Bukan. Bukan berusia dan berpengalaman, itu veteran. Ops! Bukan lagi. Bukan yang suka makan sayur, itu vegetarian.
OK. Kami beri clue.
Bayangkan begini. Seorang lelaki. Memakai kot putih dengan stetoskop di leher. Duduk di atas kerusi yang boleh berpusing-pusing di sebuah klinik dan berkata : Hari ini sakit apa?
Ya. Mereka lah doktor! Doktor yang bertanya banyak soalan, memeriksa jantung pesakit, mencucuk dengan jarum dan kemudiannya memberi preskripsi ubat.
Cuma pesakit mereka bukan manusia, tetapi para haiwan!
Bolehkah seekor kucing mengadu, “Doktor, saya demam pagi ini.” Bagaimana seekor lembu berkata, “Doktor, saya dah tiga hari cirit-birit!” Atau seekor ular berdesis, “Hissss… lidah sssaya ssssakit...”
Kalau mahu tahu bagaimana doktor ini melayan kerenah pesakit istimewa ini, segalanya ada di dalam naskhah ini. Sudah bersedia? Sudah tahu apa itu veterinar?
Banyak fakta menarik dan ilmu baru berkenaan veterinar dan haiwan yang aku dapat daripada buku ini. Cuma itulah, banyak juga 'slack'nya di:
1. Kesalahan ejaan. Contohnya nak taip 'ladang' tapi jadi 'lading'.
2. Ada sesetengah cerita yang tergantung dan tidak habis penjelasannya.
3. Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan kesilapan yang ini. Contohnya pada muka surat 35 fakta tentang kuda laut. Barangkali penulis nak taip kuda laut jantan, tetapi tertaip kuda laut jantung. Banyak juga kesilapan seperti ini di bahagian lain buku ini.
Overall nya, aku agak puas hati sebab banyak info menarik dan cerita-cerita para doktor pun best! Cuma mungkin boleh 'improve' lagi dengan membetulkan kesilapan ejaan dan penulisan di masa hadapan sebelum buku diterbitkan.
1) Bacaan ringan 2) Bagus sedikit daripada bacaan buku teks 3) Ada cerita yang tak tahu apa yang mahu diceritakan 4) "Format" yang berbeza. Pembaca boleh ulangkaji apa yang pernah dipelajari dalam kelas Sains dahulu 5) Seperti buku-buku "doktor" yang lain, istilah dunia doktor banyak digunakan.
Jalan cerita yg cukup "comel" pd pandangan mata aku. Jarang ada buku yg memaparkan kisah binatang yg prnah aku baca sesantai buku ini. Mudah utk difahami. Byk info berguna dan ilmu ttg ilmu haiwan yg aku dpt. Seolah2 menonton rncgn Animal Planet & National Geographic :)
Rasanya inilah buku bahasa melayu tentang veterinar yang pertama di Malaysia. Sarat dengan kisah berkaitan perubatan haiwan dan pengalaman mereka yang terlibat dalam bidang ini. Disulam pula dengan lukisan kartun yang menghiburkan. Buku ini bagi aku memang best!! Selain perkongsian pelbagai cerita daripada tujuh orang penulis, buku terbitan Kata Pilar ni juga unik kerana disertakan dengan ruangan info tentang taksonomi haiwan, tips berguna serta panduan dalam menjaga kesihatan haiwan peliharaan dan info atau trivia yang menarik tentang pelbagai spesies haiwan. Ada juga info berkenaan haiwan-haiwan yang kian pupus seperti harimau malaya, penyu belimbing dan sebagainya. Pembaca juga diuji dengan kuiz berkaitan haiwan.
Lima bintang untuk buku ini dan sememangnya V untuk veterinar!!
Konsep buku ni sama macam buku Cakar Ayam Seorang Doktor, but this is a vet version. Jadi buku ni basically bercerita tentang pengalaman veterinar2 yang pernah bertugas di dalam dan di luar negara.
Sebenarnya bagus baca buku macam ni sebab kita belajar sesuatu baru dari pengalaman orang lain yang berbeza profesion, berbeza dunia dengan kita. Kita akan dapat perspektif baru, ilmu berbeza dan yeah, unik..I think bila kita tahu semua orang ada bidang masing2 yang berbeza, kepakaran yang berbeza, susah payah dia cabaran dia,, kita akan lebih respek pada orang lain regardless of their background.
Kadang2 it's easy to feel kita yang terpaling bagus sebab kita professional, belajar tinggi kerja dalam aircond ada title etc yang kadang2 juga membuatkan kita secara tak sedar memandang rendah pada kerja orang lain. Alah mekanik je pun, pengutip sampah je pun.. Tapi hakikatnya, kita semua saling memerlukan satu sama lain. Akauntan yang pakar kira2 matematik tu mungkin tak tahu pun macam mana nak membaiki enjin kereta yang rosak, tapi pomen tahu. Pengutip sampah mungkin tak tahu cara nak merawat pesakit tapi dia tahu macam mana caranya nak menjaga kebersihan awam. Kalau diorang tiada, jalan kotor, bau busuk, dan penyakit pun mudah merebak. So basically, bila kita tahu pengalaman kerja orang lain, kita takkan mudah nak judge someone unfairly dan lebih respek each other.
Just one thing - ada sesetengah bahagian dalam buku ni macam terpotong. Tak pasti kalau ada masalah ketika printing atau apa tapi yelah bila terpotong, maklumat tu jadi agak tergantung lah..
Buku ni banyak gambar dan ilustrasi. Bagus utk semua baca khususnya budak2 sekolah menengah yang mungkin terfikir dan tercari-cari hala tuju masa depan mereka - nak belajar apa, nak capai apa etc. Bahasa mudah nak faham. Tips pun banyak dikongsi oleh barisan penulis.
This is the first book I bought in 2023. I would rate it 5/5 and it is worth reading. I am glad that there are good books like this related to veterinary meidicine . This book is interesting and I completed reading it in just two weeks. It has been ages since I read a book this fast. The writing is simple and easy to understand. This book is suitable for fresh graduate veterinarians . It describes all types of scenarios in the veterinary medicine field. This book also explains the common cases in the veterinary medicine field . This is a book every fresh graduate veterinarian should read. I am looking forward to more good veterinary books like this from our local authors. I really enjoyed this book . Highly recommended for vets to read .
Dunia veterinar atau doktor haiwan adalah sangat menarik untuk diteroka. Cabaran mereka lagi besar berbanding dengan doktor manusia! Daripada buku ini, kita boleh menyingkap cabaran doktor haiwan dalam merawat pesakit mereka yang sama sekali tidak dapat bercakap mahupun berkomunikasi di dalam bahasa manusia, iaitu haiwan! Mereka juga merangkap kepada doktor gigi, doktor, dan juga pegawai farmasi kepada pesakit mereka iaitu haiwan itu sendiri. Terselit juga pelbagai fakta menarik alam haiwan dan dunia sains yang boleh diterokai secara santai. Sangat menarik untuk ditelaah.
Ia sepatutnya jadi bacaan yang menghiburkan tapi ada sesetengah cerita yang seakan tergantung dan seperti tidak tahu apa yang mahu disampaikan, sampaikan aku dapat momen "eh, tu je?".
Aku seronok baca pengalaman tentang cara kerja dan pengalaman sepanjang praktikal para penulis. Maklumlah, tak pernah merasa, kan :p
Pengalaman yang dikongsikan memang menarik.. Setiap satunya boleh dijadikan pengetahuan buat mereka yang berminat dengan bidang ini.. Cumanya dari segi editing, ada sedikit perlu dibaiki.. Ada ayat yang seolah-olah tergantung..