Pertemuan AISHA dan AMSYAR bagaikan romeo dan juliet. Tapi hidup Aisha derita selepas berkahwin dan bukan itu sahaja! Perkahwinan itu bertukar tragis apabila Amsyar sanggup berkomplot membunuh Aisha.
Bermula detik itu Amsyar mula diganggu oleh kelibat seorang wanita dan menganggap itu adalah jelmaan Aisha yang mahu membalas dendam kepadanya. Kelibat itu muncul di mana-mana!
4 tahun berlalu, Aisha yang terselamat dan mengetahui kebenaran kembali sebagai Indah dan memulakan misi untuk bangkit dan bagaikan magnet dia terikat kembali dengan keluarga Amsyar.
"Apa maksud awak? Apa yang awak tahu Fattah? Apa yang awak sembunyikan daripada saya?!" - AISHA
"Aisha, suami awak mungkin cuba nak bunuh awak." – FATTAH
Aisha cuba berhati-hati dalam setiap langkahnya sebagai Indah tapi umpama ada mata-mata yang selalu memerhatikan setiap langkahnya! Dan dia juga didatangi kelibat entah siapa-siapa yang mahu meminta bantuannya.
Adakah Aisha akan kekal sebagai Indah? Apa akan terjadi apabila semuanya terbongkar? Siapa pula kelibat yang sebenarnya?
AWAS! Berhati-hati dengan PEMANGSA kerana dia ada di mana-mana!
1. Saya suka kulit depannya. Siapa pun yang jadi model tangan tu, memang diakui tangan dia cantik walau sikit seram sebab posisi jarinya.
2. Saya tak perasan pula ini buku kedua dalam Siri Revenge. Malahan saya tak tau pun ini satu siri. Cuba juga ingat sekiranya ada watak dari Pemangsa yang muncul dalam Revenge tapi dalam keduanya ada Ariana.
3. Dalam novel terdahulu dari penulis, plot twist sedikit hambar. Tapi wow, kali ini penulis berjaya meletakkan dirinya sebaris penulis triler lain dengan plot twist yang saya sendiri tak jangka.
4. Jalan cerita kali ini lebih tersusun. Masih ada beberapa babak sedikit hambar. Tapi saya yakin penulis akan mampu baiki di masa depan. Kalau sempurna sangat pun bahaya juga sebab takut jatuh. Biar menaik dan kekal di atas gitu.
5. Sedikit sentap sebab penjelasan Ariana tentang Revenge berbeza dengan andaian saya. Seolahnya plot twist Revenge tu tak membawa erti. Buat saya lagi keliru dengan Revenge.
Lepas baca Revenge. Sis teruskan misi utk baca Pemangsa pulak. I'm so impressed. Bukannya apa. Sbb before this, karya Fatrim yang mcm Patung & Asrama mmg tak kena selera cerewet sis ni. Tapi Revenge & Pemangsa mendapat tempat di hati sis. First of all, suka cover buku ni. Haha rasa cam seksi. 🙊 Adore betul dgn tangan dlm cover tu. Hehe cantik.
Second is, jalan cerita berkembang dgn sgt baik. Sbb selalunya la, buku jenis thriller cmni. Sampai tengah atau awal awal lg dah boleh predict siapa yg bersalah atau jahat. Tapi, Pemangsa ni lain sikit sbb mcm mcm kezutan yang hado. Haha. Which is for me good. Good regarding on how Fatrim arrange dia punya storyline. Plot twist pun banyak. I like. Tak rasa bosan utk baca. Tak sabar nak habiskan lagi adalah. Sbb curious.
Third, suka character Aisha yang bukan la sekadar watak lemah mcm novel yg lain. Aisha ialah seorang perempuan yg lembik pada awalnya tapi bukan la lembik sampai habis cerita. Sbb dia punya semngat nk balas dendam tu utuh sampai ke hujungnya. And of course rasa cam nak pukul dgn penyapu bila baca perangai buruk si Syura. Tak cukup penyapu meh nak belanja penampaq. Eeii.Hati busuk. Dan ada juga watak yg rasanya mcm tak perlu cthnya mcm dihujung cerita ada watak baru.
Apehal kreatif bebenor ya minat terhadap clay mix with 'that'? Haha. Hobi yang menakutkan dan aneh. Elemen 'meremang bulu roma' dlm ni masih ada. Cukup la ssikit, tapi mampu buat sis rasa feel serem tu.
Overall, goodjob penulis ✌🏻Watak dalam Revenge tu sikit jew. Tapi takpe la. Haha. Lupakan je. Taknak ckp pasal tu kihkih.
Kisah misi Aisha@Indah utk membalas dendam terhdap suaminya sendiri, Amsyar yg tlh mencuba utk membunuhnya ttpi gagal… pelbgai halangan dan prncgn jahat dilakukan oleh mereka yg jahat… Aisha menukar identiti dan memulakan misi membalas dendam… diselitkan unsur seram… for me this time hasil En Penulis sgt memuaskan hati wpun sya mula membaca Asrama… but Pemangsa nieeee mmg lain kepuasannya… heheh… good job!!
Kalau Revenge dikategorikan sebagai less successful one, Pemangsa is a vice versa version of it, trust me.
Memang terbaik cara penulis develop Aisha sebagai watak utama dalam buku Pemangsa. Selalunya MC wanita ni dianggap lemah dan hanya ada satu dimensi, sebaliknya Aisha is in her own league.
Ragu-ragu, konflik & musibah yang datang langsung pun tak effect Aisha dari matlamat utama dia. '𝘍𝘪𝘯𝘪𝘴𝘩 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘢𝘳𝘵𝘦𝘥' applied really really well in her.
Plot twist after plot twist kali ni cukup menjadi dan unexpected habis. Pendapat aku, plot twist bahagian ending dia tu macam lari sikit dari konsep jalan cerita.
Apapun tahniah buat penulis, buku ke-2 dari Siri Revenge ni betul-betul successful.👍🏻
Seperti biasa, kisah thriller seram karya Muhammad Fatrim tak pernah mengecewakan. Dalam buku Pemangsa ni, selain genre thriller, penulis turut masukkan unsur2 mistik. Cerita best. Dan ending yg langsung tak dijangka. Good job !
Lepas baca Revenge, terus teruja nak baca Pemangsa.. Memang bestlah.. Bukan sebarangan ceritanya.. Ada sedikit unsur seram walaupun asasnya thriller.. Memang stress juga sebenarnya nak tahu siapa pemangsa sebenarnya.. Sungguh tak terduga.. Kejutan demi kejutan yang disediakan penulis memang terbaik..
hmmm.... rasanya ni bukan sambungan REVENGE kan dak tecik Muhammad Fatrim? walaupun ariana citra ada tapi totally kisah lain. takpe, kita layan jer...
aisha dibunuh oleh suami sendiri, amsyar. cuma umur aisha masih panjang bila dia diselamatkan oleh fattah yang nampak kejadian bot karam itu. aisha diselamatkan oleh fattah dan kerana kecewa, aisha bersetuju dengan puan zulaikha untuk bertukar watak menjadi indah. indah pergi belajar untuk menyiapkan diri dalam misi mahu membalas dendam...
bunyi macam gerunkan? kalau siapa pernah baca karya penulis ini pasti tahu yang beliau takkan lepaskan pembaca sewenang-wenangnya untuk terus puas hati dan faham apa yang hendak diceritakan. seperti novel ini, awal pembukaan dah ada kisah pembunuhan tapi pembaca takkan jumpa dimana-mana bab yang relevan dengan kisah awal, sampai dah nak habis baca baru timbul bab yang menyentak pandangan dan pemikiran pembaca. klimaks cerita pun berada di mana-mana. kesian kami yang dah tua baca buku aok ni ayim, bergegar memanjang jantung dibuatnya.. hehe...
indah kembali dengan produk terbaru dipasaran. mendapat sambutan yang amat luar biasa. pesaing dalam perniagaan,syura terasa panas juga bila produk syarikatnya makin tunjukkan penurunan. tanpa dia tahu yang indah adalah aisha yang dibunuh dalam pakatan bersama suaminya amsyar. malah syura ini juga sebenar amat kejam orangnya. bila takpuas hati, dia cepat saja ambil keputusan membunuh atau mencederakan. di samping itu rupanya syura juga ada perniagaan yang diharamkan. berbalik pada amsyar pula, dia yakin yang indah adalah aisha dan banyak kali diprovoknya indah tapi tak berkesan.. dosa silam menghantuinya..
perniagaan yang disebut oleh penulis sangat realistik dengan dunia nyata. kosmetik kecantikan, tudung, dan corak perniagaan yang dinyatakan pun taklah sekadar nak penuhkan cerita. busuk hati dan gangguan dalam perniagaan pun diolah dengan baik, takdelah pembaca terasa oowhh.. aku di gula-gulakan dengan fantasi kekayaan dalam perniagaan. hehe...
pemangsa. haa... ramai sebenarnya dalam novel ni tapi pemangsa sebenar terbesar yang akak simpulkan habis pembacaan adalah DIRI SENDIRI. kerana dendam, sanggup membunuh. kerana hasad dengki, sanggup biarkan yang tak bersalah menjadi mangsa. kerana tamak, lupa halal haram. bila diri tidak ada pegangan yang kuat, lupa tentang segalanya ada kifarah.
jelmaan siapakah yang sering mengganggu amsyar? kenapa kemudian indah juga terganggu? berjayakah indah dan puan zulaikha dalam misi dengan bantuan ariana? siapakah dalang terbesar yang menghuru harakan kehidupan mereka? sebuah novel yang amat menarik idea dan olahan yang buat pembaca tak senang duduk hingga akhir helaian. tahniah penulis! ooppsss.... ada sambungan ke? terasa-rasa macam tak habis lagi nih.. ..
Ok secara jujurnya mula2 pembacaan nak bagi 3 * je sebab permulaan cerita macam mendatar je..tapi kuatkan semangat utk teruskan pembacaan. Tapi bila hampir ke separuh cerita barulah rasa cerita makin best sebab masa tu dah ada elemen seram. (I memang minat part seram) Makin kita baca makin kita nak tau ending dia. Paling suka part ending. Memang penulis berjaya twist plot cerita PEMANGSA. Congrats ayim. Kena cari siri revenge yg lain ni nampaknya.
Kisah yang menarik dan buat saya rindu pada watak. Cuma kurangkan sedikit dialog yang tidak perlu kerana buat saya rasa letih membaca dan terdapat kesalahan bahasa pada dialog..kisah ni best bila di tengah cerita and paling best part ending
mengambil masa yg lama utk dihabiskn kerana bizi nk smbut raya dan berhari raya,kikiki...abis cuti baru smbung mmbaca,apepn mmg penuh dgn kejutan,bestttt 👍👍👍
Kali kedua baca karya muhd fatrim ni...kali ke2 slps baca buku asrama...spnjg baca byk soalan yg timbul...dlm plot twist ada plot twist...jln citer menarik dan tersusun..one of my fav book..
Seriously rasa pening baca. Byk sangat dramanya. Ada elemen yang sangat x logiknye.2 orang muka sama..l aisha dan indah. Sorg lagi teka sendiri.. nanti spoil