Rahimi adalah seorang peguam muda yang amat berminat dengan undang-undang jenayah. Apabila ditawarkan menjadi seorang peguamcara dan peguambela di salah satu firma guaman selepas menamatkan latihan dalam kamar atau chambering, Rahimi merasakan hasrat beliau untuk mengurangkan bebanan yang kakak beliau tanggung kerana menjaganya, mungkin dapat direalisasikan.
Sementara itu seorang ahli politik muda dan berkarisma tinggi, Sulaiman Yasin, dari sebuah parti politik baru yang cuba membawa politik baru dalam negara ditangkap dan ditahan kerana dituduh merogol seorang pelajar sekolah. Meskipun parti dan keluarganya cuba mendapatkan Sulaiman seorang peguam senior dan berpengalaman untuk membela beliau, Sulaiman bukan sahaja menolak tawaran tersebut bahkan sanggup mengambil risiko untuk diwakili oleh seorang peguambela yang muda, mentah dan tidak berpengalaman mengendalikan apa-apa perbicaraan apatah lagi perbicaraan kes jenayah. Peguambela itu adalah Rahimi.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang Rahimi harus tempoh bagi membela anakguamnya. Berhadapan dengan pegawai penyiasat yang bercita cita tinggi dan sanggup lakukan apa sahaja bagi kenaikan pangkat dan berhadapan pula dengan timbalan pendakwa raya yang lebih senior dan jauh berpengalaman, Rahimi terpaksa berhempas-pulas menonjolkan bakat terpendamnya bagi meyakinkan ramai pihak - hakim, timbalan pendakwa raya, kakak beliau, keluarga anakguamnya dan yang paling penting anakguamnya sendiri. Rahimi terpaksa berfikir di luar kotak bagi merancang strategi perbicaraan yang baru dan yang bersifat ‘non-conventional’.
Sebagai peguam yang baru dan naif, Rahimi tidak sedar yang beliau hakikatnya sedang mempertaruhkan harga yang mahal ke atas keselamatan beliau dan kakak beliau dari mereka yang sanggup lakukan apa sahaja bagi memastikan anakguamnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman.
Ini kali kedua aku berjaya khatamkan novel fiksyen selepas Siri Jalanan karya Teme Abdullah. Menariknya novel ini adalah kerana ia ditulis oleh YB Hanipa Maidin yang merupakan Ahli Parlimen Sepang ketika ini mewakili Parti Amanah. Kiranya, kali pertamalah aku baca novel karya ahli politik.
Tak nafikan, bahasa yang digunakan oleh penulis agak baku dan 'straightforward' untuk sebuah novel fiksyen. Setahu aku, ini kali pertama beliau menulis novel. Namun tak menjadi satu masalah untuk aku habiskan bacaan hingga ke mukasurat akhir kerana kandungannya yang agak menarik.
Mala Fide mengisahkan perjalanan seorang lulusan graduan undang-undang yang baru sahaja selesai menamatkan 'chambering' dan menjadi peguam yang sah, dihadapkan dengan satu kes berprofil tinggi yang melibatkan seorang ahli politik yang dituduh dengan jenayah merogol.
Bagi aku, jalan cerita dan plot-plot di dalam novel ini telah disusun dengan sangat baik dan tidak membosankan. Penulis berjaya membawa pembaca untuk memahami serba sedikit berkenaan proses dan prosedur kehakiman dan undang-undang mahkamah tanah air.
Untuk orang yang 'zero' macam aku tentang undang-undang ni, dapatlah berkenalan dengan istilah-istilah baru dan prinsip-prinsip tertentu berkaitan undang-undang dan kehakiman.
Overall, aku suggest korang baca buku ini. Cerita ringkas dan santai, tapi kandungan dia sangat relevan dengan isu politik semasa tanah air.
Novel ini mengisahkan perjalanan seorang peguam bermula dari pentauliahannya untuk beramal (long call) sehingga tamat kes pertamanya dengan jaya.
Antara tema utama yang diangkat adalah menjelaskan peranan seorang peguam kriminal yang sering disalah anggap oleh masyarakat sebagai pembela penjenayah. Selain itu, cabaran dunia politik juga disentuh melalui watak Orang Kena Tuduh (OKT) yang merupakan ketua anak muda bagi sebuah parti pembangkang.
Proses perbicaraan sebuah kes rogol dari awal sehingga akhir digambarkan dengan jelas dan baik. Walaupun terma-terma dan peruntukan undang-undang digunakan, penjelasannya dalam bentuk jalan cerita/fiksyen memudahkan kefahaman pembaca.
Syabas buat penulis atas percubaan menulis karya fiksyen walaupun dihambat kekangan waktu menjalankan tugasnya sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen Sepang.
Karya fiksyen sebegini merupakan alternatif yang baik bagi penulisan undang-undang di pasaran yang berbentuk akademik, artikel ulasan perundangan dan anekdot kisah hidup. Ia mempelbagaikan pilihan bagi khalayak pembaca yang pelbagai.
Buku ini disyorkan untuk bacaan semua terutamanya pelajar undang-undang yang mungkin tidak dapat melalui latihan dalam kamar atau latihan industri dengan baik akibat pandemik covid-19 kini dan penutupan mahkamah sehingga dibuka kelak 😅
Membaca tulisan2 Hanipa Maidin sejak kecil di kolum Harakahvdan bila Ilham Books mengumumkan yang HM akan keluar novel dengan gelaran Grisham Malaysia maka saya bertambah teruja.
Malafide ialah buku pertama yang saya beli saat menjejakkan kaki ke Pbakl. Saya ambil masa sehari untuk menghabiskannya.
Pertama saya agak kecewa kerana ia tipis. Kemudian fontnya kecil dan reka kulit luarvyang terlalu ringkas.
Membaca Malafide seperti membaca sepertiga Grisham. Ada unsur suspens tapi ia tidak berkembang jauh. Bahasanya biasa saja dan jika HM mahu menulis novel lagi saya harap ditambah unsur suspens dan thriller itu.
Apapun tulisan ini datangnya dari seorang peguam dan gambaran dalam bilik court, penyiasatan, hal polis dan urusan mahkamah sangat real, sudah tentu. Cuma, alangkah lebih baiknya jika didramatikkan sedikit cerita ini.
✨ Mala fide bermaksud dengan niat jahat / tidak ikhlas / penyalahgunaan kuasa.
Buku ini membawa kita ke dunia seorang peguam muda bernama Rahimi yang berdepan cabaran getir apabila perlu membela seorang ahli politik muda yang dituduh dalam kes jenayah berat. Rahimi dipaksa berfikir di luar kotak, menggunakan strategi perbicaraan yang tidak konvensional, dan pada masa sama berhadapan dengan pegawai penyiasat serta pendakwa raya yang penuh agenda tersembunyi.
Yang menarik, kisah ini bukan sekadar tentang undang-undang semata, tapi juga menyentuh konflik kuasa, politik, keadilan, dan harga yang perlu dibayar demi kebenaran. Ia membuka mata kita tentang bagaimana sistem boleh disalahgunakan bila “mala fide” menguasai niat dan tindakan.
⭐ Sesuai untuk pembaca yang minat kisah undang-undang, politik, dan perjuangan menentang ketidakadilan.
Bagi seseorang yang tidak pernah menghadiri mana-mana sesi pembicaraan, novel perundangan ini telah memberi sudut pandang yang baik dari segi pendedahan terma-terma yang digunakan dalam perundangan. Jalan cerita juga boleh dikira menarik kerana terdapat plot twist di penghujungnya. Entah mengapa, aku membayangkan OKT dalam cerita ini adalah Syed Saddiq memandangkan penerangan penulis adalah seorang ahli politik muda. Penulisannya sangat mudah dibaca dan boleh dihabiskan dalam beberapa hari sahaja. Tahniah kepada YB Hanipa Maidin atas penulisan ini.
Bacaan yang menarik dengan garapan istilah perundangan yang disajikan secara santai, mudah difahami dan tidak terlalu teknikal. Watak utamanya, Rahimi menunjukkan kebolehan sebagai peguam muda yang berkaliber walaupun hanya setahun jagung berada di gelanggang mahkamah. Jalan ceritanya menarik dan beberapa perkara di luar jangka juga turut menjadi rencah dalam penceritaan.
Pengalaman pertama menjadi editor untuk sebuah novel dan ternyata tulisan YB Mohamed Hanipa persis cerita-cerita John Grisham. Walaupun jalan ceritanya straight to the point, tetapi banyak courtroom drama dan konsep perundangan yang dijelaskan oleh penulis.
Since it was written by a lawyer, there are a lot of law facts and a story that is very close to Malaysia's political issue. Great but not really satisfied with the ending cause it's just END, but it wasn't bad either since it's a short story.
Buku ni nak kata formal tak formal pun penulisan dia. Cumanya ia lebih kepada cara penyampaian sesuatu ilmu dari peguam senior macam YB Hanipa Maidin. Aku mengaku yang aku bersyukur kalau ada peguam-peguam senior yang tulis buku dan kongsikan segala ilmu yang mereka ada untuk bakal-bakal pengamal undang-undang macam aku dan lain-lain. Walaupun buku ni berbentuk kepada penceritaan tapi segala penerangan mengenai prosedur, sesi soal balas dengan anakguam (Defendan), prosiding kes, perjumpaan dengan Plaintif dan Puan Hakim dan banyak lagi, itu semua diceritakan seolah-olah ianya 'real'. Serius aku cakap aku dapat bayangkan macam mana suasana mahkamah sepanjang prosiding kes dalam buku ni berjalan. Gaya penulisan dia bagi aku ok je, tak berat mana pun sebab kalau ada penggunaan perkataan undang-undang tu, YB akan terangkan maksud perkataan-perkataan tersebut. So takyah risau kalau korang tak faham ke apa ke. Jalan cerita tak meleret pun dan semua straight to the point. So, kalau korang teringin nak baca buku ni, aku sangat-sangat galakkannya