Jump to ratings and reviews
Rate this book

Laba Di Sebalik Bala

Rate this book
Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.

Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.

Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!

176 pages, Paperback

First published April 1, 2017

2 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
4 (66%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for cahaya.
12 reviews
July 1, 2017
walaupun tajuknya berkisarkan tentang ujian dalam kehidupan, pada hemat saya isi kandungannya bukanlah 100% menyentuh tentang ujian. namun ini tidak menidakkan kelebihan dan keberkesanan buku ini sebagai bahan bacaan ringan dalam usaha seorang muslim untuk menambahkan dos keimanan melalui pembacaan.

harganya agak berpatutan dan berbaloi, dan untuk pendengar slot islam itu indah di ikim, akan ada topik topik (atau semua? saya kurang pasti) dalam buku ini yang pernah dibicarakan ustaz dalam slot tersebut.

looking forward to next book from ustaz pahrol. yang ini, memang tidak mengecewakan!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.