Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untunglah Malaysia Masih Aman

Rate this book
Cerita di dalam buku ini ditulis dengan nada dan intonasi yang berbeza dan penuh dengan sindiran, namun ianya demi sebuah cita-cita untuk melihat sebuah negara yang rakyatnya sangat patriotik serta hidup bersatu, maju dan berintergriti.

Bukan sahaja maju dari segi infrastruktur namun turut maju dari segi sikap, mentaliti dan juga cara hidup. Paling penting adalah berintergriti di dalam setiap amalan hidup seharian dan tidak mementingkan diri sendiri dan bersikap rasis dan prejudis.

Jadi bersedialah untuk rasa ditampar atau diluku kepala apabila membaca baris-baris tulisan di dalam buku ini yang mungkin kena pada diri sendiri.

Kalau rasa tak sanggup, maka baik tutup buku ini dan pergi tidur.

Tak usah risau apa akan terjadi selepas terjaga nanti kerana Malaysia masih aman dan akan senantiasa begitu.

Untunglah.

167 pages, Paperback

First published April 28, 2017

3 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Khairul Abdullah

6 books69 followers
Beliau adalah seorang penulis kreatif yang kritis dan terkenal melalui buku panduan kembaranya "I'm A Backpacker: Europe" dan juga buku kritikan sosialnya seperti "Mentaliti Jamban" dan "Mentaliti Masih Jamban".

Ketiga-tiga buku ini pernah tercalon untuk anugerah buku terbaik dan salah satu buku pernah memenanginya pada tahun 2017. Hampir kesemuanya buku-buku beliau yang lain juga pernah berada di carta "bestseller" di rangkaian kedai buku utama seluruh negara.

Selain menulis beliau juga adalah seorang penceramah bebas yang sering dijemput ke sekolah dan universiti serta institusi lain di seluruh negara untuk memberi motivasi serta berkongsi pandangan dan pengalaman beliau di dalam mengubah mentaliti rakyat Malaysia.

Beliau yang kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Komunikasi di UiTM Shah Alam adalah seorang bapa tunggal yang sedang membesarkan 3 orang anak yang masih kecil bersendirian setelah kematian isterinya.

Beliau pandai memasak dan sangat baik orangnya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (31%)
4 stars
18 (40%)
3 stars
10 (22%)
2 stars
2 (4%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
April 14, 2020
- Buku ni lebih kurang je macam buku Mentaliti Jamban cuma ada sedikit penambahan.

- Tajuk lain yang sesuai untuk buku ni adalah "Malaysia VS Jerman", sebab sentiasa dibandingkan penulis di setiap bab.

- Rasanya kalau orang bukan malaysia yang baca buku ni (kalau ada versi inggeris la), mesti akan rasa betapa teruknya malaysia ni, dah macam negara apa dah, serba serbi tak kena. Dipenuhi sampah sarap orang jahat dan sebagainya hahaha

- Tapi bagi aku rakyat malaysia, ia sememangnya kebenaran yang pahit untuk ditelan. Tapi ia tidaklah seteruk seperti yang digambarkan penulis. Memang ada berlaku, namun bukan la 100% rakyat malaysia berperangai begini. Tapi biasala, kerna nila setitik rosak susu sebelanga.

- Alhamdulillah, ada 2 cadangan penulis dalam buku ni dah direalisasikan, larangan merokok di restoran dan kerusi keselamatan kanak2 dalam kereta.

- Satu bab bertajuk "Kaki Kondem", seperti dugaan penulis, 2 undang2 baru di atas dikondem teruk rakyat malaysia. Betul la kata Ayman Rasydan Wong, "Etika Confucius atau Confucianism ni mengajar individu supaya mendahulukan masyarakat." (China, korea, Jepun). Kalau rakyat muslim malaysia ikut sifat itsar yang nabi ajar pun dah ok dah. Sama je maksudnya, mendahulukan kebaikan kepada orang lain sebelum diri sendiri.

- Solusi untuk masalah rakyat malaysia ni hanya boleh diselesaikan melalui akar umbi, orang2 dewasa yang sudah tegar keras kepala tu biarkanlah mereka. Mari kita usahakan yang masih tabika dan bersekolah ni. Tapi aku takut mak bapak datang komplen pulak ,"Kami nak anak kami belajar di sekolah, bukan jadi cleaner!". Rasanya memang akan berlaku.

Profile Image for Juleah Rente.
7 reviews6 followers
May 18, 2017
kahkahkah.. ‘who cares?’, ‘suka hatilah!’, ‘kaki kondem’, ‘ok kot..’ itu memang dah jadi mentaliti orang kita. rasanya manusia-manusia yang berfikiran macam ni memang jenis manusia yang ‘duduk atas langit’, & bila duduk di bawah dia suka ‘mendongak ke langit’. diorang takkan fikir perasaan orang lain, sensitiviti orang lain. diorang takkan pernah tanya diri sendiri, kalau aku buat macam ni ok tak, menyusahkan orang lain atau tidak.

malu lah dengan orang luar. mentaliti kita tidak mencerminkan budaya kita yang kononnya bersopan-santun, hormat menghormati, sayang-menyayang, tolong-menolong. kononnnya!
agak-agak, di tempat kita sekarang ada tak remaja atau manusia yang berumur 25-40 tahun yang sudi tolong angkat stroller anak kita bawa naik atau turun eskelator/tangga? hurmmm.. bercinta atas eskelator ada lah! hahahah.

dulu, bila cerita pasal budaya orang barat. selalu fikir benda yang negatif, semua yang tak elok. ingat lagi masa melawat negara orang; London & Paris berapa tahun lepas, kagum sangat dengan remaja/budak lelaki yang ringan tulang tolong angkat stroller anak buah naik turun tangga, bagi seat ngn you bila you berdiri dalam train. bandingkan dengan keadaan di negara kita.. ada lagi spesis macam ni? mungkin ada. tak ramai. pasal tu lah benda-benda yang diceritakan dalam buku ni perlu dititikberatkan sejak kecil lagi, bukan bagi gajet dengan anak, pegi tuisyen mahal-mahal kononnya mahu cemerlang tapi mentaliti totally jamban!

kan best kalau buku ni dijadikan buku wajib di sekolah bagi budak-budak kita baca. ambil semua yang positif.

tolong lah Malaysia. berubahlah.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 17, 2018
Buku yang mengupas perbezaan mentaliti di Malaysia dan negara luar. Sesuai untuk mereka yang minat buku Mentaliti Jamban. Sebab aku juga pernah hidup di luar negara, sebahagian yang diceritakan memang aku dah sedia tahu. Buku ini membuatkan aku teringat balik kenangan di sana.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
September 16, 2022
Suka buku ni,ia simple, dan mudah.banyak juga dia bandingkan negara kita ni dengan budaya dan gaya jerman, dan ada juga sebut negara jepun. Aku tak boleh nak kata semua rakyat malaysia sampah(walaupun realitinya memang ya),tapi hanya segelintir saja.tapi fikirkan kerja aku sekarang,dan lihat sendiri dan aku boleh kata ye,perangai rakyat malaysia semua ada dalam buku ni,dan tak lupa juga,penulis ni juga yang tulis buku "mentaliti jamban" dan "mentaliti masih jamban",dua buku tu aku cuma baca sekerat,tapi beza buku ni dengan dua buku tu,dua buku tu agak menarik,sebab aku belek saja kot,tapi gambar jamban,double park,apa semua tu ada buku ni tak ada gambar,lebih kepada bab. aku bagi 5 sebab benda ni memang berlaku sendiri depan aku, nak tegur,gaduh pulak,silap-silap aku kena pukul atau orang kena tegur tu aku triangle choke kepala dia.penulis patut juga selit pengalaman macam aku,aku masuk tandas nak buang air besar,tapi mangkuk penuh hasil mahsul,aku okay lagi boleh flush,cuma apa yang buat aku rasa nak cari orang tu dan sumbat kepala dia dalam jamban dan pijak sepuluh kali ialah sebab paip tu masuk sekali dalam jamban yang penuh dengan hasil mahsul. Kau rasa siapa saja tak panas sampai fikir nak buat macam tu? Mesti ramai juga rakyat yang educate lalui benda macam ni, belum lagi aku cerita perangai rakyat malaysia yang makan atau minum sambil jalan dalam kedai,lepas tu sampah tu buang dalam kedai terutama dekat kedai macam diy dan kedai eco rm2 tu,yang tak boleh belah,sampah macam cawan tealive,boba taik kambing semua tu siap letak sebelah produk dalam rak kedai tu, Jujur buku ni boleh kait dengan setengah perangai musibat rakyat malaysia ni,cuma kau tahulah,siapa saja nak baca buku ni,sebab ia akan buat puak musibat tu terasa,dah terasa mestilah nak gaduh punya.apa pun harap buku macam ni buat rakyat malaysia sedar sikitlah nilai akhlak tu sangat penting dan tinggi(aku pun akhlak tak baik juga,cuma pada manusia mangkuk jelah aku kurang ajar,tapi bukan kat orang yang elok perangai),tak kata semua,tapi aku nampak 90% rakyat malaysia memang perangai dan mentaliti jamban,cuma 10% saja yang ada perangai elok,dan sedap macam ayam bakar dekat ketuhar, yelah,aku baca dan ulas sambil tengok video gordon ramsay masak ayam kot dekat tv. Tu yang terpalit sekali ayam dalam ulasan yang tak seberapa ni.
Profile Image for Jainatul.
18 reviews1 follower
December 31, 2019
*UNTUNGLAH MALAYSIA MASIH AMAN*. 10/10 ⭐ Alhamdulillah, sampai juga kepada penutup buku yang ke-40 untuk reading challenge tahun 2019, yang asalnya 35 buah je letak. Tapi macam banyak masa lagi, kita tambah lagi 5 buku.

Btw 10⭐ tu saya bagi sebab memang setuju dengan setiap point & hujah yang diutarakan oleh penulis buku ni berkenaan dengan masyarakat kita. Sangat tepat apa yang ditulis tentang realiti masyarakat Malaysia. And yes, deep dia memang tak boleh nak dibawak bincang 🙁 Sebab banyak je point yang diutarakan penulis kena dengan batang hidung sendiri.

Ok la 🙏🏻 Lepasni kita try ubah walaupun mungkin akan sorang2 je buat benda tu n orang lain tak ambik peduli langsung. Betullah kata kakak usrah dulu, kita ni terlalu nak mengubah sistem, tanpa kita sedar yang patut diubah tu adalah orang yang nak mengubah sistem tu sendiri dulu.

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri." Betul kata pepatah ni. Tapi terfikir jugak, takkan nak hujan batu je memanjang kan? Nak jugak merasa hujan emas. Eh lupa. Malaysia kan masih aman. Untunglah !
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
January 2, 2021
Saya ada hate-love relationship dengan buku ini. Kadang-kadang saya rasa meluat baca kritikannya yang bias. Saya rasa penulis over dan terlalu mengagungkan Jerman. Sikit-sikit Jerman, sikit-sikit Jerman haha. Ia seperti masyarakat yang marah apabila setiap makanan dicampurkan dengan cheese. Goreng pisang cheese, popia cheese, cempedak cheese, keropok lekor cheese, apam balik cheese dan segala datuk nenek makanan dicampur cheese. Pendapat saya, apa salahnya kalau budaya makanan kita berasimilasi dengan cheese? Dah itu yang kena dengan tekak kita. Raikan sahajalah!

Cuma disatu sudut (bermula dengan bab 13: Telur Sebiji), saya tidak dapat menyangkal apa yang dibahaskan oleh penulis. Secara tak langsung buku ini sebenarnya sedang mencatat budaya negatif yang merebak dalam masyarakat kita. Kritikannya tepat tapi menyebalkan. Mungkin kerana penulis menggunakan gaya sarcasms. Ala-ala buku dakwah sentap gitu. Kononnya nak buat pembaca tersedak.

Huk huk.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
September 5, 2020
Penulis menggunakan gaya penulisan berbentuk sindiran dalam buku ini, yang mana ia tak kena dengan jiwa saya. Saya tertanya-tanya, adakah penulis mahu memberitahu yang masyarakat kita ini seteruk yang digambarkan, ataupon memang masyarakat di negara luar yang diceritakan itu memang sangat baik.
Saya setuju banyak perkara yang ditulis memang realitinya berlaku dalam masyarakat kita, tetapi perbandingan yang diberikan pon bukanlah realiti sebenar masyarakat di luar negara. Tambahan lagi, dalam 2 tahun kebelakang ini banyak perubahan yang telah berlaku dalam norma masyarakat kita, lagi2 dengan isu pandemik covid-19. Cuma bab sampah, masyarakat masih lagi dalam mentaliti sampah 😅
Yang pasti, pokok pangkalnya adalah penguatkuasaan undang2. Kalau undang2 nya ketat & penguatkuasa tegas serta telus menjalankan tugas tanpa pilih bulu, saya pasti tiada lagi modal untuk disindirkan.
Profile Image for Haslina Hashim.
10 reviews
March 13, 2020
Buku ni aku beli tahun 2018. Tapi baru habis baca tadi. Buku pertama di tahun 2020.

Tahun ni aku tak ada benda-benda besar nak capai. Semuanya sederhana sahaja. Cuma satu yang aku nak ialah, aku mahu kembali menjadi Haslina yang membaca. Dan aku harap ini menjadi permulaan yang baik.

Buku ni mengenai kritikan sosial terhadap perangai masyarakat Malaysia. Dari awal hingga akhir ia penuh sindiran. Setiap kali ia mengetuk, terus kita jatuh menekup muka. Malu kerana banyak yang terkena pada batang hidung sendiri.

Buku ini bercerita tentang moral dan adab. Yang selalu lupa untuk dipikul waktu kita menjalani hidup.
102 reviews2 followers
May 19, 2020
Mengupas perbezaan mentaliti di Malaysia dengan luar negara. Terasa bagai tersentap dan ditampar- tampar dengan setiap tajuk yang di bawakan. Namun ada kebenaran di situ.

Nukilan yang jujur tapi santai. Sesuai untuk mendidik dan menyedarkan kita betapa beruntungnya kita hidup di bumi Malaysia ni.
Profile Image for Shieda Shah.
6 reviews
February 27, 2024
I don't think this book is for me. Rasa macam kena marah tiap perkataan pun ye juga dan jiwa rebel rasa mcm eh aku pulak dalam setiap bab 😂 tapi suka bahasanya. Setiap perkataan elok tersusun dan mudah difahami.
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
January 3, 2020
Bacaan sungguh memberi kesan dalaman kepada pembaca.
Bersedialah anda untuk rasa ditampar atau diluku kepala apabila membaca tulisan beliau dalam buku ini.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
94 reviews
May 14, 2024
Jika dibaca melalui perasaan. Memang kita akan marah dan mengatakan 'ala bukan semua orang perangai mcm tu' Sangkaan anda salah. Memang semua orang bukan mcm tu tapi semua orang begitu. Teguran dan sindirian dengan menggunakan ayat yang elok, jelas ada dala buku ini.

Buku ini tentang kesedaran. Itu yang penting. Tak kisah kamu itu berasal dari mana , Sekolah di oxford atau sebagainya. Jika kita boleh berubah, kita boleh berubah. Bukan hanya omong kosong. Pelaksanaan kita. Tak perlu dihebahkan apa yang kita ingin mengubah. Cukup didada hanya tahu segala perubahan yang hendak kita capaikan. Terima kasih penulis 🙌🏻🔥🔥🔥 Maaf penulis nak cakap ni. Kau memang celaka hahaha tapi semua ayat kamu semua sedap 🔥🔥🔥mcm Mark Wahlberg hehe
Profile Image for Hasan Aswan.
13 reviews
December 28, 2017
Ni lagi satu buku. Orang kata bila baca buku ni kita akan rasa ditampar atau diluku.. Ada aku kisah semua tu? Malaysia masih aman kann..
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
June 25, 2019
Sentap dan keras!
Buku ini mengandungi kebenaran, dan salah satu cara nak menyedarkan kealpaan dan kelalaian diri ini. Sebuah nukilan yang begitu murni. Mana nak cari sebenarnya orang yang berani berkata benar seperti ini. Jikalau bertanya kepada kawan, nak ke mereka nyatakan keburukan kita secara berdepan, tidak bukan? Lepas beritahu, pasti diendahkan sampai bila-bila. Begitulah kebiasaannya.
Buku ini tentang atau lebih tepatnya sindiran kepada masyarakat Malaysia, ya, sifat dan mentaliti kita sebagai rakyat Malaysia. Aduh! Mesti kamu semua dapat gambarkan bukan?. Pasti akan memotivasikan diri untuk menjadi manusia yang lebih sivik dan berakhlak.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
April 15, 2021
Buku ini tentang atau lebih tepatnya sindiran kepada masyarakat Malaysia, ya, sifat dan mentaliti kita sebagai rakyat Malaysia. Dari awal hingga akhir ia penuh sindiran. Setiap kali ia menampar, terus kita jatuh menekup muka. Malu kerana banyak yang terkena pada batang hidung sendiri.
Budaya negatif yang merebak dalam masyarakat kita bayak ditampilkan Buku ni bagus untuk mengubah diri dan seterusnya generasi akan datang untuk menjadi lebih baik.Para pendidik bagus membaca buku ini untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang supaya negara dan bangsa kitab oleh berubah.Untunglah Malaysia masih Aman!!

Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.