Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.
Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?
Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.
“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”
Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!
“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”
“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea
Talak akhirnya menjadi ‘hadiah’ bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya.
ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban.
“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” - Zakwan
Bagaimanapun, muncul seseorang yang sedia menyerahkan hatinya hanya untuk Hana seorang.
“Saya sukakan awak Hana. Bukan saja suka, malah saya sayangkan awak. Beri peluang pada saya untuk tinggal dalam hati awak?” - Armin
Kini, Hana ada 3 pilihan. ARMIN yang cuba memberi sinar harapan, Zakwan yang kesal akan dosa lampau, atau kehidupan solo yang sudah tentu memberi jaminan hatinya tidak akan dilukai lagi. Memberi hati kepada seseorang untuk dicintai adalah satu risiko. Sama ada dilukai, atau kekal dicintai sepanjang hayat. Tegarkah Hana membuat keputusan?
Saya dah rewrote this thing but goodreads website ada masalah saving hilang semua. 😭😭 Its never easy for me to form words to write, that is why most of the time I chose simple words, bila dah dapat buat dgn tersusun, goodreads pulak buat perangai.
Huh..jika baca kekadang rasa macam kasar tulisan saya. 😂😂 Maaflah.
Ok firstly saya amat menyampah dengan Zakwan yg terlalu melebihkan kawan, keluarganya dan juga kekasih gelapnya dari Hana dan Raiqal anaknya. Tak pernah dia ambil kisah melainkan perlukan sesuatu.
Hairankan bila seseorang dah berumur hampir 40 tahun dan mempunyai pekerjaan sebagai peguam masih tidak pandai mengendalikan hal rumahtangga dan hati sendiri. Yalah that is why org kata Cinta Itu Buta. Otak yg bijak pun boleh jadi dungu kerana mengikut nafsu. Lebih2 lagi bila setiap tindakan yg perlu di ambil mesti di usul dulu pada kakaknya yg perangai entah apa2. Sebab tu gelaran Adik Wan di sandang. Similar to gelaran anak mak.
Tanggungjawab? Dengan memberi RM400 kepada Hana setiap bulan. Lain2 expenses dari belanja dapur (where keluarga Zakwan selalu bertandang, menjamu selera dan memperhambakan Hana untuk jadi pengasuh pada anak2 mereka juga) to household bills, ingat cukup ke? Itu belum lagi masuk yuran sekolah Raiqal, childcare dan pengasuh. Nasiblah Hana ni bekerja juga untuk menampung kehidupan mereka.
Biasanya akan ada orang menasihati agar bersyukur sahajalah..at least dia beri juga. Ada lagi yg dapat treatment teruk dari ni. No disagreement here. Pendapat masing2. Bukan mata duitan tapi tengok cara suami lah macam mana dia melayan kita dan kemampuan dia. Dia berjolly sakan, Hana emotionally and mentally abused. Tak pernah merungut pun.
Rentetan peristiwa perceraian..Macam nak belasah je tu dua beradik termasuk Azrin. Amat menjengkelkan. Wei!!! Pinggan tak retak nasi tak dinginlah. Orang dah tak nak Hana pun tak ingin. Namun sebelum tu dia cuba juga mempertahankan mahligai yg dibina walaupun she was being ill treated. Sekurang2nya dia cuba.
Tapi bila Hana pula redha, Zakwan pula terngadah dengan penyesalan sejurus selepas cerai. Tak sampai seminit pun di lafazkan, penyesalan datang bertandang. Mulalah dia jadi gila talak. Tanpa sedar dia menyusahkan Hana dan Raiqal kerana si minah psiko jelita tu tak sudah2 menyerang, menghina, mencerca dan mengugut. Jika Zakwan dah rimas dgn perangai 'queen control' Azrin sampai di stalknya kemana Zakwan pergi apatah lagi Hana yg takde kena mengena dgn hubungan mereka lagi melainkan Raiqal. I like what happen later on.
Azrin sebenarnya janda yg jelita. Punyai dua orang anak dan pekerjaan yg baik juga. Pernah di curangi mungkin tekanan perasaan kut dia jadi begitu. Yg mengkhairankan, sanggup pula mengulangi sikap bekas suami yg di pandang keji sebelum ini. Kenapa kacau suami orang? Sebab suami orang goda dia. Kalau dia pernah rasa sakit di curangi ketahuilah suami orang tu akan buat benda yg sama juga. Lagi2 perangai dia benar2 buat kita sebagai pembaca pun rimas. Perampas tuduh haknya di rampas. 😏 Hek eleh. Sekali ku siku baru tahu.
Honestly perempuan begini jika ajak berunding buat mulut berbuih je..tak mkn saman. Especially the carpark incident. Report je polis. Tapi sebab di biarkan hampir diragut nyawa Raiqal. Tapi pengakhiran yg baik untuknya setelah Hana tarik kembali reportnya. Memang sajaklah Zakwan dan Azrin. Dua2 mengajar sesuatu.
Saya suka sangat dgn Raiqal. Cara dia jawab tulus hingga Zakwan rasa dia gagal menjadi seorang ayah dan suami yg baik dari awal perkahwinan hingga 8 tahun hubungan mereka suami isteri. Dia muhasabah diri dan akhirnya akur yg Armin mmg absolutely a better man than him.
Saya tak ceritakan kisah Armin dan Hana di sini bukan kerana kisah mereka sikit..in fact its major part of the story tapi saya lebih suka bercerita tentang watak antagonist dari watak protagonist. Sebab watak hero/heroin bagi saya menambah rencah dalam perjalanan story. Eh terbalik pulak? 🤔🤔 Saya mmg lain. Walaupun cliche watak2 mereka (antagonist vs protagonist) but its their baby steps in getting to know one another then proceeded to next destinations or goals in life that Im looking forward to. Asalkan happy ending dan penyesalan tu digarapkan dengan elok, I will definitely fall in love with the novel itself.
Kenapa buku ni underrated ye? Pengalaman membaca kali ni macam real betul.
Asyik cerita anak emak je kan, kali ni kisah perit bersuamikan seorang 'adik kakak'. Walaupun dah 30an, Zakwan masih tak ada pendirian hidup, semua nak minta approval kakaknya walaupun hal rumahtangga.
Hana bertahan sampailah satu tahap, diduakan. Aku suka sgt watak Hana sebab logik, sebab dia bertahan logik, sebab dia pergi pun sangat logik.
Watak watak manusia toksik dalam novel ni, Zakwan, Juriah, Azrin, Maklong semuanya real sgt ya. Kuatkan hati je nak baca sebab heroin dia bukan jenis lemah.
8 tahun Hana menjeruk rasa dengan sikap Zakwan, suaminya yang gemar melebihkan kakak-kakaknya da n sering dibuli. Malah, setiap kali perayaan dan majlis di sebelah keluarga Hana, ada saja alasan dan hal berkaitan keluarga Zakwan yang terpaksa didahulukan. Puncaknya, apabila Zakwan curang, Hana tak betah lagi untuk bertahan. Penceraian adalah jalannya. Pertemuan dengan Armin, jiran di rumah sewa barunya, ketika hati sedang luka, membuatkan Hana keliru Baginya, cukuplah sekali dia menghadapi pengalaman perit berumah tangga. Dan, Zakwan yang gila talak tak henti mengganggunya.
Sebuah kisah konflik rumah tangga yang begitu baik di bawah nukilan penulis. DI awal bab, dihidangkan dengan sikap Zakwan yang terlalu mengikut kata-kata kakaknya, sehingga mengabaikan perasaan Hana. Sikap suka mengungkit Zakwan juga menyakitkan hati. Patut pun kena tinggal.
Dapat dirasakan emosi Hana, ketabahan dan kesabaran Hana melayan kerenag ipar duai, dan menjeruk rasa dengan sikap Zakwan. Lepas bercerai pun kena kacau lagi, memang rasa nak hempuk je Zakwan ni.
Saya berpuas hati dengan olahan penulis, emosi setiap watak yang begitu membekas, konflik yang digarap sebaiknya dan pelerainya yang sewajarnya untuk setiap watak. Tidak berbelit dan dengan ayat yang santai, walaupun konflik agak berat tapi masih mampu memikat pembaca.
Seperti tajuknya, ada bahagia yang tertangguh menanti buat Hana.
Zakwan gila talak selepas bercerai dengan Hana. Rasa menyesal melepaskan Hana dan pada masa yang sama merasa rimas dengan sikap Azrin.
Azrin seorang janda juga. Patut dia lebih tahu sebab dah pernah alami rasa sakitnya bila suami curang. Tapi sebab bongkak dan rasa bangga dapat menawan Zakwan.
To me Zakwan seorang peguam tak layak jadi suami. Semua benda dia berkira. Gelaran Adik Wan itu memang elok benar untuk dirinya yang dok melekap je dengan kakaknya.
8 tahun Hana kena buli dengan keluarga Zakwan. Berangan je Zakwan tu bila ajak Hana rujuk. Padan lah muka Hana tolak mentah². Dah ludah takan nak jilat balik.
Bila Allah tarik sesuatu dari kita, tandanya kita akan dapat yang lebih baik.
Jodoh hana kali ke2 Armin seorang yang baik budi pekerti malah family Armin jua amat menyenangi Hana. If F, memang takan lepas laki sebaik Armin.
Kesian Hana, 8 thn menjeruk rasa dan rela diperkotak-katikkan ipar duai demi mentaati sang suami. Apa pun nasib Hana masih baik, cuma 8 tahun. Ada yg terpaksa melaluinya berbelas malah berpuluh tahun! Membaca bab 1-7, rasa macam penulis sdg interview saya dan menulis kisah saya ke dalam novel beliau. Tak tau mcm mana nak describe perasaan sendiri masa tu — nak sedih ke nak happy?
Sedih sbb semuanya seakan nostalgia sgt. Dibuli ipar duai, tak dpt beraya dgn mak, rindu rumah sendiri sbb setiap hujung minggu kena balik rumah mentua. Weekdays sibuk kerja. Bayar sewa rumah tiap2 bulan cuma utk bermalam setiap hari lepas balik kerja. Suami anak bongsu. Masih belum punya pendirian dan sgt terpengaruh dgn kata2 keluarga yg terlalu bias dgn keluarga menantu. Jujur, baca BYT ni mcm baca kisah sendiri. Semuanya fakta bukan fiktif semata. Kalau ada penulis di depan saya, mahu rasanya saya salam & peluk cium penulis sbb sudah berjaya menyentuh saya dgn tulisan beliau ke dasar hati paling dalam.
Penulis menulis dgn baik sekali. Ayat mudah faham. Plot kemas tersusun. Mcm biasa, hero2 novel Melayu semuanya dgn kerjaya bagus2 (lawyer, engineer, pilot etc.) — penting buat membuai perasaan pembaca wanita khususnya barangkali ?
Sesekali ketawa dgn watak Hana yg kdg2 kelako & suka jump into conclusions — driver lori la, bunyi enjin kereta mcm kuda terbatuk la hahah
Tersentuh dgn Hajah Zaleha yg melayan Hana spt anak sendiri, Ya Allah... wujudkah figura seorg mentua yg sgt baik spt Hajah Zaleha di muka bumi ni? — yet another story or watak yg sgt membuai perasaan wanita yg dahaga kasih syg sang mentua.
salah satu ciri sebuah novel yang bagus ialah emosi. emosi yang ada dapat dirasai oleh pembaca. Bahagia Yang Tertangguh, Hana yang seringkali dibuli oleh kakak-kakak zakwan. zakwan pula, bukanlah suami yang baik. sakit hati akak ooittt baca buku nih. tak gila namanya bila isteri disuruh bayar sewa rumah pada suami, walhal pendahuluan rumah isteri yang keluar duit. tak menyirap darah bila 8 tahun berkahwin, asyik pulang ke kampung suami untuk berhari raya? tak sakit hati baca bila nak tunjuk tak takut isteri maka isteri harus dimarah depan adik beradik ipar duai? dah la tu, berkira sangat-sangat. tambah sawan bila main kayu tiga dan mengatakan curang tu hak dia sebagai suami! elok digelek steamroll berkali-kali kalau suami macam ni....
ya, penulis Rissa Ahdiya memang berjaya merobek hati pembaca. kalau korang tak sama rasa kesedihan dan keparahan hati Hana, akak tak taulah nak kata apa. kesabaran isteri ada hadnya dan bila Hana tegak berdiri memperjuangkan hak diri sendiri, akak pun sama hoyeayy!!.. dan jumpa pula armin yang sangat menyenangkan dalam masa yang sama boleh tahan sengal, apa lagi Hana nak tunggu, ye tak?.. setiap watak yang ada sangat-sangat membantu mencantikkan jalan cerita dan olahan puan penulis juga sedap di baca. kesedihan takkan lama berlarutan. kepayahan takkan panjang berterusan. akan ada sinar selagi yakin dengan ketentuan olehNya...
Best...pd mulanya geram dgn sikap Hana yg byk sgt mengalah dgn ipar duai Dan zakwan..mujur mereka bercerai...datang si Armin yg membahgiakn Hana Dan raiqal...sian abang firash yg masih setia...best Dan puas hati..tahniah..
#jom firash u dgn alia..jgn harap Hana yg x sudi...hihi..tp mulut mak long la yg but abang firash xlaku
#sk bila Armin jelous dgn abg firash..acah2 garang kan..hihi
Macam macam rasa masa baca naskah ini, geram, sakit hati, sedih dan gembira. mula mula cerita geram dan sakit hati sangat dengan Zakwan.. Sampai hati Zakwan layan hana sebegitu rupa. Sampaikan rumah pun berkira suruh bayar sewa sedangkan pendahuluan beli rumah hana yang bayarkan. Zakwan cuma bayar bulanan sahaja. Paling menyakitkan hati bila tertangkap zakwan curang boleh pula dia cakap curang tu hak dia.. 8 tahun hidup bersama zakwan, terlalu banyak perkara yang buat hana menjeruk rasa. Zakwan yang curang dia suruh hana pula yang buat permohonan untuk bercerai di mahkamah.
Lega rasanya bila zakwan dan hana bercerai, puas hati. Walaupun pada awalnya hana cuba menyelamatkan rumahtangganya dengan merayu kepada azrin supaya tinggalkan zakwan demi anak mereka yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Tetapi azrin angkuh dia tidak mahu, dia juga cakap anak anaknya juga perlukan kasih sayang seorang ayah.
Bila dah bercerai hidup sendiri baru tahu yang mana intan yang mana permata. Dan rupa orang gila talak pula pujuk hana untuk rujuk semula. Alasannya kesian dekat anak.
Aduh rasa jatuh hati pula dengan watak armin. Bila masuk cerita bab hana dan armin rasa susah pula nak letak.. sanggup tido lewat nak habiskan juga sebab nak tau kesudahan cerita.. sweet je armin ni.
Apa pun cerita ni best dan elok teratur dia punya storyline. Xde part yang rasa nak skip pun. Tahniah buat penulis.👍🏻👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Biasa kita dengar anak emak.. kali ni adek kakak.. sesuatu yang baru untuk diketangahkan.
Zakwan seorang peguam yang masih "adik kakak" walaupun umur dah masuk 3 siri. Tak reti nak buat keputusan sendiri.. semua benda nak dirujuk kakak-kakaknya. Suami yang kedekut pada anak isteri yang berkira dengan rezeki setia bulan.. stress aku... suami yang tidak melindung keluarga kecil nye.
Nurin Hana yang sabar bersuamikan Zakwan yang bakor darah .. bertahan dengan perangai adik kakak Zakwan.. sentiasa dibuli oleh keluarga zakwan dan akhirnya di JANDA kan oleh zakwan demi cinta baru zakwan pada seroang janda Azrin Sofea.
Azrin Sofea aka Kak Tipah Kerani janda anak 2 .. bergelar janda sebba suami ada skandal dengan setiasausahanye sendiri.. janda yang ..hhhmmm malas nak citer pasal perempuan mentel ni
Armin Zaharin Sacchio Bin Bin Datuk Haji Hassan seorang "Driver" pada awal pekenalannya dengan Hana. dikondominium tempat hana tinggal selepas di cerai Zakwan..
Kali pertama sy baca buku penulis ini dan BYT merupakan buku kedua beliau dibawah Karyaseni. Sy suka dengan storyline BYT ni sebab utamanya adalah perkataan "adik kakak". Selalu kita dihidangkan dengan novel yg berunsurkan si suami anak emak, namun kali ni author sajikan peminat dunia novel dengan si suami adik kakak.
Gila tabah si Hana ni selama 8 tahun setia jadi babu keluarga Zakwan. Si Zakwan ni pun sama jugak macam lembu dicucuk hidung ikut je cakap kak Juriah dia. Geram pulak rasanya. Agaknya kalau kak Juriah suruh Zakwan makan t**i pun dia makan agaknya. Bila dorang dah cerai, oi oi ramainya kumbang nak mengorat Hana. Si Zakwan sendiri pun dh jadi gila talak nak rujuk balik dgn Hana. Tapi memang puas hati dengan ending sebab Zakwan tu melopong je. Haruslah sebabnya si Azrin dia tak dapat, Hana lagilah langsung tak pandang dia. Cuma kak Juriah tu je macam tak puas hati sikit sebab dia tak dapat balasan atas mulut jahat dia kat Hana.
Punyalah lama aku peram buku ni. Kononnya tak sanggup nak baca kisah menyakitkan hati. Dan betullah. Baru baca bab pertama je, dah buat aku hangin satu badan, rasa nak terajang si mangkuk hayun Zakwan ni. .
Selama 8 tahun, Hana memendam rasa dengan kelakuan Zakwan yang merupakan 'adik kakak'. Disebabkan maknya dah lama meninggal, maka si kakak yang berperanan sebagai mak. Jadi Zakwan sangat menghormati kakaknya. .
Tapi, Hana yang menjadi mangsa. Setiap weekend, mesti dorang kena bergilir berkumpul di rumah Hana atau kakak Zakwan. Tapi, setiap kali berkumpul, Hana yang kena masak. Weh, orang nak rehat waktu weekend, tapi kena buli pulak. Nafkah setiap bulan ialah RM400 ya. Meliputi belanja dapur dan belanja si anak. .
Dan setiap kali raya, wajib berkumpul di rumah kakak Zakwan. Takde sistem giliran. Bila selepas 8 tahun, Hana nak balik raya rumah dia, Zakwan boleh pulak pergi discuss ngan kakaknya. Weh dasar tak guna suami camni. .
Sehinggalah terbongkar kecurangan Zakwan. Maka inilah jalan keluar untuk Hana. Lepas cerai, memang kehidupan Hana bahagia. Masa ni la, dia jumpa Armin. .
Overall, aku suka. Berbanding dengan buku RA yang lain, aku rasa buku ni, tidaklah terlalu menjerut rasa. Bahagian awal buku je yang sakit hati. Tapi sikit je la. Lepas tu, bahagia yang tertangguh la katakan. Part Zakwan gila talak pun, takdelah menyakitkan hati sangat.
Kuatnya seorang yang bernama Hana . Walaupun Zakwan yang bagi aku sangat tidak layak untuk dipanggil suami dan ayah . Armin yang tenang dan setia menunggu Hana . Karya yang sangat menyentuh hatiku . Seandainya aku yang berada di tempat Hana , aku sendiri tidak tahu adakah aku mampu jadi sekuat Hanna . Tahniah RA. Karya anda sentiasa terkesan di hati .
So far, she is my favorite novelist. Always on the look out for her new novel. Good story line, a mix of family and love conflict, not too heavy, easy to digest, good ending. You want to re read the novel once you finish reading it. For keeps definitely
cerita yang sedih pada mulanya tp memberi sinar harapan pd pengakhiran cerita. x mudah untuk memberikan peluang kedua kpd mereka yang mengkhianati kite tp sekiranya layak gunakan lh sebaiknya mustahil utk meraih peluang yang ketiga @ seterusnya...
Hana bersuamikan Zakwan hampir 8 tahun. Mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 5 tahun. Zakwan anak bongsu. Dia dijaga dan dibesarkan oleh kakak sulungnya, Juriah. Dia taat pada kak Juriah seperti taatnya anak pada ibunya. Maka setiap perkara dia akan rujuk pada kak Juriah. Setiap kata² kakaknya dipatuhi. Hana seperti orang gaji pada keluarga Zakwan.
Tanpa pengetahuan Hana, Zakwan bercinta dengan bekas kekasihnya dulu. Janda anak dua, Azrin. Hampir setahun lebih. Rahsia terbongkar apabila, telefon Zakwan berdering ketika Raiqal sedang bermain game. Hana menjawab panggilan tersebut dan dia dengar suara wanita memanggil Zakwan dengan manja. Zakwan mengakui yang dia sedang menjalinkan hubungan dengan Azrin. Akhirnya, Zakwan melafazkan talak ke atas Hana.
Armin adalah jiran satu blok kondominium yang diduduki oleh Hana kini. Armin duduk di tingkat 9 manakala Hana di tingkat 8. Mereka terserempak. Armin menegur Raiqal pada mulanya. Saat Armin terpandang Hana, dia jatuh suka. Tapi kehendaknya ditahan kerana dia menyangka yang Hana isteri orang. Sebenarnya, Armin pernah bertemu dengan Hana di Putrajaya. Ketika ini Hana berhentikan kereta di tepi jalan dan sedang menangis. Hana tidak dapat menahan keperitan yang dialaminya. Perjumpaan dengan Azrin agar menjauhi Zakwan tidak berjaya. Armin memberhentikan kereta beberapa meter di hadapan kereta Hana. Armin mengetuk kereta Hana untuk bertanya jika Hana perlukan bantuan.
Setelah beberapa bulan bercerai, Zakwan merasa hidupnya tidak terurus. Dia berasa sepi apabila pulang ke rumah. Tiada lagi suara Hana dan Raiqal. Zakwan tidak lagi kerap berjumpa dengan Azrin. Perangai Azrin kini membuatkan Zakwan bosan. Atas alasan Raiqal, Zakwan cuba memujuk Hana kembali menjadi isterinya. Azrin sedar yang Zakwan kini mengejar Hana. Maka, Azrin mengugut Hana. Hampir sahaja nyawa Raiqal melayang. Kemunculan Armin di wad Raiqal menyelamatkan keadaan.
Armin ada meluahkan perasaannya pada Hana. Tapi Hana takut perkara yang sama akan berulang jika dia berkahwin semula. Namun, sikap dan keperihatinan Armin terhadap Raiqal dan dirinya telah mengubah persepsi Hana. Hana dengan reda menerima Armin. Akhirnya mereka bertunang dan dalam 2 minggu kemudian mereka bernikah. Armin berjanji akan berusaha membahagiakan Hana dan tidak mahu Hana sedih lagi.
Armin Zaharin Sacchio Bin Datuk Haji Hassan Sacchio, 35 tahun, bujang, juruterbang kapal terbang komersial.
Nurin Hana Binti Ismail, 32 tahun, janda anak satu, landskap arkitek.