan pelancong, penat-pelah-suasana marathon yang dilalui penulis, dan ketepatan masa walau sibuk macam manapun bagi JR di sana. Apa itu JR? Japan Railway. Sistem keretapi yang menghubungkan bandar ke bandar. Dan banyak lagi ciri menarik tanda nadi dan jiwa Jepun.

Andai satu hari nanti saya mahu ke Jepun, karya ini akan jadi peta penting untuk merancang perjalanan.

4 Bintang untuk karya ini.


Aliff Basri
teraair.wordpress.com
Profile Image for Oi Rijal.
25 reviews
May 9, 2017
Membaca kembara penulis ini buat saya terbayang indahnya Nihon-go. Penulis sememangnya peminat tegar kopi. hehe
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
February 6, 2019
Perempuan Nan Berlari by Rebecca Ilham

Buku ini saya beli di Pesta Buku Antarabangsa 2018. Mujur sempat dibaca sebelum datangnya Pesta Buku 2019.

Unik buku ini. Ceritanya berkisar tentang larian marathon yang disertai oleh penulis di Jepun. Pengembaraan solo seorang perempuan.

Penulis bercerita tentang kegemaran beliau mengembara dan berlari sendirian tanpa teman. Lebih mudah kerana tidak perlu susah-susah untuk memikirkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang lain.

Saya petik kata-kata beliau :
"Saya juga pengembara tamak - saya tidak mahu berkongsi pemandangan, pemerhatian, pendapat atau cerita yang sama dengan orang lain. Saya ingin menegur dan berbual dengan penduduk tempatan dan pengembara lain, tanpa perlu mempedulikan teman seperjalanan yang tidak minat untuk turut serta dalam perbualan, tetapi janggal pula jika tidak diajaj bersembang bersama."

Larian marathon yang diceritakan oleh penulis juga punya sisi menarik. Cerita tentang bagaimana penduduk setempat meraikan pelari-pelari dari serata dunia itu dengan cara mereka tersendiri. Ada kedai manisan yang menjadikan kedai mereka sebagai tempat untuk pelari-pelari menggunakan tandas dan setelah itu dijamu manisan dan minuman. Ada sekolah yang mengambil peranan menulis ucapan di dalam bahasa ibunda setiap pelari. Maka adalah 'bunting' bertulis Nasib Baik khas untuk pelari Malaysia. (Mungkin menggunakan khidmat En Google untuk alihbahasa Good Luck.)

Saya tidak pernah memasuki sebarang larian marathon. Tak punya kekuatan. Tetapi sedikit memahami tentang nikmat berlari sendiri tanpa teman. Itu yang saya lakukan hampir setiap pagi jika cuaca mengizinkan ketika di Matsumoto.
Nikmat menghirup udara segar.
Nikmat melihat pemandangan indah sepanjang perjalanan dari apartment ke taman di kaki Matsumoto Castle.
Nikmat duduk bersendirian membaca buku dibawah pokok sakura sebelum pulang ke apartment untuk bersiap ke tempat kerja.
Lebih tenang melayan perasaan.
Mungkin kerana ada sisi introvert yang lebih gemar bersendirian menikmati alam maya, saya selesa berlari sendiri dan membiarkan teman serumah menyambung tidur selepas subuh.

Buku ini diterbitkan oleh Studio Anai-Anai yang mengamalkan penerbitan terhad iaitu buku ini cuma dicetak sekali dan tidak akan dicetak lagi. Saya ucapkan 'Nasib Baik' untuk yang mencari buku ini di pasaran.
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
January 5, 2024
🏃🏻‍♀️Himpunan catatan pengembaraan penulis yang telah menyertai dua marathon di negara Jepun pada tahun 2015 iaitu di Osaka dan Toyama. Difahamkan penulis telah ke Osaka sebanyak dua kali dan apabila terpandang sepanduk Osaka Marathon di tepi jalan, penulis seperti disihir untuk menyertai acara tersebut pada tahun berikutnya.

🏃🏻‍♀️Mengembara di negara orang selama dua minggu secara solo dapat aku simpulkan tindakan penulis sangat berani. Penulis telah menginap di sebuah dormitori dan bertemu dengan ramai penghuni dari pelbagai negara.

🏃🏻‍♀️ Ada diselitkan juga perbualan penulis dengan penduduk tempatan dalam Nihongo. Alangkah baiknya jika penulis dapat sertakan sekali terjemahan perbualan tersebut. Membaca sesuatu tanpa diketahui maknanya ibarat angin lalu sahaja. Pembacaan sedikit terganggu.

🏃🏻‍♀️ Selain menyertai marathon di Osaka dan Toyama sebagai tujuan khusus, penulis juga telah memanfaatkan masa yang ada dengan mengunjungi rumah kopi, kuil, taman dan muzium di Kyoto, Kanazawa dan juga Tokyo.

🏃🏻‍♀️ Suka membaca tentang perkara-perkara kecil yang menarik perhatian penulis sepanjang pengembaraan beliau.

📌 Pada saya, tidak ada hal berlari lebih lima jam bertemankan diri sendiri. Itulah ruang to have private conversation with oneself. Saya ingin mendengar suara hati dan detik fikir membalas kembali setiap omelan dan setiap rungutan. Saya sentiasa percaya bahawa seseorang itu harus selesa berada dengan dirinya sendiri, sebelum dapat selesa di dalam khalayak. In a way, this "me" time will make me a better person in social settings--Rebecca Ilham.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.