Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tinju & Peluru

Rate this book
Setiap tumbukannya guntur, dan daripada bunyinya aku tahu lelaki seberat dua ratus pound itu benar-benar keberangan. Gergasi yang mengamuk. Ini bukan sesuatu yang kau mahu lihat dalam sukan tinju. Ini satu pembunuhan.

Keras menuju terus ke sanubari. Cerita-cerita Johan Radzi adalah tentang orang biasa, kau dan aku, yang bergelumang dalam kehidupan dunia, di meja mamak, di gelanggang kelahi, di bawah matahari yang membakar kulit dan minda, bukan di dalam fantasi rumah agam dan kereta mewah.

196 pages, Paperback

First published March 7, 2017

4 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Johan Radzi

8 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (15%)
4 stars
23 (44%)
3 stars
19 (36%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
June 18, 2018
Tinju & Peluru merupakan kompilasi cerita pendek yang banyak menekankan momen-momen kecil di sekeliling yang jarang sekali kita titikberatkan. Terpukul juga dibuatnya. Kita selalu saja sibuk dengan hal-hal besar, sampai melupakan hal-hal yang kecil, walhal yang kecil, yang kita rasa biasa itulah yang kadang kadang lebih memaknai kehidupan kita. Antara cerpen yang aku sangat suka dalam Tinju & Peluru:

1. Hal Tiga Ekor Itik di Hujung Tasik: Momen momen insomnia si protagonis selepas berjumpa Anita.
2. Perbualan di Ulu Tamu: Hal cinta dan perkahwinan yang menyesakkan.
3. Si Pengedar Muda: Semoga kamu bahagia di sana, Mustafa.

Antara buku lokal padu dan kemas yang aku pernah baca. Tahniah, Johan Radzi. Jangan berhenti menulis! Rating sebenar aku: 4.2/5 bintang.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
August 26, 2017
3.7 untuk kumpulan cerita pertama Johan Radzi ini.

Aku mula membaca tulisan JR di jalantelawi.com yang pada ketika itu aku jumpa laman web itu ketika aku berjogging di jalan telawi dan ingin mengetahui port menarik di sekitarnya lalau menggugel dan jumpa web itu. Pada mulanya aku sangkakan JR sudah berumur 30 an kerana pada aku tulisannya, matang. Selepas mencari maklumat tentang beliau barulah kutahu beliau baru 20an. Malah kerana tulisannya di JT itu juga membuatkan aku menghantar cerpen ke situ dan tersiar.

Saya pernah dengar dari orang DBP yang mengatakan cerpen Perempuan Yang Pulang ke Lautan asalnya dihantar ke DS tetapi telah dipassing kepada Tunas Cipta, mungkin kerana penulisnya masih muda. Saya fikir, penyiaran karya cerpen di DS sekarang tidak lagi begitu kerana sudah mula ada cerpenis muda yang bagus tersiar cerpen mereka di DS.

Boleh dikatakan semua cerpen dalam Tinju Peluru ini memuaskan. Beberapa cerpen telah aku baca dulu sebelum ni yang tersiar di beberapa media cetak/elektronik.

Seperti kata kebanyakan rebiu, naskah ini mengangkat kisah2 kecil. Ada juga perihal dendam (digambarkan dengan begitu baik dalam cerpen Kesumat) ada juga perihal anak muda seperti terakam dalam Apa apa Di Penang.

Cerpen kontotnya, ATM dan sebuah lagi ( lupa tajuknya) sangat bersahaja dan sinikal namun bagi cerpen Terlena di Rumah Kaca, aku tak tahu ianya jatuh dalam kategori misteri, seram atau apa? Jika dalam seram, ianya tak menjadi, kalau misteri, mungkin namun kesannya tak sampai. Cerpen Adirimau pula sedang2 saja.

Paling aku suka ialah cerpen Nuh (tak ingat tajuk panjangnya) yang aku telah bacanya dulu di Selangorkini. Bagi aku ini cerpen terbaik dalam Tinju Peluru ini. Ianya memberi kesan sekaligus pengalaman bila membacanya. Sedang aku membacanya, aku ikut sama terasa dingin dan menggigil dek kesejukan hujan. Aku dapat bayangkan suasana lecak, kedai serbaneka dan kucing bernama Nuh itu.

Dengan penulisan sebagus ini aku mengharapkan yang suatu masa nanti Johan menulis novel.

Cerpen2 yang aku suka : Nuh, Hal Tiga Ekor Itik, Perempuan Yang Pulang ke Lautan dan Kesumat.
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 19 books45 followers
July 7, 2017
Membaca kumpulan cerpen debut Johan Radzi ini memaksa aku untuk menilai semula hirisan-hirisan waktu yang nipis dalam hidup. Cerpen-cerpennya berjaya menangkap momen-momen kecil tatkala kau berbual rambang dengan entah siapa-siapa di luar sana, nafas sekeliling yang menghimpit, bertinju dengan kehidupan, dan… ah, kau hanya perlu teruskan hidup. Cerpen-cerpen (neo)realis dan minimalis yang tidak pernah aku selisih lagi di Malaysia, setakat ini.

Tetapi aku semacam merasakan ada dua cerpen yang ‘lari’ sedikit daripada mood dan tone Johan Radzi dalam buku ini: “Atm” dan “Terlena Di Rumah Kaca”. Barangkali tanpa kedua-dua cerpen ini, buku ini akan lebih lebih lebih solid sebagai kumpulan cerpen. Tidak mengapalah, kerana dua-dua cerpen ini ditulis dengan begitu baik sekali, dan barangkali Johan mahu memberikan kita lebih dalam buku debutnya ini, aku OK sahaja. Berjalan di atas bahasa Johan Radzi sering buat aku berasa lapang.

Dan aku menanti tulisan-tulisan kau lagi, Johan!
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
September 28, 2017
Himpunan cerpen yang baik bahasanya dan elok pemilihan ayatnya. Gaya penulisan yang santai dan ringan sahaja, tidak memerlukan daya fikiran yang banyak ketika membaca naskah ini namun ceritanya agak biasa-biasa straight forward. Tapi adunan bahasa oleh penulis menjadikan buku ini sedap di baca.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
December 4, 2017
Santai dan ringan. Bahasa yang bagus, tidak ada twists atau klimaks cerita yang buat kau runsing atau perlu fikir ia sebenarnya mahu beritahu apa. Ini hal yang biasa-biasa. Cerita-cerita tentang persekitaran, travelogue ringkas dengan pinch of life atau tentang orang-orang yang baru dikenali. 'Hidup' yang biasa tanpa fantasi.



Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
October 8, 2018
Buku debut yang tidak mengecewakan dari Johan Radzi. Tahniah. 4 bintang.
Profile Image for Mohd Helmi Ahmad.
21 reviews5 followers
July 22, 2018
3.5

Tinju & Peluru menghimpunkan 15 buah cerpen.

Daripada sejumlah itu, saya selesa dan menyenangi beberapa cerpen termasuklah Hal Tiga Ekor Itik, Kesumat, Adirimau dan Perempuan yang Pulang ke Lautan.

Cerpen-cerpen lain adakala bergerak seperti peluru yang pantas dan kurang berkesan tembakannya kepada saya.

Adakala cerpen yang lainnya itu seperti babakan, paparan atau susunan gambaran peristiwa yang perlu digarap lebih kemas untuk memberikan kesan lebih kuat.

Sekali lagi saya katakan, "Kesumat" benar-benar meninju hati kecil saya!

Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
May 31, 2022
Ini pertama kali aku membaca karya pengarah. Terus rasa jatuh cinta buat kali pertama. Aku suka gaya bahasa, penceritaan nya dan kepala otak nya. 😂

Bacaan yang santai dan relax. Tetapi untuk emosi bagi aku tiada sangat lah.

Aku suka akan karya KL Rendezvous dan Perempuan Yang Pulang Ke Lautan.

Jom memburu lagi karya penulis.
Profile Image for Abul M. Salleh.
22 reviews
May 11, 2017
Hanya satu hari untuk aku habiskan kesemua cerita pendek di dalam buku ini. Boleh aku rumuskan, kadang-kadang kita terlepas pandang atau mungkin tidak pernah peduli pada hal-hal kecil yang setiap hari berlaku di depan mata. Seperti berbual-bual bersama teman di kedai tomyam atau berkongsi rokok Marlboro (aku syak penulis suka jenama ini) bersama laki-laki asing tatkala berteduh dek hujan. Hal-hal kecil seperti ini boleh jadi adalah hal terakhir yang kita lalui pada hari itu.

Begitulah cerita-cerita di dalam buku ini. Banyak hal-hal kecil yang diceritakan penulis dan mungkin hal-hal itu juga sebenarnya sedang berlaku pada kita atau mungkin di sekeliling kita.

Untuk kau yang tidak pernah peduli pada hal-hal kecil kerana terlalu sibuk pada hal-hal besar, cubalah baca buku ini. Cerita-ceritanya tidaklah menggoncang jiwa berontakmu dan mencetus revolusi tapi cukup untuk membuat kau berdiam diri dan merenung masa-masa lalu kembali, dan akhirnya kau bakal sedar telah banyak hal-hal kecil yang telah kau lupakan.
Profile Image for Jaymani Sevanathan.
4 reviews1 follower
February 5, 2020
Selalu membaca esei Johan di Jalan Telawi sebelum portal itu dimatikan. Selalu membaca esei dan cerpennya di Selangorkini dan Dewan Sastera juga. Cerpen Lintasan Waktu di DS sememangnya mempunyai sesuatu aura yang mampu menarik pembaca dan ia berlaku kepada saya juga. Secara jujurnya, saya mengulang bacanya. Berbalik kepada buku Tinju dan Peluru, sememangnya Johan bersikap prihatin dan menghargai perkara-perkara kecil yang pernah berlaku padanya atau sesuatu yang diperhatikannya sebelum ini. Cerpen Hal Tiga Ekor Itik, Si Pengedar Muda, Vitamin Sea, Nuh, Si Kucing Dalam Hujan dan semestinya Perempuan Yang Pulang ke Lautan menjadi "santapan yang sedap dan mengenyangkan" bagi saya. Seorang penulis yang berkaliber semestinya!
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
March 5, 2022
3.69 rating

sebenarnya aku tertipu masa mula2 nak beli buku ni..ataupun aku yang cuai..fikirku ini novel bukan cerpen..tapi apalah nasib terbeli juga disebabkan perasaan nak rushing ketika di KLAB..tambahan novel2 romanbuku ni susah kot nak jumpa..

tapi bagi aku,buku ni berbaloi dan pnulisnya hebat.ternyata minatnya pada hemingway dapat melahirkan tulisan novel yang sedap dan puitis tapi dalam masa yang sama tak membuatkan bbnu macam aku ni rasa sesak dan menyampah.pendek kata -ayat sedap,perkataan bombastik tapi masih santai.

cerpen2 dalam buku ni banyak berkaitan perjalanan jamal.rasa macam membaca karya travelog.melihat dunia luar melalui buku dan aku sukakannya.malah aku lebih suka penulis tulis cerita2 "travelog" berbanding cerita fiksyen dalam buku ni.

goodjob,peluru dan tinju!
Profile Image for Mardia Awang.
41 reviews2 followers
September 20, 2018
Himpunan cerita pendek yang light & easy. Banyak juga Johan bawa kita jalan dalam buku ni. Mungkin secara tak langsung, penulis berkongsi personal interest-nya dalam buku, ini boleh dilihat dari kegemarannya mengembara, rokok marlboro, kucing dan muzik jazz. Ada beberapa cerpen yang sudah terbit di akhbar, blog dan buku himpunan cerpen yang lain, dan koleksi itu merupakan antara yang terbaik dalam T&J. Johan banyak sentuh isu-isu ringan dan kecil yang saya percaya kita semua ada alami. Good but can be more exciting, akan sentiasa tunggu cerpen dari penulis ini.
3 reviews
July 11, 2018
'pendam'. segalanya dipendam melalui situasi, analogi, perasaan, & perlakuan. terdapat sesuatu yang tersirat di setiap watak dalam karya2 johan. penulis membiarkan kita membuat ulasan dan olahan tersendiri mengenai apa yang tersirat di sebalik cerita2 realiti yang disampaikan. metafora mudah utk kita fahami. bacaan santai. kesimpulan yg bergantung kepada individu. kerana manusia ini harfiahnya mempunyai pelbagai pendapat. ingin baca lagi karya2 yang lain.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 23, 2020
Kumpulan cerpen hasil karya Johan Radzi ini sangat memberi pelbagai rasa kepada aku selepas selesai membaca buku ini. Sejujurnya, aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan setelah membaca cerpen Kesumat. Kaku, Marah, Sedih, Sebak dan segala-galanya.

Bijak memainkan perasaan pembaca. Sejujurnya, ada beberapa cerpen yang bagi aku tergantung. Teruskan berkarya Johan Radzi!
Profile Image for gasko.
40 reviews3 followers
May 11, 2018
Aku cuma harap ini adalah titik tolak perjalanan penulisan Johan Radzi dengan idea yang lebih besar dan profound di masa hadapan.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
July 31, 2018
Disebut-sebut sebagai penulis harapan Malaysia.

Dan naik turun penceritaan dalam setiap cerpen adalah sesuatu yang tak patut disiakan.

Paling suka cerita Adirimau
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
October 27, 2020
Bacaan yang santai dan tidak mengandungi sebarang unsur deep. Straightforward writing. Cerpen yang terakhir got me. Mana pun Felicia Lim berada, semoga baik baik sahaja.
Profile Image for Ahmad Fahmi.
8 reviews
June 25, 2017
Buku ini adalah koleksi cerpen johan yang di tulis sepanjang dia belajar dan bercuti. Pembaca boleh melihat apakah intipati dan kisah2 kecil yang dibawa ke cerpennya. Tulisannya solid dan versatile. Boleh dilihat pelbagai tajuk dan cara penceritaan dari sastera ke cerpen yang lebih literal. Aku rasa johan masih lagi belum menulis karya masterpiece nya, dan aku nantikan nya satu hari nanti.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.