Senyuman Epi semakin lebar, gosokan tangannya semakin deras. Impiannya untuk memiliki Boh Biru, dia percaya, akan tertunai malam ini.
"Ya abe kakok, Boh Biru ni kito jual hargo 20 ringgit. Tapi supo kito royak tadi - ado syaratnya..."
Boh Biru adalah minyak wangi. Tapi bukan sebarang minyak wangi. Untuk Epi, ia haruman syurga yang dapat memikat gadis idamannya, Bella. Tapi hidup selalunya menyediakan asfal di jalan ke kiri dan belukar berduri di jalan ke kanan. Dan kita harus ke kanan...
Dendam dan bra. Gadis berambut biru. Pembunuh bersiri. Sistem teater rumah yang hanya memasang lagu Jepun. Cerita-cerita Syafiq Ghazali meraikan semangat Kelantan melalui kaca mata pulp yang bittersweet dan menyegarkan.
Buku kumpulan cerpen Bahagia Di dalam Balang Kaca adalah sisi penulisan SG yang sangat sopan dan baik. Ia seperti gadis yang tertunduk malu apabila dipandang oleh jasad lain kerana kecantikannya. Manakala Debu Bidadari ini pula adalah satu sisi yang sebaliknya. Ia seperti memberontak atas kejamnya aturan dunia yang sepatutnya tidak sebegitu (contoh).
SG memang suka membuat cerpen-cerpennya yang punyai watak yang unclear morality-nya dan yang punyai unsur-unsur seksualiti tapi masih berlapik.
Ya aku terpaksa bersetuju dengan Arep yang mengatakan bahawa kebanyakan cerpen di dalam naskah ini antiklimaks. Apabila setiap jalan cerita bertemu dengan konflik, ia akan terus melompat ke ending atau pun ia seperti berlegar-legar setelah jumpa destinasinya tapi masih mencari tempat yang sesuai untuk berhenti. Tapi aku tidak menafikan, cerpen-cerpennya masih sedap dibaca. Cuma aku rasa sakit hati dengan pengakhiran beberapa (banyak) tidak punyai penyudah yang baik. Kau seperti ingin mencarut dan ambil pen lalu sambung beberapa perenggan untuk memberikan pengakhiran yang kau mahukan.
Jalan cerita setiap kisah, ibarat kau sedang bergosip dengan kawan kau di sebuah mall tentang crush korang tapi dipotong dengan pertanyaan nak makan apa dan makan kat mana sebelum cerita tadi akan bersambung semula. Hurmm sangat~
Kota Bharu, ekspresinya mengenai perempuan, tubuh, seks, dan beberapa lagi benda kau akan kerap temui di dalam buku ni. Cerpen-cerpennya juga, boleh tahan celaka panjangnya. Tercunggap-cunggap juga nak cari helaian penamat untuk kisah yang aku tak suka~
Apa-apa pun, aku lagi suka Debu Bidadari ini berbanding BDBK. Sebab dalam naskah ni, ada beberapa buah cerpen yang masih aku ingat dan suka berbanding buku BDBK yang mana hampir semua cerpennya tidak berteman dengan ingatanku.
Korang tak nak cuba ke? Cubalah. Tapi risiko tanggung sendiri kalau tak suka~ (tapi ramai jek yang suka buku ni.)
Debu Bidadari ialah sebuah neo-noir Kelantan. Antara cerpen-cerpen yang saya suka termasuk Boksing, Boh Biru, Ngilu Fanton, Bra Na, Orang-Orang Kuala Lumpur, dan juga Debu Bidadari sendiri.
Saya sukakan pembawakan cerita Boksing, tetapi penutupnya terlalu ringkas. Boh Biru cerita melankoli seorang anak Kelate yang gagal mendapatkan parfum idamannya. Ngilu Fantom membawa satu thrill yang tak wujud dalam cerita-cerita biasa. Bra Na sebuah kisah lucu. Orang-Orang Kuala Lumpur juga seperti mengetengahkan perkara yang sama. Debu Bidadari terasa seperti pasca-moden (atau mungkin aku yang suka memakai terma ini secara longgar?)
Sebelum ini cuma pernah baca satu saja cerpen karya penulis di Superfiksyen. No high expectation, cuma judul buku sedikit menarik perhatian saya (yang kemudiannya saya baru tersedar, Debu Bidadari is actually not about 'someone').
Ia lain daripada yang lain. Menarik. Tiada plot twist yang biasa saya jumpa, tiada hal-hal misteri yang turn the story upside down. Ia cuma hal-hal biasa dan harian-- yang merunsingkan fikiran, kisah lama yang datang semula dalam bentuk ingatan yang tak boleh dilupakan. Perjalanan kisah tiap satunya sangat simple, cuma pada satu point, fascinating dan buat saya mahu terus baca walaupun dengan ending yang begitu-begitu saja (dan kadang-kadang geram juga).
Banyak yang saya suka-- mungkin 11 daripada 12 cerpen (yang betul-betul menarik hati saya). Cerita-cerita tentang masa lalu-- Cerita Bosan Yang Kukisah Pada Kekasih, Shamus dan Eksposisi antara paling saya gemar. Kisah-kisah yang masih saya ingat. Shamus dan Eksposisi terutamanya-- well written. Kisah yang seperti tiada apa-apa, barangkali cuma cerita masa lalu atau hal dalam hati yang tersimpan lama.
This book takes me far away from my usual read. Hal baru yang menyenangkan. Love it!
KUTU FIKSYEN tanpa buku Syafiq G di rak bacaan mereka yang "tersergam huduh macam setan" itu tak layak menggelarkan diri mereka kutu sebab bukunya yang terbaru, yang sedang bertebaran di pasaran sekarang (beserta 7 lagi adik-beradik buku Roman beliau yang sedap), merupakan aditif atau pil gian dengan julukan nama manja: Debu Bidadari, adalah angel dust adalah benda-benda substance dengan risiko kesan sampingan Triple-S: syok, shock dan sweet.
Dan sedari cerita pertama sahaja yakni Boksing - impian masa kecil saya untuk membukukan cerita-cerita raksasa telah terpadam hangus kerana buat 100 atau 1000 tahun mendatang kita tak akan dapat membaca cerita fasal raksasa sebagus dan sesedap macam yang Syafiq bagi. Itu baru raksasa pertama yang kita jumpa, yang sedang terdampar kekenyangan, dan raksasa-raksasa lain yang akan datang mengelar tengkuk kita pula mungkin hadir dalam jelmaan coli atau minyak wangi atau sistem audio atau pil kuda atau -
Seorang jenderal pernah berkata, "Berikan aku sepuluh orang Syafiq G, akan kugoncang kesusasteraan malaysia!" (Ok, aku dah angkat bakul kau tinggi-tinggi ni syafiq)
Kerana Kelantan terlalu jauh dari aku, aku kira Syafiq Ghazali berjaya mendekatkannya melalui kumpulan cerpen keduanya ini. Aku melihat Kelantan melalui kaca matanya yang sarat kabus noir. Aku gemar dengan “Bra Na” dan “Sistem Teater Rumah” kerana telah beri kesan yang melegakan (yang ditanam dalam hopelessness) pascabaca. Aku gemar dengan “Shamus” kerana jalan penceritaannya yang lebih bagus daripada “Siapa Bunuh Keluangman?” (antara cerpen Syafiq yang paling aku gemar hingga kini) walaupun tidaklah terlalu pekat nuansa noirnya. Dan aku gemar dengan “Debu Bidadari” kerana penamatnya. Dan aku kira inilah penamat terbaik daripada cerpen-cerpen lain dalam buku ini (kerana penamat-penamat lain banyak yang ‘potong’ dan ‘tidak sampai’). Penamat “Debu Bidadari” berjaya hentikan hidup aku untuk beberapa detik; buat aku beri tafsiran semula kepada keseluruhan cerpen. Barangkali kepada keseluruhan naskhah ini.
Buku ini hampir telanjang tapi masih ada segan segan nya dek kerana susunan bahasa. aku perasan semuanya sebenarnya berpusat pada obsesi terhadap perempuan kecuali beberap kisah penyiasatan(?) dan debu bidadari sendiri ( ironi bukan?) .
Bahasa yang lari dari kesusilaan, simile dan metafora yang luar norma, melankolia serta kisah kisah y dihidangkan berjaya buat celaka yang aku rasa seminggu dua ni hilang.Syabas Syafiq ghazali kahkah
Puas. Ini terlahir apabila helaian terakhir Debu Bidadari saya habiskan. Syafiq Ghazali ternyata step up his fucking game dalam liga penulis-penulis cerpen yang sedia ada di dalam industri tempatan.
Berbeza sekali perjalanan cerita-cerita pendek di dalam Debu Bidadari nukilan penulis daripada karya-karya-nya yang lain. Cerita yang disampaikan begitu celupar, kurang ajar dan lebih tajam (in a very fucking good way) berbanding olahan di dalam naskah lepasnya. Saya rasakan seperti penulis melepas geram, membentak, dan melakukan sedikit rusuhan dalam membentuk kisah-kisahnya. Bayangkan seperti seorang banduan yang lepas geram kerana terdampar dan terperosok di dalam lubang sel walhal sebenarnya dia tidak bersalah dan dikhianati.
Bait perkataan yang lari dari kesopanan dan kesusilaan, penulis menampakkan segala macam kejahatan di dalam cerpen/kisahnya dengan sebebas mungkin. Persetankan segala nilai positif, persetankan akhlak dan juga selendang suci kerana apa yang dipersembahkan sememangnya sebuah cerminan manusia/kita sendiri. Come on, siapa je yang nak baca kisah suci murni sang kancil melompat sambil makan buah rambutan?
Sisi jahat dan nakal penulis juga boleh kita nampak bilamana dia dengan tidak bersalah menjahanamkan beberapa watak dengan dakwat hitam tetapi itu masih berlegar di dalam cermin realiti. Sinis dan sarkastik terhadap latar belakang tempat/watak-watak.
Boleh saya simpulkan penulis kini telah bertukar menjadi Hang Jebat yang tanpa kompromi menghunuskan keris miliknya dalam bertarung demi menegakkan sesuatu yang rasional. Penulis kini bukan lagi Hang Tuah yang hanya menyanjung dan menyembah Sultan-nya dengan membabi-hutan-buta. This is awesome dude, really... *insert emoji bom yang hampir meletus*
Terima kasih Syafiq Ghazali, terima kasih Roman Buku di atas dadah yang cukup mengenyangkan ini. Muah ciked!
Kelakar apabila Debu Bidadari diletakkan di akhir sekali turutan cerpen dan ia berkisarkan pasal dadah. Seolah-olah memberi gambaran kepada perjalanan cerpen dalam Debu Bidadari yang begiti pekat nuansa noir yang dimilikinya. Ah, lalok!
Kebanyakan cerita ada penamat anti-klimaks yang buat saya tertanya tujuan dibuat begitu. Macam tak berapa nampak keperluannya. Tapi ada beberapa cerita yang best:
- Tikus-Tikus Kota - Ngilu Fantom - Cerita Bosan Yang Kukisah Pada Bekas Kekasih - Shamus - Eksposisi
Tapi kena berterima kasih kepada Syafiq Ghazali juga atas buku ini. Jujur cakap, ini kali pertama saya baca koleksi cerpen. Tertarik sebab mengisahkan sisi gelap negeri Kelantan. Walaupun ada kelemahan yang saya telah sebutkan, tapi masih seronok sebab bacaan jadi laju.
Ini buku terbitan Roman yang kedua saya baca sebenarnya. Secara peribadi, buku mereka menepati selera bacaan yang saya selalu dapat dari sastera moden Jepun dan Korea.
Bila dapat baca cerita vibe sama dari penulis tempatan, rasa teruja itu ada.
I hope Roman Buku will be more recognized in the future. Mungkin seterusnya akan baca Manusia Sepi Tempatnya Di Bulan pula. 🤣
Aku mungkin baru dalam membaca, apatah lagi mahu menilai karya orang lain. Mungkin awal pembacaan cerpen aku dihidangkan dengan karya SN, FT dan aku baru berjinak-jinak untuk membaca karya-karya fiksi. Bagi aku ke semua cerpen ada kekuatan tersendiri, dari boksing sehingga ke debu bidadari. 'Debu Bidadari' antara yang aku gemari kerana sinisnya dan penamatnya. Lain-lain cerpen kebanyakkannya anti-klimaks cukup untuk buat kita fikir apa pengakhirannya. Cerpen 'Orang Kuala Lumpur' bagi aku satu idea yang baik. Kalaulah diceritakan lebih mendalam tentang kehidupan orang Kota Bharu, mungkin lebih menarik.
Buat saya yang membesar di Kelantan, kumpulan cerpen ini jujurnya mengujakan. Saya faham kenapa orang suka berkumpul lepak di pagar airport dan gadis tipikal rempit yang senang diayat dan mudah dibawa ke ranjang juga bagaimana seorang jurual menguasai ruang dalam Boh Biru. Ia buat saya tersenyum sendiri. Kontektual Kelantan dalam Debu Bidadari mungkin seimbang- ada cerpen hanya ditempelkan nama dan latar tempat tapi tidak menampakan signifikan yang tertentu kepada budaya di Kelantan dan ada sebaliknya(seperti yang saya gambarkan dipermulaan reviu). Ia sebuah kumpulan cerpen terbaik penah saya baca. Cerpen kegemaran: Eksposisi dan Shamus.
Aku sebenarnya senang sekali apabila membaca naskah yang mengangkat scene lokal yang selain dari Kuala Lumpur. Syafiq memaparkan kehidupan masyarakat berdasarkan latar negeri Kelantan, antara latar yang susah untuk dijumpai pada novel-novel lain.
Sebagaimana Pipiyapong dan Norhisham Mohamad mengangkat Kuala Lipis, Jorji dengan scene Seremban dan tidak lupa Asmar Shah dengan latar Sabah, Syafiq nampak tidak mempunyai masalah untuk menggunakan sepenuhnya tema Kelantan tapi dalam flavour-nya yang tersendiri.
Kompilasi cerpen yang sedap dibaca seperti buku-buku lain dibawah naungan Roman.
bagi saya ada beberapa buah cerpen yang menarik perhatian dan menunjukkan pemikiran tinggi pengarang dalam berkarya. syafiq pandai menyusun alur cerita dan "mencangkuk" khalayak untuk menghabiskan pembacaan. selain itu, bagi saya cerpen lain patut dijadikan judul buku ini kerana memperlihatkan tahap yang lebih tinggi berbanding "debu bidadari".
4.5. Cerpen bahasa melayu terbaik aku pernah baca setakat ni. Straightforward dan mudah faham. Cuma banyak juga kesalahan ejaan dan kata nama yang tak seragam macam 'ibu' dan 'mama', 'aku' dan 'saya'.
Cerpen pilihan: Bra Na, Sistem Teater Rumah, Ngilu Fantom, Kisah Bosan yang Kuceritakan Pada Bekas Kekasih, Shamus.
Jauh lebih baik daripada Jahat. Di dalam Debu Bidadari, Syafiq seperti telah mengukuhkan gaya kepengarangannya. Tema noir dan menyingkap sisi Kelantan yang sebelum ini kita biasa tonton dalam filem seperti Bunohan, Budak Kelantan dan Jogho seperti membawa satu nafas baru dalam ranah susastera malaya.
Ada cerpen yang terlalu panjang dan sederhana saja tapi keseluruhannya sangat bagus. Gaya penulisan begini sangat aku gemar trutamanya pada cerita Boh Biru, Orang Kuala Lumpur dan Debu Bidadari. Paling aku suka ialah Bra Na.
Sebenrnya aku mengharapkan lebih banyak cerpen macam Bra Na tu.
Typo banyak. Ada beberapa cerpen macam terburu-buru disiapkan. Untuk cerita, boleh lah layan. Tidak terlalu wow, tidak juga terlalu hambar. Boleh baca.