Jump to ratings and reviews
Rate this book

Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Al-Aqsa

Rate this book
Ziarah Al-Aqsa?

Takut? Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak?

Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis.

Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).”

Ya. Umat Islam dituntut untuk berziarah ke sana, biarpun dengan susah payah.

Bukan ziarah biasa-biasa, tetapi ia merupakan ziarah berlandaskan ibadah semata-mata kerana Allah.

Sebuah travelog. Pasangan penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu?

Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak ... rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan?

Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka.

"Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai di al-Aqsa" pasti akan mengubah minda khalayak yang masih berfikir dan menimbang-nimbang membuat keputusan sama ada mahu bermusafir ke al-Aqsa atau tidak.

232 pages, Paperback

First published March 1, 2017

3 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Raudzah ''Roza'' Roslan

24 books53 followers
Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.

Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (37%)
4 stars
15 (46%)
3 stars
5 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 28, 2017
Sesekali, di ruangan FB terlintas cerita-cerita orang Malaysia yang menjejak kaki ke bumi Palestin. Selalunya hanya gambar, dan sedikit kata-kata yang "standard" dilafazkan.

"Syukur, sudah sampai Masjid Al Aqsa"

Begitu saja. Tidak banyak "maklumat" yang dikongsi. Ditambah lagi dengan apa yang sudah terpahat lama dalam minda, untuk ke Palestine itu kan sukar? Kenapa mahu membahayakan diri.

Rupanya apa yang saya rasa/fikir, dijawab oleh Prof Kamil dan isteri (Puan Roza) dalam buku ini. Pengembaraan ke bumi anbia ini bukan perjalanan "jalan-jalan". Ianya satu kembara zaman silam dan zaman hari ini, dan mencari ibrah yang boleh dibawa pulang sebagai peringatan dan pengalaman.

Cantik sekali.

Terdetik rasa, saya juga mahu ke Aqsa.

Takut? Tidak. Cuma kurang keberanian.

Mudah-mudahan satu hari kaki ini akan menjejak tanah berkah Palestine.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
March 6, 2018
Buku yang sarat dengan pengajaran & tauladan mengenai masjid ke-3 tersuci umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa secara khususnya dan negara Palestin secara amnya. Tidak kurang juga menjadi satu lagi tarikan & rujukan jika kita dapat menjejakkan kaki ke sana.

Pertama kali membaca hasil nukilan pasangan suami isteri Ustaz Kamil & Puan Roza ini. Gaya penulisan yang santai serta tidak berselindung semestinya tidak akan membuatkan ini buku terakhir mereka yang akan dibaca.

Jika anda masih sangsi & risau untuk menjejakkan kaki ke tanah penuh berkat tanah Palestin ini, cuba dapatkan buku ini. Mungkin ianya dapat mengubah serba-sedikit gerak hati anda, sama seperti yang telah ia lakukan kepada saya.

Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
May 3, 2019
Buku dan juga keputusan yang mengundang kontroversi di tengah dua fatwa yang kontradiktif. Namun begitu, ini juga antara buku pelopor yang akan membantu Kita memahami keadaan dan situasi di Palestin pada hari ini.
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
February 7, 2020
Abu Hurairah r.a. menyatakan Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi 3 masjid, iaitu masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).”

Buku ini bukan seperti buku-buku travelog biasa dipasaran. Tetapi ianya sebuah catatan perjalanan yang cukup mendalam dari penulis dalam menyelusuri bumi para nabi dan anbiya di Palestin (yang mana kebanyakannya telah pun dijajah oleh kaum Yahudi). Kembara yang melibatkan hati, penyerahan diri kepada Allah SWT dalam berhadapan dengan dugaan, keinginan yang tinggi dalam menyelami sendiri suasana sebenar di Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya serta kembara yang bertunjangkan ibadah semata-mata kerana Allah SWT.

Melalui buku ini, penulis merungkai gambaran sebenar pengalaman yang dilaluinya berbanding persepsi-persepsi buruk yang sering dimomokkan oleh ramai pihak tentang ziarah ke Masjidil Aqsa ini.

M/s 37 - “... Jika pihak Yahudi mahu menyampaikan mesej, ‘ Jangan cuba datang ke Masjidil Aqsa... aku akan menyusahkan kamu semua’, maka mereka telah berjaya tahap cemerlang. Kecemerlangan ini dibantu oleh orang Islam sendiri yang hanya melihat dari satu perspektif.”

Ya, kesusahan itu memang wujud tetapi ianya bukanlah sesuatu yang patut dibesar-besarkan. Semuanya bergantung atas nawaitu kita apabila melakukan suatu perjalanan. Apabila niat baik telah dipelopori, insya-Allah setiap kesukaran itu akan mampu diatasi dengan sabar berkat tawakal kepada Allah.

Penulis sendiri dapat melihat pendirian dan jati diri anak watan Palestin berdepan dengan Yahudi, tiada gentar di hati mereka. Mereka turut menjaga harga diri dan martabat bangsa dari meminta-minta. Namun penulis ada diterangkan bahawa terdapat juga puak-puak yang mengambil kesempatan di atas kebaikan serta sumbangan dari orang luar dan ‘makan’ melaluinya. Adalah lebih elok agar setiap sumbangan diserahkan sendiri kepada pemegang amanah kerana terdapat saksi dan resit rasmi penerimaan.

Bab 29 (Penjaga Masjid) adalah bab yang cukup memberi kesan kepada saya (malah mungkin kepada sesiapa sahaja yang membacanya). Penekanan penulis atas solat jemaah (lebih-lebih Solat Subuh) sepanjang beliau bermusafir di bumi Islam ini mengundang perasaan sedih apabila bilangan jemaah yang hadir di dalam masjid nyata sedikit.

M/s 191 - “... Ujian demi ujian buat negara Palestin agaknya tidak berbekas di hati kepada penduduk Islam setempat. Bukankah ini hanya satu-satu masjid yang tinggal? Hadirlah... hadirlah... saudaraku.”

M/s 198 - “Kata hati kami, ‘Jagalah hubungan dengan Allah. Berjuanglah dengan nama Allah kerana Allah. Penuhkanlah rumah-rumah Allah di segenap ceruk Palestin. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang dapat menjaga kamu.”


Allahu Akbar 😢
Profile Image for MN Khamis.
25 reviews
Read
April 21, 2020
Buku seterusnya yang saya tamatkan pada malam ini. Saya suka kulit buku ini, sedikit kasar seakan bersisik namun pada saya ia satu kelainan yang saya senangi. Tapi yang penting seperti biasa tulisan Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Suri hatinya Puan Roza Roslan tidak pernah mengecewakan, tidak pernah tidak mengetuk hati, akal dan jiwa ke arah kesedaran, ajakan positif, kebangkitan semangat dan keazaman seperti yang terdapat pada buku-buku tulisan mereka berdua sebelum ini. Buku yang merakamkan peristiwa mereka berada di tanah suci umat ke-3 terpenting ini membuka pradigma baru bagi kita seterusnya meletakkan niat untuk turut menziarahi tanah tersebut selepas dua tanah haram di mekah dan madinah. InsyaAllah semoga kita direzekikan ke sana. Amin. Tahniah buat Dr. dan Isteri. Terima kasih . Semakin semangat dibaca ketika sentimen Amerika mendakwa-isytihar Jerusalem sebagai ibukota negara Haram Israel yang terkini. Dari satu sudut Umat tidak perlu pun pengiktirafan Amerika dan sekutunya kerana tiada siapa boleh mendakwa Baitul Muqadis milik mereka melainkan Islam. Ia akan tetap begitu sehingga akhir hayat dunia ini.
Profile Image for Sabrina Wazir.
56 reviews1 follower
July 1, 2021
Buku ini hanya menceritakan secara general tentang Kompleks Al-Aqsa.

Bagi saya memandangkan Penulis melawat banyak tempat di Palestine, tentunya saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu bandar yang dilawati, bagaimana kehidupan umat Islam sana, makanan mereka, dan sebagainya selain dari cerita pergi dan pulang dari masjid.

Di awal penceritaan is a bit boring sebab banyak menceritakan tentang ketakutan menziarahi Palestine. Mungkin setiap orang ada rasa yang berbeza.

Bagi saya, untuk yang belum menjejakkan kaki ke Palestine, pergilah jika ada rezeki. Membaca buku ini sahaja tidak cukup.

Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
July 25, 2022
Travelog ziarah ke Masjid Al Aqsa dan Palestin. Salah satu antara 3 masjid tanah suci yang dimuliakan Allah dan junjungan Nabi s.a.w menuntut umatnya berziarah. Mudah-mudahan suatu hari Allah sampaikan saya ke sana juga. Inshallah. Amin.
Profile Image for Fatin.
6 reviews
April 9, 2020
penerangan yang jelas beserta gambar yang dapat membantu pembaca untuk membayang keadaan dan tempat yang disebut di dalam buku
Profile Image for Athirah Hazwani.
3 reviews1 follower
January 4, 2021
Buku yang membawa pembaca mengembara bersama penulis ke Palestin untuk sujud di Al Aqsa.
Profile Image for Noralina Anwar.
1 review
June 19, 2021
Bukan ziarah biasa-biasa. Ia sebuah ziarah luar biasa bertunjangkan ibadah semata-mata kerana Allah, Ia ziarah yang berbaloi!
Profile Image for Al-Kubrawiyyah.
76 reviews1 follower
December 22, 2021
Travelog yang cukup menarik. Namun ia akan lebih menarik jika banyak lagi gambar-gambar berkenaan dimasukkan dalam buku ini.
Profile Image for Azmir Ismail.
210 reviews
March 3, 2025
Buku menarik karangan arwah Prof Kamil n isteri, tentang jalan2 mereka ke Masjidil Aqsa. Banyak petikan pengalaman mereka di sana.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.