Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jodoh Oh Jodoh

Rate this book
Setiap kali bertemu dengan encik duda sayang, Dara rasa hatinya bergetar dan buat dia berangan-angan naik bukit turun bukit sambil nyanyi lagu Hindustan. Oh, syahdu sungguh bila hati jatuh cinta.

Duda? Ah, itu bukan ukuran. Bak kata orang putih, everything is fair in love.

Dara memulakan kerjanya sebagai babysitter dan pembantu rumah di rumah Khayr dan manalah dia sangka lelaki itu adalah lelaki yang sama buat jiwanya jadi nanar.

Khayr rasa macam nak gila bila dapat tahu yang Dara langsung tidak reti masak. Kalau tak reti, macam mana nak jadi pembantu rumah? Ah, parah! Mahu dipecat, dia boleh nampak aura Dara yang begitu kuat mengikat hati Hana, anak perempuannya. Jadi, Khayr pasrah. Setiap hari dia pula yang memasak untuk Hana dan untuk Dara. Geramnya!

“Dara boleh berhenti kerja, tapi dengan satu syarat. Dara kena jadi menantu saya.” Puan Latipah.

Oleh kerana satu fitnah, Puan Latipah nekad mahu mereka berkahwin. Dara tidak pernah lelah memikat hati si suami. Khayr layan endah tak endah pun, dia tetap menggoda. Akhirnya, jiwa Khayr berjaya ditakluk. Hebat, kan?

Kehadiran Sarah Hanani yang menagih kasih demi Hana buat Dara kenal siapa Khayr. Dan, Asyira yang tidak pernah berhenti mengejar cinta Khayr menguji kesetiaan seorang Khayr terhadap Dara kesayangannya. Dara bukan perempuan yang mudah goyah. Dia isteri Khayr yang sah, maka dia tidak akan tunduk dengan sebarang tohmahan. Cuma dia pemilik jodoh Khayr!

Paperback

Published January 1, 2017

1 person is currently reading
30 people want to read

About the author

Aunie Ayunie

16 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (28%)
4 stars
6 (21%)
3 stars
5 (17%)
2 stars
5 (17%)
1 star
4 (14%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 26, 2020
Menghabiskan buku yg pending sejak thn 2017 tersangatlah mencabar. Letak baca letak baca akhirnya pending bertahun lamanya.

Walau diteruskan bacaan di thn 2020, tetap juga tak boleh nak masuk dgn perangai gedik heroin. Dengan word2 yg agak lucah. Ee rasa geli dgn word ulat. Adoii🤦‍♀️

Jalan cerita Jodoh Oh Jodoh saya rasa smooth dan bagus. Cuma karektor heroin yg terlajak gedik dan kadang kala terlebih tak tahu malu tu yg membuatkan saya pening😵.

2⭐ utk jalan cerita.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
June 26, 2022
4/5 ⭐

FIRST OF ALL, BUKU NI COMEL GILAAAA!!! plot esye esye je tapi sebab characters semua memainkan peranan, jadi cam fun la baca. buku ni untuk 18 above tau, yang bawah bawah tu tayah mengada baca, aku sepok satgi.

Dara Khalisa. she's waaaay too childish for perempuan umur lewat 20an, annoying pula tu. memang rasa macam, 'apa aku baca ni? wujud ke perempuan ceni' sebab kan, masak tak reti, kemas rumah tak reti, memang hidup dia selama almost nak masuk 30 tu memang terbongkang je. pastu dia ni, belum kahwin, tapi dah buat lawak lucah 😭 risau yaaa tapi! tapi, dia sangatlah penyayang ya. comel aje dia dengan anak Khayr, Nur Hana Jameela.

Khayr Immadi. Duda hot, bapa kepada Hana Jameela. STOP, HE'S LITERALLY SOOOO FUNNY AND HOT!! he's beku sebeku bekunya, TAPI sangatlah caring, penyayang, and KELAKAR YAAAA. Khayr ni awal awal, bukan main tolak Dara ya, paling takmo la dengan Dara. bila dah kawen, awal tu beku, lepas tu dah dapat, AMBOI MELEKAT JEEEE. tak boleh merenggang yaa! dahla tetiba rajin menyakat Dara. dulu Dara je yang menyakat Khayr ni.

sangat santai and fun to read. lepas baca buku sarat dengan plot twist yang tak terfikir, buku ni dapatlah saya relakskan minda yang dah berasap 🤣 (btw tiap tahun dorang dapat anak beb)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.