Buku macam ni sangat sesuai pada orang yang suka travel. Banyak tips dan ilmu yang dikongsikan penulis seperti penggunaan tandas, mencari makanan halal, musim-musim di jepun, survival skill dan lain-lain.
Aku suka dengan cara pengurusan sampah di Jepun. Ia sama macam kita basuh pinggan mangkuk di singki dapur tu. Sampah macam botol kena bersihkan dulu, label2 yang ada kena tanggalkan, kotak minuman juga perlu dibersihkan kemudian digunting dan diratakan.
Penggunaan tandas yang sangat best dan bersih. Pengangkutan awam yang sangat sistematik. Di Jepun, berjalan kaki sesuatu yang sangat normal. Memang boleh turun berat badan... :)
Aku memang kosong pengetahuan tentang Jepun jadi belum buku ini. Walaupun dah banyak travel, kembara ke Jepun nampaknya berlainan amat - terutama bab makanan. Ada makanan yang rasanya boleh dimakan di Eropah tapi bila masuk Jepun, kena berjaga-jaga. Seronok baca kisah sejarah Jepun dan sebagainya. Mungkin buku ini terlalu banyak info, tapi rasanya itulah yang terbaik penulis boleh buat. Nak buat ringkas, nanti ada yang tertinggal.
Buku ini dibaca sebagai rujukan kami sekeluarga ketika di Jepun Syawal nanti. Susunatur buku yang informatif amat berguna untuk kami bergerak sendiri tanpa tourguide.
Buku panduan merancang pengembaraan di negara matahari terbit yang diselitkan dengan sejarah dan budaya negara dan bangsa Jepun.
Tips dan panduan merangkumi: ✅Musim yang sesuai untuk melancong ke Jepun - musim bunga dan luruh paling menarik tapi kalau hendak mendaki Gunung Fuji molek pergi semasa musim panas. ✅Jenis penginapan yang boleh dipertimbangkan - ryokan, hotel, hostel dan homestay ✅Aneka jenis pengangkutan - bas, keretapi, bullet train, kereta sewa, feri, etc. ✅Masjid, surau dan tempat yang sesuai untuk solat ✅Beberapa tempat makan Muslim friendly. ✅Tempat menarik untuk dilawati. ✅Membeli belah ✅Lain-lain - pertukaran wang, tips untuk memudahkan urusan imigresen, the dos and donts dan macam-macam lagi.
Penulis siap beri contoh itinerari 6H5M bagi program JJCM.
Walaupun ada maklumat yang lebih terkini yang dikemaskini di FB Group berkaitan mengembara di Jepun sepanjang masa, tetap juga berbaloi membaca buku ini kerana ada ceritanya yang tersendiri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku nih memang best giler, dari awal smapai akhir sapa yang tak tahu pasal bahasa jepun pun akan tahu selepas baca buku ni. Satu buku yang menarik sangat terperinci dan teliti, lengkap dengan segala informasi yang perlu kita tahu kalau kita nak melancong ke tanah matahari terbit atau jepun.
teringat baca buku nih dekat mana, dekat esentral sapa nak link nah saya letak kat sini enjoy semua!!
Penulisan yang amat baik dari susunan Bahasa dan maklumat tentang Negara Jepun yang befmanfaat. Juga sebagai pencetus rasa untuk kembali mengembara ke sana👍
Bagus buku ni. Banyak bagi tip macam mana nak melancong ke Jepun dan jaga adab2 dan etika tertentu. Kena rujuk balik buku ni bila ada peluang ke sana. 😊
Actually 4.5 ⭐ aku nak bagi. Aku suka sebab bagi aku apa yang disampaikan tersusun dan teratur. Aku senang nak faham. Terima kasih penulis banyak bagi ilmu 💐
Bagi para pencinta negara Jepun, buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan ketika mengembara di negara tersebut. Penulis juga ada menceritakan serba sedikit sejarah negara tersebut dan juga menekankan beberapa aspek penting supaya kita menjadi pengunjung atau tetamu yang dihormati serta tidak menggugat keselesaan tuan rumah ketika melancong.
Dan ingat! Melancong bukan sekadar jalan-jalan sahaja, belajar budaya negara tersebut. Kerana budaya Jepun disanjung tinggi di mata dunia.
Seriously recommending this book to those travelling to Japan especially Tokyo. RM25 well spent. It covers everything! japanese history and culture, guide to dressing up for the seasons, Halal food guide, points of interests and great advice for travellers. It even prepares an itinerary for you!!! If anyone knows the author please tell him I would have been lost without this book!