Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hidup Yang Aku Pilih

Rate this book
“Apa cita-cita awak?”

Beberapa kali pernah ditikam soalan ini oleh Muharikah. Cis terdiam beberapa saat juga jadinya.

Ya, memang ada jenis manusia yang memang tahu benar apa yang ingin dicapai dalam hidup. Benar-benar jelas jalan hidupnya, lima tahun lagi, sepuluh tahun lagi. Tahu dengan pasti juga, apakah potensi dirinya yang tiada pada orang lain, dan di medan manakah ingin disumbangkan bakatnya itu.

Sejenis manusia lain, ditanya esok mahu dibuat apa pun masih termangu-mangu. Tidak begitu pasti,

“Tengoklah nanti.”

Kita ini, mungkin ramainya di kategori pertengahan. Tidak begitu pasti ke mana mahu dituju dalam masa sepuluh tahun, tapi jika ditanya bulan ini, tahun ini, ya yang itu kita tahu jawapannya. Masih mencari di manakah ‘passion’ dan kekuatan diri; rasanya sudah tahu tapi mungkinkah syok sendiri?

Barangkali, kita perlu mengambil masa kita untuk benar-benar meneroka dan akhirnya memilih jalan hidup kita sendiri.

Cukuplah diketahui bahawa setiap saat dalam hidup adalah pilihan kita sendiri, dan kita akan kelak ditanya tentang setiap satunya.

Jadi, hidup yang bagaimana yang kita mahu pilih?

184 pages, Paperback

First published April 1, 2017

10 people are currently reading
77 people want to read

About the author

Muharikah

14 books148 followers
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.

She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.

She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.

Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (41%)
4 stars
38 (41%)
3 stars
12 (13%)
2 stars
3 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 5, 2020
"Tidak ada doa yang lebih menyentuh perasaan melainkan doa yang kita minta di saat sedang kesusahan dan penuh pengharapan kepada Allah "- Muharikah

Honestly, siapa-siapa yang mengikuti perjalanan Bookreview aku dari awal sehingga ke hari ini, akan perasan yang aku jarang-jarang sekali review buku bergenre non- fiction. Ada banyak sebab. Salah satunya sebab orientasi otak aku sendiri yang prefer fiction berbanding non-fiction. Aku lebih suka membaca cerita dan beri tanggungjawab, untuk aku sendiri ekstrak apa mesej yang nak disampaikan oleh penulis, dan susun mengikut keutamaan peribadi.

Tapi kenapa aku masih meneruskan Hidup Yang Aku Pilih ini? Okay. Ada beberapa keistimewaan yang membuatkan aku mula membaca dan berjaya menghabiskan.

"Hidup ini amat berharga, pilihlah jalan yang membahagiakan kita. Hidup kita hanya bersifat sementara, jangan laluinya dengan rasa terpaksa dan terseksa."

Buku ini mengingatkan aku tentang pilihant yang kita perlu buat untuk menjadi lebih baik dari masa ke masa. Walaupun tema utama dalam buku ini banyak dijelaskan oleh penulis-penulis lain tapi pada aku, penjelasan dalam buku ini bersifat lebih menyeluruh dan sangat teliti. Paling penting, Ia tidak bersifat retorik semata sehingga membuatkan pembaca tertanya-tanya, how to do it? Sebaliknya, pada aku, buku ini lengkap dengan manual yang berintonasi "beri galakan" dan bersifat memberi ruang kepada pembaca. Apa yang kita patut buat kalau mahu begini, kalau jadi begini?

Buku ini mempunyai 17 bab dan setiap bab dirungkai dengan santai tetapi padat. Aku tak ada bab-bab spesifik yang aku nak highlighkan sebab pada aku dari bab pertama sehingga ke bab terakhir sama-sama penting dan kalau kita baca betul-betul, ia akan memberi impak kepada persepsi kita tentang banyak perkara dalam hidup.

Walaupun buku ini merupakan terbitan 2017 tapi aku kira buku ini akan sentiasa relevan. Untuk yang selalu ada keingin untuk buat self improvement tapi tak pasti nak bermula dari mana. Aku suggestkan buku ni. Tapi aku tak pasti kalau buku ini masih dijual oleh Iman Publication, tapi kalau masih ada, aku suggestkan korang untuk beli.

"Jika anda mampu bermimpi tentangnya, anda mampu mencapainya" - Walt Disney

P/s: Jauh di sudut hati, aku mengharapkan aku baca buku ini lebih awal :)
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
August 30, 2017
Sukar untuk mencari buku motivasi yang berkesan, terutamanya yang dalam bahasa Melayu dan santai, kerana saya tidak berapa menggemari buku motivasi santai. Biasanya saya suka buku motivasi ala-ala Carnegie, Chandler dan Ziglar. Namun buku ini berjaya menyampaikan mesej dan semangat motivasi menggunakan pengalaman peribadi dan tip-tip mudah dengan cara santai, namun tidak terlalu santai sehingga menggunakan terlalu banyak bahasa pasar. Saya sarankan anda semua yang sedang bersekolah, telah bergraduasi atau sedang bekerja untuk membacanya!
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
May 24, 2017
It is like rewiring your life by reading this book. Reflect back the intention of the choices in this life and move on. Good tips.
20 reviews
August 25, 2017
Greater than what I expected!
Ingat buku motivasi yang klise dengan poin2 yang klise,
Tapi once I start reading,masyaAllah,it was written by someone so wise who provenly have read many books and rich of experiences.
Not a merely written book.
Once I start,I was too absorbed and finish it until the end.:)
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
June 13, 2017
Suka cara penyampaian Muharikah dan segala fakta yang dibawa bersama dengan pengalaman untuk dikongsi bersama pembaca.

Bagi aku, buku ini lebih sesuai dibaca oleh remaja yang masih memilih jalan hidup.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
December 28, 2018
Buku motivasi yang ohsem.. sangat-sangat menjentik rasa syukur di hati.. Ada sesetengah perkara yang disentuh penulisan terkesan di hati Sha.. Bacaan yang sangat Sha cadangkan buat anak-anak remaja..
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 13, 2020
Buku ni adalah buku motivasi yang sesuai untuk setiap lapisan umur. Mungkin kita sudah cukup termotivasi, namun peringatan yang berterusan amat penting untuk kita sentiasa mindful dgn setiap prkara yg kita lakukan di dunia ini.

Isi yang dikupas sangat relevan dan praktikal untuk diamalkan. Contoh2 yg disertakan juga memang menarik seperti tokoh usahawan yg berjaya, kisah hidup mereka, dan bagaimana kita juga boleh berjaya seperti mereka di luar sana❤

Walaupun topik2 yg dibincangkan selalu kita dengar, tapi buku ini sangat bagus untuk sentiasa mengingatkan diri bahawa susah payah kita di dunia ini adalah untuk akhirat kelak.

Topik yg menarik perhatian saya adalah bab 13; sikap@ attitude di mana penulis mengupas mengenai keseimbangan antara IQ, EQ, SQ. Kita biasa dengar IQ iaitu Intelligent Quotient, namun jarang sekali mendengar tentang Emotional Quotient (EQ) dan Social Quotient (SQ). Untuk mencapai kejayaan individu tersebut haruslah menyeimbangkan aspek2 ini.
Pengetahuan baru buat saya!🤗

Secara keseluruhan, bahan bacaan yg baik untuk menjentik jiwa kembali kepada realiti dan menyusun atur hidup lebih baik untuk berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah👐🏻

4/5⭐
Profile Image for Aina Nadia.
16 reviews2 followers
September 19, 2020
Subhanallah so so many gems in this book! I remembered not feeling too much excitement to pick up this book before but i believe, Allah knows what is the right book i needed at times.

ALMOST COMPLETE.

Like what author said, she did not expected her book could answer all of reader’s inquiries but she hoped this book could motivates and inspire readers to improve life through searching the goals of life, understanding ourselves better, practicing good deeds slowly but surely, gaining parents blessings, do charity and sedekah, pray at night and many more.

This book is like a manual for Muslims in creating life goals. The messages are well direct and clear. Not much of a bunga bunga ayat like novels. The practicality of the tips given are doable insha Allah.

I relearn the concept of earn money not only by working with one daytime job. Kerja makan gaji, while aiming to be a milinioaire. Boleh. And many many more insha Allah.
Profile Image for Fatin Allen.
117 reviews36 followers
June 4, 2018
Tahniah atas penghasilan buku ini! Every time I went to the bookstore, I would just always look at this book and thought “Oh it’s another book from IMAN Publication.” Until one day, I decided to buy it and never regretted it since. Not your typical motivational book, I enjoyed the casual style and lightweight element. Honestly, I took some time to read it - one chapter a day. I usually finish books in one go or a few days. Liked the graphic illustrations. Somehow this book helped me in the process of growing up, adulting. Made me reflect on things I do, choices I make and dreams I have. It’s a wonder this book came at the point of my life where I’m stuck in a world I’m not comfortabe to be in. I was put in another perspective.
Profile Image for ila ♡ .
207 reviews5 followers
April 22, 2020
Dah lama sebenarnya aku berhajat nak baca buku Dr. Muharikah ni. Aku dah follow twitter Dr. Muharikah lebih setahun kot dan setiap tweet yang disampaikan berisi dan bermanfaat. Dan buku ni langsung tak mengecewakan. Aku suka dengan gambar-gambar rajah yang disertakan dalam setiap bab, ia membuat point-point yang dibuat lebih menarik dan tak buat aku hilang fokus. Gaya penulisannya simple dan santai tapi masih berbunyi profesional. Topik-topik yang dikupas sudah pernah aku baca dari buku-buku lain tapi it's nice untuk diingatkan berkali-kali. In terms of self help, buku ni berkesan untuk aku. Rasa bermotivasi untuk belajar lepas baca buku ni😂 Aku akan cuba untuk baca buku-buku lain tulisan Dr. Muharikah pulak.
Profile Image for Nurul Aisah.
4 reviews
March 9, 2022
Buku yang sangat menginspirasikan untuk terus kuat dan berjalan dilandasan yang baik agar dapat mengecapi kejayaan sama ada kejayaan di dunia mahupun akhirat. Buku yang memiliki langkah - langkah yang praktikal yang dapat pembaca aplikasikan di dalam kehidupan untuk mengecapi kejayaan. Buku ini juga memberi ruang kepada pembaca untuk bermuhasabah dengan kehidupan yang sedang dilaluinya atau kehidupan yang akan dilaluinya kerana buku ini membuka mata pembaca untuk merefleksi kembali sama ada pembaca sedang melalui kehidupan yang lebih baik atau pun kehidupan yang biasa - biasa saja. Buku yang amat baik supaya kita terus kuat berada dilandasan yang betul untuk mencapai kehidupan dan kejayaan yang baik di dunia dan di akhirat.
Profile Image for Faraa Musa.
46 reviews38 followers
December 30, 2019
Buku motivasi yang sangat realistik, berpandangan jauh dan praktikal dalam membantu aku melakar pelan kehidupan. Sangat-sangat sesuai buat mereka yg masih tercari-cari erti hidup, matlamat hidup, dan apa yg ingin dilakukan dalam hidup ini. Ada banyak tips yg berguna untuk kita merancang & mencapai cita-cita atau impian idaman. Apepun, cita-cita terbaik adalah yg mampu memberikan kebaikan kepada diri sendiri & org lain. Di dunia sini, dan dunia sana.
5 reviews
April 1, 2023
Highly recommended for people that feel lost in life or just want to be a better person but didn’t know where to start. This book will recommend u to go back to basic and guide u where to focus on. Compact, straight forward guide with some of the author own personal experience make the book easy to digest. Love it.
Profile Image for AreaMall.
6 reviews1 follower
April 26, 2019
Ini buku motivasi yg mudah difahami, Sesuai utk pelbagai lapisan umur, sapa sapa rasa hilang panduan,boleh simpan buku ini as reference.

Bab Putus Asa,Bab yang paling I fall in love with.Nak tau nape?You all kena baca.Trust me
Profile Image for thewayfarer11.
76 reviews17 followers
June 1, 2021
A book that keep you grounded to your root and intention!
Profile Image for NatalieMZ.
176 reviews6 followers
February 20, 2023
Lots of points to help you choose what to do with your life. Tips and how. And why you musnt give up.
Profile Image for Shahirah.
15 reviews3 followers
September 23, 2023
Hidup ini amat berharga, pilihlah jalan yang membahagiakan kita. Hidup kita hanya sementara, jangan laluinya dengan rasa terpaksa dan terseksa. Karya ‘Hidup Yang Aku Pilih’ daripada penulis @Muharikah ini merupakan sebuah karya motivasi yang sesuai untuk dibaca oleh setiap lapisan umur dan pelbagai latar belakang pendidikan kerana laras bahasa yang digunakan dapat difahami dengan mudah.

Seiring dewasa, kita seringkali dituntut untuk membuat pilihan. Pilihan itu pula pilihan besar yang akan mencorakkan kehidupan kita seterusnya. Kadangkala, kita buntu dan tidak tahu jalan terbaik yang mana harus dipilih. Di saat itu, kita harus mengakui kelemahan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan meminta petunjuk daripada Tuhan. Hidup bukanlah sekadar apa yang kita pilih tetapi apa yang kita pilih dan selari dengan syariat-Nya.

Kita tidak akan tahu sama ada pilihan kita itu terbaik ataupun tidak, selagi mana kita tidak membuat pilihan. Kita perlu berani untuk membuat pilihan dan bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang telah kita pilih. Kadangkala juga, jalan yang kita pilih itu tidak berhasil tetapi saya yakin tiada perkara yang terjadi dengan sia-sia. Sentiasa ada sejumlah makna dan pelajaran yang besar di sebaliknya.

Jika kita jatuh 7 kali, kita kena bangkit 8 kali. Jangan berputus asa dengan impian dan cita-cita sehinggalah sifat putus asa itu yang berputus asa dengan kita. Seseorang pernah berpesan pada saya “kita kena jelas ‘why’ kita di sini sebab fasa-fasa kehidupan kita akan berubah tapi ‘why’ kita yang kuat akan teguhkan kita di sini dengan izin-Nya.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
August 15, 2017
Buku ni sangat sesuai untuk remaja sek menengah hinggalah dewasa. Sebab tulisan yg tidak terlalu berat, tak berkerut2 nak faham apa penulis cuba sampaikan. Direct ayatnya. .

Apa mesej utama yg penulis nak sampaikan adlh dalam hidup ini kita punya banyak pilihan. Kita yg pilih untuk menjadi manusia biasa2 atau luarbiasa. Kita yg pilih untuk bahagia atau tidak. .

Yg lebih menarik penulis bukan sekadar memberikan motivasi menurut pengalaman dan ilmu beliau tetapi sarat dengan ayat AlQuran dan hadis yang menjadikan hati kita selaku pembaca seperti dipujuk-pujuk. Ditambah lagi dengan di penghujung setiap bab penulis ada berikan action plan dengan tajuk cuba ini! Penulis mencadangkan beberapa langkah yang boleh kita lakukan berdasarkan tajuk yang dibincangkan dalam bab tersebut. Ini yg paling saya suka. Sebab terkadang kita dah faham isu yg dibincgkan, dah sedar apa kesilapan diri, tp x tahu mcm mana nak mula, langkah apa patut kita ambil. Tapiiiii dengan baca buku ni, penulis dah bagi suggestion langkah dahhhhh. Wow! Tq kak Muharikah. .

Petik sikit kata kak Muharikah dalam ni. "Orng yg berjaya di akhirat, pasti adlh orng yg paling berjaya di dunia" .

So, nak tak nak kena berjaya kat dunia jugak dulu sebelum sampai pd kejayaan di akhirat. Dan, nak berjaya, kita tak boleh banyak kali salah buat pilihan. 😜 .

Ok. Selamat membaca kawan2! 😊 Selamat mengenal diri. Selamat mencorak diri. Selamat membuat pilihan.
147 reviews14 followers
August 13, 2018
Sesuai untuk yang masih mencari tujuan hidup dan kejayaan. Kalau masih bingung tak tahu nak buat apa dalam hidup eloklah baca. Bukunya ringan, bahasanya pun ringan. Pendek saja tak sampai sehari pun boleh habis.

Ada juga bahagian yang buat aku teringat pengisian bulatan gembira di universiti dulu. Meaning my brain is still good at retaining information. Which is great. 😆
December 4, 2018
Muharikah menggunakan bahasa yang senang dan mudah untuk difahami.
Satu buku motivasi yang sangat digalakkan untuk dibaca oleh segenap lapisan.
Muharikah menerangkan dengan jelas satu persatu tentang perjalanan hidup kita sebagai manusia.
Ya. Kita sebagai manusia seharusnya mempunyai perancangan hidup agar semua impian dan cita-cita kita tercapai.
Profile Image for N.Anadia.reads.
6 reviews
January 31, 2019
Setiap bab dikupas dengan sangat baik. Penerangan yang jelas tentang arah dan matlamat hidup sebagai manusia di dunia. Suka selak by topic mengikut mood dan keperluan semasa diri sendiri. Hehe. Recommended inshaAllah!
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.