Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pasca Titah Tuhan

Rate this book
Apabila mata dicelik sahaja, dia mendapati dirinya berada di dalam ruang kosong yang putih dindingnya.

Memorinya kosong, tanpa dapat diingat sepatah apapun.

Terowong dan skulptur aneh berderetan dalam kembaranya mengharungi labirin yang kompleks. Malaikat ditemui mati tergantung dan Ouroboros memburunya. Ia kembara untuk mencari memori yang sudah bercebisan dalam bentuk infiniti.

Matlamatnya hanya satu, lari dari struktur aneh itu. Namun berjayakah dia? Masa kian suntuk, kewarasan kian lenyap. Dan kebenaran yang menunggunya, sesuatu yang di luar akal fikir manusia.

Omnisains, omnipoten, omnipresen.

Tiga konsep yang harus dibongkari enigmanya untuk dirinya mencari makna cebis-cebis Tuhan.

271 pages, Paperback

First published April 1, 2017

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Lokman Hakim

63 books123 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (18%)
4 stars
3 (27%)
3 stars
5 (45%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (9%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 14, 2017
3.30* untuk Pasca Titah Tuhan!

Kisah ini agak berani. Penuh dengan simbolik. Mungkin juga agak berat buat segelintir pembaca dan terus terang aku kurang seronok dengan buku ni. Atau aku baca naskah ini tidak kena pada waktunya. Tapi siapa yang suka mengenai falsafah, cerita yang berani dan mencabar kesabaran serta 'fahaman' korang, boleh grab buku ni. Korang takkan kecewa. Tapi kalau sebelum ni kau just baca buku ringan macam aku, kepala kau akan rasa seperti penuh dengan pelbagai masalah dan ribut taufan!

Kaver PTT ni sangat comel. Serius aku suka!

Idea? Idea Lokman Hakim ini boleh dianggap awesome. Cuma kurangnya, perasaan yang disadur di dalam naskah ini, hanya mendatar. Kau hanya rasa suram. Ya memang tidak dinafikan trademark Lokman Hakim memang suka tetapkan emosi yang sama di setiap bukunya. Kalau kau selalu baca bukunya, kau akan tahu. Mungkin juga ini keselesaan LH dalam dunia penulisan ini. Lagipun jarang penulis Malaysia berani hasilkan karya seperti ini. Jadi, kalian cubalah.

Bahasa? Kau nak pertikaikan bahasa Lokman Hakim? *Gelak*

Apa-apa pun buku ni bukan tak baik, cuma aku kurang seronok. Kepala aku rasa berat dengan semua input yang disuap oleh LH. Kekadang rasa penat.

Kalian tak nak cuba? Tak brans? Poyolah!

Peace!
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
September 26, 2017
1) Mula-mula suspens, lepas tu jadi sakit otak. Apa maksud persamaan Xdb=Ydb? Sampai ke sudah aku keliru. haha
2) Omnipresen, omnipoten, omnisains? wow. banyak betul istilah untuk difahamkan. 3) Ouruboros dalam novel ni; protagonis ke antagonis? (ke aku yang tak faham jalan cerita?)
4) Bukan bahan bacaan kanak-kanak bawah umur, sebab elemen keagamaan dalam ni macam tak sesuai kalau belum bersedia/tanpa panduan orang dewasa.
5) Monotonous; macam baca buku undang-undang, versi novel falsafah/sains fiksyen.
6) Cover buku ni comel, tapi isi buku ni berat.
Profile Image for Jim Hesnen.
61 reviews
June 19, 2017
(Updated) A not easily understood novel with a lot of symbolism. The concept of god, a mix between western and Islamic theology does not really make sense.

I'd suggest this book to be read by late adolescents to adults interested into philosophy and theology.

The classic Divine Attributes depicted in this novel are Omnipresent (Exist in all places), Omipotent (All-powerful) and Omniscience (All-Knowing). I take if as the writer seems to purposefully left two attributes behind, namely Omnibenevolent and Omitemporal (Exist in all-time), maybe because in that dimension, there is no longer such concept of good and bad, and multidimensional time. I also think that for this story, nothing else exists except the pieces of God, some divine attributes bears no meaning.

For philosophy studies, it is a good start to study the existence of god from these five divine attributes and argue from it.

For example, if God is Omniscience, then He knows how to create something too heavy that He can't even lift. But then, He can lift it since He is Omnipotent. Then, is the two attributes a conflict of each other?

In philosophical study, nothing is sacred and everything is metaphysical. So don't get offended in what we are thinking. This is the philosopher's way of knowing of his God exists.

I am disturbed by the idea that the story in this book is the dimension where there is no afterlife. And also the idea that nucleic acids (said is deoxyribonucleic acid in the novel) and their codes are language of God. Back in the days, we thought DNA is the language of code but we already cracked that. What we are not yet fully understand is the language of epigenetics, where various aspects of the environment influences the code of life without heritably changing it.

A lot of confusion and motions in its progress, I make a note to re-read this in the future.
Profile Image for Kufaz.
Author 2 books2 followers
February 2, 2018
aku suka betul la novel mindfuck macam ni. Memang sebuah karya yang berani kerana ia bermain dengan elemen keagamaan. Agama? nope.. kewujudan dan ketiadaan. Ia menerangkan agama itu hanya satu institusi atau sebuah organisasi semacam ideologi yang dicipta oleh manusia yang berbeza-beza, namun mempunyai natijah dan dasar yang sama iaitu untuk menjadi hamba kepada Tuhan.

Karya ini bermain dengan pelbagai simbolik. Seperti Ouroboros yang mewakili sejenis loop atau infiniti yang memaparkan sifat kewujudan yang hakiki, berputar pada tempat yang sama dan kekal selamanya. Sebuah simbolisme tepat dan padat.

Lagi satu yang aku suka pasal buku ini adalah terma omnisains, omnipoten dan omnipresen. 3 elemen Tuhan yang manusia sering dangkal. Tuhan tak sama macam manusia seperti yang telah dimaktubkan oleh para saintis berpusat pada lokasi, masa dan "matter" (poten). Tuhan adalah lebih menjangkau daripada itu. Tuhan tidak berjisim (omnipoten), tidak terikut hukum fizik (omnisains) dan tidak terikat dengan jarak & masa (omnipresen). Manusia patut tahu tu dan berhenti daripada membayangkan Tuhan mempunyai rupa dan anatomi macam makhluk ciptaan-Nya.

Cuma satu je aku rasa sedikit tak puas hati. Dalam pelbagai simbolisme yang penulis watakkan, seperti Ouroboros, Paradoks, Wanita Masa, Izrael (Maynard) dan sebagainya, satu je watak yang bagi aku penting tiada di dalamnya iaitu Ilmu.

Ilmu juga merupakan salah satu elemen penting dalam kewujudan. Tanpa ilmu, segala kod-kod yang melibatkan"cause dan effect" perbuatan Tuhan akan menjadi void. Ilmu patut menjadi teras kepada sains.

apa pun, itu cuma pendapat kecil aku.

Anyway.. Satu karya baik daripada Lokman dan sewajarnya mendapat 4 bintang. Wonderful!
Profile Image for Mirza Danish.
20 reviews1 follower
August 27, 2018
Speechless bila aku berjaya tamatkan novel ni. Ia adalah adventur. Satu pengembaraan 'seorang' Tuhan mencari Tuhan. Manusia yang ingin menjadi Tuhan, kepercayaan yang dicipta sendiri seolah-olah manusia mendekati Tuhan dan juga beberapa lagi pemikiran lain membuatkan aku lebih teruja untuk tahu penamat novel ni.

Saifai dan fantasi. Tambah sedikit aksi. Tanpa cinta. Ia sungguh wow dan amazing!

Aku rasa watak Tuhan ni mati banyak kali kot. Kesian betul.

Ada part kelakar juga contohnya apabila Tuhan menepuk Adam dengan terlalu kuat sehingga muka menjadi biru. Terus mati kawan tu.

Selain tu, Lilith/Hawa yang mengambil jasad Adam pun dah menunjukkan sarcasm tentang transgender. Jiwa wanita di dalam jasad seorang lelaki.

Sang Algojo atau Executioner adalah watak Anti-Tuhan yang menarik. Seolah-olah menunjukkan yang manusia itu berkuasa dan lagaknya seperti Tuhan di dalam dunianya sendiri. Ini kalau dalam dunia sebenar mungkin seorang penulis?

Garapan yang menarik. Semua watak hidup. Maynard Kiran, Paradoks, Masa dan watak-watak lain yang aku dapat bayangkan semuanya hanyalah permainan seorang Tuhan. Ouroboros adalah ular yang mengejar watak Tuhan. Dan aku rasa dia dicipta untuk menambah thrill kepada Tuhan. Aku suka ayat 'Aku Tuhan. Dan aku adalah ketiadaan.'

Realisme. Novel ini akan buatkan kita faham konteks Tuhan sebenarnya. Sebenarnya realiti pun, ramai orang yang berlagak macam Tuhan dan berebut-rebut untuk berada di tempat tinggi tanpa pedulikan orang lain.

Dunia tanpa Tuhan dan manusia adalah kosong. Kepercayaan manusia berbeza-beza dan universal. Masing-masing akan nyatakan yang pendirian mereka benar. Apa yang mereka visualkan itu akan dianggap benar. Namun, apa yang benar sebenarnya? Pening? Persoalan itu aku pun tak dapat jawab.

Syabas Lokman Hakim kerana novel ini penuh dengan pemikiran dan boleh buat orang yang baca novel cinta kemurungan lalu duduk di bucu dinding.

Hanya dalam masa 4 hari saja aku habiskan novel ni. Jadi maknanya memang betul best dan padu. Yang tak biasa baca novel macam ni aku rasa banyak kali mengucap kot. Haha.

P/S : Jangan tertipu dengan cover.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
April 5, 2020
Sejujurnya aku tak pelik dengan tema yang dibawa oleh penulis. Banyak buku buku awalnya yang bertema Tuhan dan fantasi seperti ini khususnya yang diterbitkan oleh Buku Hitam yang telah berhenti beroperasi.
Ceritanya? Bagi aku satu imaginasi yang cukup hebat, dengan segala aksi dan watak watak dan tempat dan falsafah yang terkandung dalam buku ini. Cuma masalahnya adalah corak cerita itu akan jelas nampak selepas separuh buku kau habiskan. "Dia akan mati dalam keadaan tragis lagi selepas ini dan kemudian akan hidup semula bertemu dengan watak dan tempat yang lain." Hampir kesemua bab begitu. Dan ia semacam, bagi aku cerpen yang berkaitan antara satu sama lain.
Bahasanya? Aku boleh katakan yang ia cukup bagus. Dengan jargon jargon bahasa yang saintifik dan jarang kita dengar. Ia sedap untuk dibaca walau kadang terlalu 'ilmiah' dan saintifik ayatnya. Walau bagaimanapun, masih kurang emosi yang akan sampai kepada pembaca membuatkan sepanjang pembacaan aku seperti satu perasaan dari awal ke hujung (walau ada babak yang berhasil mencuit sedikit rasa gerun, takjub, dan teruja) tapi bagi aku ia masih belum cukup puas. Dan aku syak yang karya ini mungkin sebenarnya antara karya karya awal yang ditulis oleh penulis namun tidak berjaya diterbitkan begitu awal. Aku cenderung untuk berfikir ke arah situ dengan idea dan tema ceritanya. Itu sahaja saya mampu ulas. Terima kasih.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.