Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Jalanan Teme #2

Arkitek Jalanan

Rate this book
To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ' belajarlah kerana Allah' setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.
Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

Tapi sebenarnya kan...
Aku tak pernah faham pun maksud 'belajar kerana Allah' tu.

328 pages, Paperback

First published April 1, 2017

132 people are currently reading
1753 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,302 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,231 (79%)
4 stars
447 (15%)
3 stars
120 (4%)
2 stars
15 (<1%)
1 star
7 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 311 reviews
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 13, 2017
I loved the first book very much (reread it more than twice). This one however, almost made me put it down as I gradually became annoyed by the tremendous amount of self-praising (cleverly masked by the third-person narrative style). BUT towards the end of the second half of 'Arkitek Jalanan', it starts to make sense. All those self-praises were building up towards an explosive ending.

Regardless, I found it ironic how the author himself is somewhat judgmental towards usrah folks (and the like) who were supposedly judgmental towards him. Well, at the end of the day it's all about choosing sides... I guess.

On a final note, I wonder why can't Malay motivational/success stories be written without frequently addressing skeptics and haters from the author's past life?

"Hey, you all used to bash me. Look at me now... I'm successful!"

Just let it go. This tendency strips away all the positive vibes from a potentially great writing.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 6, 2019
Apa yang best dengan karya Teme ni adalah kerna ia adalah kisah benar (walaupun dia mengaku ada ubah sesikit).

Bila kisah benar, pasti dan pasti kisahnya ada roh, ada perasaan, ada "sesuatu" yang real yang dok mengusik minda pembaca (kerna ia wujud! bukan fiksyen!), buat aku rasa seronok gila baca buku ni.

Walaupun aku rasa aku dah macam terlepas tren (teme dah ada buku baru dah kot, ni 2017 punya release). Buku ni akan tetap relevan sampai bila-bila insya Allah.

p/s: inspired gila baca buku ni, aku dah la sebaya Teme. Syukur rezeki memasing alhamdulillah....
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 25, 2019
Sambungan kepada buku yabg pertama iaitu Pelukis Jalanan. Penulis berada di tahun terakhir pengajian dengan matlamat untuk dapat first class degree. Bersama-sama dengan best friend Ahmad mereka teruskan kehidupan.

Di pertengahan jalan ada macam-macam dugaan. Ahmad juga sama macam penulis, rasa nak give up dan mengalah. Tapi mereka saling menjadi pendorong semangat antara satu sama lain. Sifat taknak mengalah tu yang jadi inspirasi pada aku. Kalau tak ada orang yang support dah lama dah angkat kaki dan blah macam tu je. Sedih tu kalau dilayan memang akan buat kita putus asa. Nasib baik ada sahabat yang boleh nak tolong marah dan tegur.

Manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan persahabatan itu yang menjadikan manusia saling melengkapi. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk mereka berdua meskipun matlamat mereka adalah sama namun sebaliknya yang berlaku.

p/s aku memang sangat suka dengan orang yang pandai melukis. Lagi-lagi yang free hand. ❤️❤️❤️
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
September 14, 2020
Orang boleh bercakap, tetapi engkau yang menentukan, engkau yang berjalan--Teme.
Profile Image for Farah Mohd Noor.
31 reviews65 followers
May 9, 2017
Buku second Teme contained soo much emotions. Everything you need is in there, tinggal baca ja :)

Banyak yang kita boleh belajar dari kisah Teme ni dan apa yang penting adalah untuk kita percaya dengan kemampuan dan kebolehan kita eventhough kita rasa banyak kekurangan at least we have to do something and try to make the best out of it

"Ia kekal dongeng .. Jika engkau tidak mula berjalan"

At the end, we know that Allah will tests us with something within our capabilities kan

Setuju, orang boleh bercakap, tetapi kita yang menentukan, kita yang berjalan

I'm really glad that I finished this book, before I started my final year, it's truly inspiring !

May Allah blesses both of you, Teme and Ahmad

Allow me to quote this,

"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just Don't Give Up."
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 25, 2020
Karya yang menginspirasi. Semoga usaha dakwah Teme berterusan dan dipermudahkan.

Teringat-ingat Hlovate dan Imaen ketika membaca buku ini. Saya ingin mencadangkan karya kedua-dua penulis ini buat pembaca yang belum mengenali mereka.

Buku ini adalah antara yang mempunyai kulit buku tercantik dalam koleksi peribadi.
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
January 31, 2025
Best ekk kalau pandai melukis. F pun cam Ahmad, lukis orang cam.orang lidi je 😅

F suka friendship Ahmad dan Teme.. diaorang nie need each others bila sorang down, sorang lagi akan jadi cheerleader untuk bangkitkan diri yang dah down

Watak Orange tu memang F menyirap. Kalau dah dasar HeLL tu ermmm semua benda nak kaut. Sombong sangat!

Masa Teme tak dapat 1st class tu sedih.. dia called maknya..alahaii dah kenapa ku teringat arwah mak @ nenek. Arwah mak selalu pujuk bila cucu² dia down. Sampai termimpi²

By the way last tu tulisan Teme ke? Awat comel sangat cam tulisan budak².. kecil sangat. Jenuh F nak baca. Kena tambah power mata ni 😅

Thanks Teme share your diary to us. Kadang² rasa cam baca curi² padahal Teme dah share kisahnya kat satu Malaysia
Profile Image for Fitrahzaulkapri.
2 reviews1 follower
May 18, 2017
What an inspiring book! I'm really glad that i have finished this book. No words can describe it. Just read it, you will know what i meant.
Pencetus semangat, motivation. I think everyone should read this book.

Banyak teguran nasihat yg relevan and at the same time kadang2 sentap jugak la baca. hahaha.

What i have learned from this book is that everyone have their own strength and weakness. Everyone is the same. Allah bagi kita kelebihan pun bersebab dan Allah bagi kita kelemahan pun bersebab. Allah lebih mengetahui kan segalanya daripada hambaNya.
What's important is that never ever give up and to actually produce a great work is learn to enjoy the process.

Message that he pointed out on page 315-316 is so true!

"They deserve a second chance"

Thumbs up to Teme ! Thank you for writing this book. It's truly inspiring, teruskan menulis. Looking forward for your next project!

Lastly, i really like this quote from the book ;

" If you worry, you suffer twice. It's going to happen anyways.So just follow the flow."
"Apa guna aku stres dengan kekurangan yang Allah bagi ? Itu tak bersyukur namanya."
Profile Image for Nurul Farahin.
36 reviews1 follower
June 30, 2017
Overrated but author gives good points in his book. Mungkin buku ini lebih sesuai untuk bacaan mereka yang masih bergelar pelajar atau yang bercita-cita untuk sambung belajar. Untuk saya yang dah lama habis belajar, agak kurang sesuai kerana pengalaman pahit manis seperti pengalaman penulis telah pun saya lalui semasa bergelar pelajar suatu ketika dulu. Mungkin lebih pahit ? Who knows? Ada beberapa perkara yang saya boleh relate dengan kehidupan saya semasa bergelar pelajar. Bought this book sebab people said it is a must-read. Apapun, kudos to the author. But I think he can write better than this. 👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 11, 2018
1) Saya ingat-ingat lupa bila saya membaca buku beliau yang pertama (Pelukis Jalanan). Agaknya saya membaca "percuma" di MPH. 😅
2) Seperti buku pertama, buku ini juga saya berikan 5 bintang.
3) Banyak nasihat yang disampaikan melalui pengalaman peribadi Teme. Sangat menginspirasi.
4) Gaya penyampaiannya kekal sama, tidak perlu menjadi "islamik" untuk menyampaikan Islam. Orang yang benar-benar membaca pasti dapat "menangkap" apa yang mahu disampaikan.
5) Tidak banyak, sikit pun jadilah untuk saya buat jadi pedoman.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
May 21, 2018
Antara buku yang dibaca tahun ini pelukis Jalanan dan arkitek jalanan rating tertingi stakat ni. Kalau nk tahu kena baca sdiri..
Sekian.....
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
June 3, 2017
[1] Arkitek Jalanan. Teme Abdullah. Iman Publication. 2017.

[2] Ini merupakan buku kedua selepas Pelukis Jalanan hasil tulisan Teme Abdullah

[3] Buku ini agak tebal berbanding buku Pelukis Jalanan.

[4] Mengandungi 330 mukasurat.

[5] Ada 22 bab.

[6] Bab 13 : Sampah. Dalam bab ini, Teme cerita yang dia pernah buang manuskrip 'Pelukis Jalanan' ke dalam tong sampah sebab dia dah putus asa.

[7] Nasib baik Ahmad jumpa manuskrip tu. Kalau tak, buku Pelukis Jalanan memang tak akan wujud. Terima kasih Allah. Terima kasih Ahmad.

[8] Mukasurat 255. " The most certain way to succeed is to try just one more time. Janganlah sebab satu kekecewaan kau terus give up on everything." Kata-kata Ahmad ditujukan kepada Teme sebab waktu tu Teme dah nak give up. Terima kasih sekali lagi untuk Ahmad.

[9] Buku ini memang seronok. Sesuai dibaca untuk semua jenis manusia. Kecuali, jenis manusia yang malas membaca.

[10] Nasib baiklah Goodreads cuma sediakan 5 bintang je, kalau ada 10 bintang, aku bagi 10 bintang untuk buku ni.

[11] Terima kasih Teme & Terima kasih Ahmad kerana korang menceriakan hidup aku. Kah kah kah !
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
June 18, 2019
Buku cerita dan motivasi yang bagus diletakkan di perpustakaan-perpustakaan sekolah dan universiti.. Perkongsian dari penulis dan teguran yang diberikan bagus dijadikan panduan.. Kehidupan ini bukanlah mudah, usaha dan menyerah sepenuhnya kepada Allah selepas berusaha itu penting.. Bukan mengalah di separuh perjalanan.. Sha juga suka dengan persahabatan yang terjalin antara Teme dan Ahmad..
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
February 13, 2020
Rereading this book because I'm feeling so low at the moment. This time, I totally read it from different perspective and view..
Profile Image for Hidayah.
35 reviews6 followers
Read
July 31, 2018
Sarat dengan pengisian dan kata-kata semangat!

'Aku dah mulakan, jadi aku kena habiskan sehabis baik.'

'How do we produce great work?

Enjoy the process'

Love his writing bits and pieces.
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
July 27, 2023
1- Persahabatan

Kisah antara Teme dengan Ahmad bagi inspirasi untuk saya jadi seorang sahabat yang baik. Teme ada waktu Ahmad susah, Ahmad pun ada bila Teme down. Ramai je yang baik dalam dunia ni, tapi kisah diorang ni macam nak suruh kita jadi yang LEBIH baik.

2- Positive

Teme punya positive thinking tu… fuh! Another level. Even dengan Orange yang pernah aniaya dia pun dia rilek je macam tak ada apa-apa jadi. Suka juga part budak baru sampai London yang tetiba tegur Teme tanpa kenal Teme dulu tu. Teme boleh je selamba cakap terima kasih sudi tegur. Dalam tak sedar, banyak parts dalam buku ni mengajar para pembaca secara tak langsung untuk jadi betul-betul humble.

3- Hard work

Antara part best dalam buku ni ialah macam mana Teme struggle untuk dapatkan apa yang dia nak. Selalunya orang kalau dah gagal dapat apa yang dia target ni terus down and tak nak buat dah benda tu. Tapi Teme lain. Dia punya kesungguhan nak achieve tu sangat menarik perhatian. Dah tu, bukan target yang cikai-cikai sekadar cukup makan. Teme target yang paling tinggi!

Nak jadi first class graduate. Nak dissertation ditayang sebaris dengan hasil hebat orang-orang Eropah sedangkan dia cuma orang Malaysia yang kalau fikir banyak kali, logik ke nak dapat?

Laassst sekali, bila baca buku ni baru nampak 'belajar kerana Allah' tu macam mana. 'Bersahabat kerana Allah' tu macam mana. Orang selalu ulang benda tu tapi tak pernah tunjuk macam mana nak buat. Tapi buku ni ada semua.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
December 18, 2025
"Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu cintai itu sebenarnya buruk buat kamu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." - Petikan Surah al-Baqarah ayat 216.

I am too lost for words sebab reading this rasa sangat healing and comforting, rasa diberi suntikan semangat untuk terus berjuang dan buat yang terbaik, to believe in myself more dan jangan berputus asa.

Perjalanan Teme dan Ahmad, the Malaysian Twins banyak mengajar kita tentang what we anggap as dugaan / failure / kekecewaan sometimes adalah sebab ia tidak memenuhi ekspektasi kita. Kita terlupa tentang rezeki-rezeki lain yang telah diberikan.

Kita mudah kecewa sebab menilai dan melihat dalam segi piawaian dunia. Hati dan iman kita dikaburi dengan “what the world deems as success”.

Ujian diberikan bukan untuk menyusahkan kita. Ujian diberikan supaya kita terus berjuang, terus perbaiki diri dan ummah kita, supaya kita tak terpesong.

Betapa banyak perkara yang kita minta, tetapi kita gagal memperolehinya. Lalu kita sangka, Allah tidak hiraukan doa hamba-Nya. Kita mulai prejudis dan bersangka buruk ke atas inayat Tuhan. Walhal, Dia memakbulkan dengan cara yang terkadang kita tidak perasan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya, sedang kita tidak tahu.
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
May 31, 2021

“Percayalah, semakin banyak kelebihan, keistimewaan, dan kuasa yang dikurniakan kepada seseorang, maka lebih besar tanggungjawabnya, Mungkin ia nampak ringan di dunia, hakikatnya, berat ujiannya. Allah akan tanya bagaimana kita gunakan kelebihan yang dikurniakan kepada kita ni nanti."
(p. 106)

Banyak lontaran fikiran dan kritikan sosial pada buku Arkitek Jalanan ini. Banyak yang boleh bersetuju, ada juga yang saya memilih untuk “agreed to disagree”.

Seperti pada awalan Nota Penerbit, “Sukanya kita pada membaca satu buku itu bukan maksudnya kita setuju dengan setiap satu hujah yang dibawa oleh penulis, tapi pada dicabarnya fikiran kita untuk menimbang dan mencari jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan di dalamnya.”
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
May 30, 2022
Gigih lepas subuh aku baca buku ni.

Very very very inspiring. Kita semua perlukan kawan macam Ahmad dalam hidup ni. Tak pernah pun dia tinggalkan Teme semasa susah atau senang.

Betullah orang hanya nampak pada kejayaan seseorang itu sahaja tapi mereka tidak tahu yang disebalik kejayaan seseorang tu, berapa banyak ujian dan dugaan yang perlu dilalui.

Overall sangat sangat sangat recommended!

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews5 followers
December 13, 2024
Best! Hard work paid off 🫡
I suka friendship between Teme dengan Ahmad, saling melengkapi. Banyak ikhtibar ya lepas habis baca buku ni especially untuk build our confident level, bersyukur dan macam-macam lagi. Put Allah in a first place. Belajar kerana Allah, bersahabat kerana Allah, semuanya kerana Allah. Very inspiring! Love teruks!
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews3 followers
May 24, 2017
Arkitek Jalanan.

Mukadimah yang menarik, juga pengakhiran yang menarik.

Jalan penceritaan yang lebih terperinci dan mengandungi lebih banyak mesej. Serba sedikit juga menceritakan penerbitan buku Teme yang pertama.

Setelah berjaya menghasilkan pendapatan walaupun tidak cukup banyak, Teme tidak lekang dari ujian-ujian kehidupan. Ujian tu kan tanda Allah masih sayang pada kita. Buku kedua ini juga mengetengahkan watak Ahmad, sahabat dunia dan akhirat Teme.

Walaupun jarang kita nak jumpa sahabat seperti Ahmad ini, percayalah sahabat ini memang wujud. Yang sentiasa doakan kita. Sentiasa ada di waktu suka mahupun duka. Saling menguatkan saat jatuh. Dan aku bersyukur, aku ada sahabat-sahabat seperti ini. Walau tidak bersua, mereka tetap ada. Kerana doa yang menghubungkan.

Jangan pernah bersangka buruk pada Allah !
Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

Habislah sudah kedua-dua buku Teme. 😉
Profile Image for Matt Razin.
17 reviews
August 18, 2017
Buku kedua dari penulis yang sama. Buku ini ada suntikan dos motivasi untuk pembacanya.

Ada juga tulisan bercorak narsisisme yang berulang-ulang, membuatkan aku rasa malas nak menghabiskannya. Mungkin penulis masih muda dan susah nak lari daripada sifat perlukan perhatian kontradiksi dengan tulisannya yang berulang kali ingin menjadi tidak dikenali, tapi dalam masa yang sama selalu bercerita mengenai instagram dan facebook yang banyak follower. identity disorder?

Secara jujur, buku pertama lebih baik berbanding buku kedua.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
July 11, 2019
Terbaik Teme! Terbaik!✨ Rasa sebak dan sedih bila da sampai last page. Rasa nak lagi. Nak lagi. Nak lagi...🥺 Buat buku lagi banyak2 tau Teme. Buku yang boleh bagi semangat kat semua org. Yang boleh tingkatkan kesyukuran terhadap penciptaNya. Aminn. Semoga Teme sihat2 selalu untuk terus berkarya! ☺️✌🏻 Dan Ahmad seorang kawan yang baik! 😄 (Mesti Ahmad bangga bila baca review ni. Sebab ramai org puji dia 😂)
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
August 29, 2024
46-2024

-Arkitek Jalanan
-Teme Abdullah

Seperti juga dengan Pelukis Jalanan, buku kedua dari siri Jalanan ini sangat memberi inspirasi. Bagaimana terkadang kita sering merasakan kita gagal, sedangkan pada masa yang sama ada kelebihan yang ada pada diri kita yang jarang kita lihat. Mana tidaknya, kita sebagai manusia, sering saja melihat yang gagal, melihat yang lemah. Sedikit sebanyak kita seperti tidak mensyukuri dengan apa yang Tuhan hadirkan. Buku ini banyak mengajar kita tentang walau apa pun yang terjadi, pada akhirnya Tuhan akan tetap berikan balasan yang sewajarnya.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
December 4, 2017
Rasa terinspirasi dengan buku ini.
Bicara tentang rezeki, kesungguhan, syukur, redha dan semangat-semangat yang positif.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
June 4, 2024
Perjuangan seorang insan mengejar cita-cita menggapai impian untuk segenggam ijazah sarjana muda & membina portfolio kerjaya. Jangan putus asa
Profile Image for Fairuz Aina.
15 reviews1 follower
August 10, 2025
Buku teme yang macam ni saya suka. Buat kita rasa semangat untuk berusaha. Tinggal satu lagi nak baca. Lepas tu lengkap lah koleksi 'Jalanan' Loh ni.
8 reviews1 follower
October 22, 2019
simple plot n sedikit kecewa Teme byk olah cerita dr kisah sebenar. but its okay, i learnt a lot from this book. semoga menjadi tauladan kpd anak muda utk belajar, kejar cita2 dan berbakti kpd agama, ibu bapa, bangsa n negara. keep it up Teme👍
Displaying 1 - 30 of 311 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.