Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengembaraan Laki-Laki Scorpio

Rate this book
Setelah gagal cemerlang dalam SPM, Hurie memutuskan untuk lari dari rumah dan menjadi gelendangan.

Tetapi apa yang dia tidak tahu sebenarnya, lariannya membawanya ke sebuah alam fantastik yang dihuni oleh seorang gadis cantik dari planet jauh yang tersadai, jin sungai yang angkuh, pari-pari hijabster yang bercakap seperti twit bergerak, serta lanun yang sedang memburu Kraken, raksasa laut yang paling ganas... di laut.

Apakah ada jawapan di penghujung larian Hurie, atau apakah ia seperti keputusan SPMnya: hampeh dan sia-sia belaka?

291 pages, Paperback

First published March 7, 2017

3 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Hadi M. Nor

11 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (17%)
4 stars
70 (50%)
3 stars
38 (27%)
2 stars
7 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 25, 2017
3.94* untuk Penggembaraan Laki-Laki Scorpio!

Ini penggembaraan yang mengarut dan celaka tapi seronok dibaca!

Serius aku terhibur baca buku ni walaupun kekadang aku tertanya-tanya, apalah yang aku baca ni. Tapi semakin lama aku ikut menggembara bersama Hurei, pelbagai benda tersirat yang dia sebenarnya ingin sampaikan di dalam setiap perjalanannya. Kau terhibur dengan ulahnya tapi di dalam masa yang sama, semua itu apa yang terjadi pada masyarakat kita ini.

Agak comel dan seronok bila Hurei bertemu dengan watak-watak yang pelbagai yang muncul dan hilang macam begitu saja. Dan aku paling terhibur bila Hurei bertemu dengan dua pari-pari yang berhijab dan suka guna hashtag di dalam pertuturan mereka. Aku juga gelak bila duyung yang dijumpa oleh Hurei, dengan selamba tolak pelawaan Hurei untuk jadi suaminya sebab Hurei takde harta apa-apa. Serius aku gelak macam orang gila!

Kalau kau stress dan sedih, aku rasa kau patut baca buku ni.

Kalian cubalah.

Peace!
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
October 25, 2017
Intronya bosan. Tapi di tengah-tengah the plot thickens dan jadi makin menarik.
Novel depression yang disaluti humor dari muka satu sampai habis. Die Harder!
Love it.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 6, 2017
1) Ini buku pengembaraan seorang anak muda yang cuba mencari diri sendiri.

2) Pengembaraan ke alam fantasi yang pelbagai. Penulis kreatif berimaginasi dan aliran jalan cerita mengalir lancar.

3) Hadi "memanipulasikan" cerita-cerita yang biasa kita dengar, bezanya ada "plot twist" yang tak disangka. Ada kisah Sang Kancil dan Buaya, Tinkerbell, Mermaid, Badang (mungkin) dan beberapa cerita lagi. Ianya kreatif, tapi dalam masa yang sama penulisannya menjadi biasa kerana menulis atas cerita yang pernah ditulis.

4) Lawaknya ada, ada ketikanya spontan dan ada waktunya seperti "try hard".

5) Pengakhiran sesuatu babak (saya membayangkannya seperti tayangan filem) seperti "cukup syarat", kerana mahu cepat beralih ke babak yang lain. Namun tidak pula mencacatkan aliran cerita.

Menarik untuk bacaan santai.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
November 10, 2018
Sebuah kisah pengembaraan yang mengarut dan kelakar, tapi cukup menghiburkan. Kisah tentang seorang pemuda gagal yang cuba mencari makna hidup...

Novel ini mengisahkan tentang Hurei, seorang remaja yang baru gagal dalam SPM. Selepas dimarahi ibunya, dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan menjadi seorang pengembara. Pengembaraannya itu membawanya ke sebuah alam fantasi yang dihuni oleh binatang-binatang yang boleh bercakap, awek alien dari angkasa lepas, duyung yang juga lari dari rumah, jin sungai yang angkuh, pari-pari hijabster, lanun yang memburu kraken, dan ramai lagi individu-individu aneh.

Tahniah kepada penulis, kerana buku ini menghiburkan dari mula pembacaan sehinggalah ke penamat. Yang penting, ada humour yang menjadikan pembacaan tidak bosan...
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
August 8, 2017
Sinopsis di belakang buku ini buat aku tertarik untuk membelinya. Tak pernah layan buku Roman sebelum ini, dan syabas aku katakan, buku ini sangat menarik! Boleh buat movie! Cuma masa pre-ending dia lah, bagi aku boleh buat plot yang twisted seperti chapter sebelumnya. Tapi apa pun jalan ceritanya memang menarik, penuh adventure!
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
August 13, 2017
Kapal nama S.S Santan... adohai.

Novel jenis ini novel yang akan aku baca sambil bercuti di tepian pantai Maldives. Dengan angin sepoi-sepoi, daun melambai dan minuman sitrus. Santai. Tergendut-gendut perut aku ketawa dekat bahagian tertentu dalam novel ini. Kucing syaiton, Sartre kancil, jin sungai, pari-pari Hijabster, makhluk asing. Menarik sungguh watak-watak yang penulis cipta. Santai-santai lah juga tapi ada maksud tersirat. Dia macam falsafah dalam bentuk komedi. Emm.. satire kot.

Aku suka dengan imaginasi penulis. Kalau dia bukan Islam, agaknya aku akan cakap, “Penulis ni high ke?”. Kau tahu. Beberapa penulis Inggeris, untuk mendapatkan idea menulis fantasi, mereka akan menyalahgunakan dadah. Dadah yang paling biasa ialah opium. Taklah teruk sangat kesan dia. Cuma halusinasi nampak unicorn jadi polis trafik di atas AEON Mall. Salah seorang yang ambil opium ialah Coleridge masa dia tulis puisi Kubla Khan. Lord Byron dan John Keats pula katanya ambil laudanum. (Aku cakap je, jangan kau pergi cari pulak dadah ni eh?)

Bahasa penulis ini pun boleh tahan. You see... you do not have to curse pan***, p***, bu***, fu** to make readers love your book. Ada la juga dalam novel ini guna tapi masih boleh ditoleransi. Bukan macam sesetengah penulis yang carutan tu dah macam zikir. Penulis macam ini tak malu ke mak, ayah, adik, crush, anak-anak baca carutan dalam novel kamu nanti kamu tua bertongkat? "Ohh atuk dulu otak blue rupanya..."

Kembali kepada ‘Pengembaraan Laki-Laki Scorpio’, novel ini buat aku mula suka dengan penulis. Akan kubeli karya dia yang lain. InsyaAllah. Novel ini juga membuat aku mula mencari novel terbitan Roman press yang lain. Adakah aku akan bagi bakal anak-anak aku baca novel sebegini? Oh yes. Let your imagination go wild kids!
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
August 2, 2017
Ini adalah buku kedua Hadi M. Nor yang aku baca selepas sepucuk pistol di dalam laci. Aku tahu mamat ni mesti deliver something yang kelakar jugak dalam buku kedua dia ni maka itu tanpa was-was aku pun mengambil buku ni di rak buku semasa ekspo buku MABOPA itu hari dan membayarnya di kaunter pembayaran. Resitnya aku simpan untuk tuntuan pengecualian cukai tahun depan.

Pengembaraan laki-laki scorpio ni mengisahkan seorang pemuda yang mengembara ala-ala alice in the wonderland setelah kecewa dengan keputusan SPM yang diterimanya. Dia amatlah kecewa sebab nama dia ada lagi banyak huruf A daripada keputusan SPM dia. Nama dia Hurairah. Korang buat la kira-kira sendiri. Pengembaraan yang dia tempuh penuh dengan momen-momen tak masuk akal.. bertembung dengan pelbagai watak dengan pelbagai perangai.

Buku ni kelakar. Aku terhibur dengan buku si Hadi M. Nor ni. Penceritaan dan dialog watak-watak dalam buku ni boleh buat korang tergelak sambil menyumpah seranah. Bila ketawa sambil menyumpah dan mencarut, itu maknanya humor yang disampaikan penulis memang betul-betul sampai ke dalam jiwa. Hehehe.... Kalau korang tak caya korang baca lah buku ni. Tapi kan... dalam lawaknya jalan cerita buku ni masih terselit banyak pengajaran khusus buat korang yang mahu berfikir. Ok bye!!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 1, 2017
penat baca buku seram, kita beralih pada lain pulaklah. tajuk buku ni menarik dan covernya macam ada topi jack sparrow kan? hehe.. sebuah kisah bila baca rasa santai jer tapi bagi akak secara halus penulis Hadi M. Nor menyampaikan apa yang dilalui oleh manusia dalam kehidupan ini. jom, kita kembara bersama hurei...

hurei yang keluar dari rumah selepas mendapat keputusan SPM. belajar dan ambil subjek yang bukan kegemarannya. perkara ni memang dah biasa sangat konon bila aliran sains adalah paling terbaik dari belajar bahasa/sastera. mentaliti yang tepu. kalau rasa anak tu lebih cenderung pada aliran tersebut bagi jer lah dia peluang, kan?. hurei mahu mengembara dan lari dari kehidupan asalnya..

pengembaraan yang amat luar dari kotak fikiran. jumpa kucing syaitan bercakap, makhluk dari planet lain, kancil yang tak pandai menipu buaya dan banyak lagilah kisah. Kalau korang suka baca kisah dongeng mesti leh perasan watak-watak dongeng yang diselitkan. semua punya kisah tersendiri dan membantu hurei menimba pengalaman dalam pengembaraannya. adakah betul dia bebas dalam erti kata sebenar sewaktu dia mengembara itu ataupun dia masih perlu ikut norma kehidupan yang ditetapkan bukannya mengikut apa yang dimahukannya?..

gaya penceritaan yang bebas dan terbuka begitu juga penyusunan dialog dan naratifnya. buku ini bercerita, bila dah guna POV 1 kalau penulisnya bijak mengolah maknanya memang kita pembaca akan ditarik masuk ke dalam cerita.. kehidupan ini, perancangan sememangnya perlu tapi jika lari dari apa yang kita sasarkan maknanya janganlah dilayan kekecewaaan secara berpanjangan. bangkit dan akan ada cara lain untuk kita manusia atasi kekecewaan tersebut. Kegagalan adalah sebenarnya beberapa langkah lagi menuju kejayaan..
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
July 2, 2018
Aku mula mengenali gaya penulisan Hadi lewat buku Sepucuk Pistol di Dalam Laci. Lucu, aneh tetapi menghiburkan (watak Saka yang rock sedang melompat-lompat dalam kepala)

Cerita-cerita Hadi imaginatif dan dibumbu dengan unsur jenaka. Pari-pari hijabster yang bercakap guna hashtag paling tak boleh blah.

Kisah pengembaraan ini didedikasikan buat seluruh gagalis SPM. Jadilah seperti Hurei, dia tak menggelabah dan kekal rileks walaupun kantoi SPM. Kemas baju dan angkat kaki pergi mengembara. Ia sebuah odyssey yang mengarut, merapu tetapi tetap mempunyai sesuatu.

#pengembaraanlakilakiscorpio #hadimnor #hurei #fiksyen #novel #romanbuku #odyssey #scorpio
Profile Image for Bax.
514 reviews35 followers
February 18, 2018
Pengembaraan Hurei yang sangat mengarut tapi kelakar. Tengah sedih pun boleh tergelak lagi. Selamba badak saja jenaka yang digunakan. Rasa macam nak marah pun ada juga. Macam mana penulis boleh fikir benda tak masuk akal ni semua? Betulkah penulis dah tinggalkan gam sejak darjah 6 lagi? Apa-apa pun, terima kasih sebab dah hiburkan hati saya. Especially part pari-pari tu. Hashtag pari-pari tak guna.

Ada satu petikan yang agak tersentap di hati.

“Cikgu membuat bacaan Yassin beramai-ramai tetapi murid-murid semua menyoal motif di sebalik bacaan Yassin itu. Bukankah orang bunuh diri tak akan masuk syurga?”

Sedih juga lah kisah ni.

Okay itu saja.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
September 8, 2019
Pengembaraan Laki-Laki Scorpio by Hadi M.Nor.

- Buku ni sudah semestinya pasal pengembaraan seorang lelaki yang nak keluar dari hidup dia yang tak guna. Kira dia ni rasa dia macam takde function pun untuk family dia, periksa tak lepas, lepas tu asyik buat mak dia marah je.

- So sebab tu la dia ambil keputusan untuk mengembara. Banyak benda la yang jumpa masa pengembaraan tu. Ada haiwan boleh bercakap la apa la. Kau kena baca.

- Bagi aku buku ni agak tak masuk akal hahaha kadang-kadang aku rasa macam mengarut. Tapi ada juga something yang kau boleh ambil dan ada sesuatu jugak la yang penulis nak sampaikan pasal kehidupan.

- So selamat membaca dan selamat menghadap benda-benda yang tak masuk akal hahaha.

#2019readingchallenge
#duniaBOOKKU📚
#bukulapan
Profile Image for Hilmi Loma.
32 reviews9 followers
May 23, 2017
Bila otak kau serabut atau tengah gaduh dengan makwe atau Ummi gula dan Walid gula masing-masing, ambil buku ini dan baca nescahaya akan cerah hidup anda yang kelam dan sugul itu. Tak perlu lagi cekik saya aboh!

Hareyyy betul buku ni dengan punchline yang jitu serta penuh dengan jati diri seorang loner cool yang sedang menghadap musibat. Tiada lagi kemurungan melampau atau wooo wooo wooo...!!! (part epik lagu Persia nyanyian Delladellon)

Terima kasih Hadi M. Nor, terima kasih Buku Roman. Beli dan ceriakan hidup anda!! Luna Maya bagi empat Ha!!
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
May 24, 2022
Personally kita rasa lawak dia hambar hua atau maybe kita la baca tak kena mood; and storyline dia kita takjumpa mana klimaks and resolution dia seolah olah macam mimpi yang bertukar tukar scene tu? Ha gitu aaaa
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
June 28, 2017
giler lah. kisah yg sgt jauh dr logik akal tp menghiburkan! kebykkan watak2 dlm buku ni memang bengong. sakit perut aku gelak... hahaha.

lawak memang lawak, tp si penulis x lupa utk selitkan pengajaran(walaupun secara tersirat) dlm kisah ini.

dan aku sukakannya. ;)
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
October 23, 2018
Aku suka buku ni. Kita semua pernah jadi/rasa 'loser'. Kadang-kadang, mungkin kita perlu ke 'dunia lain' sebelum kembali berhadapan dengan realiti sebenar kehidupan.
Profile Image for Najihahrosdi.
31 reviews4 followers
February 10, 2019
Allahu dah lama aku tak mengulas buku di sini apa khabar semua? ya bagus semua sihat belaka. Aku tengah dalam mood menulis dan sempena tema buku yang santai dan gila-gila hasil karya Hadi M. Nor ini, aku pun nak jadi begitulah.

Alamak tiba tiba mengantuk pula, baru ingat nak ulas persis tesis. Baiklah aku singkatkan tesis aku, kalau kau nak buat hilang stress aku syorkan buku ni. Bukan apa, taraf jenaka dia dah macam komik lawak kampus atau manga jepun seperti gintama. Tahap imaginasi penulis boleh cecah bulan. Tetapi dalam setiap jenaka dan watak yang muncul ada mesej yang tersirat. Fuhhh begitu ya kalau nak tahu apa yang tersembunyi hah apa lagi pergilah beli dan baca, kalau nak berjimat boleh pinjam aku punya.

Sebagai penutup kata aku kemukakan antara ayat ayat yang paling banyak terkeluar dari mulut aku sepanjang pembacaan aku:

"amende ni. amende ni. AMENDE NII???!!!"
"HAHHAHAHAHA BODOHH"
"gila hahaha penulis ni tengah high ke dohhhh"

tak percaya tanya adik saudara aku, aku baca sebelah dia.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
May 16, 2017
aku baca buku lawak fantasi apa ni? Dari muka surat pertama ada je jenaka yang penulis ni kasi. Tapi dalam buku ni bukan ada lawak saja-saja, ini bukan advencer yang buang masa. Banyak nilai yang penulis Hadi M.Nor ni cuba sampaikan dalam ni. Nah aku belanja sikit.

Buah anggur di dalam peti,
Buah durian di atas perahu,
Kalau ikutkan suara hati,
Awak memang kiut, huhu.

HAHAHAHA. Buku yang menghiburkan. aku bagi 4 bintang. 🌟 🌟 🌟 🌟
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 13 books120 followers
October 30, 2020
Perjalanan mencari diri-sendiri yang kelakar dan rawak. 😆
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
June 23, 2017
Alice in the wonderland versi lelaki. Kisah fantasi di dalam kepala seorang lelaki sudah tentunya tidak menjanjikan kecomelan pada latar cerita. Hadi adalah Hadi, dia seperti menulis sahaja tanpa peduli apa-apa. Boleh di-genre-kan sebagai Novel Fantasi Komedi. Tapi sejujurnya aku lebih suka karya Sepucuk Pistol Di Dalam Laci.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
May 17, 2017
Bila ia sebut tentang pengembaraan, ia benar-benar adalah satu pengembaraan. Antara fantasi dan realiti, karakter-karakter aneh, mistik dan istimewa, kisah-kisah adventur Hurei yang kadang buat kau berfikir-fikir sendiri. Mana entah nak jumpa Jin Sungai yang boleh menembak piu piu piu dengan laser minda, atau pari-pari yang boleh baca jampi 'one venti pumpkin spiced latte', atau join krew dalam Operasi Kraken Goreng. Saya paling gemar tentang si pelukis peta. Ia satu kisah adventur yang menarik terutama scene 'dia anak ketua, jadi dia tak boleh dihukum'.

I can't let go this book too easily, it sounds so simple but yet it teaches the most lesson that I could find in a fiction-- manusia itu datang dan pergi, sahabat yang boleh dipercaya atau sahabat yang tak boleh dipercaya, kena tipu, kena fitnah atau what you can get bila senang percaya dengan orang lain. Penceritaan yang amat bagus, smooth, tak nampak merepek yang melebih-lebih walau sebenarnya tak masuk akal. Fun and humor.

Sebenarnya saya nak bagi 4 bintang, tapi saya fikir betapa seronoknya perasaan saya waktu baca buku ini. Dan nenek Hurei, she deserves a star as well. Yippie-ka-yey!
Profile Image for farahxreads.
715 reviews262 followers
July 16, 2017
Pengembaraan yang paling kelakar nak mampus yang aku pernah baca. Aduhai, Hadi.

Bacaan yang ringan dan santai, tetapi agak mendalam maksudnya jika diteliti betul betul. Ada vibe The Little Prince dan Alice in Wonderland. Setiap watak tambahan selain Hurei didalam buku ini adalah representasi sesetengah kelompok dalam masyarakat kita seperti - Sartre Kancil yang kemurungan, Kapten Jaafar, sebuah kampung yang diketuai oleh seorang diktator, bagaimana murid murid di kelas kelas belakang dianggap bodoh dan selalu disisih dan pelbagai lagi kritik sosial yang padu tetapi disampaikan dengan penuh santai dan kelakar nak mampus.

Aku paling suka Bahagian 2 dan 3. Bab 1 bagi aku agak kurang sikit kerana aku tak nampak kesinambungan dari satu bab ke bab yang lain. Tapi apa apa pun aku enjoy baca buku ni. Bukan senang aku nak gelak baca buku tau, ahahah.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
May 9, 2017
Aku rekomen buku ini jika korang mencari pengembaraan yang santai dan funny. Bacaan yang ringan dan laju begini sememangnya amat berbaloi buat aku yang jarang dapat membaca karya penulis lain selain penulis yang aku baca karya mereka atas urusan kerja.

Beli dan support lah Hadi supaya beliau tidak perlu bikin lagu untuk promote buku ini pulak nanti.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 6, 2018
3.6 bintang untuk buku ni. aku ketawa daripada awal penceritaan sehingga hampir hujung. buku ini kelakar, muda, celaka dan fun. aku rasa hadi ada hisap gam atau apa apa yang mengkhayalkan sebelum mula menulis novel. gosok tapak tangan dua tiga kali sebelum teguk ubat batuk dan mula menulis. aku rasa cam tu lah. 😂
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
July 1, 2017
Fantasi bukanlah genre kegemaran aku lantas ia sedikit sebanyak mempengaruhi mood aku tatkala membaca naskah ini. Apapun ia sebuah buku yg baik.
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
March 8, 2022
Sebenarnya nak bagi 2.5 bintang tapi GR tak main separuh bintang.

Memang tajuknya tepat sekali. Dari bab ke-2 hinggalah bab sebelum yang akhir, memang si Hurei ni mengembara je. Dan dia bukannya mengembara kerana ada misi tapi ingin melarikan diri dari rumah selepas gagal dalam SPM. Dalam pengembaraan inilah dia jumpa berbagai-bagai watak. Ada yang nampak cerdik tapi bodoh sebenarnya, ada yang nampak baik tapi jahat dan tidak kurang juga yang seolah-olah jahat dan memang pun jahat sejahat-jahatnya! Tetapi kesemuanya dipersembahkan dengan cara yang lucu. Nak kata lawak bodoh tak juga...mungkin lawak 'loyar buruk'? Lawak yang irreverent dan juga surreal. Mampu mengukir senyuman tapi taklah sampai ketawa terbahak-bahak.

Lepas tereserempak dengan si fulan ni, di bab seterusnya jumpa si fulan lain pula dan begitulah hingga tamat. Memang nampak seolah-olah ceritanya tiada hala tuju. Hurei bertemu mereka semata-mata untuk memberi peluang Hadi M. Nor menyelit sebuah sketsa untuk bab itu. Mungkin kisah ini ada moralnya...tapi saya tak tahu apa pengajaran yang ingin disampaikan. "Belajar rajin-rajin kalau tak nanti mak menangis di dapur"? Oh ya. Baru ingat. Di akhir kisah ada didedahkan dalangnya tapi pendedahan ini tidak memberi impak pada jalan cerita.

2.5 / 5 bintang sebab tulisannya menggelikan hati tapi tidak lebih dari itu. Bacaan santai.
Profile Image for Endie Shazlie.
Author 2 books25 followers
May 10, 2017
By the time the hero's grandma said 'yippie ka yey' in the first chapter, I knew this book has a lot to offer.

Had a good time reading it. At every corner of the story, the hero encounters something unexpected. This could only come if the author had smoked really strong weed, but I digress. The book infuses something relevant from our current world, and merged them in a fantastical way to fit the world the author had created.

It has some similarities with the story arc of Alice's Adventures in Wonderland but with a more subdued rhetorical message of finding oneself. Overall, 5 stars from me.
Profile Image for Wan SC.
26 reviews
December 25, 2017
Tajuk buku ni agak kitchy. Tajuk melambangkan isi. Memang buku ini adalah sebuah catatan pengembaraan seorang lelaki yang baru habis SPM bernama Hurei (Hurairah). Dia mengembara ke satu alam yang penuh misteri dan keajaiban, setelah mendapat keputusan SPM yang maha teruk. Maka dia putuskan untuk melarikan diri dari rumah.

Sepanjang perjalanan, dia berjumpa dengan macam-macam manusia (atau makhluk) yang membuatkan pengembaraan dia makin berliku. Ada yang menolong, tak kurang juga yang menyusahkan malah ada yang nak membunuhnya.

Kucing Syaiton yang pandai bercakap, Kancil yang baik hati, Monyet yang suka mencuri, Jin Sungai yang berlagak hebat, Pari-Pari kecil yang hijabista dan gemar main twitter, Duyung yang memilih rupa, Gadis Alien yang tersesat ke bumi dan bermacam-macam lagi makhluk-makhluk yang dia jumpa.

Sepanjang penceritaan, humor yang diselitkan oleh penulis memang banyak tak henti-henti membuatkan kau sentiasa rasa nak gelak dari satu babak ke babak yang lain. Cuba imagine kau sedang mengorat duyung yang lawa tetapi kena friendzone sebab tak hensem. “Kau bukan taste aku.” Kata duyung tu. Lawak! Sumpah!

Di akhir cerita, kalau penulis garap dengan lebih baik lagi, konfem pembaca boleh menangis.

Secara keseluruhan, aku bagi 4.5/5.0. Memang novel ni best untuk dibaca. Serius!
Profile Image for Haengbok Chaeg.
9 reviews
June 21, 2020
Buku ini konsepnya santai dan kelakar. Jalan cerita memang tak masuk akal tapi tak perlu pening memikirkan terlalu dalam bila membaca cerita ini kerana konsepnya begitu.

Watak utama Hurei dan watak lain adalah manusia dan makhluk yang Hurei jumpa sepanjang pengembaraannya. Kemunculan watak-watak lain juga sekejap sahaja.

Gaya bahasa dialognya santai dan gaya seperti dialog kita bercakap sehari-hari. Ada dialog yang kelakar terutama awal-awal cerita. Rasanya ini antara buku yang berjaya buat saya gelak ketika membaca. Namun ada beberapa dialog yang saya kurang selesa baca kerana tidak begitu setuju dengan dialognya. Walaupun dialognya ringkas, gaya bahasa penceritaannya pula menyelitkan banyak perkataan yang saya tak tahu maknanya. Jadi seronok sebab dapat belajar banyak perkataan baru.
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.