Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mens Rea

Rate this book
“Aku kena pilih, sama ada aku atau dia yang akan bertemu Tuhan dahulu.”

Sarah, seorang gadis 16 tahun, dipenjara kerana dituduh membunuh ibu kandung dan bapa tirinya. Apabila diketahui ayah kandungnya, Fadhil meminta pertolongan seorang kenalan lamanya yang merupakan seorang peguam untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.

Situasi menjadi semakin buruk apabila adik Sarah juga tiba-tiba lesap.

Ke mana Aisyah pergi? Adakah kehilangannya ada kaitan dengan pembunuhan yang berlaku? Siapa sebenarnya yang terhasut oleh mens rea?

237 pages, Paperback

First published April 1, 2017

3 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Fazrin Jamal

3 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (34%)
4 stars
37 (45%)
3 stars
8 (9%)
2 stars
6 (7%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 13, 2018
MENS REA (guilty mind- boleh refer pada yang lebih pakar)
by Fazrin Jamal

Sarah, 16 tahun di tahan atas tuduhan membunuh ibu dan bapa tirinya. Manakala adiknya, Atikah hilang entah ke mana. Ayahnya yang telah lama menghilang, Fadhil mengupah peguam yang paling handal untuk menyelamatkan Sarah.

Buku thriller berkaitan pembunuhan kejam yang melibatkan perbicaraan dan post mortem. Sangat kagum dengan perincian kes yang penulis paparkan (penulis seorang peguam). Bermula dari cara pembunuhan, pengendalian bahan bukti, post mortem pihak hospital dan perbicaraan yang berlangsung memang mengujakan orang macam saya. Banyak info berkaitan dapat dikongsi dan term2 law yang ada dalam buku ni.

Gaya olahan penulis yang memaparkan pov dari watak2 berkaitan dan flashback yang tidak mengelirukan, menjadikan buku ini lebih menarik dan mudah di hadam. Aspek psikologi juga tidak diabaikan, dan lojik penceritaan diangkat menjadikan naskhah ini begitu sempurna olahan.

Pengakhiran yang memang tidak dijangka, walaupun terlintas di permulaan cerita. Namun, garapan dan perwatakan yang meyakinkan menjadikan saya hampir percaya dengan lakonan pembunuh sebenar.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
October 21, 2018
*spoiler alert*

Teringat pada naskhah Pengakuan di mana penulis juga menggunakan gaya penceritaan POV banyak watak. Salah satu cara untuk kita as a reader untuk memahami point of view yang berbeza-beza.

Menyelusuri kehidupan Sarah dan Aisyah sejak dari kecil. Mungkin ianya berpunca dari masalah keretakan rumah tangga di mana anak-anak menjadi mangsa. Watak orang-orang dewasa yang pentingkan diri. Sarah itu digambarkan seorang yang genius dan perfectionist. Tak boleh salah dan kurang apa pun dalam setiap tindakannya. Tertekan dengan sikap ibu dan bapa tirinya yang menjadikannya seorang pembunuh.

Aku sentiasa berteka-teki sehingga ke hujung cerita siapa, kenapa dan bagaimana ibu bapa Sarah dibunuh serta kehilangan Aisyah pada malam kejadian. Sangat jijik dengan kelakuan Baharom. Tidak ada trauma kah pada Sarah apabila diperlakukan begitu selain dari rasa ingin membunuh. Pelik jugak untuk aku sebab Sarah masih boleh teruskan hidup seolah2 tiada apa-apa yang terjadi.

Perbicaraan di mahkamah adalah sesuatu yang baru bagi aku untuk membaca. Selalu tengok drama korea je yang ada scene macam ni. Dan yang terakhir pengakuan dari Sarah. Seolah-olah dia rasa bersyukur sangat sebabkan kematian Baharom dan Rosnah dan sangat sedih dengan apa yang terjadi pada Aisyah. Boleh pulak ye macam tu... Kadang-kadang tak faham apa seorang pembunuh tu berfikir.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 26, 2022
Ok, first of all, budak budak dilarang baca ye cerita ni. Semua benda details. Haha. Bapak psycho punya cerita. Wei, ya ampun. Seramnya baca. Thumbs up author. Jadi tak sabar nak tahu sape yang membunuh.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 6, 2021
Setelah dua hari, petang tadi berjaya jugak habiskan buku ni dengan perasaan puas!

BEST, dan aku sangat sukakan kisah criminal law macam ni.😍

Saat-saat paling best dalam buku ni ialah scene peguam dan pendakwa raya berdebat dalam court. Masa ni memang aku tumpukan 100% kat babak ni, maklumlah babak paling mengujakan dan mendebarkan nak tahu Sarah dijatuhkan hukuman bersalah atau tak.

Kisah buku ni, watak utamanya (Sarah) ialah suspek utama kes pembunuhan mak & ayah tiri dia sendiri. Ayah tiri Sarah eh memang jahat gila. Dia pernah rogol Sarah. Sebab itu pihak polis letakkan Sarah sebagai suspek utama memandangkan di situ nampak adanya motif pembunuhan. Then, ayah kandung Sarah muncul dan nak backup kes Sarah ni, jadi dia lantik peguam bela yg mana kawan baik dia sendiri (Banusha) untuk bela kes ni.

'Bersalah atau tak bukannya penting bagi aku. Dalam undang-undang, apa yang penting ialah pembuktian.' — Banusha, m/s59

Walaupun Banusha ni memang peguam yg bijak dan hebat, tapi sebenarnya Sarah lagi bijak dan licik. Sampai semua orang boleh tertipu kerananya.

Tapi, ada satu part ni yg Sarah jadi tak cerdik pada pandangan aku. Walaupun satu part jer, ia tetap satu kesilapan besar Sarah yg mendorong semua malapetaka yg berlaku kemudiannya.

Part yg Sarah keluar dari rumah dan cari ayah kandungnya (Fadhil), bagi aku tindakan Sarah tu dah betul. Tapi malangnya aku mula rasa yg dia ni bodoh dan buat silap besar bila dia patah balik semula dan pulang ke rumah sedangkan dia tahu keadaan diri dia takkan selamat di kemudian hari kerana Baharom yg celaka tu.

Yeah, walaupun di muka surat 206 ada dialog Sarah yang seolah-olah membidas semula pandangan aku tu...

"Kamu kata kamu tak berniat nak bunuh ibu bapa kamu tapi persoalannya kenapa? Mereka berdua yang buat hidup kamu sengsara." — Timbalan Pendakwa Raya Lim Choon Man, m/s206

"Sebab saya sedar yang saya perlukan mak ayah kalau nak capai cita-cita sebagai peguam. Mereka berdua yang bagi saya makan pakai, tempat berteduh dan pendidikan. Kalau saya lari dari rumah atau bunuh mereka, saya sendiri yang akan rugi." — Sarah, m/s206

Tapi aku tetap antara setuju dan tak setuju dengan kenyataan Sarah tu. Sebabnya...

Pertama : aku setuju bila dia cakap, untuk capai cita-cita dia, dia perlukan mak ayah untuk tanggung dia.

Kedua : aku tak setuju bila dia dah nampak depan mata betapa mewahnya kehidupan ayah kandung dia, tapi kerana terlalu ikutkan rasa dan emosi marah tika itu, dia sanggup pulang semula ke rumah mak dan ayah tirinya. I mean, dia dah tahu Baharom tu memang ada niat nak rogol dia, jadi seolah-olah Sarah ni saja ambil risiko tak cerdik pergi tarik semula report yg dia dah buat kat balai semata-semata nak tinggal semula kat rumah (mak dia ugut, kalau nak duduk situ kena tarik semula report).

So kalaulah dia abaikan saja perasaan marah dia pada Fadhil tu sebab Fadhil dah abaikan dia bertahun-tahun lamanya sejak bercerai dengan mak dia, lebih dari mampu sebenarnya untuk Fadhil tu tanggung dia, untuk dia capai cita-cita dia tanpa perlu dia perjudikan nasib maruah diri dia kat rumah ada Baharom tu.

Tapi itulah, kan. Nasi dah jadi bubur. Sarah fikir bila dia belajar silat dan simpan pepper spray sebagai langkah keselamatan diri, dia akan selamat dari dibaham Baharom tu, malangnya jalan ceritanya tak begitu.

Well... Kalau bukan kerana keputusan Sarah patah balik ke rumah tu, tak jadi sebuah cerita pula, kan? Sebabnya semuanya bermula dari sini.

So dalam banyak-banyak part, part dia balik rumah tu jerlah aku rasa dia memang silap besar. Tapi secara keseluruhan sebenarnya, macam aku cakap kat atas. Sarah ni lah watak paling bijak dalam ramai-ramai.

Buku ni POV campur-campur. Kadang-kadang POV 3, kadang-kadang POV 1. POV 1 tu semua watak ada part masing-masing.

Gaya olahan penulis memang boleh dipuji. Sebabnya setiap kali masuk part POV Baharom, oh my God... Menjadi betul monolog jahatnya! Aku yang baca ni aihhhhh rasa macam nak menyumpah. Keji gila jantan tu.

Jalan cerita Mens Rea ni memang best sangat. Tapi ada beberapa babak 18+ dalam ni so tak sesuai untuk bacaan bawah umur.

Yang sukakan kisah undang-undang jenayah macam ni, buku ni highly recommended!👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
April 22, 2021
3.4

Fuhhh! Berjaya habiskan. Berbelah bahagi nak bagi 3 atau 4 bintang. Buku ni bukan tak best. SANGAT BEST! Sejujurnya saya kagum dan teruja baca sebab minat genre criminal law, tapi kurang dalam penulisan kreatif melayu. Ada pula babak dalam mahkamah, cerita dari POV Sarah sebagai banduan dan apa yg dia kena lalui. PERFECT!

Twist plot dia pula bercambah². Memang gempak habissss!👍🏻👍🏻

Cumanyaaaa... haihhh (mengeluh panjang)

1. Awal² lagi penulis bagitahu dia seorang yg celopar, jadi kita fahamlah penulisannya pun begitu. Tapi celopar di sini maksudnya memaki hamun. Perkataan bab* paling banyak diulang². Saya kurang senang.

2. Babak ayah dan mak Sarah bers*tubu* pun turut dimasukkan padahal bagi saya TAK PERLU PUN. Saya faham babak tu mesti ditulis sebab nak terangkan karakter Fadhil yang g*y. Tapi gunalah bahasa berlapik. Kalau sampai bagitahu secara terperinci macam nak ajar pendidikan seksual dan persenyawaan, saya rasa jijiklah!

3. Babak Baharom perk*sa Sarah pun tak perlu diperincikan. Bukan saja jijik, saya rasa macam nak bakar buku ni.

4. Kenapa saya rasa penulis macam nak 'halalkan' kaum gay ya? Mungkin perasaan saya aje kuttt🤷🏻‍♀️🤷🏻‍♀️

5. Cerita ni bagus tapi tercela kerana perkara² di atas👆🏻 Saya akan rekomen pada orang malahan berbangga bagitahu novel melayu pun hebat dan gah tapi terpaksa simpan niat pasal ada unsur porn yang keterlaluan. Maaf🙏🏻 bintang sepatutnya penuh tapi turut dikurangkan.

Pujian untuk penulis, walaupun novel first, olahannya sangan mudah dihadam (walaupun ada pemilihan kata yg tak tepat) Yalah, penulis seorang lawyer, bukannya real penulis maka saya pejam mata bab tu.
Profile Image for Iza B. Aziz.
228 reviews31 followers
November 17, 2024
Pada mulanya saya rasa buku ini wajar diberi 3 atau 4 bintang tapi setelah menyelidik beberapa perkara saya memutuskan buku ini hanya boleh terima 2 bintang sahaja dari saya.

1. Gaya bahasa yang agak teruk, kesalahan kecil tatabahasa yang sepatutnya pihak penulis atau penerbit tidak boleh endahkan sebagai contoh “di, dekat, pada” dan gaya dialog, monolog setiap watak hampir sama, tiada beza antara watak lelaki, perempuan, tua, muda dan kepelbagaian latar belakang.

2. Adegan jijik Baharom terhadap Sarah dan aksi intim Fadhil dan Rosnah ditulis tanpa tabir. Bagi saya keterlaluan untuk memberi idea atau imaginasi berkaitan aksi terbabit. Saya faham aspek untuk “menekankan” realiti dan prespektif tersebut, namun wajar untuk saya nilai penulis sebagai seorang penulis. Jika ada yang pernah membaca novela TIVI oleh Shahnon Ahmad pasti faham apa yang cuba saya sampaikan. Bukanlah saya hendak membandingkan penulis ini dengan hasil karya Sasterawan Negara. Cuma, marilah kita nilaikan cara penulisan kreatif untuk menggayakan babak atau cerita realiti gelap dengan berhati-hati. Masalah ini buat kita kembali pada perkara nombor satu yang telah saya kemukakan.

3. Adakah saya seorang pembaca yang tidak bersyukur? Penulis sehabis baik meletakkan pelbagai info dan hal-hal perundangan, jenayah dan saintifik. Saya amat enjoy membaca babak sidang pembicaraan kes Sarah dan bagaimana hal-hal siasatan dilakukan. Namun, ini bukanlah buku yang pertama dan terakhir tentang hal-hal perundangan dan sebagainya. Saya kena akur kembali dengan perkara pertama dan kedua. Isi yang baik walaupun tak dapat diterjemahkan dengan kemas, tidak mampu mengunggah pendirian saya sebagai pembaca.

4. Penulis bijak menggunakan POV yang berbeza sebagai melancarkan jalan cerita. Saya puji dengan teknik ini supaya pembaca tidak terlepas dan boleh memberi rasa teruja untuk sama-sama mencari suspek yang sebenar. Saya tak sangka tekaan saya tepat, walaupun penulis ada membuat “lencongan”. Pun begitu, ada beberapa bahagian tidak masuk akal untuk saya dan ada babak yang boleh potong cerita ini untuk terus tamat.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu ada guna atau tidak menulis ulasan begini. Mungkin sekadar untuk excercise otak sendiri hehehe. Sudah menjadi adat saya sebagai pembaca untuk mencari bacaan yang mempunyai penulisan sedap, selesa dan lega untuk dibaca. Untuk menjadi seorang penulis, jadilah seorang penulis untuk seorang pembaca. Tak cukup rasanya penulis hanya rasa ingin bercerita. Kemahiran penyampaian amat penting.

Buku ini terbit pada tahun 2017 dan saya membaca pada tahun 2024. Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kumpulan penerbit indie atau marginal. Entahlah, untuk kumpulan penerbit begini janganlah ambil mudah sangat dalam gaya bahasa. Rosak bahasa, rosak budaya. Saya pun bukanlah minta terbit buku cerita puitis, tapi tolonglah jaga bahasa dan fahamilah martabat untuk menjadi seorang penulis dan sebuah rumah penerbitan

Akhir kata, saya tidak akan sambung baca buku kedua - Duplicia.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
June 15, 2022
Best!! Walaupun abit mind blown tapi i sukaaaaa!! Banyak content yg boleh kita belajar dalam buku ni mengenai law dan sebagainya. So worth to read walaupun ada content 18sx yang tak ditapis but pejam mata jala part tuu sebab i lebih tertarik nak tahu siapa yg sebenarnya pembunuh tu.

Congratulations writer!!
Profile Image for Ikmal Ahmad.
2 reviews1 follower
May 14, 2017
bagi seorang yang tergila-gilakan drama How To Get Away With Murder, aku jadi teruja apabila diberitahu oleh penulis sendiri (seorang graduan undang-undang) bahawa dia ingin menghasilkan sebuah novel legal thriller. sebagaimana boldnya penulis ini di media sosial, begitulah juga novel yang dihasilkannya.

Mens Rea bukanlah sebuah novel yang ditulis mengikut emosi tetapi ia dibancuh dengan ilmu dan fakta yang membuatkan cerita ini sedap dibaca. penulis berjaya mencetuskan rasa marah dan kadangkala membuatkan aku rasa meluat dengan watak dalam novel ini. jika difikirkan balik, apa yang dilakarkan penulis itu sebenarnya memaparkan realiti orang yang tidak bermoral. syabas kepada pihak editor kerana tidak terlalu menapis novel ini.

melalui pembacaan saya, novel ini senang untuk dihadam disebabkan penulis memuntahkan ilmu undang-undangnya bukan dengan cara info dump. saya dapat meneka pengakhiran cerita ini mungkin disebabkan jumlah watak yang sikit tetapi penulis bermain-main dengan watak-wataknya yang akhirnya membuatkan saya ragu-ragu dengan tekaan saya. peleraian novel dirasakan begitu tergesa-gesa. jika ada satu bab lagi pasti akan membuatkan penamat Mens Rea menjadi smooth. apa yang lebih penting, keseronokan membaca itu dapat dirasai. tahniah diucapkan kepada penulis atas terbitnya novel debut yang begitu baik. teruskan menulis!
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
December 17, 2018
Mens Rea by Fazrin Jamal.

- Buku ni bagi aku jalan ceritanya tu quite nice. Kalau tak, aku tak habiskan dalam masa yang begitu pendek. Hehe.

- Mensrea ini adalah istilah dalam undang-undang. Kawan aku bagitahu yang mensrea ni macam niat jahat dalam diri seseorang tu. Contoh, dia ada niat nak bunuh kawan dia. Haa tu yang dinamakan mensrea.

- Kisah dia lebih kurang macam ni, Sarah ni dia adalah suspek yang bunuh ayah tiri dan ibu dia. Tapi at the end, dia terlepas dari dakwaan tu. Haa, dah tu siapa bunuh ? Mesti korang akan syak Sarah mula-mula, tapi lepas baca macam-macam cerita dalam buku ni, kau tak akan kata Sarah lagi dah.

- Tapi, tolong jangan percaya dekat siapa-siapa pun dalam cerita ni. Haha. Kau boleh buat andaian dan syak sesiapa sahaja watak yang jadi pembunuh, tapi aku nasihatkan jangan tertipu.

- Oh ya, ada juga part yang tak sepatutnya dibaca dan kau boleh skip.

- Selamat mencari pembunuh. Aku taknak cerita panjang.

#readingchallenge2018
#duniaBOOKku
#bukulimapuluhdua
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
December 15, 2018
Why I'm interested in this book at the first place
I've read the synopsis from one of Lejen Press' Instagram posts. As crime fiction is one of my favorite reading genre also... why not give a try?

What do I think of this book... now that I've done reading it
It was a fast read. Took me one day to complete both Mens Rea and Duplicia (yes, the sequel).

+
1. The devil is in the detail. Is it a bad thing, you might ask? Not at all, especially if you're also hard core fan of the CSI series.
2. The law/medical/philosophy terminologies presented throughout the book.
3. It's so surreal because some of the scenes are damn gory, it so believable.
4. The plot twist in the end.

-
1. The chapters were not narrated chronologically,like traditionally. I wasn't able to relate to the characters as the plot progresses, like, I forgotten how old the main character, Sarah is,up till I finished reading this book. Does it bothers me? Looks like it.
2. Yes, I skipped some chapters. Only pertaining to Banusha. The reason I did it is because, although very crucial (the emphasize on "very" here) her character carry the weakest weight in Mens Rea.

Get this
1. ...especially, if you're also a fan of Dexter (the tv series)
2. Some of the scenes are not for the faint-hearted, so be prepared.
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
November 12, 2018
pengakhiran yang tergesa2.. ada satu logik yang perlu dipikirkan.. cam ner sarah boleh alihkan ibu dan ayah dalam peti sejuk...
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
December 29, 2019
A well planned story line. Mudah nak faham wlpun ada part flashback. Twist yang menarik smpai tekaan saya pun salah. Saya suka. Good job and keep it up 👍
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
June 19, 2018
Superb!!

Jalan cerita dia mmg best.. Tapi perlu diingatkan bahawa hanya untuk bacaan DEWASA sahaja ye!!

Ok, aku suka jalan cerita yg digarabkan dalam novel ni.. Keseluruhannye aku rasakan perfect.. Bagi aku la..!!

Start dari awal memang tak sabar² nak tahu siapakah pembunuhnya..?? Otak aku berfikir dengan laju dok mencari siapa yang bersalah.. Siapa punye angkara?? Sampai diakhir cerita, aku sendiri terkejut siapa yg bertanggungjawab membunuh rosnah dan baharom.. Lagi ngeri, aisyah juga dibunuh rupanya..

Serius cerita ni memang suspen gile.. Satu lagi kite boleh tahu bagaimana post mortem dibuat.. Bagaimana semasa berada dlm penjara, semasa dihadapkan dimuka pengadilan.. Huh, memang aku sendiri rasa tertekan dengan dengan watak utama cerita ni..

Paling sakit hati, si baharom keparat!! Memang patutlah kesudahannya begitu.. Serius weh, memang best cite ni..!! 5 bintang aku kasi.. 😂
Profile Image for Firdaus Mfd.
6 reviews
July 15, 2018
Mens Rea
Penulis : Fazrin Jamal

Antara buku lejen press terbaik aku pernah baca setakat ini selepas Sepuloh Nama, Tiga Titik dan Skizo. Crime misteri thriller yang diadun dengan sangat kemas!

Mengisahkan tentang pembunuhan kejam di sebuah rumah yang akhirnya menjuruskan anak mangsa sendiri menjadi tertuduh melakukan pembunuhan - Seorang remaja berumur 16 tahun!
Tak boleh cerita panjang2 sinopsis novel ni sebab novel ni straight to the point - mudah faham. Fokus kita cuma 2 pada persoalan siapa sebenarnya pembunuh? Dan di mana hilangnya adik Sarah, Aisyah selepas pembunuhan itu.

Plot tersusun sangat kemas. Tutur dialog setiap watak dilontarkan dengan profesional berdasarkan watak. Perkembangan dan back story watak diolah dengan sempurna. Seumpama sebuah karya yang flawless (dari segi jalan cerita) walaupun ini karya pertama penulis.

Aku sangat suka olahan setiap pov mengikut watak. Jadi kita akan dihidangkan dengan watak "aku" yang berbeza-beza - bukan hanya menjurus kepada watak utama. Dan aku suka cara ini. Satu lagi aku suka adalah bagaimana penulis menceritakan back story setiap watak sangat mengujakan aku untuk mengenali dan memahami jiwa watak yang menimbulkan pelbagai emosi kepada pembaca.

Watak utama yang terlibat seperti Sarah(tertuduh), Aisyah (adik), Rosnah (ibu-mangsa pertama), Baharom (bapa tiri-mangsa kedua) dan Fadhil (bapa kandung). Aku sangat suka bila penulis buat pov pada setiap watak2 ini - Simpati pada watak Sarah dan Aisyah. Dan geram benci pada watak Rosnah dan Baharom.

Selain perkembangan watak dan olahan cerita yang mudah untuk faham, aku puji pada setiap detail2 saintifik termasuk maklumat2 seperti perubatan dan undang2. Ia bukan sebuah cerita kosong yang hanya disulam jalan cerita terbaik tapi pelbagai rencah informasi yang membuat pembaca rasa teruja! Scene bedah siasat sangat terperinci contohnya. Banyak term2 forensik ditemui dalam karya ini. Detail2 ini mampu buat aku seolah2 masuk ke dalam scene tersebut dan aku sedang lakukan bedah siasat terhadap Rosnah di depan mata. Termasuk scene dalam makhamah. Scene dalam makhamah adalah yang paling aku suka. Bagaimana pendakwaraya ingin menjerat Sarah sebagai tertuduh dan paling menarik bagaimana peguam bela bermain teori dan bagaimana peguam bela defen tertuduh sangat mengagumkan. [aku harap banyak lagi karya2 memaparkan scene sebegini suatu hari nanti]

Plot twist novel ni aku rasa bukan sekali. Penulis berjaya tipu aku dengan statement2 awal yang logika terhadap kes. Tapi semua itu tipu belaka! Dan si pembunuh sebenar, aku puji beliau sebab sangat genius memperdaya pihak polis. Mula2 ohh kau la pembunuh.. Tapi next chapter arghhh kau penipu!
Yang paling penting buku ni... Emosi aku sampai. My cup of tea 🍵.

So aku bagi 4.2/5🌟

http://safelinku.net/UlasanNovelMensRea
Profile Image for suraya.
9 reviews
December 20, 2019
Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku memilih genre thriller untuk dibaca. Ini kerana, sinopsis yang diberi memberi aku keinginan untuk mencuba membacanya.

Penulis berjaya membuat aku tertanya tanya siapa sebenarnya pembunuh tersebut. Sebenarnya, secara jujur, aku banyak meneka siapakah pembunuhnya sebenar. Tapi ternyata, tekaan aku salah. Aku tidak sangka si "DIA" yang membunuh. Rasa macam menonton filem CSI, or Korean drama pulak. Penulis juga memberi bayangan bagaimana suasana Di dalam mahkamah ketika kes dibicarakan serta situasi di dalam penjara.

Akhir sekali, plot twist nya aku memang tak sangka. Tahniah buat penulis sebab berjaya menulis sebuah Cerita thriller yang mantap. Oh ya. Penulis juga merupakan bekas graduan Undang Undang UUM. No wonder la kisah nya banyak diselitkan sekali dengan Akta Akta yang berkaitan. Selepas ni aku akan mencari buku buku tulisan Fazrin Jamal ni. Memang recommended sangat.
Profile Image for Hasdhatul  Nor Aliah.
15 reviews
October 30, 2018
Apa yang boleh aku cakap Fazrin Jamal is the best! Dia susun watak dan susun peranan setiap satu tu dengan sangat cantik dan berjaya membuatkan aku menzahirkan perasaan ketika membaca buku ni (Tak semua buku aku buat gini).

Aku rasa macam cerita ni bukan rekaan semata-mata. Macam kisah benar. Cara penulisan yang disampaikan pun macam dia sendiri lalui keadaan cerita tu. And you know what, watak utama dia tu psycho gila! Dari awal aku dah syak memang dia suspeknya tapi disebabkan beberapa benda yang agak kritikal, aku mula suspek orang lain yang bunuh but at the end, OMG! Kau akan terkejut! Serius ✋🏻

Btw, to the writer, keep it up! Saya menantikan lagi karya-karya 'fresh and new' dari anda.
2 reviews
November 10, 2022
Dia ni belajar law kan.
Buat buku pasal penyiasatan, kalau pun nak selit adegan 18sx, jangan la rempit sangat bahasa tu
Cipap la batang la bontot mantap la buah dada, kau menulis zaman bila ni. Sumpah jijik baca bila ada part macam tu, menulis dalam keadaan dahagakan seks ke apa? Macam mana buku penulisan macam ni boleh diterbitkan pun aku tak faham. Dua2 buku dia, Duplicia tu pun ada jugak perkataan2 rempit murahan tu.

Don’t deserve 5 stars, only if you’ll be more classy in your writing. It’s so disgusting tbh. After reading feels like to throw in the garbage. *puke*
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
November 22, 2017
Awesome! aku mmg lgsg x dpt agak pembunuh sebenar sama mcm ayat depan novel ni : "apabila wajah dipakaikan topeng, babi atau malaikat pun tak dapat nak dibeza". akhirnya aku hanya mampu ternganga je....part paling best bila scene dlm mahkamah. (peminat novel karya John Grisham). Jalan cerita mmg mudah utk difahami, tak berselirat dan setiap bab memudahkan lg pemahaman aku ke atas perjalanan cerita ni. Law+Crime+Mystery - worth buy and worth reading. Rs nak baca lg skli. pergh! huhuhu
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
June 28, 2025
Wah mudahnya aku diperbodohkan oleh buku ni HAHAHAHA...buku ni kuat spin oi🔥✨

Buku ni mengisahkan Sarah yang dituduh membunuh ibu bapanya. Plot buku ni majoriti tentang sidang mahkamah Sarah untuk membincangkan tentang pembunuh ibu bapanya.

Dekat sini, kita akan tgk macam mana lawyer Sarah mempertahankan Sarah agar Sarah terlepas dari hukuman 302.

Plot twist dia memang mantaps, 10/10

Amaran : ada scene 18+ (seks & rogol), baca dengan berhati²
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 30, 2018
4.5/5 bintang
Respek r kat penulis.. Tak sangka buku senipos nie mampu buat Sha marah dan terkejut bila baca penamatnya.. Tak rugi Sha beli.. Memang puas hati.. Puzzle dan perjalanan cerita ini dari awal sampai akhir penuh kejutan.. Sangat menarik untuk dibaca.. Siapa pembunuh sebenar?? Kenalah baca.. Topeng yang dipakai memang berjaya mengaburi mata semua orang..
Profile Image for Wierna.
37 reviews
May 30, 2021
Idea yang menarik tetapi tenggelam dalam penulisan yang masih terumbang-ambing. Ada bahagian yang tidak perlu diceritakan secara terperinci. Ada bahagian yang perlu perincian. Novel yang menarik tetapi sayang sekali tidak sesuai dibaca pelajar.
Profile Image for Fatihah.
182 reviews15 followers
August 17, 2022
Jalan cerita dah cantik tapi banyak kesalahan tatabahasa, rentak cerita tak kemas - ada yang terlalu panjang dan butiran terlalu mendalam sedangkan tak perlu, penceritaan di mahkamah sangat bercelaru dan tak ikut realiti.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
January 26, 2023
(tunggu free, aku bagi review panjang)
Secara ringkas, best! Banyak jargon mahkamah dan medic. Meyakinkan kerana penulis berpendidikan undang-undang.
Menggunakan POV 1 setiap watak utama.
Ditulis dengan details, termasuk pemikiran perogol yang penuh nafsu.
Profile Image for Ain Camina.
22 reviews
June 12, 2024
As a forensic student, seronok ya baca buku ni. Sebab semua term kita faham, and macam revise balik zaman belajar dulu 😂 Tapi jangan lah bagi budak baca, sangat tak sesuai. Kita yang dah besar ni pun rasa macam tak patut baca bila sampai part tu 🥹🫠

Overall, this is a great book!
Profile Image for Sya jasmin.
15 reviews
January 7, 2026
𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒔𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒄𝒊𝒍 𝒅𝒊 𝒕𝒖𝒅𝒖𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒖𝒉 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒂𝒉𝒍𝒊 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂𝒏𝒚𝒂.. 𝑪𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒓𝒊𝒌 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒖𝒔 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒔𝒂𝒉 𝟏𝟖+ 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒕𝒖𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒄𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒅𝒆𝒕𝒂𝒊𝒍 𝒑𝒂𝒓𝒕 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒓𝒐𝒈𝒐𝒍 𝒕𝒖...
Profile Image for 'Abd..
4 reviews
July 8, 2017
Jalan ceritanya simple. menarik. tetapi scene dalam mahkamah tidak menarik.
Profile Image for Farah .
48 reviews5 followers
July 14, 2018
Good read on criminal trial in Malaysia except that Sarah was too perfect to commit double murder at the age of 16. And come on, leading question asked during re-examination?
Profile Image for Nadia.
53 reviews
February 26, 2019
Mindfuck

Plot twist yang sangat la unexpected untuk budak umur 16 tahun

Worth to read since banyak term and law yg dimentionedkan dalam buku ni. And jalan cerita dia yg umph!
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
December 23, 2019
“Do not do you others that which angers you when they do it to you.”
Profile Image for faradiana rosales.
10 reviews
June 25, 2021
I just love this book ! Penulisan , jalan cerita , plot twist , all of it ! Harap penulis keluarkan buku baru .. im your big fan ! 🤎🤎
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.