Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fujiyama

Rate this book
Shah, seorang pendaki gunung sekali-sekala memilih untuk bersama beberapa kawan baiknya menyertai ekspedisi pendakian Gunung Fuji, gunung yang tertinggi di negara Jepun. Walaupun kali terakhir beliau mendaki mana-mana gunung adalah pada tahun 2014, namun dia nekad untuk menyertai juga ekspedisi mendaki Gunung Fuji.

Segalanya tampak berjalan lancar dari mula hingga sampai ke puncak, sehinggalah...

135 pages, Paperback

First published April 1, 2017

1 person is currently reading
13 people want to read

About the author

Shahrul Naim

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (9%)
4 stars
5 (22%)
3 stars
6 (27%)
2 stars
6 (27%)
1 star
3 (13%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 9, 2017
2.35* untuk Fujiyama!

Menurut penulis dan editor, kisah di dalam buku ini adalah dari pengalaman tuan penulis sendiri. Jadi aku agak teruja untuk membacanya walaupun agak nipis berbanding buku-buku Lejen yang lain yang baru terbit PBAKL 2017 ini. Di dalam Watpadd tuan penulis, beliau sudah meletak 10 bab awal untuk sajian pembaca di sana. Rupanya dalam naskah cetak, hanya lima bab tambahan bersama dengan satu epilog saja untuk dijadikan sebuah buku. Adakah disebabkan ingin kejar pesta buku atau memang ingin menghasilkan kisah yang ringkas seperti ini?

Minta maaf, kisah Fujiyama ini kurang memuaskan hati kecil ini. Andai pembaca yang inginkan sesuatu dari buku ini, mereka pasti akan kecewa dan mengeluh lemah. Kadang-kala ia terasa agak mendatar, meleret dan entah, aku tidak pasti apa yang aku ingin cakap lagi. Hanya beberapa bab di tengah yang hampir ke belakang saja yang mungkin seronok untuk dibaca.

Apa pun, buku ini masih boleh dilayan sebagai bahan bacaan santai. Tapi mungkin Fujiyama ini, bukan tercipta untuk memuaskan nafsu aku. Maaf.

Kalian cubalah baca. Manatau kalian akan suka? Sekali duduk saja boleh habis baca.

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 25, 2018
Berdasarkan pengalaman sendiri penulis aka Shah dalam mendaki puncak Fuji di Jepun, pelbagai pengalaman dan cabaran di kongsi dalam bentuk fiksyen. Sebuah travelog ringkas, santai dan diselitkan sedikit informasi buat pendaki.

Tak banyak boleh diperkatakan mengenai buku yang nipis ini, melainkan teruja mengikuti perjalanan Shah semasa mendaki, bermula dari rancangan kawan-kawannya sehinggalah ke puncak Fuji. Sedikit persiapan sebelum mendaki dan tempat-tempat atau check point yang dilalui sepanjang pendakian, berserta keadaan cuacan diselitkan dalam naskhah ini.

Namun, seakan ada yang kurang dalam naskhah ini. Mungkin, kurang 'rasa', atau inspirasi untuk mendaki itu seakan terlupa untuk disisipkan bersama sepanjang penceritaan, selain sebuah perjalan pendakian yang sukar bersama kawan-kawannya. Di akui, dengan gaya penulisan santai, agak menarik juga untuk di baca. Namun, kurangnya moment-moment yang bermakna atau diingati pembaca membuatkan kurang teruja untuk membaca, selain kejayaan penulis sampai ke puncak.

Walau bagaimanapun, masih memikat dan banyak tips juga sebenarnya yang diberikan penulis. Dapat dibayangkan betapa sukarnya pendakian penulis, terutama ketika di menghampiri puncak. Mungkin, terlalu ringkas, andai dipanjangkan mungkin lebih banyak boleh dikembangkan.

Tahniah untuk penulis.
Profile Image for Iza B. Aziz.
229 reviews31 followers
December 28, 2023
Macam baca blog, tiada yang istimewa buku ni melainkan pengalaman Shah daki Fujiyama tak pakai windbreaker dan hanya pakai kasut Macbeth. Selain tu? Meleret terang benda yang sama. Siapa beli buku ni mesti menyesal, nasiblah saya jumpa di perpustakaan. Cumanya buat saya teringat circa 2016-2017 memang zaman media sosial + anak muda acah suka travel. Tahniah penulis berjaya tawan Fujiyama, kalau penulis lebih mendalam, tambah lagi falsafah pasti mendamba hati pembaca.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 18, 2021
Pengalaman yang ditulis sendiri oleh penulis berdasarkan catatan yang ditulis di dalam buku ini.

Elemen mencarut dan memaki hamun terlampau banyak dalam buku ini. Terdapat cerita yang diulang-ulang pada part yang lain.
Profile Image for Sammesul.
18 reviews
April 1, 2019
Pengembaraan penulis bersama rakan-rakannya ke Jepun dan misi utama adalah menawan gunung Fuji. Banyak perkataan kesat ditulis dan agak membosankan.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.