Pernahkah anda terfikir, bagaimana jika seorang manusia boleh memahami bahasa kucing? Itulah kelebihan Danial Aqasha, seorang pensyarah bujang yang baru sahaja putus tunang.
Danial membela seekor kucing hitam bernama Tam. Tujuannya hanya satu– untuk memikat seorang guru sekolah dan peminat kucing bernama Kajol Cempaka. Asalnya hanya untuk dijadikan umpan memikat Kajol Cempaka, kehadiran Tam membawa erti yang jauh lebih besar. Danial mula memahami permasalahan komuniti kucing di sekitar rumahnya di Taman Setia - kucing bergaduh kerana berebut jawatan, kucing bercakaran kerana khabar angin, kucing menipu untuk menjual produk kecantikan, kucing taksub dengan media sosial bernama Cakar Book dan bermacam-macam lagi.
Apakah kesudahan kisah komuniti kucing Taman Setia yang penuh dengan seribu satu ragam ini?
Dapatkah akhirnya Danial memikat Kajol Cempaka?
Semuanya terjawab dalam naskhah ini.
“Berbekalkan imaginasi yang subur, penulis 'mengintai' dunia kucing, dan menemukan begitu banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama pembaca. Mungkin apa saja jungkir balik dalam kehidupan manusia akan berlaku dalam mana-mana bangsa makhluk, jika mereka mempunyai keupayaan berfikir dan bermasyarakat. Ah, kalaulah saya dapat memahami bahasa ayam atau bahasa angsa!”
"Pukul anak sindir menantu", peribahasa paling sesuai untuk menyifatkan tulisan Shahkang kali ini. Pernahkah kita tertanya-tanya, mengapakah begitu dikisahkan perihal Bani Israel di dalam al-Qur'an sedangkan al-Qur'an ialah rujukan orang-orang Islam (meskipun semangatnya untuk sekalian manusia) dan bukan rujukan bangsa Yahudi? Sebetulnya, ini merupakan antara uslub kreatif al-Qur'an dengan menggunakan kaedah, "Pukul anak sindir menantu"; agar lebih berkesan di telinga dan mata hati khususnya orang-orang Islam agar tidak mengikut jejak-jejak buruk yang ditinggalkan orang-orang terdahulu.
Shahkang mungkin sudah terlalu penat mengutuk diri dan sekelilingnya lantaran golongan sasaran kritikannya jenis tak makan saman, lantaran itu dirinya terinspirasi untuk memposisikan Tam dan konco-konconya dengan mengambil peranan sebagai tokoh-tokoh pengkritik nan santai tetapi cukup lanyak membantai kewarasan akal dan pegangan moral kita selama ini. Sebuah teks naratif yang emotif sambil sarat dengan subteks yang kritis penuh subtantif; cerita-ceritanya berdiri antara menggeletek perasaan dengan menjentik hati - dan siapa tahu, selepas membacanya mungkin anda pula akan mula bercakap-cakap dengan kucing belaan sendiri? Tahniah Shahkang!
Za'im Yusoff, penulis "I Lap U", "Dari Hujung Peradaban Edan", "Bahasa Tuhan Sudah Mati"
Aku baca sambil senyum sambil jenguk tingkap tengok kucing-kucing kawasan rumah aku ni bermesyuarat. Mungkin itulah yang dibual bicarakan oleh mereka gamaknya usai membaca buku ini. Seperti yang penulis Shahkang tulis autograf kat naskah aku, buku ini adalah Mentaliti Jamban versi kucing.
Memang tak syak lagi. Syabas Shahkang, memang best.
5* Simple tapi deep. Kagum dengan Tam dan Daniel. Sentiasa ambil berat antara satu sama lain dan saling smash satu sama lain. Agaknya, inilah yang selalu dibincangkan oleh kucing2yg selalu datang mengunjungi kucing aku dirumah nie. Ermmm..
Ini sebuah karya yang bijak daripada Shahkang. Beliau menyampaikan realiti kehidupan masyarakat masa kini dan segala kepincangan serta kekurangan yang wujud baik dari segi sosial, politik mahupun ekonomi secara kiasan. Penuh kritis dan sinikal, santai, kelakar dan menghiburkan. Kadangkala menjentik hati dan akal. Dan beliau menggambarkan semuanya menerusi kisah si Tam, seekor kucing betina dan kawan-kawan kucingnya yang sama-sama hidup dalam satu komuniti taman perumahan. Ya, karya ini sarat dengan kritikan sosial yang disampaikan secara humor dan amat sesuai untuk penggemar kucing serta buat mereka yang mahu berfikir. Syabas Shahkang. Karya ini lain daripada yang biasa.
aku memang skeptikel sikit dengan kucing. Sebab kucing-kucing aku kat rumah macam selalu sangat mesyuarat sama-sama lepas pandang aku semacam. mengutuk aku la tu..
dan bila aku baca buku ni, haaaaa betul lah! betul sangat sangkaan aku tu. haha. terasa aku makin pandai berbahasa kucing bila baca buku ni. miawww~ (peace~)
buku ni sangat la kreatif dan lucu. walaupun yang buat hal tu semuanya kucing,tapi aku tahu korang nak perli siapa. korang nak tahu? kenala baca buku ni dulu! ^_^
Lazimnya, novel atau kisah fiksi yang menggunakan karakter binatang selalunya menyasarkan golongan kanak-kanak. Tapi tidak bagi karya-karya penulis ini. Ini bukan pertama kali saya berpeluang membaca karya penulisan beliau. Selain buku ini, penulis juga pernah menggunakan watak binatang dalam beberapa cerpen yang telah diterbitkan sebelumnya.
Apa yang boleh saya katakan adalah ini merupakan percubaan yang berani kerana siapa sangka kisah berkaitan kucing dan manusia walaupun disampaikan secara santai rupa-rupanya menghimpun beberapa kritikan sosial yang diselitkan secara halus?Ini bukan buku untuk kanak-kanak ataupun kucing. Ini adalah sebuah bacaan santai yang boleh dinikmati oleh semua lapisan umur.
Stail penulisan yang digunakan kali ini mirip dengan gaya penulisan dalam buku beliau sebelum ini iaitu UK Aku Mai. Namun bahasa pasar yang digunakan tidak pula mencerminkan kelemahan penulis dalam menggunakan bahasa puitis seperti yang boleh ditemui dalam karya-karya beliau yang lain.
Saya begitu menyukai watak Siti Musliha memandangkan beliau menjual produk pemutih kucing dan saya mempunyai seekor kucing berwarna hitam putih. Saya harap pasaran produk itu kelak akan diperluaskan melangkaui Taman Setia supaya kucing saya tidak lagi keliru akan identitinya yang sebenar.(putih hitam atau hitam putih?)
Secara peribadi saya mencadangkan untuk membaca buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen beliau bagi mengenali sisi lain penulis.
Seorang pensyarah berkebolehan berkomunikasi dengan kucing. Sering memerhati sebuah komuniti kucing di Taman Setia, dia sentiasa membebel kepada Tam iaitu kucing peliharaannya yang malas supaya berubah dan bertanding dalam pilihan raya kucing untuk mengubah nasib komuniti kucing mencapai Wawasan Kucing 2030. Tam, sebagai rakyat kucing biasa dan hitam terpaksa berhadapan dengan Pengerusi JKK Kucing yang korup dan sentiasa meraih populariti serta berkempen. Ditambah pula seekor kapitalis yang menjual produk kecantikan, fitnah berleluasa dalam masyarakat kucing, rasisme dan penindasan kucing putih terhadap kucing hitam, kucing-kucing kurap yang tidak diberikan bantuan, subsidi makanan kucing pula dipotong dan banyak lagi. Apalah nasib komuniti kucing di Taman Setia... Eh apahal rasa pedas pula ni? Aku ada makan cili ke?
bacaan yang sangat santai, mencuit hati dan mempunyai banyak mesej yang sangat berguna, terselit di sana sini. suka sangat dengan Tam. very cool! cuba bayangkan kalau kita boleh faham dan boleh bercakap dengan kucing. best kan! ini karya pertama daripada penulis ni, dan saya rasa saya mungkin akan beli lagi buku buku beliau, jika terjumpa :)
Seperti diungkapkan dalam ruang prakata, karya ni merupakan sindiran penulis kepada manusia yang diterjemahkan dalam watak kucing-kucing Taman Setia.
Ceritanya santai, tentang Dr Danial Aqasha, seorang pensyarah universiti dengan kucing peliharaannya, Tam. Danial mampu faham bahasa Tam dan kucing setaman: Siti Musliha, kucing kapitalis; Pendeta Zack, ilmuan; Kak Nor, kucing berwarna yang memuja Siti Musliha; Din Toya, Santa Cruz, YB Tompok Alfonso, dan ramai lagi.
Kisah yang menarik (habis baca dalam 24jam) dengan krisis politik antara Pablo Montoya dan Matthew Robinson, Cakar Book kucing, produk pemutih, macam-macamlah isu kucing Taman Setia ni. Memang best!
Beli buku ni dengan harga rm7 sewaktu klibf2021. Terima kasih penulis Shahkang dan penerbit katapilar
Terbaik. Banyak sangat kritikan & pengajaran dalam buku ni, tapi penulis pandai olah dalam gaya santai & humorous.Tak sampai sehari dah habis baca sebab buku ni senang nak hadam. Tolonglah buat sambungan lagi untuk buku ni, best sangat🔥.Ouh ya, kalau yang tengah reading slump atau hilang mood nak baca buku, bolehlah beli buku ni, konfem terhibur & motivated nak baca buku balik.
Menarik dan bacaan santai yang membuatkan saya tersenyum. Membacanya membuatkan saya ralit dan tidak sedar yang saya sudah melepasi jumlah halaman yang banyak.
Untuk pengetahuan, ini pertama kali saya baca novel penerbitan kata-pilar. Dan saya boleh kata memang saya tak salah pilih buku sebab best! Hehe // maaf kalau saya baca lambat novel ni sebab baru perasan dah diterbitkan sejak tahun 2017. ("=
Review novel kucing-kucing hota hai daripada saya:
-Idea/konsep yang sangat menarik dan segar/baru bagi saya -Jalan cerita nice dan memang puas hati selepas habis baca -Gaya penulisan memang santai haha -Banyak informasi menarik yang boleh diterima daripada novel ni (daripada isi cerita itu sendiri & fakta kucing) -Banyak maksud tersirat dari novel ni yang sememangnya ada masa bagi moment, "pergh deep/menusuk (dalam hati) gila part ni" -Ilustrasi novel ni memang lawa sangat-sangat. I'm totally in love. -Terdapat fakta-fakta menarik kucing -Memang berbaloi untuk dibeli. So yang tertanya-tanya nak beli tu, terus beli okey haha
5 bintang saya bagi ☆☆☆☆☆
Novel ni tersangatlah buat saya nak ada seekor kucing macam Tam sebab dia gendut dan terlebih comel dalam cerita ni haha
P.s. Hopefully Kata-Pilar boleh buat sticker atau any type of gift dgn ilustrasi novel yg akan datang (mcm yg novel ni, ilustrasinya sangat lawa & kalau ada sticker ka memang boleh buat pembaca gembira & teruja lagi2 geng2 pencinta kucing hehe). Lagi best kalau ada t.tgn penulis untuk pembelian pre-order buku tu. Ala-ala limited edition gituuu. Hehe. Good job penulis, ilustrasi, & penerbit. Memang puas hati bila dah habis baca tadi👍
Konsep haiwan (kucing) yang comel dan menggelakkan hati. Cerita yang simple tapi terselit banyak pengajaran dalamnya. Rujukan filem hindustan pun lucu hehe.. Wawasan kucing 2030! ✊
Sebagai pencinta kucing, buku ni sangat comel dan menghiburkan. Bacaan santai yang banyak membangkitkan kritikan-kritikan sosial dalam komuniti kucing Taman Setia.