Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cerita Gagal

Rate this book
Jika kita takutkan kegagalan, bagaimana kita boleh belajar daripadanya?

Setiap episod kegagalan ialah persimpangan yang membentuk diri kita.

Buku ini merupakan kompilasi kisah-kisah kegagalan daripada 19 penulis. Ada yang gagal sambung belajar, gagal lesen memandu, gagal tiga kali peperiksaan untuk subjek yang sama, gagal meneruskan impian, gagal dapatkan anak, dan macam-macam jenis kegagalan lagi, sehingga ada yang ingin putus asa, ada yang mengalami depresi, ada yang ingin mencederakan diri sendiri. Ada yang kelakar, ada yang sayu.

Tapi satu benda yang mengagumkan, iaitu mereka semua ini tetap bangkit dari kegagalan dan tetap positif.

Gagal itu boleh jadi satu persimpangan, boleh jadi membuka satu jalan yang baru. Parut gagal itu boleh jadi satu trofi, kerana dengan melalui trek gagal itu yang kita jadi seperti apa adanya kita hari ini.

Gagal setelah mencuba, atau gagal mencuba?

Moga tidak gagal membaca buku ini.

254 pages, Paperback

First published April 1, 2017

6 people are currently reading
40 people want to read

About the author

Faizah Hamid

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (34%)
4 stars
25 (36%)
3 stars
17 (24%)
2 stars
3 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
March 9, 2020
Mengandungi dua puluh cerita pendek yang mengandungi nasihat, motivasi dan pengajaran, sama ada cerita penulis sendiri, orang lain atau fiksyen.

Buku ini mengajar kita ertii kegagalan itu hanyalaj sebuah proses demi mendapatkan kejayaan selama mana kita ikhlas dalam redha dan juga berusaha semampunya.

Pada pandangan peribadi saya, banyak kisah yang dipaparkan di dalam buku ini biasa sahaja. Yang biasa menimpa orang lain dan saya agak, kebanyakan pembaca sendiri. Tapi ini bukan soal biasa atau tidak, kerana apa yang penting ialah pengajaran yang hendak disampaikan.

Memetik sebuah kata-kata dari Norsaidi yang saya sukai "Saya belajar untuk bernafas panjang dalam hidup. Bagi saya, kita boleh menjadi siapa sahaja dalam hidup dan memberikan manfaat melalui pelbagai cara. Apa yang penting, kita perlu menjadi yang terbaik dan ahli dalam bidang yang kita ceburi. Tidak kisahlah bidang akademik mahupun bidang-bidang lain".

Bacaan ini untuk anda sekiranya anda sedang dalam proses kejatuhan dan ingin bangkit semula.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 18, 2019
Lama masa yang diambil untuk habiskan bacaan.. sebab ceritanya cerita gagal.. Gagal yang memotivasikan.. setiap kita pernah melalui kegagalan namun usaha untuk bangkit dari kegagalan itulah yang paling penting sebenarnya.. Usaha yang tidak mengenal putus.. Sebab gagal bukan bermakna berakhir.. Cerita gagal yang disampaikan oleh semua penulis berjaya membentuk satu rasa baru dalam hidup Sha.. Rasa untuk terus melangkah tanpa berhenti terlalu lama.. Tahniah buat semua penulis..
Profile Image for Farah Mohd Noor.
31 reviews64 followers
June 9, 2017
Bila membaca Cerita Gagal membuatkan kita tersedar

Rupanya ada orang yg ujiannya lagi hebat dari kita dan mereka tempuhi dengan sabar dan tawakkal pada Allah

Hence, membuatkan kita terfikir bahawa semua ujian adalah dari Dia dan solutionnya pun dari Dia, dengan syarat kita yg meminta dan berusaha

Ramai yg beranggapan mereka banyak berdosa pada Tuhan, sekalipun sesal dan bertaubat masih tiada kesan, tentunya kita yg perlu berusaha lagi dan lagi dalam memohon kemaafan, Tuhan melihat kesungguhan kita bukan ?

Allah merancang dengan penuh rahsia, tentunya kerana Dia ingin melihat pergantungan kita, dimana

Tiap tiap sesuatu yg terjadi bukan sia sia diciptakan, kesemua hikmahnya perlu difikirkan
Profile Image for Ita.
19 reviews7 followers
October 20, 2017
Cerita tentang kegagalan yang sangat memberi inspirasi. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kegagalan juga merupakan satu kejayaan yang memandu diri kita ke arah yang lebih baik, yang kita tidak pernah jangka pun. jadi, beranilah untuk gagal.
Profile Image for Syuhada Amanina.
12 reviews2 followers
September 11, 2018
i recommend this book to people who's currently in search of a new hope and trying to find a motivation to keep moving,i totally love this book!!!
Profile Image for yanasazalli.
12 reviews
February 13, 2021
Aku suka buku mcm ni. Terima kasih kepada yg menyumbang pada kewujudannya. Berkisar kegagalan seorang mahasiswa, siswazah gagal mendapat pekerjaan, pesakit ekzema yg merupakan seorang mahasiswa, wanita yg berusaha mendapatkan seorang anak perempuan, ibu yg struggle mengurus anak kecil, seseorang yg gagal dalam perhubungan keluarga iaitu antara cucu dan nenek, dan seorang lepasan sekolah yg gagal menyambung pelajaran dek kesempitan hidup. Satu-satu kisah itu pengajarannya boleh di ambil tidak terhad kepada golongan yg sama seperti penulis.

Ada dalam 5 kisah yg aku suka. Actually aku suka sebab aku rasa dekat dengan kisah tu and somehow aku pun pernah lalui lebih kurang masalah yg sama. Ianya di mana seorang pelajar tu sedar yg dia gagal di sebabkan dia ada masalah dengan ibu bapa dia. Kemudian dia juga sedar yg dia juga ada masalah dengan Tuhan Yang Maha Mencipta. Penulis bercerita bagaimana tindakan dia selepas menyedari punca-punca tersebut dan memperbaiki sikit demi sedikit. Bukan mudah ya utk berubah. Huhu.

**Kenapa teruk sangat?-Tidi**

Kemudiannya, mengenai seorang pelajar yg cukup cemerlang dalam pelajaran. Namun, rezeki nya tiada utk menyambung pelajaran dlm bidang yg dia sendiri minati. Dia dikurniakan peluang utk belajar dlm bidang lain. Yg bagusnya, dia menerima seadanya dan berusaha sehabis baik. Dan dia juga skrg bekerja dalam bidang tersebut. Penulis ni barangkali skrg ialah pekerja yg berpengalaman. Dia bercerita yg dia berasa gembira dengan rezeki dia skrg dan tak sangka dengan sumbangan yg dia mampu sampaikan dlm masyarakat. Aku pernah dgr kata2 drpd beberapa org yg aku anggap mereka cukup berjaya dlm bidang mereka, di mana kita di jadikan di sini bukan atas sangkaan dan kemahuan kita, tetapi seperti mana Tuhan mahu kita berada (bekerja/menyumbang) di sini. Gittuh :))

**Wanita aneh di bilik lukis-Ummi Kalthum Ngah**

Yg ketiga pula gagal dalam hubungan. Hubungan antara cucu dan nenek. Basically, cucu ni dijadikan cerita jarang ada masa utk berkasih sayang dgn nenek dia oleh sebab tertentu. Cerita dia panjang, aku skip part tu haha. So bila ada kesempatan, dia rasa seronok la. But then, dia rasa dia masih tak cukup dalam mengucapkan rasa sayang tu pada nenek dia sehinggalah nenek dia pergi ke negeri abadi. Dia menyesal sangat. Sedih aku baca. Semua relationship yg kita ada pun mcm tu. Kena zahirkan rasa sayang tu. So pengajaran dia, hargailah orang di sekeliling kita yg kita tahu mereka layak dan sememangnya ada hak mendapatkan kasih sayang kita.
**Tok Mak dah tenat-Meifa Mohar**

Banyak lagi kisah lain yg aku suka. Tapi, cukuplah sampai di sini. Hehe. Terima kasih atas perkongsian buku ni. A reminder for me. Membuatkan aku berfikir dan mengutip pengajaran dan nilai murni yg ada.

Buku ni highly recommended for those yg sedang ada masalah sampai buat kita buntu memikirkannya dan mencari semangat semula. Mungkin buku ni boleh menimbulkan idea utk solve masalah tersebut. Paling tidak pun, cukup utk kita merenung sebentar, berfikir sambil buat self-reflection.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
May 18, 2021
Biasanya, sebelum aku menulis ulasan buku di goodreads, aku akan baca ulasan pembaca lain. Dan ada satu ulasan bagi aku terbaik dan dekat dengan hati. Benar, cerita di belakang2 lebih masuk ke dalam jiwa, penyampaiannya lain dari yang lain, berbeza dengan cerita pada awal buku ini. Mungkin cerita pada awal buku ini boleh ditingkatkan kualitinya dengan memasukkan lagi unsur motivasi dengan ayat yang lebih menarik. Bukan sekadar bercerita tentang kisah gagal. Tapi apa yang diorang dapat, dan hubungkaitkannya dengan benda lain yang buatkan orang tak pernah terfikir tentang sesuatu perkara tersebut?

Dan jujur, masa baca awal kisah ni, memang agak bosan dan terlalu 'cliche' dan ingatkan the whole story about this book, only about failure in examination, in university life and so on. Walaupun jauh di sudut hati, 'takkan semata tu jer kan?'. Dan bila baca cerita dekat akhir2, yep. Memang lebih umum...

Apapun, still bagi 4 bintang sebab tertarik dan tersentuh dengan cerita2 pada akhir buku ini. Dan tak rugi membacanya. Percayalah.
59 reviews2 followers
January 23, 2019
Sebelum aku baca buku ni dalam bentuk ebook di https://www.e-sentral.com/, aku merasakan kegagalan merupakan sesuatu yang teruk dan boleh menghancurkan impian aku tetapi buku ini telah menyedarkan aku tentang kegagalan lah yang akan mengajar kita tentang sesuatu yang kita tak pernah tahu selama ni. Kegagalan yang akan menyedarkan kita tentang siapa yang akan membantu kita disaat kita susah dan akan tolong kita bangkit semula. Jadi siapa yang teringin nak baca tapi tak sempat nak pergi kedai buku, korang pergi je baca ebook dia dekat https://www.e-sentral.com/
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
May 17, 2017
We have falls sometimes, but how we manage to stand up and face the world? This book gives some brief stories of other people failure and how they overcome it. From a failure of students to moms, relationship and studies. Don't belittle someone for their failure cause you don't know when will you meet yours.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
April 8, 2020
Membaca buku ini mengingatkan diri terhadap kegagalan sendiri. Kisahnya juga mampu memberi inspirasi namun tak semua. Ada yang terpaksa saya skip kerana kurang menarik dan agak meleret penceritannya. Usaha yang baik daripada setiap penulis, bukan mudah untuk mengenang dan bercerita tentang kegagalan sendiri.
Profile Image for ZamriTa ANuar.
2 reviews
August 18, 2018
Buku ini bercerita tentang kegagalan2 yang di tempuh oleh sekumpulan penulis...yang ingin memajukan diri masing2...good motivation..bagi mereka yang merasan diri jatuh dan ingin bangkin semula...gaya bahasa pun tak berat..okla..
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 24, 2019
Cerita-cerita pendek yang menceritakan sisi baik kegagalan. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,begitu juga kegagalan. Dan kejayaan selepas kegagalan itu pastinya lebih manis.
Bukan hanya itu,banyak takzirah yg diselitkan setiap penulis,yang boleh meningatkan kita lagi pada pencipta. Love it ! 😍
Profile Image for NatalieMZ.
176 reviews6 followers
January 17, 2023
Cerita2 pendek yang berniat untuk memberi kesedaran dan keinsafan. Tapi kekadang mcm baca kisah dekat fb je.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 23, 2019
Penyumbang veteren seperti Dr Ummi Kalthum Ngah, Ummu Atif, Ir Endak Sempo Tahir dan Miefa Mohar berada dalam liga tersendiri. Dari segi konten serta gaya bahasa. Sebak dan menyengat. Namun tercemar pabila ujian-ujian hidup tahap epik mereka yang disebut tadi dihimpun bersama nukilan tahap cincai di bahagian awal berkisar kegagalan kertas periksa dan ujian lesen memandu. Tak dinafi, skop para penyumbang muda terbatas setakat hal student life. Patut diasingkan ke dalam buku lain. Sebab apabila pembaca sampai ke kisah-kisah ujian berat penulis veteren yang (tak pasti sama ada secara kebetulan sahaja) dilonggok dihujung buku; entri seperti gagal kertas periksa semacam remeh dan pathetic.
On a side note, penulisan Tidi paling bercelaru. Padan dengan judul entrinya ‘Kenapa Teruk Sangat?’ How come nukilan sebegini pun boleh terpilih? Adoi.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.