Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai 'Izrail', kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungjawab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik, melamar ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemani dan membantunya keluar dari kegelapan.
Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia. Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya?
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Tajuk yang digunakan memang komersil dan sesuai dengan trend sekarang. Walau bagaimanapun cerita yang dihidangkan tidak sebegitu.
Pada pandangan saya, jalan cerita novel ini agak menarik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan. Satu kerugian pada saya bila mana rahsia besar watak utama iaitu seorang pembunuh telah diberitahu terlalu awal. Kalau si pembunuh kekal dengan nama panggilan tanpa diberitahu siapa dia yang sebenarnya, jalan cerita ini pasti lebih suspen. Bagi watak heroin pula, saya rasakan kekurangan elemen yang dapat menunjukkan bahawa heroin adalah seorang egen pihak berkuasa. Tidak ada plot-plot yang dapat menunjukkan 'a different side of this character'. Watak heroin dan jalan cerita agak mendatar dan tidak menyumbang banyak kepada keseluruhan jalan cerita.
Mesej utama yang cuba diangkat dalam novel ini pada saya sangat padu. Bagaimana Allah S.W.T itu sangat pengampun terhadap dosa yang dilakukan oleh hambanya. Tidak ada istilah terlambat untuk bertaubat selagi mana hayat masih ada. Kesungguhan untuk berubah dan bertaubat itu yang paling penting. Penulis berjaya menerapkan mesej ini dengan baik dalam karya beliau. Tahniah. Satu perkara yang saya tertarik dengan karya penulis ialah bagaimana penulis membina harapan dan impian yang baik dalam novelnya. Kisah ini menggambarkan Malaysia yang maju dalam pemerintahan yang adil dan saksama. Pemimpin yang berpegang pada ajaran islam dan mengamalkan cara hidup islam secara keseluruhannya.
Walaupun ini sebuah novel aksi, tetapi terdapat nilai-nilai murni yang boleh kita ambil sebagai panduan hidup. Watak heroin telah menunjukkan sifat murni yang mana dia tidak prejudis terhadap hero yang dengan jelas menceritakan keburukannya. Jelas menunjukkan keikhlasan dari hatinya untuk membantu si hero kembali ke pangkal jalan. Kesimpulannya, novel ini bukan novel cinta biasa. Ceritanya merupakan gabungan lumrah hidup seorang manusia yg dahagakan kebahagiaan dan mencari sejalur cahaya untuk keluar dari kegelapan. Garapan yg jitu antara aksi, cinta dan dakwah.
Berkisahkan tentang seorang pembunuh bernama Faisal. Dia di besarkan oleh Luke dan di latih sebagai assasin. Jatuh cinta pula dengan Amirah, tanpa dia ketahui, Amirah bekerja di jabatan Inteligen Kerajaan Malaysia.
Jika ada pembunuh pasti ada pemburu, Bakri, yg akhirnya membantu dia untuk menumpaskan Maximus.
Apa yg saya suka dalam novel ni : 1. Penghijrahan ke arah kebaikkan tidak mudah jalannya terutama Faisal keran dia sering di buru oleh banyak pihak.
2. Kejujuran Amirah membentangkan siapa Faisal sebenarnya kepada kedua ibu bapanya sebelum menerima Faisal sebagai suami. Dan saya kagum that her family without doubts or prejudice accept him as what he is.
3. Luke yg membesarkan Faisal tanpa memilih kulit dan menggalakkan Faisal untuk keluar dari kanca gelap Organisasi Hitam. Tapi kerana tugasan itu juga Luke mati terbunuh di tangan Faisal.
4. Sentiasa bersangka baik pada Allah kerana ada hikmahnya di setiap ujian.
5. Keyakinan Faisal beristiqamah di jalan Allah goyah bila dia di khianati oleh isterinya. Salah faham atas niat isterinya menerima dia sebagai suami. Ya pengorbanan yg harus di ambil antara cinta dan negara.
6. Memberi peluang untuk manusia bertaubat dan ruang pekerjaan yg bertentangan dengan tugas sebelumnya.
Saya rasa novel ni akan ada sequel kerana Inteligen Kerajaan Msia ingin menerapkan Faisal dalam kumpulan pemburu mereka namun belum menerima khabar dari Faisal. Bakri di tugaskan untuk mencari 'Samurai Melayu' bagi menumpaskan Ryuken pula.
Faisal aka Encik Pembunuh aka Izrail Dunia Gelap, seorang pembunuh upahan Organisasi Hitam yang sangat ditakuti kerana kehebatannya. Sekian lama bermandi darah, dia kini sudah muak dengan hanyirnya darah dan ingin keluar dari organisasi.
Amirah kenalan lama Faisal yang dilamar secara tiba-tiba oleh Faisal. Secara ikhlas ingin membantu Faisal keluar dari kemelut kegelapan.
Kalau naskah yang pertama dan kedua ada bawak vibes cerita Hollywood, naskah ketiga turut memberi vibes yang sama. Ada ala-ala cerita John Wick.
Naskah ini padat dengan aksi pertempuran sesuai dengan tajuk Encik Pembunuh. Walaupun penuh aksi tapi selitan pengisian tetap ada dalam naskah ini.
Kisah keinginan untuk berhijrah ke arah kebaikan ni SH boleh kaitkan dengan dunia sebenar. Ramai orang yang ingin berubah. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal, malah ada yang separuh jalan. Dan antara penyebabnya adalah circle atau sekeliling kita. Kalau di sekeliling kita adalah mereka yang baik-baik, yang berilmu dan beramal ke atas ilmunya sedikit sebanyak memberi kekuatan tambahan untuk berubah. Macam orang nak dietlah. Kalau dapat kawan kaki makan biasanya tak jadi diet tu. 😅😅
Ada beberapa adegan dalam naskah ini yang berjaya membuat SH emosi. Macam-macam emosi. Ada sedih, ada terharu, ada gembira, ada sampai tersengih-sengih. SH rasa ini adalah sesuatu yang bagus. Yelah walaupun penuh aksi tapi bahagian yang beremosi tu dapat dirasakan. Bukan sekadar aksi sahaja.
Di pengakhiran naskah ni penulis dah bagi hint sedikit untuk naskah yang seterusnya. Buat rasa tak sabar nak baca.
Penulis berjaya menarik pembaca melalui tajuknya sahaja.. Walaupun cerita mengenai surihati itu tak banyak sebaliknya lebih pada pembunuh.. Seorang pembunuh yang telah membunuh banyak nyawa sehingga beratus ingin berubah.. Ini perjalanan hidup beliau dan perjalanan beliau tak mudah..
Ini karya HA yang ketiga dalam siri Hero dan sekali lagi, langsung tidak menjemukan bagi saya. Kisah Faisal dari Organisasi Kegelapan, mangsa pembunuhan senseless kedua ibu bapanya waktu beliau kecil, dibesarkan oleh Luke si pembunuh upahan, dan Faisal akhirnya amat berwibawa menjalankan tugasnya menghapuskan samseng pelbagai watak dan latar belakang. Jumlah akhirnya 1000? Saya sangat suka watak Faisal. Beliau nampak cool namun matang dan berprinsip, tidak akan mahu mencederakan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak diliputi aura kejahatan. Tragis kematian Luke akhirnya. Sekarang saya tidak sabar pula membaca Samurai Melayu.
Menurut H.A, watak Faisal diinspirasikan oleh John wick. Cumanya Faisal lebih banyak berbicara berbanding watak John Wick. Faisal sebagai watak utama, digelar Izrail kerana telah meragut lebih 900 nyawa. Namun Faisal telah diberikan hidayah dan merasa muak dengan kerjayanya sebagai pembunuh dan bau Hanyir darah menghantui diri.
Sedang perasaannya berkecamuk, tiba-tiba rakan universitinya Amirah, muncul. Faisal mengambil langkah membabi buta dengan melamar Amirah pada ketika itu juga untuk menjadi istrinya kerana dia yakin Amirah mampu membantunya untuk keluar dari kehidupannya ini.
Black Sky Property, organisasi Hitam tempat Faizal bekerja mempunyai satu agenda besar bagi menghancurkan negara yang tidak Faisal ketahui. Bersulamkan rasa berdosa, walaupun tidak pernah membunuh orang awam, Faisal nekad menyelesaikan misi terakhirnya dan telah dikejutkan dengan satu fakta yang sukar diterima.
Dalam novel ketiga dari Saga Hero ini H.A cuba bawakan sedikit kelainan dengan memasuki elemen cinta dalam aksi. Ceritanya sedikit klise dan mudah dijangka. Kisah tentang pemuda yang membunuh 100 orang manusia itu juga telah saya jangkakan melihat dari perkembangan cerita. Banyak babak aksi tapi terasa meleret kerana agak panjang dan terperinci. Di bawah setiap babak, disertakan nombor mangsa yang terbunuh.
Saya suka pada mesej yang disampaikan dan kisah cinta yang dimasukkan bukanlah berkisar tentang cinta manusia yang serba kekurangan, tetapi fokusnya adalah cinta pada Tuhan yang menciptakan cinta itu sendiri. Antara mesej jelas yang hendak disampaikan disini ialah keperluan pada melihat Tuhan dengan perasaan husnudzon, melihat kecintaaNya lebih besar dari kemurkaanNya, melihat kemaafaanNya lebih besar dari hukumanNya disamping berusaha memperbaiki diri bersungguh-sungguh dan sedar akan nikmatNya yang begitu luas.
Dengan membaca novel ini, inshaaAllah perspektif anda mengenai cinta secara menyeluruh dan ketauhidan akan menjadi lebih utuh. Tak sabar nak baca buku ke-4 sebab ada persoalan diakhir ceritanya! 😁
Dahulu aku rasa hero seperti Hawkeye, Black Widow dan Batman ni sampah. Sebab apa? Sebab mereka tiada kuasa luar biasa seperti Superman, Hulk, Spiderman dan lain-lain. Cuma, selepas aku tahu apa yang mereka mampu kuasai dan khidmat apa yang mereka dapat tawarkan kepada Avengers dan Justice League, baru aku mengerti.
Satu percubaan yang bagus oleh penulis, walaupun jalan cerita agak tipikal. Teknik penulis memasukkan elemen-elemen kritik sosial yang relevan dengan situasi semasa walaupun latar cerita adalah pada masa hadapan harus dipuji. Dan ini adalah novel pertama yang saya baca, latar tempat yang digunakan oleh penulis adalah sekitar tempat yang saya tahu, jadi memang dapat lebih menjiwai jalan cerita ;)
Faisal aka Izrail - assassin organisasi Hitam yg paling hebat dan telah meragut 900 nyawa. Tapi dia rasa something missing dalam life dia, so dia nekad nak tinggalkan dunia gelap.
Kebetulan dia berjumpa dgn Amirah, kawan lama di uni. Faisal tengok Amirah ni macam boleh bimbing dia go towards the light. So dia ajak Amirah kahwin.
Berjaya ke dia tinggalkan dunia gelap? Korang nak tahu kenalah baca 😁
My thoughts? 1. First impression, Faisal buat aku teringat kat John Wick. 2. Fast paced and action packed, I read it in one sitting. 3. I love the character development. Bagaimana Faisal berubah dari dunia gelap dan mula mengenal Tuhan. 4. Buku ni banyak mesej yg nak disampaikan dan banyak jugak ilmu yg aku dapat. 5. Oh ya, ada Pemburu interframe 😆
Awalnya tertarik dengan judulnya yang mengikut trend judul-judul drama yang kisahnya tidak lari dari kisah cinta dua darjat, cinta tak kesampaian, kecewa dan mengecewakan dan lain-lain lagi.
Saya bukanlah pembaca tegar buku-buku beliau, namun mengenali Hilal Asyraf sebagai seorang penulis yang ada wawasan menyebabkan saya rasa tertarik untuk membaca novel ini.
Ternyata ia sebuah novel yang penuh dengan aksi. Topik utamanya adalah berkenaan ruang taubat yang diberikan Allah buat pendosa, seluasnya. Perkara yang sering dinafikan oleh manusia yang bergelar hamba.
Novel yang sarat dengan manfaat bagi aku yang pendosa ni 😭 Dalam buku ni ada beberapa persoalan yang sudah terjawab yang mana aku takut nak bertanya sebelum ni.
Saya pernah terjumpa buku ni sebelum mengenal Siri Hero, Dan saya agak skeptikal dengan tajuk buku ni. Saya tidak menggemari Novel- Novel melayu dan perkataan “Surihati” cukup untuk membuat saya hilang minat. Bila saya mulakan Siri Hero dan habiskan buku tiga, perasaan agak berbelah bahagi sebab dua buku yang sebelumnya sangat menarik, takut buku ketiga will kill the mood. But the book got me. And this book as meaningful as the others. Organisasi Hitam (dah macam Detective Conan - Black Organisation) di mana Faisal ialah salah seorang ahli nya. Dia dikenali sebagai Izrail, atas kemahirannya membunuh dan jumlah mangsanya. However, he slowly wants to change when he met his old friend, Amirah and propose to her to be his wife in that instant, of course he regret it soon as he doesn’t want her to involve in his dangerous life.
But then, Amirah herself accept the proposal and convince Faisal that they both can help each other to become better people.
Of course we all don’t know who exactly is Amirah (anddddd everyone should read it because it is a huge spoilers if I write it here)
Faisal want to leave and the boss agrees but with one condition. He received his last mission, which he called impossible mission.
Meanwhile after his marriage, with his wife guidance and support, he is indeed change slowly, they are really the happy couple, before Faisal’s job came hunting him again.
And that’s all I can say about this book.
Look, here is the reality check that the author bring to light. Iman kita ni, naik dan turun. Ada masa kita ingin jadi hamba yang terbaik, tapi ada masa nafsu makan diri. But pengampunan Allah tak terkira. Sangat ditekankan dalam buku ni, how much mistakes we do, dosa, khilaf, selagi kita bernafas, kita ada peluang untuk taubat. Pintu taubat sentiasa terbuka. Tidak kira kalau tiba2 kita kalah dengan nafsu.
Walaupun kita berubah disebabkan oleh orang, InsyaAllah dalam jalan Perubahan, kita akan jumpa ikhlas dan ihsan.
I’m glad that I decided to continue reading this book.
What a good decision, although I still think the title quite killing the mood.
First karya Hilal yang saya baca adalah Hero masa tu tahun 2011 tak silap. Start situ jatuh cinta dengan tulisan beliau dan saya lengkapkan beli semua buku-buku beliau. Sebab bagi saya novel beliau bukan biasa-biasa. Ada banyak unsur yang beliau dapat satukan dalam sebuah novel. Yang pasti saya akan sangat yakin untuk bagi adik-adik dan kawan-kawan baca. Bukan setakat cerita yang penuh dengan aksi tapi juga ada banyak pengajaran yang boleh diambil.
Saya ambil masa seminggu untuk habiskan baca, sebab dapat baca masa malam je. Sebab novel ni cerita aksi dan saya jenis visual, sampai terikut-ikut cuba buat macam mana penulis tulis dalam cerita sebab kalau tak, saya tak dapat bayang. 😂
Ok ringkasnya buku ni cerita pasal watak utama yang bernama Faisal atau nama gelarannya Izrail. Kenapa Izrail, baca sendiri. 😜 Faisal ni kira pembunuh paling power la dalam dunia gelap, dekat 1000 orang dia bunuh. Sampai satu saat dia rasa nak berubah dan dia jumpa dengan Amirah. Kawan dia masa dekat universiti. Karakter mereka sangatlah berbeza, dan Faisal menganggap inilah peluang untuk dia berubah ke arah yang lebih baik dengan bantuan Amirah. 😍
Berdebar-debar baca. Macam mana lah family Amirah nak terima Faisal. Pembunuh kot. Tetiba bila dorang dah janji nak kahwen, Faisal berundur... Jeng2 Tapi tu tak sampai klimaks tau. Dorang jadi kahwin gak, yang lagi berdebar bila rakan-rakan kongsi gelap Faisal tahu yang isteri Faisal @ Amirah tu sebenarnya......... 😱
Antara nilai yang paling besar penulis cuba sampaikan adalah betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu terlalu luas. Mengatasi apa pun. Siapa pun kita, besar mana pun dosa kita, sentiasa ada ruang untuk kita bertaubat. Sama ada kita nak atau tidak je.
Menjadi muslim yang baik, berbaik sangka dan berlapang dadalah sesama kita. Dari satu sesi yang lain bila baca ni rasa bestnya jadi penulis. Hilal dapat jadikan mimpi-mimpi beliau sebagai kenyataan. Malaysia yang digambarkan dalam novel ini sangatlah aman untuk didiami. Pencapaian Malaysia dalam novel ini yang dibayangkan Hilal sangatlah menyejuk hati.
😄hai ,izinkin saya review novel Surihati Encik Pembunuh (SEP) yg dikarang oleh saudara hilal asyraf yg terkenal dengan karya aksi islamik beliau.trilogi takdir adalah pencetus minat saya kepada penulisan beliau sebelum membuat keputusan untuk membeli karya lain seperti hero,vt,pemburu,hikayat satria arus perubahan dan samurai melayu.
S:- Sejak kali pertama membaca tajuknya semasa penulis membuat promosi di fb beliau,tidak dinafikan saya rasa agak 'cliche' kerana masa tu kebetulannya baru habis pembacaan novel surihati mr.pilot,jadinya macam boleh agak yg novel ini berkisahkan wanita hebat yg berjaya mengubah pembunuh ke arah kebaikan .
E-Enggan prejudis kerana saya yakin ada sesuatu y penulis ingin sampaikan mungkin tajuk sebegini akan lebih menarik minat pembaca kerana rupa rupanya dari meja penulis ada sebab kenapa tajuk SEP dipilih.Ternyata SEP tidak la seperti sangkaan awal saya kerana :
1: banyak kupasan isu semasa yg dilihat semakin meruncing melibatkan islam pada negara kita dikupas dengan baik demi melahirkan malaysia baru yg lebih hebat dr segala aspek,lebih berintegriti sbg contoh isu masjid yg digunakan bukan untuk ritual agama sahaja,isu zakat y wajar kita laksanakan walaupun pada masa kini terdapat juga usaha y sama cuma masih kurang mencapai target y diingini.
2.isu penunggang agama ,secara sedar atau tidak sememangnya kita tidak dapat menafikan individu seperti ustaz salman memang wujud dalam masyarakat kita.
3. Saya sangat kagum dengan watak amirah dan ibu bapanya yg menunjukkan sikap² islami y sebenar.tidak lupa bakri hero dari novel pemburu turut membuat kemunculan istemewanya.
4.kreatifnya penulis bila boleh menyebabkan pembaca berimaginasi seperti melihat filemn aksi barat bila menggunakan teknologi canggih seperti cip untuk memastikan wajah pembunuh tidak dilihat.
4.Last but not least ,kekuatan watak hero Faisal dalam mencari jalan keluar dari dunia kegelapan menjadikan cerita ini begitu menarik di samping watak heroin yg pada masa maximus mahu mendedahkan identiti sebenarnya memang mendebarkan dan satu plot twist y menarik.
5.Setiap pemualan bab dinamakan Peluru 1,2,...dan seterusnya serta mempunyai kata² yg mempunyai maksud y mendalam,dan y paling saya suka peluru 3 "jangan dilihat ayat neraka,tanpa memandang ayat syurga,jgn sekadar dipetik ayat Tuhan marah ,melupakan ayat Tuhan cinta.
P :- Penamatnya yg sangat saya puas hati dan dapat saya simpulkan secara peribadi pengajaran yg saya perolehi dari SEP ialah matlamat tidak pernah menghalalkan cara,yakinlah rahmat dan keampunan Allah mendahului kemurkaanNya,selangkah kita menghampiri Allah maka Dia akan membuka seluas luasnya jalan untuk menuju kepadaNya.bahkan ibrah dari kisah terladan pembunuh yg membunuh 100 orang kemudian bertaubat turut dikupas dengan terperinci.hehehe sebenarnya takut andai terbuat spoiler bila review SEP ni.
Saya rate 4.9 / 5 bintang untuk karya ini.maaf andai ada ayat yang saya tulis menyinggung perasaan penulis mahupun yg membaca review ini.terima kasih kerana membaca review yg mmg agak panjang ni.
"wawasan akhirat". mengingatkan bahawa matlamat utama kehidupan insan di atas muka bumi ini, akhirnya ialah mahu pulang bertemu Allah SWT dalam hati yang sejahtera.
"kerana Islam ialah rahmatan lil 'alamin" bermaksud rahmat kepada sekalian alam.
"hatta kepada orang kafir, hatta kepada tumbuhan dan binatang, hatta kepada bumi ini sendiri"
inilah nasihat-nasihat yang disampaikan amirah kepada faisal sehingga faisal sendiri ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang ingin mencapai wawasan akhirat. pintu taubat terbuka luas tapi cabaran untuk mencapai ke arah pintu taubat itu sangat sukar.
faisal lebih dikenali sebagai Izrail di dalam organisasi dunia gelap, lebih dari 900 orang yang telah dibunuhnya, setelah kesatuan pemburu terkubur, organisasi dunia gelap mula menguasai percaturan perjalanan dunia kejahatan di sebalik topeng sebuah syarikat besar yang diketuai maximus.
faisal mula merasa muak dengan pembunuhan-pembunuhan yang dilakukannya. bau darah sentiasa menghantui hidupnya. pertemuan dia dengan amirah di restoran tarbawi. tawaran dia secara tiba-tiba kepada amirah untuk menjadi surihatinya mula merubah dirinya, merubah hidupnya setelah ikatan perkahwinan terpatri.
suatu perubahan itu perlukan pengorbanan. syarat yang ditetapkan maximus untuk faisal keluar dari dunia gelap sukar cabarannya. tapi faisal bersetuju melakukankan walaupun risiko bayangan maut itu jelas kelihatan.
sebuah kebenaran juga sangat pahit untuk ditelan, terbongkarnya identiti amirah yang sebenar mengundang duka yang amat dalam di hati faisal.
siapa yang dah baca pemburu dan hero takkan tertanya-tanya siapa afham dan bakri, bila membacanya terasa dekat di jiwa, rasa rindu untuk mengulang membaca hero dan pemburu.
kemunculan Samurai Melayu yang membantu Faisal sewaktu pertempuran menghapuskan kumpulan yakuza menjadi tanda tanya siapakah dia?
aku yakin sekuel ceritanya "samurai melayu" pasti mengujakan. tak sabar nak menelan cheese cake yang sedap.
jangan kau pandang tajuknya ala-ala tangkap leleh buat kita meluat membacanya. hakikat sebenarnya kisah mainan perasaan tangkap leleh tak sampai 20% pun.. selebihnya tertumpu kepada tarbiah pembentukan jiwa dan aksi.
peminat hilal asyraf pasti sependapat dengan aku, buku-buku hilal asyraf tidak pernah mebuatkan aku kecewa membacanya cuma rasa tidak puas hati kerana terpaksa mengakhirkan pembacaan. candu yang sangat sukar untuk dihentikan keinginannya.
"takkan sepi dengan ujian, kadangkala kita rasa kita telah berjaya, kemudian ujian hadirlagi menguji kita.
Itulah dia hidup, selagi belum mati, selagi itu ujian menyapa diri."
Mengisahkan tentang sang Izrail yang digeruni oleh pembunuh pembunuh lain kerana telah membunuh 900 nyawa dan bilangan nyawa yang hilang ditangannya makin bertambah kian hari. Namun siapa sangka, hatinya diketuk oleh Ilahi dan mula merasakan hidupnya yang pudar kembali berseri. Pertemuan tidak sengaja dengan Amirah, rakan sekuliahnya satu masa dahulu seakan-akan jawapan untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya. Namun kejahatan yang selama ini menyarungi dirinya seakan berat untuk melepaskan Faisal kembali ke jalan kebaikan.
Mengambil sudut pandang pertama dari watak jahat adalah sesuatu yang jarang saya jumpa apabila membaca novel-novel Islami. Watak Faisal berjaya dihidupkan dengan baik sehingga membuatkan saya berkata, oh,begini rupanya orang jahat dan bijak berfikir. Ibarat kisah seorang pembunuh yang masuk ke syurga walaupun rahib yang ditemuinya mengatakan dosanya tidak akan diampunkan dan kemudian mati ditengah jalan dalam perjalanan ingin bertaubat atas dosanya, watak Faisal juga melalui ancaman yang sama dari penceramah yang mengecam pendosa. Ini adalah antara kritikan sosial kepada masyarakat kita yang selalu cepat menghukum orang yang berbuat salah.
Jika ingin ditulis pengajaran dari novel ini, kita semua adalah Faisal, dan ruang taubat itu sentiasa ada. Dan kita akan sentiasa diuji atas jalan kebaikan dan membuatkan kita ragu ragu akan keputusan untuk kembali kepada Tuhan kerana syaitan tidak akan pernah berhenti menghasut manusia.
Jalan ceritanya memang hebat dan memang gaya Tuan Hilal Asyraf, tidak membawa tema cinta secara meleret walaupun tajuk bukunya ada perkataan surihati. Sedikit kecewa dengan watak Amirah yang boleh dijangka dari awal akan niatnya untuk mengahwini Faisal. Namun, cara penulis dalam membentuk watak Amirah dalam mentarbiah Faisal tanpa menghakimi,menjawab soalan Faisal yang seakan anak kecil, wajar dipuji kerana seharusnya itulah yang kita perlu lakukan kepada orang orang yang ingin ke jalan kebaikan.
Kesimpulannya, novel ini tidak mengecewakan dan karya penulis perlu dibaca lebih ramai orang agar mesej mesej tentang Islam dari sudut pandang berbeza dari biasa dapat disebarkan.
realistik tu memang tak lah tetapi saya tetap suka buku ni 🥹
Sebenarnya, saya takde la gemar baca buku bahasa melayu sebab saya lebih memahami bahasa inggeris, dan saya selalu juga memandah rendah kepada penulis melayu ni, lagi lagi yang jenis cerita mafia camtu la
Tetapi, saya tak sangka buku ni akan menjadi sangat menarik, memang susah juga nak tutup buku sebab nak tahu apa yang berlaku seterusnya 😂 struggle faisal sangat relatable, dalam aspek yang kadang2 kita tak berbaik sangka dgn allah dan rasa yang allah takkan menoleh kepada kita.
Saya saaaaangat suka dengan selitan ilmu agama dalam buku ni, sebenarnya, is buat saya merasai yang buku saya baca ni bermanfaat, compared to buku yang macam shatter me yang ofcourse sebnarnya tak mengajar apa2 pun, walaupun tema dia nak sama 😅
Aspek romance dalam buku ni pun saya suuuuuka sangat sangat! Character amirah adalah contoh yang baik sebagai seorang muslimah, walaupun ada plot twist yang dia menjadi seorang ejen. Buku ini juga menunjuk tentang griefing, dan struggle utk keluar dari environment yang teruk utk diri, dan memperbaiki diri kita.
Faisal ni saya nak kata watak yang ramai orang boleh relate, bukanlah sebagai pembunuh, tetapi internal struggle yang laluinya sangat relatable, lebihan lagi utk saya
Walau itu, karakter yang stood out pada saya dalam buku ini adalah bakri, sebab mysteriousness nya tu dgn watak playful bakri tersebut. Saya baca buku ni sebagai pertama kerana saya tak tahu ini adalah series, tetapi walaubagaimanapun, saya akan baca buku pemburu kerana saya mahu tahu tentang bakri hehe
Buku ketiga dalam siri universe HERO. Buku pertama yang aku baca untuk siri ini. Decide nak beli sebab tajuk catchy, yang buatkan aku tertanya, "what? Hilal asyraf pun pilih tajuk macam ni? Yang selalunya tajuk pilihan novel-novel cinta cliche di malaysia ni?" . And so sebab nak tau apa beza novel ni berbanding novel cinta cliche tu (sebab tajuk lebih kurang, gambar pun macam novel cinta biasa), maka aku pun baca. . Bila dah baca, tertarik dengan watak bakri (hero dalam novel Pemburu) yang ada buat kemunculan pada beberapa babak. Btw, novel ni pasal Faisal yang digambarkan sebagai pembunuh professional yang digeruni ramai, yang setelah bunuh ramai orang, dia decide untuk berubah. Dan kebetulan jumpa amirah. Maka cerita ini berkisar tentang perjalanan perubahan dia yang ada saja dugaan datang menyelit. . Babak aksi dalam ni diceritakan dengan pace yang laju. Terkejar-kejar aku nak ikuti babak pertarungan tu. Sebab setiap perenggan tu bersambung-sambung, aku pun kena laju untuk catch up. 😂 . Hmm, aku suka kemesraan Luke dan Faisal, jadi aku sedih sikit lah bila Luke mati. Sebab dia dah lama jaga Faisal. Tapi tu lah, hatta Nabi pun tak boleh ajak ayah saudara dia untuk berubah. Sesungguhnya, Hidayah itu milik DIA.
I don't want to be a book nazi this year. I just want to read books, like them a lot and give 5 stars. So here's to this book-
The thing that I love the most about Hilal Asyraf's books is that the balance of characters are well thought and females aren't objects that need saving. I should have guessed that seeing his pattern. The women in this book always have a role to play than just a supportive wife.
This one just hits home. Someone who has murdered hundreds of people and still murdering, wanting to leave his sins. We aren't murderers, maybe, but we are sinners. And the quotes and ayats in here just... hits home.
Faisal atau lebih dikenali sebagai Izrail dalam organisasi Hitam kerana bilangan mangsanya mencecah 1000 orang. Namun Faisal telah diberikan Hidayah oleh Allah. Dia mula merasa muak dengan kerjayanya dan bau hanyir darah mla menghantui dirinya.
Pertemuaan dengan rakan lamanya telah merubah kehidupan seorang Faisal. Beliau nekad meninggalkan oganisasi Hitam demi memburu kebahagiaa dan ketenangan.
Perkataan "wawasan akhirat" yang dituturkan oleh Amirah mengingatkan bahawa matlamat utama kehidupan insan di atas muka bumi ini ialah mahu pulang bertemu Allah SWT dalam keadaan hati yang banyak mengingatinya.
Pendoasa yang mahu berubah. Siapa kita untuk menilai dosa pahala dan syurga neraka. Hanya Allah yang layak.
RUGI BESAR PADA SESIAPA YANG TIDAK MEMILIKI NASKAH INI.
Sejenis karya yang bila dah mula memang susah nak letak tepi.. Sebab tahap ingin tahu aku yang sangat sangat tinggi, penulis berjayalah buat aku bersengkang mata malam ni kan.
Tuan Hilal terima kasih untuk naskah yang sarat dengan ilmu ilmu yang sangat berguna untuk pembaca pembaca karya tuan. Walaupun kisah cinta yang tuan karang tidak 'tangkap leleh' seperti kisah cinta novel lain tetapi cintanya sangat terkesan dihati saya dan saya yakin dihati pembaca lain juga.. Terima kasih banyak!
Apapun, tak sabar menunggu SAMURAI MELAYU!! Semoga tuan terus berkarya.
"Apa tanda Allah masih sudi terima taubat & ampunkan kesalahan kita? 'kita masih hidup sekarang'."
Faisal, seorang pembunuh handal yang telah berjaya membunuh lebih kurang 900 dan mempunyai kehidupan yang sangan mewah. Tapi, sejahat-jahat mana pun manusia tetap akan kembali kepada fitrah asalnya. Cintakan kebaikan. Faisal nekad untuk berhenti dari menjadi seorang pembunuh walaupun tahu bakal menghadapi pelbagai ujian.
Pertemuan dengan Amira meyakinankan Faisal dengan penghijrahannya. Faisal dapat berubah dengan bantuan Amira. Dia telah berkahwin dengan Amira tanpa mengetahui siapa wanita di sebalik keayuan dan tudung labuhnya itu.
Admin suka sangat2 baca novel ni. Memang terbaik. Jalan cerita memang admin kagum gila. Faisal, seorang lelaki atau digelar pembunuh yang sedikit demi sedikit berubah setelah bertemu dgn si heroin, Amirah. Tetapi setiap penghijrahan yang dilakukannya bukanlah mudah. Pelbagai halangan dan rintangan yang perlu Faisal perlu hadapi? Apakah Faisal mampu meneruskan niatnya itu? Dapatkan segera buku ini di https://www.e-sentral.com/ :))
Jalan cerita amat menarik pada hemat saya. Namun arus cerita terlalu "straightforward". Jika susunan cerita diatur semula untuk menimbulkan unsur suspens, mungkin lebih menarik dan kurang bosan. Contohnya, penulis boleh sorokkan identiti Faisal sebagai pembunuh (barangkali perlu tukar juga sinopsis) untuk wujudkan unsur suspens.
Perkembangan watak hanya fokus kepada Faisal. Kurang pembawakan karakter Amirah, jika diolahlan lebih karakter isteri Faisal itu, akan membuatkan pembaca lebih teruja.
InshaAllah boleh dikembangkan lagi bakat penulis dalam olahan penceritaan. Plot memang padu. 👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Karya by Hilal Asyraf memang tak mengecewakan. Walaupun novel ini merupakan kesinambungan atau siri SAGA HERO @ Bersambung, tapi penulis dapat buat satu storyline yang sgt sgt berbeza dgn siri sebelumnya (walaupun bersambung) dari segi teknologi sains, persepsi islamik, unsur kejahatan dan semua lah. :)
Best. Jalan cerita yang menarik. Walaupun dah dapat agak sebab apa amirah btol2 nak kahwin dgn Izrail. Walaupun tajuk mcm nampak kisah cinta,tapi tak kesemua pon kisah cinta. Nak tau lebih lanjut kene baca. Serius. Tahniah saudara hilal
Ni karya kedua yg sempat dihabiskan: meskipun ini buku ketiga dalam siri Hero.
Tahlah. Rasa 1) percintaan yang melewah 2) berulang. Tapi memandangkan penulis pun dah mengaku ni percubaan untuk menyesuaikan dengan tuntutan pasaran pada masa penulisan maka difahamkan jugalah niat.