Reviu buku Davika, oleh Maria Isabela
Buku ni dah lama, tahun 2017,tapi latar ceritanya adalah kedepan dizaman 2150,dan aku baca pada 2020,iaitu 130 tahun dari latar masa buku ini. Masa ni, ada EsTIEM yang merupakan gabungan Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia dibawah satu kepimpinan, dan bahasa melayu dijadikan bahasa utama. Aku kira penulis cukup berani mencipta gabungan ini untuk menguatkan jalan cerita buku ini.
Davika atau nama asalnya Noi, gadis siam yang nak cuba ubah nasib keluarga dengan cuba untuk menjadi pelajar di Flexi, satu akademi seni di Singapura yang menawarkan kursus dalam bidang lakonan, nyanyian, kewartawanan, tarian dan penulisan.
Davika ni naif, dah biasa hidup susah, agak kuno sebab tak pernah didedahkan dengan segala jenis teknologi, siap datang ke ujibakat dengan berpakaian tradisi lagi sebab itu aje yang dia kenal. Jadi disini Davika dilihat macam orang asing dan tak mudah diterima orang awal awal tu, part ni rasa macam kesian sangat dekat Davika.
Bila dah mula belajar Flexi, dibawah jagaan Marc sebagai senior, Davika mula diubah jadi lebih menarik, tapi masih ada ciri asli gadis baik yang buatkan Marc jatuh cinta, dan Davika juga mula cintakan Marc sebab dia rasa selamat dengan Marc.
Macam macam yang jadi, konflik itu ini, dengan dorang ramai ramai duduk serumah sebab dorang pelajar super flexian flexy, dengan gaya hidup bebas tak tentu hala, Davika rasa tak aman, sampai lah di akhir cerita, ada keputusan yang tak dijangka dibuat oleh Davika, gadis naif dan baik yang terjebak dengan cara hidup yang dia memang tak gemar.
Buku ni best, tapi sangatlah underrated, aku ada sedikit rasa gloomy tergantung lepas baca buku ni. Cuma buku ni agak open penulisannya, jadi kau kena tapis siap siap mana adegan yang akan buat kau rasa malu atau pelik.
5 ⭐ untuk karya yang best ni.