Di alam fantasi, rumah bertukar menjadi kek yang lemak berkrim dan enak rasanya. Si Raja lahir dari buluh betung dan menjadi Sang Perkasa penuh mistik. Pokok kacang boleh tumbuh hingga menembusi dunia raksasa dan itik bertelurkan emas.
Anehnya, di alam realiti ini, manusia bertukar menjadi serigala dan Son Goku berukar menjadi Gorila tatkala bulan mengambang penuh. Pembunuh upahan sudah kehilangan mata pencarian kerana membunuh manusia sudah tidak sesukar dahulu. Suruh sahaja manusia mandi malam nescaya paru-paru mereka akan berair. Bagi bantal dan suruh mereka duduk di atasnya supaya tumbuh bisul besar di punggung. Ledakan bom di Hiroshima dan Nagasaki juga tidak perlu berulang kembali unutuk membuatkan spisies manusia pupus kerana kita ada kacang soya untuk membuatkan manusia menjadi mandul.
Oh, TUHAN, aku hidup di alam mitos dan manusia terus-menerus membiarkan diri mereka diperbodohkan seakan sekolah sudah pupus di muka bumi ini dan universiti menjadi taman permainan bayi. Kita harus melancarkan perang untuk menghancurkan kebatilan yang timbul dari penyebaran mitos ini dan kembali melahirkan generasi Sang Kancil. ini adalah kisah Perang Melawan Mitos.
Habiskan buku ni sambil-sambil bekerja. Kurang 24 jam masa diambil untuk habiskan buku seenak ini.
Lama dulu, banyak benda perihal pantang larang dan teguran netizen yang aku tak dapat nak brain dah banyak persoalan timbul. Kini di medsos terutama Twitter, banyak doktor (MD) yang mengambil inisiatif untuk meleraikan segala persoalan di benakku. Hanya perlu scroll twitter dengan tanda palang #twtmedik atau yang seangkatan dengannya.
Jacknaim ni aku rasanya banyk tengok tulisan dia di FB. Memang lama dah nak memiliki buku sebegini. Ini buku pembongkaran mitos dan buku/catatan 'medical' yang pertama aku beli. Mungkin lepas ni bolehlah angkut semua buku yang semacam ini nanti.
Pistol diacukan ke dahi mitos, dengan kata dua, bukti atau mati! Mitos merayu-rayu sambil meminta maaf kerana semua perkara yang disebarkan selama ini hanyalah.... mitos. Si pengacu berasa sangat marah lalu mula menulis buku. Mitos lega.
Aku yang tiada apa2 latar belakang perubatan ni terpaksalah beri 5 bintang sebab tak ada apa2 yang boleh kusangkal. Cuma letih sahaja untuk kau guna buku ni untuk berhujah dengan orang2 tua kerana kau akan jadi anak derhaka saja. Kata2 seperti "Itulah orang muda, kata2 orang tua taknak dengar, percaya sangat doktor2 tu" adalah balasan biasa bila kau cuba meruntuhkan mitos2 yang telah lama berakar umbi dalam pemikiran nenek moyang kita.
Apa2 pun, hormatilah orang tua dan selagi petua2 tu tak memudaratkan dan tak mensyirikan Allah, layankan je la demi menjaga hati orang2 tua kita. Huhu...
Ada 194 mitos dalam buku ini, dan Dr. Jacknaim menerangkan/menyangkal dengan hujah-hujah ilmu perubatan moden. Banyak yang saya tidak pernah tahu kewujudan mitos yang diceritakan, tetapi ada di antaranya yang sangan dekat dengan kehidupan harian.
Saya tidak ada ilmu kedoktoran untuk menyangkal apa yang diterangkan, tetapi untuk menerima begitu saja juga sedikit sukar. Mungkin ada antara penerangannya yang agak santai membuatkan saya sedikit ragu. Untuk menolak terus juga tidak boleh, sebaiknya ambil saja sebagai panduan dan peringatan.
Antara yang saya suka ialah perihal ketumbit (akibat mengintai) dan juga bisul akibat duduk atas bantal. Kita sedia maklum kedua-dua "mitos" ini adalah pantang larang yang direka nenek moyang sebagai cara mendidik. Cuma Dr. Jacknaim menambah dari sudut perubatan bagaimana ketumbit dan bisul boleh terjadi. Itu ilmu!
Saya suka buku bermaklumat sebegini. Mungkin Dr. Jacknaim boleh pertimbangkan menulis buku "Perang Melawan Anti-Vaks".
Penulisan yang ringan & bersahaja oleh Dr. JackNaim memang bertepatan dengan masyarakat kita sekarang; semua orang nak maklumat secara cepat & ringkas.
Sebanyak 194 mitos popular telah disangkal oleh Dr. JackNaim, bersekali dengan sumber rujukan kajian perubatan & lain-lain sumber yang boleh dipercayai.
Semoga dengan adanya penulisan sebegini, kehidupan seharian kita tidak lagi dirundung stigma & pemahaman karut yang diwarisi dari generasi terdahulu.
Kupasan bermacam-macam kepercayaan rakyat Malaysia yang salah tentang hal-hal berkaitan perubatan dan kesihatan. Ringkas dan straight forward. Aku pun salah satu rakyat yang terikut-ikut mempercayai perkara yang tak betul. Maka betulkan lah yang biasa dan biasakan yang betul. Huhu..
Buku yang perlu ada dalam setiap rumah rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu.
Masyarakat kita terkenal dengan banyak pantang-larang dalam kehidupan seharian. Kebanyakan boleh dilihat logiknya, namun terdapat juga pantang-larang yang mendatangkan kekeliruan kepada anak muda generasi kini, terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan & kebersihan. Seperti duduk di atas bantal boleh terkena bisul, makan telur menyebabkan luka bernanah, makan nenas tidak baik untuk wanita mengandung dan sebagainya.
Semua jawapan untuk pantang-larang di atas, serta 194 pantang-larang serta mitos lain ada di dalam buku ini. Ini bukan hanya cakap kosong, ianya ilmu yang dikongsi dari seorang doktor bertauliah, beserta rujukan kajian terperinci dari pakar-pakar lain sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut.
Permulaan mitos yang ringan, boleh dibaca dan dihadam dengan cepat. Pertengahan agak rumit, ambil masa sedikit untuk difahami dengan baik. Penghujung paling santai, lebih kepada petua orang dulu-dulu.
Buku ini sesuai untuk dibaca sampai bila-bila kerana mitos dan fakta dalam buku ini boleh dikatakan “evergreen”. Bila baca kebanyakan isu akan rasa “Betullah, dulu orang cakap macam ni”, “Inilah yang aku faham selama ni”. Begitulah dari mula sampai penghujung bacaan.
Terlalu banyak isu yang menarik jadi Saya tak mampu nak pilih “the best” untuk dikongsikan, tapi rasa nak kongsi juga beberapa mitos yang masih menjadi kepercayaan oleh kebanyakan orang. 👇🏻
-Baking soda dan lemon memutihkan gigi. -Telur menyebabkan luka pembedahan bernanah. -Diet Atkins berkhasiat. -Kurus tanpa bersenam. -Pusang baik untuk kesihatan. -Keju menyebabkan kegemukan. -Pil kalsium bagus untuk tubuh.
Membaca buku ini sambil ketawa dan menanda bahagian yang penting menjadikan bacaan berjaya dihabiskan dalam tempoh 4 jam. Bahasa yang digunakan oleh penulis sangat ringkas dan mudah difahami walaupun menerangkan tentang perubatan.
Selesai membaca buku yang banyak fakta menarik menaikkan lagi semangat membaca. Tapi, masa mencemburui kita wahai 📚. Masa untuk berehat, sambung membaca esok. Peribadi - HAMKA, in sha Allah 🤍
Aku habiskan dalam masa beberapa jam sahaja, kerana huraian yang simple, bersahaja dan tidak memeningkan kepala.
Maka terjawablah beberapa persoalan dan mitos-mitos yang kita dengar sejak dulu lagi. Aku rasa macam berilmu sikit baca buku ni. HAHHA. For those yang dok percaya itu ini cakap orang, eloklah baca buku ni dulu before percaya, sebab kengkadang apa yang kau percaya tu bukan betul sangat pon. So eloklah tambah pengetahuan dulu before percaya bulat-bulat kata orang.
#PerangMelawanMitos oleh #DrJacknaim ~ Hari ni, kita tutup buku untuk 2020. Buku ni memang sangat-sangat membuka mata dan minda. Banyak fakta yang tersebar selama ni rupa-rupanya sekadar mitos atau lontaran pendapat tanpa ilmu semata. Jadi, janganlah mudah terpedaya tanpa bertanya dengan yang pakar. Tak kisahlah sama ada dari segi ilmu ataupun 'cerita' tentang individu tertentu. Baca boleh, percaya jangan! Diam itu lebih baik daripada kita menyebarkan perkara yang tidak benar. ........................................................................................ Sedikit sedutan daripada kupasan penulis tentang 'Biji lada menyebabkan apendiks'; Menelan biji lada tidak akan menyebabkan keradangan pada apendiks. Dan semestinya biji lada juga tidak akan tumbuh di dalam usus seperti yang digembar-gemburkan dalam group sebelah whatsapp anda. Yang pastinya, lada boleh menyebabkan seseorang meradang andai tidak tahan pedas. Jadi hati-hati kalau mahu kahwin dengan orang Negeri Sembilan atau Pahang. 😂😂😂😂😂 ........................................................................................ #HappyNewYear #Welcome2021 #GoodbyeCovid19PleaseGoAway #KitaJagaKita #JagaJarakSosial #BinaAzamBaru #CabaranBaru2021 #TeruskanMembaca
Aku baru je gelakkan mama aku pasal dia cakap lepas makan lemak kena minum air suam baru lah lemak tak membeku dalam badan 🤣🤣🤣. Aku gelak dan cakap balik bukan macam tu badan berfungsi. Itulah orang suruh belajar sains kita main2 dalam kelas.
Buku ni adalah compilation mitos mitos yg selalu kita dengar secara amnya di Malaysia. Mungkin ada yg pernah dengar dan mungkin ada yg tak pernah dengar langsung. Bagusnya buku ni, Dr ada selitkan rujukan dan menyangkal mitos dari segi scientific dan juga logik. Plus, ada juga nasihat nasihat perubatan yg berguna utk pembaca khususnya.